Assalamulaikum w.b.t,
Pertama, saya perasan melalui statistik blog, beberapa kali blog saya dirujuk melalui kata kunci “Apa itu Biokimia?”.
Jadi sebagai graduan Sarjana Muda Sains Biokimia UKM saya terpanggil untuk
menceritakan serba sedikit tentang Biokimia yang saya tahu *(saya ambil
templete UKM). Saya sendiri tercari-cari sumber untuk dirujuk pada saat saya
mendapat tawaran kos Biokimia UKM dahulu kerana saya hanyalah meletakkan kos
Biokimia dalam pilihan UPU secara rawak. Kebetulan, kos ini saya pernah
terdengar namanya *(sound interesting),
tapi tidak pula saya kaji dengan teliti sebelum memilihnya. Dan berlaku konflik
dalam diri sendiri apabila apa yang saya pelajari jauh dari apa yang saya
bayangkan. Selepas graduasi barulah saya Nampak gambaran (overview) tentang
bidang pengajian ini. Untuk tidak mengalami nasib seperti saya, berikut
merupakan perkara yang perlu anda ketahui tentang kos “Biokimia”.
Apa itu “Biokimia” ?
Soal ini kena jelas. Dahulu saya menganggap
Biokimia itu sebagai gabung jalin antara Biologi dan Kimia (merujuk kepada
silibus matrikulasi). Dan saya memilih kerana meminati kedua subjek ini. Satu
pertimbangan yang sangat salah! Biokimia bukan itu. Langsung bukan! Pada saya definisi
yang diberi Wikipedia tentang Biokimia sangat tepat.
____________________________________________________________________
“sometimes called biological chemistry, is the
study of chemical processes
within and relating to living organisms. By
controlling information flow through biochemical signaling and the flow of
chemical energy through metabolism,
biochemical processes give rise to the complexity of life. Over the
last 40 years, biochemistry has become so successful at explaining living
processes that now almost all areas of the life
sciences from botany to medicine are engaged
in biochemical research. Today, the main focus of pure biochemistry is in
understanding how biological molecules give rise to the processes that occur
within living cells, which in
turn relates greatly to the study and understanding of whole organisms.
Biochemistry
is closely related to molecular biology, the study
of the molecular mechanisms by which genetic information
encoded inDNA is able to result in the processes of life. Depending on
the exact definition of the terms used, molecular biology can be thought of as
a branch of biochemistry, or biochemistry as a tool with which to investigate
and study molecular biology.”
___________________________________________________________________
Secara mudah
yang saya faham Biokimia ialah subjek yang sangat fundamental bagi memahami
proses tindakan kimia yang berlaku dalam subjek biologi merentasi pelbagai bidang samada botani
hinggalah ke perubatan. Biokimia, fokus pelajarannya pada peringkat Biologi
Molekul yang akan memahami tentang molekul yang terlibat dalam proses kehidupan
(protein, DNA, RNA .. dll).
Apa yang akan dipelajari ?
Course outline mungkin berbeza mengikut
Universiti. Untuk UKM berikut merupakan pecahan tajuk-tajuk besar yang akan
dipelajari di dalam kos Biokimia.
1) Biologi
Molekul
Anda akan belajar pelajaran-pelajaran yang
berkaitan termasuklah Microbiology,
Genetic, Immunology, Genetic Microbe, Biochemistry, Cell Biology, Molecular
Biology, Biodiversity dll…
2) Biokimia
(Tambahan)
Pelajar biokimia akan belajar extra pada Biokimia lanjutan, Biokimia lanjutan dan
Cell Signaling dll..
3) Makmal
Akan terlibat dengan banyak makmal Microbiology, Genetic, Teknologi DNA
Rekombinan, Biokimia dll..
4) Kimia
Turut
diajar teori kimia yang berkaitan seperti Organic Chemistry, Kaedah Pemisahan, Research Instrument …
5) Research
tool
Turut akan diajar subjek berkaitan research
seperti Biometrik, dan beberapa
pelajaran untuk tujuan penulisan thesis, penghasilan poster dan VIVA.
*Rujuk course content pada buku yang akan
diberikan oleh fakulti pada hari pendaftaran fakulti (buku warna ungu) details
ada di situ.
**UKM, thesis ialah Bahasa Melayu (tak senang..!)
dan pelajaran bercampur-campur antara English dan Bahasa Melayu. Sedia je lah…
This Course will prepare you to …
1) Grasp the understanding (theoretical) of molecular biology and other
related fields
2) To have good laboratory skill sets of various discipline related to
molecular biology. *(This that differentiate you among the others-who are not
in your course)
3) Expose and have ability to involve in research (Basically youre train
to be a Scientist!)
4) know the basic technical knowledge of machines that use in
research/diagnosis
Prospek lepas belajar ?
Soalan ini memang akan berlegar di fikiran siapa-siapa yang memasuki
alam universiti. Berikut merupakan beberapa kerjaya yang saya tahu kawan-kawan
saya atau senior terlibat.
1) Pegawai Penyelidik
Untuk lepasan degree boleh apply untuk jawatan Research Officer (RO)
ataupun Science Officer (SO). Jawatan ini selalunya available di jabatan yang
berkaitan dengan penyelidikan seperti MPOB, MARDI, IMR atau mana-mana Research
Centre. Bidang research ni perlu explore sendiri sebab bidangnya yang luas.
2) Pegawai Biokimia
Pegawai biokimia ni jawatan yang ada di hospital, samada hospital
kerajaan atau swasta. Untuk hospital kerajaan perlu melalui SPA, swasta boleh
apply direct.
