“Kau kat mana tu
?”
Aku join seminar
Stem cell ni…
“Oh, baguslah
nanti boleh kerja dengan Phytoscience”
Err…..takda kena mengena kot!
*Perbualan
dengan kawan yang merupakan seorang arkitek.
_________________________________________________________________________________
Akhir-akhir ini
perkataan Stem Cell makin disebut dan diperkatakan oleh orang ramai, “terima
kasih” kepada berbagai produk-produk yang menggunakan nama Stem Cell ini
sebagai jenama produk mereka. Ternyata jenama Stem Cell ini ada suatu faktor
penarik kepada pembeli, yang mana wujud anggapan bahawa produk itu akan
mendatangkan manfaat berbanding produk lain kerana produk tersebut mempunyai “Stem
Cell”. Namun, apakah sebenarnya Stem Cell ?
Apakah itu Stem Cell ?
Stem Cell ialah undifferentiated cell (sel yang belum
matang yang ada dalam tubuh manusia) yang mempunyai kebolehan untuk berubah
menjadi pelbagai jenis sel matang (specialized
cell). Sebagai contoh mudahnya, stem cell dalam kondisi tertentu boleh
berubah menjadi sel otot, sel darah merah ataupun sel otak (semulajadi di kawal oleh sistem dalam badan). Stem selain itu berfungsi untuk maintain dan repair tisu. Pengetahuan ini
kemudiaanya dimanfaatkan dengan cubaan untuk mengekstrak stem cell (human embryonic stem cell) ini dan dikultur di dalam makmal secara in vitro. Dan hasilnya, pada sekitar
tahun 1998, eksperimen itu berjaya ! Penerangan pada gambar di bawah.
Kejayaan ini
memberikan harapan pada dunia perubatan dengan membayangkan keupayaan penemuan
teknik stem cell ini boleh menghasilkan organ berfungsi yang hidup secara
makmal yang mana boleh mengurangkan kebergantungan kepada penderma organ dan juga mampu merawat kerosakan organ yang menjadi faktor penyakit seperti Parkinson dan diabetes secara lebih mudah. Sejak penemuannya, Stem Cell menjadi sensasi
dalam bidang penyelidikan perubatan, namun disebalik banyak kejayaanya turut
terpalit beberapa kontroversi.
Kontroversi
Penyelidikan bidang Stem cell ini
mendapat perhatian meluas termasuklah oleh Presiden USA pada ketika itu George
W. Bush yang menyekat penyelidikan human
embryonic stem cell kerana didapati kurang etika kerana embryo kandungan terpaksa dibunuh, (kemudiannya dikemaskini oleh Barrack Obama). Namun,
para penyelidik terus mencari sumber alternatif yang kemudiannya menjumpai
stem cell yang bukan dari embryo iaitu
yang terdapat pada beberapa organ fetal seperti tali pusat, uri placenta dan sum-sum tulang juga adult stem cell pada sel adipose dan sel kulit mesenchymal. Seterusnya pula, seorang saintis dari Jepun Shinya
Yamanaka menemui pulak teknik yang boleh menukarkan sel matang kembali kepada
stem cell yang mana teknik ini dikenali sebagai, Induced Pluripotent Stem Cells (iPSC). Penemuan ini menobatkan
Yamanaka sebagai pemenang Nobel pada tahun 2012. Terdahulu, Evans, saintis yang
mengkaji genetik dan embryonic stem cell telah dinobatkan pemenang nobel bagi
bidang perubatan untuk tahun 2007.
Idea bagaimana iPSC mampu menyembuh |
Obama menandatangani polisi baru Stem Cell |
Kemajuan penyelidikan Stem Cell
Perkembangan
yang berlaku dalam bidang Stem Cell sangat pentas dan mencakupi bidang yang
meluas khususnya Regenerative or Repairative Medicine. Penyelidik-penyelidik
di serata dunia sedang berlumba ke arah membolehkan aplikasi Stem Cell yang
dapat digunakan dalam mengubati pesakit. Tentunya untuk membolehkan hasil
penyelidikan masing-masing diguna pakai dalam mengubati pesakit memerlukan
beberapa fasa termasuk beberapa Clinical trial yang memakan masa dan
pelaburan yang tinggi. Berikut merupakan beberapa pencapaian penyelidikan Stem Cell di serata dunia :-
1. Kajian Mengubati Penyakit buta melalui Stem Cell oleh -Euro Stem Cell
Gambar idea transplantation |
Merupakan satu-satunya Terapi menggunakan Stem Cell yang terbukti berjaya dalam Trial Klinikal untuk rawatan mata. Dan penyelidikan menggunakan pesakit yang lebih besar jumlahnya sedang dijalankan.
