Monday, 24 December 2012
Yeah
Warkah habis sem satu ,
Dengan penghantaran assignment sebentar tadi maka berakhirlah sudah kuliah dan assignment sepanjang sem 1 ini. Tinggal lagi "bebanan" Final Exam untuk dilepaskan.
Sem satu penuh dengan ranjau dan cabaran tersendiri , boleh dikata antara sem paling serabut . Sem ni merupakan sem yang penuh dengan assignment berbanding dengan sem yang lain.
Jadi walaupun sem ini cuma mengambil 5 subjek tetapi berat sungguh bebanan ditanggung. "Ganjarannya" final exam kalini cuma ada 2 paper untuk dijawab , 3 lagi subjek sudah pun ada bayangan gred yang akan diperoleh.
Fuh.... merdeka rasa!
Sem ini mengajar betapa kerja last minute membinasakan dan menyeksa diri . Waktu yang senggang usah dibiar kosong , kerja walau sedikit usah ditangguh. Seumpama solat , makin lambat makin berat untuk ditunaikan.
Kini sedang berlangsung study week ,
Happy Exam , jumpa sem hadapan ! sem terakhir InsyaAllah .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment