Tuesday, 11 October 2016

Ada kebenaran dakwaan Darwin ?

Ada kebenaran dakwaan Darwin ?



Pertama,saya tidak pernah lagi membaca karya Darwin. Tetapi rasanya kita semua faham secara general bagaimana teori evolusi Darwin mengatakan bahawa manusia itu adalah hasil kemuncak evolusi daripada binatang- binatang.

Darwin ialah saintis yang komited, dan tentunya pada zaman beliau banyak keterbatasan dalam kajian. Hal ini termasuklah soal "gene".

Buku The Selfish Gene karya Richard Dawkins ini telah pun genap 40 tahun penerbitannya. Buku yang dianggap "radikal" terhadap teori yang dikemukan berkenaan tuduhan bahawa gene orang-orang yang pentingkan diri yang akan kekal diwariskan dan menang berbanding dengan tidak. *(masih proses pembacaan)

Tetapi satu hal yang menarik minat saya ialah apabila Richard Dawkins membenarkan teori yang dikemukan Darwin.

Dawkin mengatakan bahawa persoalan definisi gene itu belum tuntas. *(waktu ini belum ada lagi database Genome, mahupun teknologi seperti PCR, apatah lagi Next gene sequencing. Beliau mengatakan gene yang lebih panjang jujukannya akan lebih tinggi kebarangkaliannya untuk tidak diwarisi.

Hal ini kerana proses meiosis, crossing over dan random assortment yang berlaku ketika penghasilan telur dan persenyawaan.

Harini fakta ini diketahui umum, setiap gene yang mewakili sesuatu "character" atau "trait" itu terdiri dari panjang jujukan yang berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, trait warna kulit mempunyai jujukan gene yang panjang dan kompleks sebab itu warna kulit biasa mempunyai perbezaan dengan mak ayah. Trait kumpulan darah mempunyai jujukan gene yang pendek dan lebih mudah difahami.

Jadi, hal ini bermakna gene yang pendek akan lebih tinggi kebarangkalian untuk diwarisi bukan ?

Nah, sekitar awal tahun 1990-an ditemukan jujakan gene yang pendek yang disebut sebagai miRNA. Menariknya miRNA ini sangat di-preserve dan kekal diwarisi. Dan miRNA yang sama yang ditemukan pada manusia rupanya terdapat juga pada organisma yang lain ; cacing, haiwan-haiwan dan tumbuhan.

Atas persamaan ini, walaupun ia tidak semestinya mengesahkan dakwaan Darwin bahawa memang kita adalah produk sebuah evolusi, tetapi pada pendapat saya pemerhatian Darwin sangat cermat. *(dari kaca mata saintis tulen yang tidak dipengaruhi wahyu)

miRNA harini menjadi fokus kajian untuk rawatan penyakit kompleks seperti cancer. Kajian master saya juga menjurus kepada potensi miRNA ini.














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...