“Iwan dah
besar nanti nak jadi apa ? "
"Nak
jadi orang yang berjaya ...! "
Itu
jawapan yang ibu ajar kalau ada orang tanya soalan ini . Teringat masa
kanak-kanak dulu selalu orang akan tanya perkara ini . Mungkin
niatnya sekadar mengusik .
"Belajar betul-betul ,
nanti dapat kerja elok , gaji banyak , hidup senang ..”
Masuk ke
alam persekolahan , inilah frasa nasihat yang sering kali diulang-ulang pada
aku . Faktor aku dibesarkan dalam keluarga yang cukup sederhana mungkin
menjadikan ia sebagai suatu sumber motivasi untuk keluar dari
"kepompong" ini .
Memperolehi
kejayaan untuk mendapat kerja yang bagus dan gaji yang besar .
Inilah maksud kejayaan yang aku akan kejar ...!
Lalu aku
"terhanyut" dalam mengejar makna sebuah kejayaan . Kompetatif ,
berhabis-habisan untuk mencari nilaian "A" sebelum akhirnya
jatuh tersungkur , terkapai-kapai kembali mencari erti makna kejayaan
.
________________________________________________________________________
Baru-baru
ini ramai orang share di FB pasal kata-kata terakhir seorang doktor berbangsa
cina yang merupakan seorang doktor pakar dan juga seorang jutawan .
Membaca
jalan kisahnya serba sedikit aku melihat aku pada dirinya terutama bagaimana
cara beliau memandang erti kejayaan iaitu dengan sudut pandangan materialistik
semata cumanya beliau lebih bernasib baik untuk terus mengecapi "kejayaan
demi kejayaan" sedangkan aku sudah tersungkur awal .
Ironinya
sedang asyik dibuai kemewahan kejayaan itu tanpa sedar beliau sedang menghidap
penyakit kanser
tahap 4
yang memungkinkan jangka hayatnya hanya tinggal beberapa ketika .
Pada masa
ini barulah beliau menyedari bahawa kejayaan yang dikejar-kejarnya itu kosmetik semata
, tiada nilai .
Perkara
ini juga disentuh oleh Stephan Covey melalui bukunya "7 Habits of Highly
Effective Peoples" . Meletakkan syarat kedua sebagai "Begins With the
End In Mind" , beliau juga sedar hakikat kejayaan bukan datang dari
kemewahan bahkan lebih kepada kepuasan diri dan manfaat terhadap orang lain .
_________________________________________________________________________________
Suka
melihat sisi pandangan orang bukan Islam yang akhirnya sedar akan hakikat dunia
yang ada sekarang . Betapa kita dipengaruhi doktrinisasi sistem kapitalis ,
berusaha bersungguh-sungguh untuk diterima kerja oleh syarikat gergasi
mereka dan berpuas hati dengan bayaran sedikit sedangkan manfaat besar berbalik
kepada mereka , natijahnya apa syarikat yang Islam boleh banggakan ? TIADA.
Justeru
erti makna kejayaan perlu dihalakan bukan untuk kesenangan diri sendiri sahaja
bahkan perlu besar ertinya baik dari perspektif dunia dan akhirat agar
manfaatnya dapat dikongsi bersama pada masyarakat sekeliling , negara dan Islam
khususnya .
Aku kini
sedar matlamat yang besar perlu dicapai , tapi daya kesungguhan dan kompetatif
dari suatu sudut khususnya akademik sangat lemah dan tak bermaya . Masih
menyesuaikan diri mungkin atau aku sebenarnya berada di tempat yang salah untuk
matlamat yang baharu ini ........
2 comments:
terbukak sikit minda sy. terima kasih untuk sebuah penulisan yg hebat. kau boleh buat buku la dekwan :)
terima kasih , ulas ap yg ku tlh dgr sje . amin =)
Post a Comment