Alhamdulillah hujung minggu ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik lagi memberi manfaat. mungkin inilah kesan bersama dengan rakan-rakan yang masing-masing dahagakan redha dan syurga Ilahi. Mula pada malam sabtu, dengan bersama-sama rakan fakulti pergi ke putrajaya, tertanya-tanya akan apakah aktiviti yang menanti. Ceritanya, kami cuma diajak berkumpul di masjid Putra tanpa tahu apa aktiviti yang akan dilakukan. Hairan juga, kerana pada malam berkenaan sedang berlangsungnya konsert WOnder Girl di PICC sempena Himpunan Sejuta Belia yang mnyebabkan majlis ilmu kuliah UAI terpaksa beralah. takkan nak ajak kami semua tengok konsert kot ... hmmmm.
masih tak tahu nak buat apa, tangkap gamba dulu
Selepas sampai barulah kami diberitahu, rupanya malam itu kami ditugaskan untuk "mencuri" hati-hati mad`u. turun lihat keadaan dan bertanya sendiri kepada orang ramai tentang apa pendapat mereka berkenaan Himpunan Sejuta Belia ini. Well, secara pemerhatian.. memang bagus pengajuran himpunan ini. banyak booth-booth yang menawarkan peluang pekerjaan dan pendidikan. Tapi, nun di hadapan sana, terbina satu pentas yang bingit dengan konsert-konsert . bukan satu dua , tentatif menunjukkan tiap-tiap malam akan dihidangkan dengan konsert yang cukup melalaikan dan membunuh roh-roh agama dalam jiwa remaja . Didikan pemerintah salah satu faktor kepada pembinaan diri, selain didikan ibubapa dan guru. Jika inilah didikan yang diberi, semoga dihadapan Allah kelak penganjur lancar menjawab dihadapan Allah tentang maksud program-program ini.
artis=Konsert=pengisian rohani??? |
remaja berseronok, yang tak pakai baju pon ada "=.= |
Pada responden yang diterima, ramai yang setuju bahawa program-program yang disajikan tidak membawa kepada perkembangan jiwa remaja. Tapi tetap ada juga yang mempertahankan bahawa kerajaan sehabis baik buat untuk remaja dengan perkumpulan besar-besaran ini yang menurutnya boleh mencungkil bakat-bakat dalam kalangan remaja melalui aktiviti berbasikal , sukan extreme dan lain-lain. Tak kurang yang berpendapat program ini jauh lebih baik kerana aman dan tenteram tidak seperti perhimpunan duduk secara "aman" yang dilakukan pihak lagi satu. Untuk ini saya pulangkan kepada anda semua untuk menilai sendiri.
Yang pasti saya seronok mendengar pendapat masing-masing, banyak yang boleh dipelajari melalui pendapat-pendapat mereka.Soal kita meletakkan diri kita sama seperti orang lain dalam mendekati mereka.Kalau anda terus-terusan sibuk pasal fikir untuk diri sendiri sahaja,cuba fikir sejenak berapa ramai diluar sana "perlu"kan anda. Malam itu diakhiri dengan sedikit pengisian.
Zero To Success
Belum pon habis letih, terus bersama dalam program "Zero to Success" . Bermula dengan bermalam di masjid UKM sebelum pergi sekali lagi ke Putrajaya, kalini di Taman Warisan Pertanian. Cantik tempat ni. =)
Tempat Program. |
Ustaz Mohd Nazmi yang ceria. |
Slot kedua bersama Ustaz Syaari yang cukup terkenal dengan karya Sultan Muhammad Al Fatih beliau yang membicangkan soal "Say No to Mungkar, Yes to Maaruf" . Penyampaian yang membangkitkan semangat berjuang dengan meletakkan Sultan Muhammad Al Fateh sebagai contoh dan penanda aras begitu sampai kedalam jiwa. Pada usia 20 tahun Sultan Muhammad Al Fatih sudah mencatatkan dirinya di dalam sejarah sebagai pembuka kota Konstantinopel. Sebaik-baik raja yang diungkap dalam hadith nabi. Lalu pada usia anda sekarang apa sejarah yang telah kamu semua catatkan? Soal si penceramah, membuat saya tertunduk malu. *Pengisian lanjut akan cuba saya kongsikan di entry seterusnya, mudah mudahan.
Mantap!
Program tersebut juga diselangi dengan beberapa modul yang menarik. seharian jugak masa dihabiskan disini.
badminton guna kain |
Pada hari ini saya belajar satu benda, pemilihan kawan sangat penting. Kawan akan sangat mempengaruhi suasana anda. Suasana samada kepada kebaikan ataupun keburukan. Hari ini, saya dipertembung dengan pilihan konsert-konsert penuh kelalaian, saya tidak menolak kemungkinan kalau ada suasana yang mengajak belom tentu saya gagah menolak. Tapi saya cukup bersyukur diletakkan dalam suasana rakan-rakan yang cintakan agama , serba sedikit saya terkena tempiasnya. Benarlah Ukhwah itu Indah jika semata kerana Allah.
6 comments:
jelesnya....haih..=(
terbaik! :)
tu gambar ustaz nazmi ke ustaz mohd hakim?
haa ustaz hakim. silap
menarik. jazakillah.
jazakillah?
Post a Comment