2. Kajian Kesan Stem Cell pada regeneration Cardiac Muscle - Emory University US.
Kajian dilakukan setelah dapat awal pada Clinical Trial mendapati kesan positif pada menyembuh myocardial dysfunction dengan menggunakan Adult Stem Cell.
3. Kajian Transplan Stem Cell terhadap Multiple Schlorosis - Northwestern University, US
Kajian ini berjaya membuktikan terdapat kesan positif pada myelin sheath yang rosak selepas transplan oleh Stem Sel.
4. Hidung dan Telinga daripada Stem Cell - North London Hospital
4. Hidung dan Telinga daripada Stem Cell - North London Hospital
6. Produk Sel Kulit melalui teknologi kejuruteraan tisu dan Stem cell - MyDerm, TEC UKM.
Produk Universiti tempatan, UKM yang dikenali sebagai MyDerm, bilayer 3D autograft skin subtitute yang dihasilkan melalui teknologi kejuruteraan tisu dan juga Stem Cell. Berupaya menggantikan teknik konvensional grafting yang meninggalkan parut dan kelihatan tidak elok pada tempat yang ditampal, berbeza dengan MyDerm yang tidak meninggalkan parut.
Produk Universiti tempatan, UKM yang dikenali sebagai MyDerm, bilayer 3D autograft skin subtitute yang dihasilkan melalui teknologi kejuruteraan tisu dan juga Stem Cell. Berupaya menggantikan teknik konvensional grafting yang meninggalkan parut dan kelihatan tidak elok pada tempat yang ditampal, berbeza dengan MyDerm yang tidak meninggalkan parut.
Dan sebenarnya terlalu banyak lagi kemajuan dalam bidang Stem Cell, gambar di atas sekadar beberapa contoh. Setiap minggu atau bulan ada sahaja penemuan baharu dalam bidang Stem Cell ini. Kemajuan ini memberikan sinar harapan yang cerah terhadap rawatan di masa depan.
3) Seterusnya Stem Cell ini akan dieram pada suhu dan persekitaran yang tertentu untuk menggalakkan pertumbuhan. Selang beberapa hari StemCell ini akan diberikan kembali Nutrient Medium untuk terus hidup secara optimum.
Sekilas Pemprosesan Stem Cell
Pemprosesan Stem Cell adalah rumit dan perlu dijalankan di dalam makmal yang Sterile, kerana Stem Cell ialah sel yang hidup dan sangat sensitif kepada sebarang contamination akan menyebabkan Stem Cell ini boleh dijangkiti bakteria dan seterusnya tidak dapat membesar dan mati.
1) Stem Cell diambil daripada penderma daripada bahagian-bahagian yang mempunyai Stem Cell seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Stem Cell dari Bone marrow dan Adipose tissue diambil dari pesakit |
2) Kemudiannya, Stem cell ini akan di kultur di dalam makmal. Antara element penting dalam pengkulturan ini ialah nutrient cecair medium yang akan berfungsi untuk memberi "makanan" kepada stem cell serta menyediakan suasana yang khusus untuk Stem Cell berubah kepada satu-satu cell matang. Sebagai contoh, cecair nutrient untuk sel matang Endothelial berlainan dengan nutrient sel matang Cardiomyocyte.
Cecair Nutrient Medium sedang diletakkan. |
3) Seterusnya Stem Cell ini akan dieram pada suhu dan persekitaran yang tertentu untuk menggalakkan pertumbuhan. Selang beberapa hari StemCell ini akan diberikan kembali Nutrient Medium untuk terus hidup secara optimum.
4) Untuk penyimpanan jangka masa panjang, Stem Cell ini akan disimpan di dalam peti Nitrogen sejuk beku.
"Stem Cell" Di Pasaran ?
Penjelasan di atas mungkin ada yang pertama kali membacanya dan mendapati ianya berbeza dengan apa yang difahami tentang Stem Cell sebelum ini. Munculnya pelbagai produk "kesihatan" yang menggunakan jenama Stem Cell, yang tidak jelas asas saintifiknya.
1) Double Stemcell
Merupakan produk yang membawa jenama stem cell yang paling dikenali melalui penjualannya secara MLM. Produk ini berasal dari sebuah syarikat di Switzerland yang bernama Mibelle biochemistry. Double stemcell ini mendakwa mereka menemukan PhytoCellTec Malus Domestica, ekstrak stem cell sejenis pokok epal yang bernama Uttwiler Spätlauber. Melalui eksperimen yang dijalankan mereka mendapati ekstrak stem cell pokok epal ini mampu melindungi stem cell pada badan manusia seterusnya mengekalkan kebolehan fungsi stem cell untuk rejuvenasi sel dalam badan manusia yang mampu memberikan kesan anti-aging. Dan dakwaan mereka itu bukan hanya dakwaan semata, turut mereka kemukakan adalah Original Article paper (tulisan saintifik) terhadap penemuan mereka itu. Berikut merupakan tulisan saintifik yang dimaksudkan :-
Tulisan saintifik ini anda boleh baca sendiri di sini. Fakta yang dikemukakan sangat saintifik dan logik. Tetapi ada beberapa kecurigaan tentang tulisan ini.
