Friday, 17 June 2011

Mari Berpesta

Bermula awal minggu ini , saya telah kembali ke bumi UKM 
meninggalkan suasana cuti di rumah demi menyahut seruan pesta. ya pesta ! tp bkn pesta yg hok mengarut tu , tp ini pesta konvokesyen UKM . 
Jadi sebagai sbg seorang pelajar pastinya hari konvokesyen menjadi suatu hari yang ditunggu-tunggu dan menjadi kenangan  sepanjang hayat, di sinilah titisan air mata syukur ayah dan bonda jatuh berderai melihat si anak menggenggam segulung ijazah, lalu mencoret suatu kemanisan seakan terbayar jerih payah membesarkan seorang anak. Huh! mcm esk jgk rsenye yang nk konvo.. hehe. tp klu konvo result buruk x best la kn, so kne tingkatkn lg pointer khususnya pd diri yg menulis ini .


Akak ni dpt Anugerah di Raja UKM. 
sumber berita harian bkn utusan.

Pesta konvo ni organisasi yg urus progrm, pameran,jualn spnjg hari konvo.Jadi sbg org bwhn byk yg sy belajar di sini , dgn dikelilingi org yg hebat-hebat , moga  plg tidak pun terkena sedikit tempias dlm kepada diri ini =). ok habes psl pesta konvo.



Hm spnjg mnggu ni byk juga perkembangn yg berlaku di Msia ni. slh satunya gerhana bulan dan isu karikatur Utusan Msia. Sy nk ulas psl isu karikatur. 




Utusan Melayu sekali membuktikan "wibawa"nya sebagai pejuang bangsa dan agama apabila terang-terangan menghina dan memperendahkan syariat Islam. 

Karikatur yang bertajuk "kekeliruan kes rogol" terpapar gambar seorang wanita yang ingin membuat pembelaan akibat dirogol. Karikatur tersebut cuba menggambarkan dua keadaan dimana satunya dibuat kepada tok penghulu/imam yang akhirnya ditolak kerana tidak mendatangkan empat saksi melainkan dengan rakaman telefon bimbit sahaja. Manakala yang satu lagi menggambarkan pembelaan yang dibuat di balai polis diterima oleh kerana telefon bimbit tersebut dinilai sebagai bukti kes. Karikatur ini jelas cuba menghina Islam seolah-olah syariat yang digariskan Allah telah ketinggalan zaman.

Mungkin perlu diingat syariat ini adalah perkara yg turun terus daripada wahyu Allah dan bukannya milik mana-mana pemimpin dari mana-mana parti. 

Secara logik akal, Allah yg menciptakan manusia jadi tentunya Pencipta yang plg tahu akan ciptaanNya. Namun manusia yg terus sombong , percaya mereka telah mnggubal "undang-undang" yg lbh baik. Hasilnya kita boleh lihat sendiri akan keadaan masyarakat masakini yg menghimpun segala mcm perbuatan keji umat-umat dahulu yg telah menerima lakhnat Allah SWT.

Ambil tahu tentang hudud dan pelaksaannya agar tidak mudah ditipu oleh dakyah-dakyah si Liberal di sini . *Muhasabah utk diri sendiri. 
Wallahu A`lam




P/s : Wallahu A`lam ertinya Dan Allah Maha Mengetahui
           Wallahu`Alam  ertinya Dan Allah itu Alam.
    
          Jgn silap ye kwn2x. klu sy yg silap mohon teguran, sy jg x arif psl B. arab =)



5 comments:

OREOO said...

Pasal isu karikatur tuh kan, banyak sangat percanggahan pendapat dalam kalangan ustaz2 sendiri.
Aku pun tak tahu nak comment mcamana.

Aku nak tanya, apa beza berzina dan rogol?
Lagi satu, apa beza hukuman berzina dan rogol? Same ke tak eh?

Ak konon nak cari jawapan ntok isu nih.
Tapi tetiba mcm takde masa lagi nak cari kihkih.

