Agak terlambat
untuk menulis berkenaan hal ini. Tetapi agak rugi untuk tidak menukilkan
sesuatu tentang peristiwa Anwar Ibrahim dipenjara lagi buat kali kedua setelah
disabitkan bersalah dalam tuduhan melakukan sodomi terhadap bekas pembantunya ,
Saiful Bukhari. Nama Anwar Ibrahim merupakan nama yang sangat besar dalam
politik, dan saya kira dalam jangka masa kedepan samada beliau akan terus
disanjung oleh pendokongnya ataupun dihina oleh musuh-musuhnya, satu perkara
yang pasti, sejarah tidak akan lupa untuk mencatat nama beliau dalam persada
politik negara.
_________________________________________________________________________________
Pelbagai dakwaan
yang mengatakan perbicaraan Anwar ini sebagai berat sebelah dan dirancang atas
tujuan politik, untuk menghancurkan terus karier politik Anwar. Wallahualam,
saya sebagai orang yang jahil perkara berkaitan undang-undang berlepas diri
bersetuju terus mahupun membangkang. Saya menunggu tulisan-tulisan yang
membincangkan secara mendalam kenapa dan mengapa tuduhan itu boleh dijalankan, dan tidak berminat terhadap apa-apa sentimen
yang lari dari isu asal. Boleh jadi Anwar memang bersalah dan boleh jadi juga
beliau sememangnya teraniaya oleh plot terancang yang mahu menjatuhkannya.
Cuma satu sudut
kes yang menarik perhatian saya ialah berkenaan DNA yang didakwa Saiful adalah milik Anwar.
Kerana DNA termasuk dalam core subject yang saya pelajari maka ada sedikit idea
untuk saya komen dalam perkara ini. Sejak penemuannya oleh Watson dan Crick
sekitar tahun 1950an, pembuktian dengan menggunakan DNA telah menyelesaikan
banyak kes-kes yang sebelum ini berpandu kepada darah yang kurang spesifik.
Sebagai pelajar yang bergelumang dengan makmal biomolekul, beberapa perkara
yang saya kira boleh dipersoalkan mengenai "DNA" yang dikatakan ini.
_________________________________________________________________________________
Persoalan
tersebut ialah :-
1) Bagaimana
selepas dua hari (menurut Saiful), sample semen Anwar masih boleh diekstrak dengan
baik ?
2) Sample
seperti DNA adalah sangat sensitif dengan sebarang kontaminasi yang akhirnya
akan menyukarkan proses analisis. (ye la dekat dubur kot, macam-macam bakteria
semua ada dekat situ).
Untuk menjawab
dua soalan ini sebenarnya sangat sukar dan hanya pakar dalam bidang ini yang
mampu menjawabnya. Kerana kes seperti ini tersangatlah rare.
Maka rupanya
beberapa pakar telah pun disoal. Mereka terlibat dalam prosiding kes tersebut.
Mereka ditanya tentang persoalan lebih kurang soalan saya di atas. Dan jawapan
mereka tentunya bukan jawapan spontan begitu sahaja tetapi dibentang beberapa
tulisan jurnal sebagai hujah. *(dah macam viva gayanya). Boleh baca di sini
Dan antara isi
jawapan yang dikemukan :-
1) Australian forensic expert Dr David Lawrence
Noel Wells mengatakan adalah “exceedingly rare” untuk mendapat bacaan positif
pada sperm cell extraction selepas lebih 20 hingga 36 jam.
2) Namun ada
satu sahaja kajian yang menyatakan sel sperma masih boleh diekstrak selepas 60
jam. Bagaimanapun, hanya satu kajian itu yang menyatakan perkara demikian dalam
tempoh masa 30 tahun.
3) Australian
DNA expert Dr Brian Leslie McDonald juga bersetuju bagaimana sample pada Saiful
Bukhari masih lagi utuh kerana dalam tempoh 90 jam sepatutnya sudah didigradasi
oleh bakteria. Tetapi menyatakan kemungkinan keberhasilan itu masih ada tetapi
sangat rare dan payah. 1 dalam 3000.
4) Kemudiaanya
peguam Mohd Yusof Zainal Abiden membalas terdapat pula kajian yang dijalankan
oleh UK yang berjaya mengekstrak selepas 72 jam walaupun mangsa menjalankan
proses defecation.
Sangat menarik,
rupanya perbicaraan di mahkamah sedetail ini hingga dibahaskan hal DNA ini
secara saintifik. Soal bersetuju atau tidak, saya setuju dengan pendapat kedua
pakar tersebut, ia sangat sangat sangat sangat mustahil !
Apapun,
pemenjaraan Anwar Ibrahim kalini tindaklah mendapat respon yang hebat
sebagaimana tahun 1998 dahulu. Apakah memang masanya Anwar untuk
"bersara" dari lapangan politik ? kerana selepas bebasnya nanti Anwar
sudah cukup tua untuk berpencak (dalam lingkungan umur 70an). Tetapi kerana
arena politik ini digelar "The Art Of Possibles" , mungkin sahaja
Anwar mampu mengulangi apa yang dilakukan oleh Nelson Mandela yang dipenjara
sebelum menjadi Presiden pada umurnya lebih kurang 72 tahun. Ramai mengharapkan
ada suatu karya momumental yang dihasilkan oleh Anwar dalam tempoh
pemenjaraannya sebagaimana Buya Hamka menyiapkan tulisan tafsir Al Azhar dan
juga Syed Qutb yang menyelesaikan tafsir Fi Zilal Quran di dalam penjara.
Semoga akhirnya kita ditunjukkan akan kebenaran dan kebatilan yang
sebenar.
No comments:
Post a Comment