Wednesday, 5 September 2012

ISU : Apa Masalah dengan Syiah ?



"Siapa pemimpin yang kamu kagumi pada zaman sekarang" ? soal ustaz saya pada sesi taaruf di matrikulasi dahulu .

"Ahmadinejad ustaz " jawab saya dengan penuh yakin . 

"Ahmadinejad ? semacam terkejut Ustaz . Apa hebatnya beliau sehingga kamu kagum ? "

"Kerana saya melihat beliau seorang pemimpin Islam yang berani bersuara terhadap kerajaan-kerajaan barat disamping personaliti beliau yang sederhana , kehidupan beliau serba serbi sederhana di samping berjaya membangunkan Iran dengan teknologi nuklear yang hebat . " hujah saya terhadap jawapan saya tadi .

Ustaz hanya tersenyum sinis sambil membelai-belai janggutnya .

Saya kehairanan dengan telatah ustaz , kenapa dengan Ahmadinejad ? bisik saya sendirian .

...................................................................................................................................................................

Pernah satu ketika Iran dilihat begitu hebat bersuara saat umat-umat Islam lain lesu , hingga ada yang menggelar Ahmadinejad sebagai "Singa baru dunia Islam" . Iran dilihat sebagai wakil umat Islam yang paling lantang terhadap barat . Lebih hebat lagi Iran membangunkan teknologi nuklear yang memberi perspektif bahawa "inilah negara yang akan menjadi harapan umat Islam " untuk menentang barat . Namun hingga kini langsung tiada serangan daripada tentera barat yang selalunya begitu tegas terhadap mana-mana musuhnya. Turut digambarkan pemimpin Iran iaitu Ahmadinejad sebagai seorang yang sangat sederhana dan menjaga agama , banyak video-video seumpama ini yang dimuat turun di internet yang menyebabkan saya sendiri terpengaruh terhadapnya .

Apa yang buruk tentang Ahmadinejad ini ?
kerana beliau ialah pemimpin kerajaan Iran Syiah !
Apa masalah dengan fahaman Syiah ?
bukankah mereka juga Islam ..........?

...................................................................................................................................................................

Fahaman Syiah melibatkan suatu sejarah yang sangat panjang , bermula dari zaman Rasulullah lagi hinggalah ke zaman khulafa` Ar Rayidin seterusnya ke zaman pemimpinan Kerajaan Abasiyyah , Umayyah dan seterusnya . Sepanjang pengembangan fahaman Syiah ini berbagai-bagai pembaharuan terhadap asas agama Islam itu sendiri sehingga fahaman ini dilihat menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar .

Sejarah fahaman Syiah ini dimulakan oleh seorang individu yang berbangsa Yahudi bernama Abdullah bin Saba` yang menganut Islam untuk merosakkan Islam . Pada zaman Rasulullah , Syiah asalnya hanyalah pengikut saidina Ali yang biasa atau bahasa lainnya Pro Saidina Ali . Atas rasa hasad dengki melihat kegemilangan Islam yang semakin berkembang pada zaman khulafa` Ar-Rasyidin , golongan yahudi yang berselindung atas nama Islam cuba merosakkan Islam dari dalam .

Abdullah bin Saba` berjaya  menanamkan akidah yahudi terhadap kaum muslimin , terutama akidah wasiat dan imamah yang tidak pernah disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih . Dia mencipta dalil bahawa Ali bin Abu Thalib mendapat wasiat dari Rasulullah s.a.w. untuk menjadi khalifah sebagai pengganti bagainda dan menuduh sahabat-sahabat lain sebagai tidak amanah kerana menyembunyikan hadith ini daripada pengetahuan Saidina Ali . Hal Ini jelas kebohongan dan kepalsuan . Namun mereka berbuat demikian  untuk menyalakan api perang sesama muslimin hingga tercetusnya perang saudara yang menyebabkan kematian Saidina Umar , Uthman dan Saidina Ali sendiri . 

Sejarah lebih lanjut boleh rujuk di sini http://www.ismaweb.net/v4/2012/05/syiah-hakikat-sejarah-siri-1/ (tapi saya bukan orang isma =D )

...................................................................................................................................................................







