Dulu di sekolah saya pernah menjadi naqib , dan tentunya saya bukanlah
orang yang selayaknya untuk perkara ini . Disebabkan ilmu yang terbatas serta
kefahaman yang cetek tentang peranan yang diberi , saya tidaklah terpamer
sebagai seorang naqib yang kaliber seperti mana rakan-rakan yang lain. Ada masa
saya cuba untuk melarikan diri dari "cop" naqib yang telah diberi ,
senang cerita saya kurang selesa.
Ironinya , kadangkala bila ada suara-suara sumbang yang
melemparkan tuduhan bukan-bukan terhadap naqib atau persatuan kami (Semashur
Islamik Society) , saya turut terasa sama.
"Eleh naqib ni nasihat orang je lebih tapi dia
pon sama je .."
"Ah abg SIS tu nasihat orang jangan couple ,
dia tu couple jugak .. "
Pada suatu-suatu situasi saya tahu bukanlah saya yang dimaksudkan
oleh si penuduh tetapi rasa "perasan" itu timbul dalam hati , kerana
apa ? kerana saya sedar saya seorang naqib dan seorang anggota SIS .
Bilamana orang menyentuh sesuatu yang terkena dengan diri kita atau
apa-apa jua yang berkaitan dengan diri pastinya ada suatu perasaan yang dirujuk sebagai "perasan" timbul dalam diri.
__________________________________________________________________
Disebut dalam sesi perkongsian ilmu bersama IM Fakhrul berkata bilamana
Allah hendak memberitahu perkara yang penting di dalam al quran , Allah akan
mulakan dengan kalimah "Hai orang-orang yang beriman.."
Saya bawakan satu contoh ayat :-
“Wahai
orang-orang yang beriman !
Mengapa kamu , apabila dikatakan kepada kamu :
"Pergilah beramai-rami untuk berperang pada jalan Allah , " kamu
merasa keberatan (dan suka tinggalmenikmati kesenangan) di tempat
(masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada
akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya
sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(surah attawbah 9:38)
Melalui perkongsian Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan
ayat ini menempelak golongan orang yang beriman yang tidak menyertai perang
Tabuk, ia menunjukkan kemurkaan Allah dan dikisahkan golongan beriman yang
tidak menyertai perang ini kemudiaannya meminta maaf daripada baginda nabi
Muhammad s.a.w namun baginda bertindak memulaukan mereka sehingga beberapa
puluh hari sebelum mengampunkan mereka. Cerita lanjut di blog ini.
__________________________________________________________________
Bilamana orang yang bukan sesiapa pun , bercakap-cakap tentang apa-apa
berkaitan dengan kita, kita menjadi begitu sensitif terhadap pengucapan mereka.Kadang-kadang hingga meninggalkan kesan pada emosi dek kerana besarnya kesan kepada diri kita. Jadi apatah lagi bilamana Allah pemilik , penguasa seluruh makhluk merujuk kepada
suatu golongan yang diiktirafNya sebagai "golongan-golongan yang beriman " tidak mahukah kita sensitif dan merasa besarnya titah Allah itu terhadap diri kita.
Oleh itu marilah kita menjadi perasan bahawa kita ini
"golongan-golongan yang beriman" sebagaimana yang dimaksudkan oleh
Allah dalam kalam-kalamNya dengan bersungguh memahami serta melaksanakan
suruhan yang ditetapkan dalam kehidupan seharian kita agar kita benar-benar
tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah .
No comments:
Post a Comment