Saturday 24 June 2017

Coret-coret Ramadhan : Menghentikan "automation" ibadah.

Ramadhan kalini mengajar aku satu hal atau perasan satu hal iaitu Ramadhan masa untuk menghayati ibadah dan menghentikan automation dalam ibadah.

Terkadang kerana sudah menjadi tabiat, ibadah yang kita lazimi sudah menjadi suatu automation. Analogi yang saya pinjam dari Sheikh Hamza Yusuf seperti perihal kita memandu. Ingat dahulu saat-saat awal belajar memandu, kita tersangatlah peka akan kereta yang dipandu. Resah, cemas.. Namun pabila sudah expert, kita ibarat As if we are sleeping on the wheels. Start enjin, tekan minyak.. tiba-tiba dah sampai. Hal sama kita dapati dalam ibadah. Solat sebagai contoh, kadang kala entah ke mana mana fikiran kita saat menghadap Allah, tiba-tiba sudah tahiyat akhir. Adakah ini kualiti ibadah yang Allah kehendaki?

Maka atas rahmatNya Allah dihadirkan bulan Ramadhan. Ramadhan istimewa dengan perintah puasa, ada solat taraweh di sampai ganjaran yang dilipat kali gandakan. Ibadah puasa memberikan kita alert kembali melalui lapar dan dahaga bahawasanya kita  sedang beribadah kepada Allah swt. Sabar dengan mulut yang kering, tenaga yang berkurang, nafsu yang ditekan semata kerana Allah mengembalikan ingat kita pada Allah. Sedang kita akan tahu maghrib nanti pasti akan ada juadah yang menanti untuk dijamah, hikmah menuntut kita untuk berfikir berkenaan fakir miskin yang hal ini sudah menjadi rutin mereka dan berbanding kita, soal makanan samada ada atau tidak belum tentu lagi bagi mereka. Seperti mana juga kita dapat melihat pada kucing di jalanan yang meminta makan, belum tentu lagi akan mendapat makanan, mungkin mendapat sepakan. Di sini terlihatnya satu kualiti yang kita dididik iaitu TAWAKAL.

Kadang dalam hidup walau berkali kita mengucap hamdalah yang bermakna menyerah segala pujian hanya pada Allah dan tahu segala sesuatu hanyalah mampu terjadi atas izin Allah. Tapi kita selalu bodoh menyangka, kejayaan itu adalah hasil kepandaian kita, hasil dari besarnya nilai wang yang kita punya dan hasil usaha keras kita. Sehingga terlupakan Allah lah sebaik baik perancang, pemilik dan penguasa takdir yang dengan kebesaranNya mampu merubah takdir mengikut kemampuannya.

Ramadhan juga menuntut usaha keras pada mengejar malam malam al qadr yang mana digalakkan untuk beriktikaf. Dalam ketidakpastian mana malam al qadr, kita dituntut untuk mengejar kesemuanya. Amalan biasa orang Arab yang juga bersandar kepada Nabi Muhammad saw dan sahabat berterusan iktikaf di dalam masjid di penghujung Ramadhan. Masih janggal hal ini untuk dipraktikkan di masjid masjid Malaysia kerana kalaupun dibenarkan qiam waktu malam pasti paginya akan lengang kerana masing masing bekerja atau masjid memang tidak meriah. Lantas tidak betah untuk bertahan lama di masjid. Cemburu mendengar cerita orang-orang yang bersungguh dalam iktikaf sehingga waktunya cukup untuk hafal beberapa juz Al Quran. Alangkah...

Pada akhirnya karekter sabar ,tawakal serta bersungguh dalam ibadah di bulan Ramadhan, seharusnya juga memberikan impak pada solat dan al quran kita untuk tahun mendatang. Solat teraweh bersungguh untuk didirikan, mengapa solat wajib tidak dilakukan secemerlang itu? Quran juga sentiasa menuntut untuk sekadar dibaca, malahan untuk difahami, dihafaz dan di amalkan.