Mukadimah ucapan Dr Mursi menjadi perhatian baru-baru ini apabila mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta seluruh para sahabat Rasulullah SAW di hadapan tetamu yang turut disertai para ulamak tertinggi Syiah yang dikenali sikap mencela dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW. Berikutan merupakan kesesatan lain oleh golongan Syiah :-



1.    Khalifah diwasiatkan secara nas 
- Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya    

2.    Imam-imam mereka adalah maksum
- Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi

3.    Ilmu-ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku pada manusia. (albada`)
-Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi.

4.    Berpura-pura (al-Taqiyyah)
- Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya.

5.    Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah S.A.W kecuali sedikit
- Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar.

6.     Menambah Syahadah .
- Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w.

7.     Penyanjungan keterlaluan kepada Saidina Ali .
-Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi.

8.    Menghalalkan Nikah Mut`ah
Nikah lelaki dan wanita untuk satu masa tertentu dengan jangka waktu terbatas , lelaki tidak perlu memberi nafkah , tidak membatasi jumlah isteri dan pernikahan tanpa perlu wali dan saksi. Ianya sudah diharamkan Nabi Muhammad S.A.W

9.     Hanya Saidina Ali dan Imam-imam mereka yang menghafaz dan menghimpun Al`quran dengan sempurna. 
- Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah . Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani.
10.       Rukun Iman yang baharu
1.KeEsaan Tuhan
2.Rasul-rasul
3.Hari Kiamat
4.Imam Dua belas
5.Keadilan

11. Hari Asyura` 
- Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain. 

maklumat lebih lanjut boleh lawat  : http://www.darulkautsar.net/article.php?page=2&ArticleID=332

......................................................................................................................................................





Iktibar daripada dua peristiwa berkaitan Syiah .

  • Revolusi Syiah Iran . 

 Revolusi Iran berlaku pada sekitar tahun 1970-an. Revolusi Iran juga dikenali sebagai Revolusi Islam yang mana kejatuhan kerajaan Shah Mohamad Reza Pahlavi digantikan dengan pimpinan oleh Ayatollah Khomeini iaitu dari sistem Monarki kerajaan Islam kepada sistem Republik Islam. Golongan Syiah al-Imamiyah telah mencadangkan supaya “Bangsa-Bangsa Bersatu” (United Nations) mentadbir kota Madinah dan Makkah . Mereka membuat tuduhan bahawa raja-raja “Wahabi” zalim dan “korap” .

Di Tehran , ibu kota Iran , masjid untuk orang Sunni tidak dibenarkan untuk dibina .
Semasa Amerika menyerang Iraq dan Afghanistan pada tahun 2005 , Negara Iran telah membantu pihak Amerika . Bekas Naib President Iran pernah berkata :

Jika tidak kerana orang-orang Iran , Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh ketangan Amerika dengan mudah” .

Di Iraq atau Iran pada dewasa ini , sesiapa yang mempunyai nama seperti Abu Bakar, Umar, Uthman atau Muawiyah akan terdedah kepada bahaya kerana ulama Syiah (Imamiyah Jaffariyah) telah mengeluarkan fatwa untuk membunuh ahli Sunnah wal-Jamaah.

Khomeini sendiri pernah mendapatkan alat-alat perang daripada Israel . Perkara ini didedahkan oleh media massa sebagai Iran Contra . Khomeini serta rombonganya juga telah dipindahkan ke ibu kota, Iran daripada Perancis (tempat buangannya) dalam kapal terbang dikawal oleh tentera Perancis untuk memulakan revolusi rampasan kuasa pada tahun 1978 .

Pada masa itu terdapat 40,000 tentera Nato di Tehran yang tidak menentang revolusi Khomeini .



  • Pemberontakan Di Syria 
Kerajaan Syria dikuasai Puak Minoriti iaitu Puak Nusairiyah . Sejak 30 tahun lalu , Syria dikuasai oleh keluarga Hafez al-Assad berlatar belakang akidah Syiah Nusairiyah yang termasuk gerakan Batiniyah Syiah ekstrim yang merupakan pecahan kepada fahaman Syiah .

Terdapat dalam kalangan ulama` Sunni di Syria yang menggesa supaya rakyat menggulingkan Hafez al-Assad kerana berpandangan beliau dan kerajaannya sudah keluar dari Islam berdasarkan pegangan akidahnya. Malangnya , Hafez bermati-matian bersumpah bahawa dia adalah Sunni akan tetapi rakyat tidak menyedari taqiyah yang digunakan oleh Hafez bagi menyembunyikan kemunafikannya.

