Al kisah Malaysiaku ,PRU13 yang akan menjelang
tidak lama lagi. Parlimen dikhabarkan akan bubar 22/2/2013 ni. Penantian
sekian lama oleh rakyat Malaysia dan jentera-jentera parti khususnya yang mana
beberapa kali "tilikan" mereka tentang tarikh pilihan raya gagal.
Seingat saya sejak tahun lepas lagi mereka menjangkakan akan tarikh pilihan
raya sehingga banyak tempat yang sudah pun "dijajah" dengan
bendera-bendera parti terlebih awal yang kian sudah pun lusuh penat menanti
tarikh keramat tersebut diumum. Namun, kepuasan pada diri ini bila dapat turut
terlibat sama sebagai pengundi.
_________________________________________________________________________________
Apa yang menarik pada pandangan
saya ialah "serangan-serangan" isu yang dilancarkan oleh pihak
pemerintah terhadap pemikiran masyarakat dalam usaha meraih sokongan ramai.
Serangan bertalu arus ini begitu dasyat sehingga menimbulkan persepsi yang agak
tegang terhadap parti yang tidak sehaluan dengan mereka. Pandangan saya melihat
PAS lah yang paling teruk menerima serangan akhir-akhir ini.
1) Isu Amanat Hadi Awang
Ucapan Tuan Guru Hadi
Awang yang dirakamkan pada tahun 80an yang mana dihighlightkan pada bahagian
"Cukup mengatakan agama suku politik suku sudah boleh dianggap
murtad" dan dijenamakan sebagai amanat.
Dakwaan mengatakan bahawa kerana
amanat inilah masyarakat Melayu menjadi berpecah belah kerana melabel
puak-puak UMNO sebagai sudah murtad hingga ada yang mendakwa mereka tidak
berimamkan satu sama lain dan tidak memakan sembelihan korban puak yang lain.
Amanat ini didakwa sesat dan menyesatkan. Serangan media yang menggila akhirnya
mendesak TGHA untuk menarik kembali amanat beliau ini.
Isu ini menimbulkan simpati
kunonnya UMNO telah dianiaya oleh pemikiran ahli-ahli Pas yang menghukum mereka
sebagai murtad. Makin panas apabila doa KO KO UMNO dibacakan pada himpunan
PAS.
Isu tamat bilamana TGHA dengan
berani meminta izin untuk bersiaran selama sejam di media massa utama (tv1,2,3
etc..) live untuk menerangkan dan memberi hujah bela diri akan amanat tersebut
sedang UMNO melalui Rais Yatim menyarankan hanya melalui rakaman, dan ianya
mesti diikuti sekali penilaian mufti-mufti atau ahli ilmu yang lain.
2) Isu Kalimah Allah
Melihat isu Amanat Hadi Awang tidak
menguntungkan mereka, segera isu baru ditimbulkan iaitu isu kalimah Allah ini.
Isu ini pernah hangat sekitar 2 tahun lepas. Pas dituduh bersekongkol dengan
PKR dan DAP bahawa mereka "menjual" kesucian kalimah Allah ini kepada
bukan Islam.
Pas dikatakan sudah lari dari
landasannya dan pelbagai lagi tohmahan. Isu ini menarik perhatian untuk melihat
bahawa UMNO lah yang bersendirian mempertahankan kesucian kalimah Allah sedang
PAS sudah berpaling untuk bersama pakatan rakyat.
Golongan ahli ilmu berdasarkan para
pendapat ulamak muktabar khilaf tentang isu ini iaitu ada yang bersetuju dan
tidak bersetuju dengan hujah masing-masing. Dan semua maklum apabila ada khilaf
ulamak tentang sesuatu perkara maka kedua duanya boleh diguna pakai.
Akhirnya melalui keputusan Majlis
Syura iaitu badan tertinggi di dalam PAS mengeluarkan kenyataan bahawa PAS
tidak bersetuju akan penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan bible Melayu.
Meskipun begitu isu ini seakan
belom reda dan juga dipusing-pusing lagi untuk memberi keuntungan kepada suatu
pihak. Seterusnya bukti menunjukkan bahawa UMNO sendiri melalui DS Idris Jala
rupanya yang dahulu lagi sudah membenarkan penggunaan ini dan sudah
banyak pon bible-bible yang menggunakan kalimah Allah sehingga kini.
3) Isu Palestin
Dikala pertempuran saraf yang
tegang di tanah air , perdana menteri Malaysia membuat lawatan ke Palestin
bersama mengiringi Ustaz Nasharuddin (Ahli majlis syura PAS) bertemu dengan
Presiden Gaza Ismail Haniy sendiri, dalam pertemuan lebih kurang 2 jam.
Lawatan ini menimbulkan sedikit
tanda tanya kerana kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan Hamas Gaza yang
dilihat cukup intim dengan PAS sebaliknya mereka lebih pro kepada Fattah.
