Salam Maulidur Rasul ,
"Seseorang itu akan dibangkitkan di akhirat bersama orang yang dicintai ” (Hadith Riwayat Muslim)
Kecintaan
terhadap baginda perlulah kita pupuk dengan sesungguhnya agar impian
dihimpunkan bersama dengan baginda nabi Muhammad SAW diakhirat kelak menjadi
suatu realiti. InshaAllah ~
Sahabat-sahabat sekalian, mana
mungkin dinamakan cinta jika kita tidak mengikuti apa yang disukai orang yang
dicinta. Maka bukti cinta perlulah diterjemahkan dalam tindakan tidak
cukup hanya dihati.
Dua perkara yang ditinggalkan oleh
baginda Nabi Muhammad SAW ialah Al-quran dan Assunah. Dua perkara ini
seharusnya ditekuni oleh orang-orang yang mengaku dirinya mencintai nabi.
Ketika Aisyah ditanya, apakah akhlak Rasulullah? Beliau menjawab,
“Akhlaknya adalah al-Quran”
Entry kalini saya ini mempromosikan
sebuah buku berjudul "Kaedah Jibril Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz
al-Quran".
Buku ini telah mengubah minda saya
untuk menghafaz al-quran kerana kaedahnya yang mudah dan praktikal untuk orang
umum. Kalau sebelum ini menghafaz al-quran bagaikan impian yang seolah mencapai
awan dilangit , selepas membaca buku ini terasa begitu optimis sekali. Namun
begitu , saya hanyalah baru di peringkat langkah awal kejayaannya belum ada.
Penulis buku berjaya memberi
rangsangan untuk menghafaz al-quran dengan berkongsi ilmu beliau sepanjang
perjalanan menghafaz al-quran. Antara yang beliau kongsikan manfaat menghafaz
al-quran ialah :
·
sebagai melaksanakan
sunnah Rasulullah
·
Mengisi otak dengan
makanan paling sempurna
·
Membentuk manusia yang
seimbang seperti Rasulullah
·
Menjadi kerabat Allah
atau Ahlullah
·
Membantu Allah
mengekalkan al-Quran
·
Kehidupan lebih dekat
dengan Allah
·
Pembersih teragung
hati.
Bayangkan indahnya hidup bilamana
al-quran itu duduk didalam hati , menjadi teman menerangi kala gelap ,
mengingati kala terlupa , memujuk kala duka dan memastikan hidup sentiasa
terpandu dan diberkati.
Beberapa persoalan yang biasa
timbul tentang kegusaran kemampuan diri untuk menghafaz al-quran dijawab baik
oleh penulis. Antara perkara yang dibangkitkan ialah :-
1) Umur sudah lanjut , hafaz al-quran masa zaman
budak-budak bolehlah
Sedang baginda Rasulullah mula
meghafaz al-quran ketika baginda 40 tahun dan selesai ketika baginda
berumur 63 tahun.
Benar apalah kita untuk dibanding dengan nabi , tetapi jika
dilihat dari sudut sains , otak manusia sebenarnya sangat hebat dan memiliki
keupayaan untuk menyimpan maklumat lebih besar dari keupayaan komputer yang ada
sekarang dan kita sebenarnya hanya menggunakan 1% kemampuannya manakala 99%
sedia untuk digunakan. POSITIF!
2) Tiada masa
Masa sentiasa ada , cuma lagi kita
yang tidak bijak menyusunnya. Kita selalu merungut tiada masa tetapi yang
peliknya sentiasa pula ada masa untuk aktiviti seperti online atau seumpanya.
3)Takut lupa
Antara sebab lupa seperti yang
dibahaskan dalam ilmu psikologi ialah kerana maklumat usang dan tidak cuba
diingat kembali, berlaku gangguan seperti ada hafalan baru yang bertindih dan
tekanan. Yang penting menurut penulis jadikan ia sebagai suatu yang positif
dengan menganggapnya sebagai cabaran jangan mengalah.
Dengan disiplin dan kesungguhan
InsyaAllah impian untuk menghafaz al-quran dapat direalisasikan.
"Ya Allah rezekikanlah kami
untuk menghafaz Al-quranMu "
Amin.
No comments:
Post a Comment