Majalah “Ad-Dakwah” mendedahkan bagaiman Bukit Golan diserahkan kepada Israel tanpa wujud sebarang kesulitan kepada pihak Zionis untuk mendapatkannya bahkan Hafez menyerahkannya dengan begitu mudah dan murah . Hafez sendiri mengeluarkan arahan untuk menarik tenteranya dari Golan. Selain itu , turut didedahkan berlakunya perbincangan sulit yang dimeterai antara Syria dengan Israel.

Peristiwa Hama menjadi saksi kekejaman tentera Hafez Al Asad apabila membunuh 335 orang penduduk . Mayat dibiarkan di jalan-jalan raya sebelum dibenarkan untuk dikebumikan . Turut dibunuh dengan kejam ialah pimpinan-pimpinan gerakan Ikhwanul Muslimin yang cuba menggerakkan kebangkitan rakyat bagi menjatuhkan rejim Syria Syiah Nusairi .

Era pemerintahan Bashar al-Assad , yang juga penganut fahaman Syiah Nusairi meneruskan dasar kejam tinggalan ayahnya , Hafez iaitu dengan cara memenjara rakyat , membunuh para ulama , melakukan pembunuhan beramai-ramai dan menindas rakyat bawahan .

Golongan Sunni di Syria dianaktirikan dari pelbagai sudut . Kehidupan mereka ditekan dan sentiasa berada dalam ketakutan di bawah pemerintahan Bashar al-Assad.  Diceritakan setiap keluarga mereka terdapat tali barut yang akan menyalurkan maklumat berkaitan keluarga sendiri kepada pihak berkuasa jika dilihat mampu memberi ancaman kepada kerajaan Bashar dan semestinya menutup mulut rakyat dari bercakap berkaitan politik dan pemerintahan negara.

...................................................................................................................................................................


Presiden Palestin Ismail Haniah tidak solat dibelakang syiah





Pengikut fahaman Syiah tidak pernah menganggap Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai sebahagian daripada mereka . Sedangkan para sahabat sendiri dicaci dan dimaki , maka anda nilai sendirilah pandangan mereka terhadap kita (Ahli Sunnah ) . Fahaman Syiah juga menolak sumber-sumber hukum dalam Islam iaitu Al-quran itu sendiri , hadith-hadith ahad , ijma` dan qias . 



Jelas , disini bahawa fahaman Syiah bukanlah hanya sekadar percanggahan mazhab fiqh tetapi percanggahan aqidah yang sangat berbahaya , hal ini kerana fahaman Syiah sudah jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar .  Muzakarah khas Jawantankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah di Malaysia . Muzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak serta memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam . 

*****Akhir kata , penulisan ini hanya sekadar untuk menimbulkan sedar terhadap ancaman fahaman Syiah . Sebarang kesilapan maklumat mohon teguran . 

...................................................................................................................................................................

Rujukan
1.      Sulaiman Noordin . 2011 .Sejarah Pemikiran 1 , Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia
2.      Sulaiman Noordin . 2011 .Sejarah Pemikiran 2 , Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia .
3.      Sayid Husain Al-Musawi .Mengapa Saya Keluar dari Syiah ? , Pustaka Al-Kautsar , Jakarta Timur .
4.      Dr. Musa Al-Musawi .1998 .Dedah Fahaman Syiah , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia .
5.      Dr. Ihsan Ilahi Dhahir .Viru Syi`ah Sejarah Alienisme Sekte , Penerbit Buku Islam Kaffah .
6.      Riduan Mohamad Nor .2012. Trelolog Luka Air Mata Syria , Jundi Resorces.
7.       Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman . Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu : Satu Kajian Awal. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
8.      cetusangagasanilmiyyah.blogspot.com/Syiah di Selangor , Suatu kajian dari Sudut Akidah dan Ibadah (19 Ogos 2012)
9.      islamicweb.com/beliefs/cults/shia_history.htm (21 Ogos 2012)
11.  www.ismaweb.net/v4/2012/05/syiah-hakikat-sejarah-siri-1 ( 19 Ogos 2012 )



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...