Sekembalinya dari Gaza ,Ds Najib
Razak diraikan dan diangkat seperti perwira Islam , kerana pastinya isu
Palestin sangat dekat di hati penduduk Islam Malaysia.
Sungguhpun begitu , Ds Najib Razak
dikritik hebat apabila menyatakan tujuaan beliau kesana bukanlah atas nama
kerajaan tapi sekadar lawatan kemanusiaan seperti mana-mana NGO, di mana kerajaan Hamas
Gaza tetap tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.
4) Isu pemecatan Ustaz Nasharuddin
Ustaz Nasharuddin merupakan bekas
Timbalan presiden Pas yang juga merupakan ahli majlis syura telah dipecat
daripada menganggotai ahli majlis syura.
Isu ini segera digembar gemburkan
media massa kunonnya Pas telah lari dari landasannya , dan pemecatan Ustaz
Nasha menjadi bukti bahawa Pas lebih sayangkan pakatan PKR dan DAP berbanding
persekatan dengan UMNO.
Dijelaskan bahawa pemecatan Ustaz
nasha dari majlis syura adalah kerana tindakannya yang merugikan jemaah.
Hal ini kemudiaanya ditegaskan oleh
Dato Nik Zawawi (SU Majlis syura Pas) bahawa Pas bukan parti yang mengangkat
individu tetapi mengangkat dasarnya iaitu dalam memperjuangkan syariat Islam.
5) Isu Pas digesa keluar dari Pakatan
Akhirnya Pas digesa keluar dari
pakatan rakyat yang didakwa merugikan Islam dan ada suara-suara yang
menyarankan Pas untuk bersama dengan UMNO atas nama kesepakatan umat Islam.
Pas pernah mempunyai sejarah
bersama dengan pakatan Barisan Nasional sebelum akhirnya ditendang keluar kerana ketika itu Pas dilihat lemah dengan pelbagai masalah dalaman . Ironinya sekarang saat melihat Pas kini berjaya meraih banyak sokongan dan kepercayaan rakyat , Umno kembali datang menghulur tangan atas nama perpaduan Melayu Islam.
Perkara ini kemudiannya ditegaskan Tuan Guru Hadi Awang bahawa Pas tidak akan "disengat" dua kali di tempat sama dan akan tetap mengekalkan "tahaluf siyasi" dengan Pakatan Rakyat selagi mana Islam mendapat manfaat daripadanya.
Perkara ini kemudiannya ditegaskan Tuan Guru Hadi Awang bahawa Pas tidak akan "disengat" dua kali di tempat sama dan akan tetap mengekalkan "tahaluf siyasi" dengan Pakatan Rakyat selagi mana Islam mendapat manfaat daripadanya.
Harapan Malaysia Baharu
Menurut UMCEDEL (Badan Pengkaji dan
pemerhati politik UM) mendapati atas semua isu-isu yang dilontarkan Umno
semuanya "backfire" kepada mereka.
Umno menimbulkan isu bukanlah
kerana mereka mahu menyelesaikannya, tetapi sekadar membina sentimen orang
ramai samada bersifat perkauman atau keagamaan yang sama sekali membelakangkan ilmu dan ulama` untuk memastikan mereka terus berkuasa. Buktinya , bila diajak
berdebat tiada satu pon pemimpin mereka yang berani tampil.
Kajian umcedel juga menunjukkan
Umno masih kuat pengaruhnya di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempuanyai
akses kepada media alternatif sedang di kawasan-kawasan bandar , hampir pasti
semuanya majoriti bersama dengan pakatan rakyat.
Sebab itu ada yang mengeluarkan
pendapat bahawa pertembungan pakatan rakyat dan barisan nasional pada PRU
kalini ibarat pertembungan antara golongan yang mencari fakta dan ilmu dengan golongan yang menelan fakta yang kerajaan sajikan melalui lidah-lidah mereka samada RTM, Utusan , Berita harian dan Tv3 kepada
mereka yang berinti sentimen politik yang sempit.
Dan pastinya kalini merupakan pertembungan yang paling dasyat akan berlaku dalam sejarah malaysia , hingga ada yang meramalkan akan bertukarnya pemerintahan kerajaan pusat buat pertama kali.
Dan pastinya kalini merupakan pertembungan yang paling dasyat akan berlaku dalam sejarah malaysia , hingga ada yang meramalkan akan bertukarnya pemerintahan kerajaan pusat buat pertama kali.
Menjadi harapan saya sebagai mahasiswa generasi muda untuk melihat Malaysia yang lebih baik terutama dalam aspek memartabatkan Islam itu sendiri , biarlah tampuk pemerintahan itu diberi pada yang selayaknya, moga jahiliyah 55 tahun Malaysia juga akan terkubur dan sinar kebangkitan Islam akan
terbit menyinar seluruh pelosok bumi Malaysia , dan impian melihat suatu daulah Islam
tertegak menjadi realiti.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment