Sebagai seorang yang tidak terpengaruh sangat dengan arus kpop, apatah lagi bukan penggemar filem horror dan thriller, filem bertema zombie memang bukan pilihan. Namun setelah percaya dengan review yang hebat, saya pun terdorong untuk melihat dan menilai sendiri filem Train to Busan ini sendiri.
Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak seorang pemuda lingkungan awal 30-an, seorang pengurus saham yang sedang melalui tempoh puncak dalam career beliau. Tipikal golongan prefessional sibuk ini apabila beliau mengalami konflik rumah tangga; bercerai dengan isterinya dan juga mengabaikan pembesaran anak beliau. Sempena ulang tahun anak beliau, beliau akhirnya terpaksa akur dengan permintaan anaknya yang ingin bertemu si ibu. Lalu, bermulalah perjalanan mereka menaiki kereta api.
Plot jalan cerita memang biasa dan tiada apa yang mengujakan seperti filem-filem garapan dari novel. Namun pacing, suspens dan ideologi yang disampaikan melalui filem ini sangat terbaik dan hebat. Saya akan ulas beberapa poin yang saya terkesan dan ingat.

Secara idea besarnya filem ini pada pendapat saya ingin menonjolkan pahit realiti hari ini, tentang sifat individualisme, kapitalism serta kritik kasta sosial dalam masyarakat sekarang. Binaan watak adalah seperti berikut.
1) Watak utama cerita merupakan gambaran seorang professional berjaya, budak suruhan utama si kapitalis.
2) Watak protagonis digambarkan oleh sepasang suami isteri yang mungkin bekerja biasa-biasa seperti petani (menggelar pekerjaan fund manager si hero sebagai penghisap darah).
3) Watak yang tak kurang penting juga ialah Pengurus syarikat yang membawa ciri ketulenan sifat egois, penting diri seorang kapitalis.
4) Watak pengemis compang camping.

5) Watak pasukan baseball remaja.
6) Watak orang tua.
7) Orang ramai.
Mungkin ada yang tidak perasan, golongan seperti professional dan juga watak si pengurus itu terletak di belah hadapan gerabak (1st Class). Pengkelasan status sosial biasa perkhidmatan zaman kini. Setelah serangan zombie melanda kerata api tersebut, pengkelasan sosial tersebut pecah, semua berpusu-pusu ke gerabak hadapan yang lebih selamat.
1) Kritik individulisme pertama ditunjukkan apabila si professional apabila menutup pintu awal menghalang pasangan suami isteri dari masuk ke gerabak yang selamat. Hal ini dijelaskan tentang pegangan pandangan beliau apabila beliau menasihati anaknya "Pada saat ini tak perlu begitu sopan santun kepada orang lain, utamakan diri sendiri."

2) Si professional sekali lagi menampilkan sifat penting dirinya apabila cuba mendapatkan keistimewaan kawalan tentera daripada kenalan anggota askar beliau, seorang Leftenan dengan menjanjikan akan diberikan akaun-akaun pelaburan yang baik sebagai habuan. Beliau berjaya.
3) Malang berlaku apabila anggota tentara di tempat tersebut juga turut terinfeksi. Huru hara berlaku, hampir sahaja si professional dan anaknya menjadi mangsa zombie tetapi diselamatkan oleh pasangan suami isteri yang beliau khianati pada awal tadi.

4) Saat tidak keruan, si pengurus menunjukkan wibawanya untuk mendesak kapten pemandu kerata api untuk bergerak meninggalkan yang lain (masih ada yang selamat yang cuba naik gerabak, mereka akhirnya berjaya naik di gerabak lain).
5) Si Professional dan anak sepasang suami isteri tersebut, si pengemis, seorang remaja dari pasukan baseball dan seorang tua (masing-masing terpisah dengan pasangan yang berada di gerabak selamat) survivors yang berjaya naik di gerabak lain. Hikmah mereka akhirnya terpaksa membuang apa jua status diri mereka dan bersatu padu untuk selamat dalam mendepani zombie.
6) Moment WTF bila mana kelompok survivors dari gerabak belakang ini tidak dibenarkan masuk bercampur dengan gerabak depan. Si pengurus sebagaimana seorang kapitalis pandai mempengaruhi orang lain hingga mereka semua mengiyakan kempen "kami lebih bersih dari kamu".
7) Cuma sahaja pasangan remaja dan pasangan tua yang terpisah dengan pasangan masing-masing di gerabak belakang yang tersentak dengan sifat orang lain. Kritik bahawa orang lain tidak akan mempedulikan yang lain jika tidak terkena pada mereka. Akhirnya mereka berpisah gerabak.

Pada sepanjang momen ini, penonton perlu mempertanyakan diri mereka jikalau aku di tempat mereka, sifat yang mana akan terserlah pada momen terdesak seperti yang tersebut. Setiap watak seakan mengangkat cermin kepada diri penonton untuk menanyangkan dan berkata, "Inilah sifat dalam diri kamu!"
Teringat momen ini pada sedikit pembacaan saya berjudul "The Selfish Gene" karya Richard Dawkins yang mencirikan manusia sebagai spesis yang mempunyai selfish gene ini yang akan menyebabkan mereka bersaing dan punyai sifat penting ini terhadap orang lain. Tapi pada pendapatnya juga terdapat golongan yang terkecuali yang disebut sebagai altruist yang sanggup mengorbankan diri untuk kepentingan orang lain.
Perlambangan zombie saya setuju untuk menganggap ia sebagai kita-kita inilah rakyat marhean yang dikawal umpama orang-orang yang berkuasa (pekerja tegar 8am-5pm) dan diperbudak dengan konsumerisme dan sistem-sistem kapitalis. Di suruhnya kita beli, kita beli.. disuruhnya kita berhutang.. berhutang lah kita. Pahit realiti hari ini.
Suka saya filem ini bukan tipikal seperti selalu tembak menembak zombie hingga mati. Cuma saya tak puas tiada penjelasan sains yang ditampilkan apabila mengaitkan kegagalan sebuah syarikat bioteknologi sebagai punca kepada penghasilan zombie-zombie ini. Tetapi terima kasih kerana menyebut tentang bioteknologi, sebuah bidang yang menjanjikan tetapi malap lagi suram dari segi produksi. Satu lagi yang saya lihat filem asia belum lagi berani mengkritik kerajaan secara terbuka seperti barat.
Apa pun Train To Busan adalah filem yang harus anda tonton. Selamat datang filem korea ke dalam perang ideologi.
Nyahkan individulisme, erti hidup pada memberi.
No comments:
Post a Comment