Friday, 18 November 2011

My UPSR

Semalam Upsr keluar 

Upsr meninggalkn bukan sedikit tetapi byk jg impak pd aku. Upsr ialah peperiksaan besar pertama seseorg yg bergelar pelajar akan tempuhi . mmg excited sungguhla masetu.. maklumlah "kosong" lagi masetu kn. Terimbau kenangan-kenangan mase zmn dulu-dulu kala..

Zaman pensil box magnet ,...
Darjah 1 - 5 (sekejap) aku sekolah di Sk.ACS.Klang, mase waktu ni skema je pon, siap jd Pengawas tu! tp mse darjah 4 kne lucut gara-gara tulisan buruk! ceh kejam. disebabkan tekohonan yg ada mase darjah 5 dilantik pula mnjadi Pustakawan. x sempat berkhidmat tuka skola pulak. Sekolah ni mcm "gloomy" sket sbb  skola ni satu jantina lpstu byk didominasi kaum cina dan india, melayu minor je. Disebabkan mereka meraka byk yg speaking maka aku pilih utk jd pendiam je =)

3 Biru , Cikgu Rashidah. Garang.. tp penuh sifat keibuan 


Tukar Skola.. Membawa Suatu Anjakan
Darjah 5-6 , Sk.Kg Medan. . tempat dimana pengalamn manis dan kenakaln menjadi memori . First day,xtahu knapa, aku dtg2x skola ni je trus pejabat letakkn aku di kelas hujung, yg mne ad lagi bdk2x yg x reti membaca dan menulis. hm xpe la REDHA. tp di sinila bermulanya satu transformasi merubah diri, kelas last kn, bdk nakal-nakal .. disebabkn jati diri yg kurang utuh maka terpengaruhla aku *padahal mmg nk join huhu. cyber cafe, mndi parit,  pncing ikan, maen tikam ,ponteng skola, dll. tp most of the time , aku hanya jd pemerhati dan tukang gelak je , mereka yg melakukan . SERIUS.  Yang best sbb kelas ni kelas last, senang la dpt TOP dlm kelas. =)   


Oh. UPSR.....2003
thun 2003 mnjelang. Tahun 6 aku jadi sedikit serius sbb thun ni ad UPSR .. minda umo 12 thun aku, dh set kne dptkn keputusan bagus sbb nnti bile makcik pakcik jiranjiran tanye xdela malu nk jwb.! haha. Dan satu lagi matlamat , aku nk msuk skola asrama. sbb  ibu asyik dok sebut.."Bwat UPSR btol-btol nnti bole pegi skola asrama mcm sepupu kau tu" jadi dari situ matlamat terbina. Masa skola kebangsaan fokus habis-habisan.

Lain pula cerite di skola agama , mind set dtg tidak lain hanya utk maen.. klu skola kebangsaan ad UPSR, skola agama ad PSRA . hmm PSRA? aku peduli ape..klu xde UPSR xkemana jgk *fikiran mentah masetu. hmm skola agama mmg tmpt memperaga koleksi2x mainan terkini bermula zmn digimon,pokemon,kareta dash,bay blade,crushgear, semua skola agama setia menjadi saksinya.haha. klu kau xde mainan-mainan ni xpyh dtg skolala! haha..



digimon 1.




Darjah 6 aku dan kawan laki byk komplikasi dgn perempuan,selalu gaduh..gaduh hardcore punye smpai pompuan tu menangis-nangis. mngkin kerana perbezaan kematangn antara kami. *rse bodoh fikirkn saat ini*.. yg lg best, dsbbkn mak aku guru d skola agama itu, asal ad hal-hal  x baik psl aku cpt je smpai kpd beliau. Jd utk mengelak dimarahi balik je rumah,lpas maghrib trus ke rumah kawan dgn alasn nk "study group" , blik dr study group itu trus aku tido. so selamat.hehe licik ~


Klinik UPSR ni aku pegi kot. siap msuk paper jgk msetu :P


Tup tup tup. nk exam dh.. pensil2b , pemadam,pembaris (semua kualiti exam grade) sudah sekotak tersedia,  ok material part settle!solat, pose sunat, minta maaf dgn ibu ayah ,kawan-kawan(walaupun gelak-gelak), guru-guru *buat lepas pegi kem motivasi * rohani part settle! maka UPSR pon ditempuh. Pejam celik pejam celik mase bbrape mnggu lg nk raye keputusan kluar! Alhamdulillah dpt keputusan elok.! timing result kluar pulak sgt BAEK. sbb dh dkt nk raye msetu.. ..jd mmg penuh kocek thun tu. berbaloi-baloi.. ~ tgh sibuk-sibuk berhari raya , aku terima sepucuk surat tawaran ke skola yg pertama kali ku dgr namanya, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor..?? Hulu=hutan?? argh x kesah jnji dpt asrama.. haha..

Zaman Yang Tidak akan Berulang
Zaman kanak-kanak mmg byk memberi  suatu kenangan manis yg tidak ternilai. saat-saat innocent juga nakal meninggalkn suatu adunan memori yg ingin aku simpan sampai bila-bila. terima kasih kepada semua rakan-rakan yg terlibat menjayakan cerita kehidupan kanak-kanakku , samada kau watak utama mahupun sampingan, sekecil manapun sumbangan anda, namun ianya merentasi batas masa untukku kenang . ;)

*Buat adek bongsu, ain syahirah yang baru mendapat keputusan UPSR, apepon keputusan yg telah diperoleh tahniah diucapkan. A bukanlah segalanya, hidup bukan sekadar A B C D E F , nnti kau akan jumpa GHIJKL..........Z  yang akan lebih mendewasakanmu. 


Hidup bkn seperti peperiksaan sekolah,
Peperiksaan sekolah, kita belajar untuk UJIAN
tetapi dalm hidup, kita belajar daripada UJIAN.
Lakukanlah yg terbaik utk kedua-dua UJIAN 
Moga  mendapat keredhaan daripada Tuhan Pemberi Ujian.



3 comments:

OREOO said...

4 flat bukanlah sgalanya, hdup bukan sekadar 4 5 6 7 8 nnti kau akan jumpa 9 10 11 12 ... infinity yg akan lebih mendewasakan *translate ntok budak2 U* Hehe. Niceeeeeee one! ^_________^

Unknown said...

haaahaha btol! nice ^_____^

Anonymous said...

hehs. rse nak tersedak tang pompuan tu smpai nangis2. mmg ganas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...