1) Artikel ini diterbitkan sendiri oleh syarikat Mibelle Biochemistry sendiri. Research Article selalunya diterbitkan oleh jurnal berdaftar yang mempunyai beberapa orang panel bebas yang akan memberi review dan komen dan sekiranya layak baru hanya diterbitkan. Jika penerbitan seumpama ini, yang mana mereka yang membuat penyelidikan dan syarikat mereka juga yang menerbitkan tentunya akan berlaku bias, kerana kesahihan fakta tidak dapat disahkan oleh pakar penyelidik lain yang berkecuali.
2) Pada saya jika penemuan ini benar, saya kira ianya sangat hebat! maka tentunya ia mendapat respon yang reaktif daripada penyelidik-penyelidik lain di serata dunia. Kerana penemuan yang hebat selalunya akan disusuli oleh penyelidikan yang lain untuk samada penambahbaikan ataupun pengulangan. Namun, walaupun artikel ini ditulis pada tahun 2008, hingga kini artikel ini hanya mendapat satu citation. Citation ialah bilamana penyelidik lain merujuk artikel penyelidikan yang dijalankan. Research yang bagus akan menerima banyak citation.
Hanya satu citation untuk penemuan hebat ? |
2) Kopi Stem Cell Qu Puteh
Sumber :
1) http://stemcells.nih.gov/info/basics/pages/basics2.aspx
Qu Puteh juga mengeluarkan sejenis kopi stem cell yang mana mendakwa mempunyai Stem Cell Argan. Rupanya, seperti juga phytoscience di atas, idea Stem Cell dari Argan ini diambil dari cetusan mibelle biochemistry melalui produk mereka PhytoCellTec™ Argan. Kalini tiada Research paper yang ditulis oleh syarikat mibelle mengenai Stem Cell Argan ini. Hal ini meninggalkan lompong besar dari segi asas saintifiknya. Lebih meragukan lagi apabila Qu Puteh mendakwa Stem Cell Argan ini ada di dalam kopi mereka. Saya cuba untuk mencari apa-apa rujukan mengenai kopi mereka tetapi tak jumpa. Hanya soalan-soalan lazim mengenai produk mereka sahaja yang mereka paparkan web mereka.
Apa yang saya persoalkan di sini ialah pada asas saintifik produk ini. Jika hendak dipersoalkan dari aspek teknikal tentunya produk ini sangat tidak logik.
Perdebatan tentang produk-produk Stem Cell ini sedang rancak dibualkan di facebook Pseudoscience watch.
Kesimpulan
Kemajuan Stem Cell di dalam bidang penyelidikan memberikan potensi yang sangat besar dalam dunia perubatan. Stem Cell mungkin jawapan kepada pelbagai penyakit yang masih lagi tidak dapat diubati (penyakit genetik, alzheimer, cancer) dan mungkin suatu hari nanti, kekurangan penderma organ untuk organ pesakit yang rosak bukan lagi satu kebimbangan. Namun kebimbangan tentang penyalahgunaan terma Stem Cell mungkin akan membina false perception dalam diri masyarakat, dan tak mustahil boleh menyebabkan penentangan daripada masyarakat seperti mana gerakan yang sedang popular iaitu gerakan Anti Vaksin.
Sumber :
1) http://stemcells.nih.gov/info/basics/pages/basics2.aspx
2) http://stemcells.nih.gov/info/basics/pages/basics1.aspx
3) http://www.newscientist.com/article/dn9982-introduction-stem-cells.html#.VM84IGiUfCd
4) http://www.newscientist.com/article/dn24970-stem-cell-timeline-the-history-of-a-medical-sensation.html#.VM84J2iUfCd
5) gambar-gambar google
3) http://www.newscientist.com/article/dn9982-introduction-stem-cells.html#.VM84IGiUfCd
4) http://www.newscientist.com/article/dn24970-stem-cell-timeline-the-history-of-a-medical-sensation.html#.VM84J2iUfCd
5) gambar-gambar google
2 comments:
Jelas. mudah utk difahami. terima kasih abg saintis
Terimakasih atas perkongsian. Sy sgt gemar isu stem cell ini.
Post a Comment