Sepanjang mencebur diri penulisan blog yang sudah lebih kurang tiga tahun
lebih baru perasan, belum ada lagi rupanya entry berkenaan
kisah SPM aku walhal enam tahun sudah peristiwa ini berlalu. SPM memang nightmare sampai
ke hari ini. Kenyataan yang pahit untuk ditelan dan kenangan yang menyakitkan
untuk diingat. Kisah seorang hamba Allah direntap akan egonya, diperingat
betapa kerdilnya diri dan dipelajarkan erti ikhlas terhadap Ilahi dalam ujian
yang ditimpakan.
Kisah bermula
selepas mendapat keputusan PMR, ketika ditingkatan 4. Alhamdulillah keputusan
baik, dapat straight A`s. Di sekolah ketika itu mendapat
straight A PMR bukanlah suatu kebanggaan pun kerana biasanya straight As PMR
akan melebihi 100 orang. Melihat usaha yang "gila" dibayar sama
dengan orang lain buat rasa diri terpana. Macam ni, aku masa tu kelas kedua, belajar
memang style skema habis, stay up semua tiba-tiba ada kawan-kawan yang dari
kelas akhir yang style belajar sempoi-sempoi, pulun last minute pun boleh score
straight. Masatu timbul rasa dalam diri taknak jadi budak skema dah, "baik
aku main-main macam diorang, last minute nanti baru belajar, aku kan pandai !
".
Mulalah masuk
form 4, mentality masatu memang "nak main-main", tak mahu dah study
gila-gila sangat, ye la SPM lama lagi. Ditambah dengan sentimen kuat yang form
4 ni kan honeymoon. Dalam waktu ini, sengajalah cari alasan
taknak masuk kelas sangat, caranya aktiviti luar! (kokurikulum). Ada la jugak
bergiat dengan unit beruniform, sukan dan pustakawan waktu itu sebagai
alasan-alasan untuk tidak hadir ke kelas. Atau kalau tak ada alasan ini, sengaja
ikut van sekolah pergi klinik walaupun tak sakit. Ini sahajalah cara-cara nak
ponteng kelas kalau duduk sekolah asrama.
Yang menyedihkan
bukan sahaja masa ni aku tinggal disiplin belajar waktu menegah rendah dulu,
seperti benda-benda basic, fokus dalam kelas, buat kerja rumah,
hafal nota tetapi aku tinggalkan jugak amalan-amalan harian sebagai seorang
Islam seperti AlMathurat, solat hajat dan baca quran selepas solat.
Bila ingat balik masani sombong sangat dengan Allah. Astaghfirullah..
Tingkatan 5 aku
dimasukkan di dalam "kelas campur". Waktu ini, kelas pertama dan
kedua sahaja ikut ranking batch yang lain random. Ini pertama kali aku
"tercicir" dalam kategori random.Banyak jumpa muka muka baru yang
sebelum ini tak pernah pun satu kelas sepanjang 4 tahun sebelum ini, sangat
mengujakan! Kelas ini merupakan antara kelas yang akan sentiasa diingati dalam
sejarah persekolahan.! waktu ini juga ramai perasan aku berubah karakter
daripada seorang pendiam,serius dan susah didekati kepada seorang yang
sangat kecoh dalam kelas. Culture Shock barangkali. Mood
menuju SPM memang hancur, masih terbawa bawa rentak semasa form 4 hinggalah
pada keputusan pertengahan tahun dan percubaan spm dikeluarkan. Keputusan
yang sangat teruk, subjek kimia waktu itu dapat "E" dan subjek Add
Math "Fail". Masa depan nampak sangat gelap,SPM tinggal kurang lebih
100 hari waktu itu!
Mujur aku di
dalam environment yang baik di mana rakan-rakan yang sentiasa
meniupkan kata-kata semangat. Aku jadi teringat pegangan basic yang
aku sentiasa pegang dahulu, kata-kata hikmah yang berbunyi
"Ilmu itu cahaya, cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam orang-orang
yang berbuat maksiat".
Dikesempatan
Ramadhan aku guna sebaik mungkin untuk membersihkan hati. Akhirnya SPM datang
juga. Memang persediaan banyak yang tidak cukup, buat kali pertamanya aku masuk
untuk peperiksaan awam dengan rasa cukup tidak bersedia. Rasa menyesal, hendak
putus asa semua aku telan sahaja, hanya mengharap belas kasihan pemeriksa dan
terutama pemilik hati pemeriksa.!
