Sambutan tahun baru 2013 kalini saya merasakan pengalaman yang berbeza untuk turun ke dataran merdeka yang lazimnya diketahui menyajikan konsert-konsert yang "lagho" disamping "port" pilihan pasangan kekasih untuk bercanda menyambut kedatangan tahun baru.
Bukan untuk turut serta bersama mereka tetapi menongkah arus yang mereka bawa. Bersama program anjuran Gabungan Mahsiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) iaitu "Dakwah ke lapangan" melihat , merasa dan merubah sekadar yang termampu melalui mesej kesedaran tentang maksiat yang berlaku di sekeliling dan seruan kepada kebaikan yang digariskan Islam.
Baik seruan kepada meninggalkan zina hinggalah kepada seruan menukar kepada kerajaan sedia ada . YA! KERAJAAN ! penyumbang kepada sekian kerosakan dalam masyarakat . Hurm.. sekadar pandangan peribadi . Tahun 2013 , tahun pilihan raya ke 13 , tahun kebangkitan , tahun perubahan , Islam akan lebih gemilang Insya Allah .
Membanding beza program di dataran merdeka ini yang sedia maklum di bawah penganjuran kerajaan BN dengan program di dataran Shah Alam yang saya dihadiri tahun lalu (kerajaan PR) memang seperti putih dan hitam . Sangat ketara bezanya !
Yang satu jelas memacu mengingat dunia ini sementara , yang ini seperti dunia ini seakan selamanya . rosak , haprak ! hiburan hiburan ...
Membawa tema "Jom ke Syurga" , sedikit sebanyak mesej berjaya disampaikan jika pun tidak diendah si manusia moga mendapat redha Allah Rabbul Alamin.
Menjelang detik jam 12 , kami beramai-ramai membaca tasbih, tahmid dan takbir dan diakhiri bacaan doa wehdah sebelum bersurai .
Suatu pengalaman yang baru untuk tahun baru.
Menjelang detik jam 12 , kami beramai-ramai membaca tasbih, tahmid dan takbir dan diakhiri bacaan doa wehdah sebelum bersurai .
Suatu pengalaman yang baru untuk tahun baru.
[CLICK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG JELAS]
2 comments:
Salam. mybe boleh cerita dengan mendalam sket ape yang korang buat actually and apa reaksi masyarakat towards korang sume..:)
boleh baca ini utk jwpn soaln anda. http://www.isiukm.org/2013/01/2013-tahun-realisasi-perubahan/ http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151344442994413&set=a.41081024412.48764.856609412&type=1&theater
Post a Comment