Kebelakangan ini rajin jugak aku menonton filem, selain sekadar untuk melepaskan lelah dan berhibur, aku sangat menikmati idea dan pemikiran yang disampaikan di balik sesuatu filem tersebut. Fokus filem di sini ialah filem Hollywood , terutama genre Science fiction (Sci-fi). Satu perkara yang kita sedia maklum adalah kredibiliti hollywood dalam pembikinan filem, bukan sekadar untuk menghiburkan penonton, pada pandangan aku filem-filem ini menjadi medium yang sangat penting untuk mempromosi idea-idea tajaan mereka atau yang berlingkar dalam pemikiran mereka. Berdasarkan filem-filem di bawah ini, aku ternampak satu konsistensi dalam idea dan pemikiran yang cuba disampaikan.
Apa yang anda dapat perhatikan berdasarkan filem-filem di atas? Satu konsistensi yang aku dapat analisa adalah pada latar yang dibawa iaitu berkenaan suasana dunia akan berakhir, kehancuran dunia atau bahasa mudahnya, kiamat! Dalam keempat-empat filem di atas juga digambarkan betapa kehancuran dunia ini akan dapat diatasi melalui perkembangan sains dan teknologi yang canggih samada ideanya untuk mencari planet lain yang lebih selamat berbanding bumi (penjelajahan angkasa ataupun dimensi masa. Bagi penggemar sains dan teknologi pasti akan terpegun dengan cara mereka mengintrepretasi teori-teori sains ke arah gambaran futuristik yang mengkagumkan. Tetapi kita (muslim) akan cepat perasan bahawa secara akidahnya, tidak mungkin hari kiamat itu dapat dihalang, tetapi tidak bagi masyarakat barat.
Masyarakat barat mempunyai sejarah panjang yang mempengaruhi pandang alam mereka sepertimana sekarang ini. Barat pernah melalui trauma zaman gelap di mana kuasa automoni pada gereja yang corrupt, menyalahgunakan nama agama untuk mencengkam rakyat hingga akhirnya berlaku kebangkitan golongan protestan yang akhirnya menjulang zaman Renaissance yang mengangkat ilmu pengetahuan sains dan teknologi di persada. Seterusnya berkembangnya pemikiran Sekularisme (memisahkan agama dan kehidupan) yang dianuti dan diterima pakai masyarakat barat. Hal ini akhirnya menyebabkan masyarakat barat harini jauh dengan pegangan agama mereka, serta institusi agama mereka juga terpaksa mengadaptasikan perubahan masyarakat untuk kekal relevan yang mengorbankan banyak intipati dasar-dasar agama mereka. Contoh, di barat adalah salah sekiranya guru agama cuba memasukkan "unsur tuhan" dalam sains. Ia tidak dapat diterima sama sekali. Pemikiran pascamoden yang membentuk cara pandang masyarakat barat harini, mengetepikan agama dalam banyak aspek kehidupan dan ianya hanya menjadi lambang, sebaliknya mengangkat tinggi ilmu logik seperti sains dan teknologi dan idea kehidupan tanpa limitasi.
Walaupun demikian, hal-hal metafizik (contoh hari kiamat/hari selepas mati) di sini adalah sesuatu yang tidak mententeramkan minda mereka, sentiasa ketakutan ini membayangi mereka. Teori kehancuran dunia ini sentiasa ada dalam sejarah, antara yang popular termasuklah "Nostradamus" dan "2012" . Namun, apa yang menarik di sini, ialah bagaimana mereka merespon hal tersebut dengan menguasai ilmu logik, sains hingga menjelajah angkasa dan seterusnya mengusasi segenap lapangan ilmu pengetahuan. Sebaliknya saya tertanya-tanya pula, bagaimana dengan kelebihan punca ilmu (wahyu Quran, Sunnah) sebaliknya umat Islam sangat terkebelakang, bahkan seorang pengkaji peradaban Prof Mad Roya bahawa umat Islam kita sedang berada pada kehinaan yang paling rendah, apa pun tiada!
Apakah kita mampu membangunkan kembali, ummah yang faqih akan ilmu-ilmu wahyu dan terkehadapan pula menguasai segenap ilmu dan memacu masa depan dengan jalan-jalan yang futuristik. Ataupun adakah kerana gentarnya masyarakat barat ini terhadap alam selepas mati menyebabkan mereka sentiasa mengingati mati lalu mendapat manfaat daripada hadith yang menyebut "orang yang paling bijak di antara kamu ialah orang yang banyak mengingati mati". Sedang kita, orang muslim terlena, mahu terus menunggu manfaat ciptaan-ciptaan teknologi si barat. Berbangga memiliki ciptaan mereka, malahan berlumba-lumba dalam hidup untuk bermegah-megahan dengan lambang-lambang barat, umpamanya kitalah yang lebih ghairah untuk terus hidup tidak mahu mati.
No comments:
Post a Comment