Habis exam, aku
memang dapat rasa "tidak puas" dalam menjawab, tetapi
"redha" sahajalah. Sepanjang tempoh masa menunggu keputusan SPM,
sentiasa aku terfikir apekah nasib aku nanti. Perjalanan cantik diawalan,
hancur di pengakhiran, adakah begitu ? Cita-cita aku letak waktu awal belajar
tinggi, untuk belajar di seberang laut!
Hari yang
ditunggu akhirnya tiba, ingat hendak datang sendirian kerana mengenangkan apa
yang mungkin akan berlaku tetapi ibu dan ayah berkeras juga mahu mengikut sama.
Sepanjang perjalan ibu ayah yang teruja, aku membeku. Sampai ke sekolah sudah
agak lambat waktu itu, wajah girang rakan-rakan satu satu aku tatap. Aku cuba
memberanikan diri menanyakan keputusan mereka , yang aku tanya ni budak-budak kaki
study dan mereka mendapat apa yang mereka layak. Maka pergilah aku
menggagah diri berjumpa guru kelas untuk ambil slip.Yang tak boleh blah, beliau
terus sebut result "==
"Hah,
Shazwan ... 6A.... "
BM-A1
BI-B3
MATH-A1
SEJARAH-A1
PAI-A2
FIZIK-A1
KIMIA-A2
BIO-B3
ADD MATH-B3
Waktu itu
perasaan bercampur baur, satu tak sangka sebab tengok kimia dengan fizik dapat
A. Tapi terkejut sebab dua subjek BI dan Add Math yang agak yakin boleh dapat A
tapi dapat B, dalam masa sama ada perasaan hampa jugak sebab merasakan 6A rasa
sikit sangat, selain rasa kecewa sebab first time exam besar
tak dapat straight A serta terkilan bilamana usaha kurang lebih 2,3 bulan dapat
6A kalau dari awal mesti tak mustahil straight! Bayangkan semua perasaan ni ada
dalam satu masa.
Tetapi yang aku
lagi terkilan bila aku tunjuk dekat ibu ayah, mereka terdiam. Aku tahu mereka
mengharap lebih, dan mereka sedaya upaya sembunyikan emosi dan cuba memberi
respon positif pada anak mereka. Aku nampak. Ini part yang memang membuat aku
menyesali semua kesilapan dalam kealpaan yang aku buat. Menangis dalam hati
saja masatu. Lepas ambil result memang aku lari terus masuk kereta dan terus
balik.
Lama jugak aku
cuba telan hakikat peristiwa ini. yang pasti peristiwa ini sangat mendewasakan.
Aku memuhasabah kembali erti sebenar kekuasaan Ilahi.
Baru-baru ini
aku dengar kuliah Ustaz sebut perihal takwa.
"Kita hari ini
perlu melihat segalanya datang dari Allah, bukan melihat pada usaha-usaha kita
atau IQ kepandaian kita. Kita usaha kerana memang Allah suruh kita usaha,
namun pemberian itu mutlak atas Allah. Kadang Dia bagi kita jatuh, Dia nak
didik kita sabar. Kadang Dia bagi kita kesakitan, Dia nak ajar erti tawakal. Tiap
ujian yang diberi ada perkara yang Allah nak didik !"
Matang sikit aku
fikir, antara meraih "straight As" dengan "Redha Allah", besar sungguh perbezaannya. Tak layak
pun untuk disedihkan, hidup lebih besar pengertiaanya dari sekadar straight As.
Pada umur kini, (aku SPM 2008), aku makin melupakan sudah perihal SPM ini, begitu juga rakan-rakan yang lain. Masing-masing melalui jalan tersendiri dan akhirnya sampai juga pada cita-cita. SPM tinggal hanya kenangan ....nasihat, jangan alpa dengan kejayaan, jangan tewas pada kekecewaan. Keduanya adalah ujian untuk menguji samada kita bersyukur jika berjaya dan bersabar dalam kegagalan yang akan mematangkan kita sebagai penuntut ilmu.
"Tundukkan hati, tawaduk dengan ilmu dan guru, dengan nama Allah, teruskan melangkah!"
"Tundukkan hati, tawaduk dengan ilmu dan guru, dengan nama Allah, teruskan melangkah!"
2 comments:
Nice blog,sy calon spm2014,esok 3/3/15 dh keluar result,tlong doakan sy ye,even dpt 7A sy dh bersyukur kpd Allah sngt2,...thxs,teruskan blog anda.
kisah SPM yang menarik. terima kasih kongsi. Harap kisah ini menjadi teladan buat saya bakal SPM tahun depan
Post a Comment