Dah dapat jawapan, bole discuss!

shazwansuhiman said...

huh soalan kau dh bole bwat entry bru. ak cube jwb.

mule2x tgk takrifan zina. zina ialah Apbila seorg laki dr penduduk negara Islam bersetubuh dgn seorg perempuan yg diharamkn kpdnya, tanapa ad akad yang sah dan tanpa akad yg shubhah,dan dia(lelaki itu) berakal , baligh, dan MEMPUNYAI PILIHAN(utk melakukan perbuatan itu),tahu pengharamannya,maka wajib ke atasnya hukuman hadd(hudud).

klu zina. takrifan ni jtuh kt dua dua laki dan pompuan.
klu rogol pula takrifan ni jtuh kpd lelaki shj. sbb pompuan tu x de pilihan.

Adapun disahkan bersalah iaitu melalui tiga cara:
1) saksi 4 lelaki yg adil
2) Pengakuan Diri Pesalah
3) QARINAH (tanda-tanda ,contoh mengandung x kawen atau VIDEO)

klu sabit kesalahan, terbahagi muhsan dgn x muhsan.rejam@sebat.
utk jatuhkn hukuman hudud pembuktian melalui 2 cara diatas yg diguna pakai ,qarinah(jumhur ulamak x terima).

untuk rogol, terang-terang 2 cara td x bole pkai, jd QARINAH atau bukti yg kuat mcm kesan air mani,VIDEO, mengandung bole dgunakn untuk meghukum pesalah dan mngelakkan qazaf.disebabkn ia bkn dibuktikan melalui saksi atau pengakuan pesalah, maka hukuman hadd gugur darinya. tp klu selepas diselidiki terbukti mmg pesalah bersalah,ia akan dikenakan hukuman TAKZIR(hukuman dr hakim utk mmberi pengajaran x tertakluk dlm quran.) takzir bole jd sekecil-kecil mcm dicukur rambut,dipenjara,dibuang negeri,disebat,rampasan harta hingga DIBUNUH. jadi disini klu pon x boleh sabit hukuman hudud pesalah tu xde la sng2x terlepas.

shazwansuhiman said...

masalah skrg utusan melayu claim dy kate . dy nk tunjuk org sblh kiri yg pkai serba bagai ni org yg x tahu psl QARINAH iaitu gambaran msyrakat yg jahil. yg belah kanan msyrakat yg celik POLIS ni kononnya celik psl QARINAH.
kau x mrh ke dy gambarkn masyarakat jahil itu org yg berserban ala-ala imam , walhal umum tahu org inilh yg celik psl agama.

Wallahu a`lam. *klu ad kesilapan bgtau. ak pon phm mcm tu je. bkn bdg.

OREOO said...

Cer baca link ak bg nih.
Ak confuse betul apa yg dia cuba sampaikan.
Ceciter kat ak Haha.
http://www.facebook.com/profile.php?id=1514803451&ref=ts#!/notes/muhamad-naim-ab-razak/empat-orang-saksi-untuk-tuduhan-rogol/232110190148173

Kalau tengok dunia skarang, memang org agama akan dianggap kolot, mmg dorang takde respect lgsg!
Ko tgk Sepah pnya psmbahan mggu nih, dorang tiru ustazah bahyah.
Lawak mmg la lawak.
Tapi tak sesuai la ak rasa nak jd bahan lawak ntok satu msia tgk. Kena la jaga maruah ahli agama nih.
Tapi dorang selambe je.
Org ramai yg tgk pun lgsg takde rasa apa2.
Sensitivity dah hilang.

Unknown said...

link kau tu dh bce, dy menafikan yg rogol tu bkn bwh zina tp hirobah,mmg lain dr pendapat yg ak bace . Ce tnye plak kakak2x kamu. owh sepah tu. agkla, cm x patut ,mgkin klu tiru gaye org tu , urusan antara dy dgn org tu la,tp org agama mmg x ptut dipersedakn x respect. lg klu smpai main2x kn ayt, azan tasbih, sunnah,mmg x patut lgsg dpergelakkn sbliknya ptut membenci, tkut hati mati. tgk ni lg la http://www.youtube.com/watch?v=LdDGbH0LWJc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...