55 Tahun Malaysia sudah merdeka, pelbagai kemajuan telah dikecapi.
Nikmat keamanan dan kemakmuran Malaysia yang terdiri daripada beberapa
komposisi kaum begitu bernilai untuk dikorbankan. Dengan itu rakyat Malaysia
dalam tempoh beberapa dekad selesa dengan apa yang ada termasuklah kepimpinan
negara. Kepimpinan negara mungkin tidak mencapai tahap sempurna, tetapi apa
yang kurang serba sedikit rakyat masih boleh memaafkan dan bersabar.
Namun
lewat akhir-akhir ini khusus selepas tsunami politik 2008, kemarahan rakyat
tidak dapat disembunyikan lagi terhadap kepimpinan kerajaan yang ada yang nyata
sudah tidak layak memegang tampuk pemerintahan. Kebangkitan dari pelbagai
kelompok masyarakat dan kesatuan antara pelbagai kaum dapat dilihat. Amat
menarik, sebagai contoh masyarakat cina yang sebelum ini begitu pasif terhadap
politik negara telah bersama bangkit dalam gelombang kebangkitan ini.
Satu
perkara yang perlu diakui, walaupun hidup aman damai antara kaum di Malaysia.
Sentimen antara kaum sentiasa menjadi senjata tajam puak pemerintah untuk
mengekalkan blok pemikiran bersifat "perkauman" yang memecah belahkan
masyarakat pelbagai kaum yang akhirnya menguntungkan mereka. Strategi yang sama
diguna pihak British ketika penjajahan mereka dahulu iaitu kaedah "pecah
dan perintah". Jika dahulu fizikal yang diasingkan kalini minda pemikiran
. Apa yang ditanam dalam minda anak Melayu, si cina itu sentiasa menunggu
kesempatan untuk menjatuhkan Melayu. Suatu tembok yang dibina kukuh.
Saya
masih teringat antara hujah-hujah sentimen yang dimainkan ketika sebelum
berlangsungnya "Bersih 2.0". Antaranya "Orang Melayu diperbodoh
kerana hanya orang Melayu yang nanti akan berhimpun, sedang orang Cina hanya menonton
dari rumah mentertawakan". Tidak puas hanya memerhati dari jauh, saya
nekad untuk turut serta memerhati sendiri dari dekat. Ternyata pelaburan itu
sangat berbaloi, saya melihat sendiri bagaimana Cina, Melayu dan India sama
berkorban masa, berdiri di panas terik, merelakan diri mereka
"diserang" gas pemedih mata puak polis. Tanpa perlu peduli apa warna
kulit, masing-masing saling mengambil berat antara satu sama lain. Ada sekali
itu saya terjatuh sebelum segera bangun, yang menegur risau keadaan saya itu
CINA!
Dan drama kebangkitan rakyat berterusan dengan kemeriahan pilihan
raya umum.Terbaru , kebenaran penggunaan logo PAS kepada DAP, membuka mata
seluas-luasnya semua masyarakat apa yang tidak pernah tergambar sebelum ini.
Penyatuan dan tolak ansur antara parti "ekstrimis Islam" dengan
"Parti komunis". Sifat PAS sebagai suatu gerakan Islam wajar
dipuji, Islam itu bukan eksklusif kepada suatu bangsa bahkan bersifat
"Alamiyyah" , rahmat kepada sekalian manusia, walaupun kepada bukan Islam.
Islam sedang menuju kebangkitan ,
musnah tembok musnah....!
musnah tembok musnah....!
No comments:
Post a Comment