3) Industri
Potensi industri boleh di-explore jugak sebab ada kawan yang bekerja
untuk pharmaniaga dan Nestle. Boleh jugak tengok syarikat-syarikat berkaitan
bioteknologi seperti biocorp, ataupun yang membuat servis-servis
makmal/diagnosis macam Gribble pathology. Industri juga selalu terlibat dengan
Sales selain perkhidmatan makmal.
4) Prospek luar bidang
Kalau rasa tak sesuai dengan kerja-kerja dalam makmal, boleh dilihat
juga beberapa prospek luar. Ambil contoh senior, ada yang terlibat dengan jawatan
pegawai dalam unit beruniform, kerja dengan bahagian keselamatan pekerja
(NIOSH) dll.
5) Sambung belajar
Ramai juga kenalan yang menyambung pelajaran ke peringkat pasca siswazah
(Master) termasuklah saya sendiri. Selain itu, terdapat juga beberapa orang
yang menyambung ijazah sarjana muda perubatan khas bagi yang sudah mempunyai
ijazah pertama di Perdana University.
Susah tak nak cari kerja ?
Setakat apa yang saya fahami, kukuhnya sesuatu pekerjaan itu ialah
berdasarkan market. Sebagai contoh kalau anda perhatikan market Malaysia lebih
tertumpu kepada hasil bumi seperti Petronas. Maka kos-kos yang menggerakkan
Petronas akan mendapat untung kerana demand yang besar. Untuk bidang seperti
Biokimia ini, saya kira termasuk dalam bidang RnD di mana pemacu marketnya
ialah agensi-agensi/syarikat Bioteknologi atau Pharmaceutical. Di luar negara,
RnD merupakan antara industry yang rancak seperti di USA, UK, juga di
Singapore. Malangnya di Malaysia, market area ini sangat kecil dan perlahan pula
berkembangannya. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini dasar/bajet kerana ada
serba sedikit menyentuh untuk memperkasa industri ini. Dan saya optimis market
ini akan berkembang pesat dalam tempoh masa tertentu.
Butiran akhbar :
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/20/Scientist-from-Klang-does-country-proud-Biotechnologist-listed-among-top-100/?
fb_action_ids=10152795373436548&fb_action_types=og.shares&fb_source=other_multiline&action_object_map=%5B723514774441928%5D&action_type_map=%5B%22og.shares%22%5D&action_ref_map=%5B%5D
Potensi baru. |
Apa yang saya perlu bersedia sebagai pelajar ?
Saya bukan pelajar cemerlang, tetapi saya beberapa perkara yang saya
sedar patut saya lakukan ketika zaman belajar dahulu ialah :-
1) Bina minat yang mendalam *(samada jalan suka atau paksa). Cuba dapatkan
view daripada pensyarah atau mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap
subjek *(pelajar pascasiswazah/senior), rajin-rajinlah berjumpa dengan mereka.
2) Optimis dengan masa depan, jangan terlalu khuatir soal nak kerja apa,
nanti ada kerja ke tak. Hargai apa yang sedang dipelajari.
3) Membina rutin membaca yang giat. Kos ini menuntut untuk bacaan yang
banyak dan mendalam. Slide pensyarah sahaja tidak mencukupi, perlunya merujuk
buku-buku teks berkaitan untuk lebih memahami dan mendalami. Kerajinan membaca
ini yang membezakan pelajar cemerlang dengan tidak cemerlang.
4) Follow trend perkembangan apa yang berlaku dalam dunia penyelidikan.
Like la page-page FB berkaitan biochemistry samada dalam dan luar negara.
Sekurang-kurang bila buka fb nampaklah perkembangan bidang ini. Beberapa page
menarik yang anda boleh ikuti ialah “The-Scientist” , “I fucking Love Science”
, “New-scientist” dan banyak lagi. Bagus lagi, cubalah mula baca jurnal
berkaitan subjek. Anda akan diberi taklimat tentang cara mengekses database universiti
yang mana anda boleh access kepada pelbagai jurnal.
Berbahagia bakal Saintis
Dulu saya tertanya, apalah makna aku belajar di dalam kos ni… apalah manfaat
yang orang lain boleh peroleh. Saya tidak mendapat jawapan, dan saya terganggu
akan hal ini. Pada saya umat Islam harini sangat kekurangan saintis yang prolifik.
Kalau dilihat sejarah terdahulu, budaya mengkaji merupakan budaya yang sangat
subur dan meriah dalam kalangan umat Islam hingga meletakkan Islam mendahului dalam
bidang sains dan teknologi. Kita perlu mengambil semangat kesarjaan mereka. Apa
yang kita pelajari ialah berkenaan keindahan aturan ciptaan Allah yang sangat
kompleks dan mudah-mudahan membawa kita untuk lebih menghargai kehidupan dan
lebih dekat kepada Sang Pencipta. Bidang penyelidikan boleh menjadi game changer dalam kehidupan manusia keseluruhannya.
Penemuan-penemuan kajian yang akan membuka lebih banyak pengetahuan dan
memberikan solusi kepada permasalahan yang melanda masyarakat merupakan satu
kepuasan yang perlu ditanamkan sebagai nilai memberi pada seorang yang berjiwa
saintis. Berbahgialah menjadi seorang bakal saintis, pada tanganmu ada harapan
yang boleh merubah dunia.
Doakan saya dan rakan-rakan yang menempuh jalan masing-masing. |
Goodluck.
4 comments:
Hai. Terima kasih share
Sekarang saudara dah bekerja dalam bidang biokimia? Boleh share flow?
Sekarang buat ape?
awak ambil master apa lpastu? sy mcm berminat nak ambil biokimia tpi tak nak stop smpai degree shj.
Post a Comment