Madrasah Ramadhan 2017 akan berakhir. Akan saya kenang sebagai Ramadhan yang mana saya duduk di banyak persimpangan dilema seputar hal peribadi. Dan sungguh besar pengharapan saya untuk mencuri barakah Ramadhan kalini untuk manfaat pilihan pilihan hidup yang akan datang. Ramadhan yang Alhamdulillah dikurnia kelapangan masa yang pastinya akan susah untuk diperoleh kembali.

Moga segala amal diterimaNya, memberi kesan dalam kehidupan, diampun segala dosa dan tergolong dalam golongan orang bertakwa.

Akhir kalam penulis mengingatkan diri sendiri dengan pesanan yang diulang kali dengar di akhir Ramadhan,

"Sesiapa yang menyembah Ramadhan ketahuilah Ramadhan akan pergi, Sesiapa menyembah Allah, ia kekal selamanya"

Monday 15 May 2017

Kembara Aceh : Bangkit dari Musibah



  
Aceh memang ada dalam list untuk travel bersama rakan-rakan whats app "Progresif Island". Rencana sudah dilakar tapi apakan daya, perancangan kewangan tidak cermat dan hajat terpaksa ditangguh. Tetapi alangkah tidak disangka apabila rezeki datang tiba-tiba, saya menggantikan ibu yang sepatutnya pergi bersama ayah ke Aceh mengikuti sebuah trip kelolaan Muslim travel.

Ada dua hal yang bermain di fikiran sebelum saya pergi.Pertama, ini kali pertama saya dan ayah bermusafir atau travel berdua. Kedua, rombongan kalini melibatkan kebanyakkannya ialah warga tua (terdiri dari ketua-ketua kampung bersama isteri). Belum pernah lagi rasanya travel jadi skema, diam.. tapi itulah yang saya terbayang apa akan terjadi.

Peduli ! sudahlah free.. sapu sahaja! Aceh tu...


Jadi, 10.5.2017 hingga 14.5.2017 bermusafirlah saya bersama rombongan ke negeri Aceh Darussalam, kota yang kaya khazanah sejarah, permata negeri Islam, tempat Islam mula tersebar di nusantara.

1) Ibrah Tsunami tarikan pelacongan.





Muzium Tsunami Aceh



Nama-nama korban Aceh

Quran ori yang terselamat











Memang kembara ini ialah khusus melihat kesan tinggalan Tsunami. Sedikit mengurangkan expectation aku yang lebih tertarik untuk mengetahui khazanah sejarah kerajaan Aceh. Tapi peristiwa Tsunami juga merupakan titik penting sejarah Aceh. Pasca tsunami lah baru sahaja Aceh menarik kembali kunjungan manusia dari serata alam untuk berkunjung ke negerinya. Sampai sahaja kemi terus dibawa ke Muzium Tsunami Aceh. Reka bentuk bangunannya sangat unik. Merupakan penghasilan anak Indonesia. Sebuah pertandingan diadakan sebelum muzium ini didirikan. Design ini menang berbanding reka bentuk yang lain.



 


Nah ini merupakan tempat tarikan Tsunami yang lain. Sebuah bot yang terdampar di atas rumah yang kemudiannya menyelamatkan lebih 50 orang disekitarnya. Hat ni feeling sikit bila makcik (yang pakai tudung macam telekung tu) yang survive dan lalui pengalaman tu sendiri menceritakan kepada kami. Penceritaan beliau memberikan saya gambaran bahawa Tsunami ini memanglah seperti gambaran kiamat kecil. Saat manusia tak lagi terfikirkan orang lain kecuali diri sendiri, keluarga yang berbilang tiba-tiba tinggal sebatang kara dalam malapetaka yang tidak sampai sejam. Sungguh Tsunami ini Real bukan movie rekaan Hollywood!






Ini pula kapal PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel yang seberat beribu tan yang bergerak sejauh 5 km dari pesisir laut ke kawasan perumahan.

2) Aceh bangkit mendakap hikmah

Bencana sebegitu besar pastinya kita akan berfikir bagaimanalah agaknya Aceh akan bangun semula. Apakah mungkin? Apakah gambaran di kepala kita Aceh masih dilumpuri lumut dan sampah-sarap? Silap-silap. Aceh bangun kembali dengan sangat drastik dan gagah. Melupakan derita musibah yang melanda.

Musibah ini telah menghentikan terus konflik ketenteraan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan kerajaan Indonesia. Aceh diberikan banyak autonomi khas dalam pentadbirannya. Menariknya tentera-tentera dan panglima perang GAM dibenarkan untuk menubuhkan parti politik berdaftar, dan kebanyakan mereka merupakan pimpinan tertinggi Aceh sekarang.

Pelbagai sumbangan dari segenap pelosok dunia telah memberikan kekuatan ekonomi kepada Aceh. Bangunan didirikan semula, penduduk mendapat banyak kemudahan baru termasuk rumah baru yang dibiaya penuh (percuma). Anda akan terkejut melihat gaya hidup Aceh yang tinggi berdasarkan pemerhatian kenderaan di jalan raya (jarang kelihatan kereta buruk, banyak kereta toyota baru ; Innova, Jazz etc) dan kediaman di sekeliling.




Bantuan dari serata dunia yang berjuta-juta jumlahnya.
*cubalah zoom




*masjid baitulrahman yang terselamat sudah seperti masjid madinah. 
Masjid bantuan Turki.
Turki pernah menghantar bantuan ketenteraan saat Aceh berperang dengan Portugis.
Makam syuhada Turki juga ada di sini.


3) Negeri Aceh yang permai

"Masjid, Makanan dan Kopi!". Saya kira inilah 3 identiti masyarakat setempat Aceh. Masjid memang ada selang tak sampai 1 kilometer, selain setiap kedai-kedai pasti mempunyai tempat solat sebuah peraturan yang tak bertulis yang difahami penduduk Aceh.

Dari segi ekonomi, selain kebergantungan kepada sektor perikanan, kedai makan banyak kelihatan dan juga kedai kopi! Orang Aceh sangat gilakan kopi. Hanyalah kedai kopi yang akan beroperasi 24 jam dan hanya menghentikan operasi ketika solat Jumaat. Aceh juga saya kira tidak terkalah oleh busana fashion muslimahnya berbanding Malaysia. Boleh cuba lihat, macam masuk jugak dengan taste orang Malaysia. Sektor pelancongan mereka lebih terkenal melalui Pulau Sabang (secantik Bali dan Lombok, malang kami tak mengunjungi).




sekitar pantai uleelheu



Hidangan seperti style padang tapi rasa yang berbeza (tak pedas macam padang)
Kopi pelbagai jenis. Jenis.. bukan brand. Ada yang sesuai untuk starter, ada untuk yang hardcore!



Banyak hal yang boleh dipuji berkenaan Aceh antaranya ialah soal kebersihan, Aceh pada kebanyakan tempat adalah sangat bersih termasuklah tempat-tempat makan yang dikunjungi. Aceh dinobatkan province terbersih Indonesia.

Dan berada di Aceh anda akan berasa sangat selamat. Kebetulan seorang rombongan kami telah tertinggalkan bagasi beliau, dan selepas beberapa minit, ternyata ianya masih selamat. Menurut pemandu pelancong, Encik Rizal, polis jarang kelihatan kecuali di kedai kopi (nak gambar betapa rileksnya kerja mereka mungkin). Kejadian ragut dan seumpanya adalah sangat jarang, kerana menurut beliau, pastilah orang yang berbuat itu akan diajar cukup-cukup oleh masyarakat.

Hah, berkenaan masyarakat Aceh sangatlah kelihatan sopan santun tapi jangan terlupakan bangsa ini tak kenal erti mengalah, tidak mudah-mudah dijajah mana-mana penjajah dan darah kepahlawanan mengalir dalam diri. Dari senyum lembut yang dipapar diluar wajah, semangat jihad tersemat di balik dada. Tidak mudah membezakan orang Aceh dengan orang Melayu Malaysia.




Helmet macamni letak kat Malaysia? beberapa minit lesap..confirm

4) Negeri Aceh negeri syariat Islam

Ya, saya berfikir norma hidup mereka yang teratur itu pastilah adalah hikmah dari pelaksanaan syariat Islam. Menurut penerangan oleh ketua  Dinas Pemberdayaan Masyarakat dan Gampong, Prof. Dr. Ir. AMHAR ABUBAKAR Aceh hanya melaksanakan hukuman rotan, sementara potong tangan dan rejam tidak dilaksanakan. Bertudung adalah wajib di Aceh.

Keberjayaan pelaksanaan sistem di Aceh ini ialah kerana kekuatan yang diletakkan pada komuniti. Ketua kampung mempunyai struktur pasukan dan legitimasi yang membolehkan tindakan diperingkat kampung diambil tanpa melibatkan pihak polis. Contoh seperti pertelingkahan antara dua keluarga jika berlaku tidak akan terus kepada pihak polis tetapi diselesaikan melalui musyawarah di peringkat ketua kampung. Jika tidak selesai kemudian hanya melibatkan pihak polis. Ketua kampung juga boleh menjatuhkan hukuman berkaitan dengan adat. Antara adat yang menarik di sini ialah perempuan tidak boleh keluar rumah 40 hari selepas kelahiran anak, tetapi segala makanan dan kecukupannya akan dipenuhi.

Saya berpendapat kekuatan yang diletakkan pada komuniti inilah yang memungkinkan kelancaran hukuman syariah Islam dan perbaikan norma hidup masyarakat sini kerana masyarakat akan sentiasa peka antara satu sama lain. 

Dijemput ke Dinas Pemberdayaan Masyarakat dan Gampong

5) Sekilas peninggalan sejarah Aceh
Dua tempat telah dibatalkan dalam lawatan ini, iaitu Universiti Darus Salam Aceh dan juga Muzium Sejarah Aceh. Dua tempat inilah sebenarnya yang saya tunggu-tunggu. Mungkin jemputan untuk datang semula?

Satu-satunya tempat yang mempunyai unsur sejarah yang dilawati ialah Rumah Cut Nyak Dhien. S
eorang Pahlawan Nasional Indonesia dari Aceh yang berjuang melawan Belanda pada masa Perang Aceh. Seorang wanita yang kematian suaminya Ibrahim Lamnga kerana bertempur dengan Belanda. Beliau kemudiannya dilamar Teuku Umar yang pada awalnya ditolak tetapi menerima setelah Teuku Umar membenarkan beliau untuk turut bersama memerangi Belanda. Jarang sekali mendengar catatan sejarah tokoh wanita turut sama berperang. Hal ini sangatlah menarik.

Penerangan di muzium rumah ini juga menggambarkan betapa Belanda menghadapi kesukaran untuk menawan Aceh kerana kebijakan pemimpin termasuk Belanda ditipu dalam rundingan damai yang bermuslihatkan merampas senjata milik Belanda dan menyerang balas. Diceritakan juga banyak orang-orang Aceh yang punya karamah yang menggerunkan Belanda.

Terdapat tempat yang disebut sebagai tempat permainan puteri Pahang kerana sejarahnya Putera Aceh mengahwini seorang puteri Pahang. Juga diceritkan bagaimana pelaksaan hukuman hudud dijatuhkan kepada seorang putera raja *tak ingat nama (pemangku takhta waktu itu) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan dengan wanita Belanda. Hukamannya beliau dipancung oleh bapanya, raja sendiri kerana tidak sanggup dilakukan oleh orang lain.


 

Rumah CutNyak Dhien




kebetulan yang indah bertentang mata dengan
ustaz yang dikagumi Ustaz Adi Hidayat


HUH? Bustanussalatin?? *ternampak


6) ACEH aku akan kembali
Selain belum menelusuri khazanah sejarah Islam Aceh yang kaya, tiada satu pun buku berkenaan Aceh yang saya bawa pulang kerana memang sukar ditemukan kedai buku, juga belum menjejak kaki ke Pulau Sabang yang indah itu akan saya sematkan di hati untuk kembali lagi.

ACEH mengajar duka itu tidak lain adalah peringatan dariNya, janganlah terus berduka cita kita ini bukan siapa-siapa mahu mempersoal tindakanNya, luka akan jua sembuh walau parut akan terus membekas. Parut untuk mengingatkan ketabahan hari semalam dan menambah kesyukuran hari ini.
.
Allah Maha Baik
.
Allah Maha Berkuasa
.
Allah Maha Pemberi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...