keluarga sebelah ayah
Salam syawal,
Kemeriahan syawal masih lagi diteruskan , masuk waktu minggu kedua ini mulalah masing-masing sibuk dengan sambutan rumah terbuka khususnya dengan kawan-kawan bukan ? Sana-sini rancak ,, Jangan sampai ada yang rasa menyesal meninggalkan bulan syawal sebab perut makin "kedepan" . hehe
Alhamdulillah syawal saya bersama dengan keluarga memberi erti dan bukan kegembiraan kosong sahaja . Menjadi tradisi keluarga besar sebelah ibu saya untuk berkumpol beramai-ramai untuk mengadakan bacaan tahlil arwah , setiap tahun bergilir-gilir antara adik beradik ibu untuk menguruskannya , inisiatif untuk mengikat utuh tali persaudaraan memandangkan ayah dan mak kepada ibu , iaitu atuk dan nenek saya yang sudah pun meninggal dunia . Menariknya tahun ini , setiap keluarga diedarkan satu borang untuk diisi maklumat-maklumat keluarga memandangkan keluarga masing-masing sudah bercucu cicit . Saya amati butiran menunjukkan susur galur keluarga keatas hingga moyang . Tersedar , sedikit sangat yang saya tahu berkenaan asal usul diri . Mesti korang pon sama kan ?
...................................................................................................................................................................
Pertamanya ibu dan ayah saya merupakan seorang berbangsa Jawa , jadi automatiknya saya seorang Jawa jugalah kan walaupun tak berapa nak fluent cakap Jawa ni .
Saya kongsi dahulu pasal keluarga belah ibu . Keluarga ibu sangat besar , Ibu merupakan anak yang bongsu daripada lapan orang adik beradik yang masing-masingnya sudah mempunyai cucu kecuali dua orang termasuk keluarga saya la . Sejarah belah keluarga ibu ini tak banyak yang saya tahu kerana tak sempat hendak beramah mesra dengan orang-orang tua khususnya atuk , nenek saya yang meninggal ketika saya masih kecil lagi . Tanya ibu saya pun dia tak berapa tahu sebab katanya atuk dan nenek kepada ibu pun meninggal ketika ibu masih kecil . Menurutnya mungkin moyang punya moyang mungkin berketurunan arab sebab nama moyang kami bunyinya sangat Arab . Tapi ye la setakat clue nama memang payahlah nak percaya . Bukti lain tengok warna kulit saya ni pun takde macam arab pon , haha .
Tapi yang menariknya keluarga belah ibu saya sangat islamic . Boleh kata kebanyakan mak cik-mak cik , sepupu saya kebanyakkannya dalam aliran agama , ustaz dan ustazah belake . Jadi , bila balik kampung tu memang tunduk je , mengenangkan diri yang " beraliran sekular" . Bila raya ke keluarga-keluarga
adik-beradik arwah atuk dan nenek lain pun lebih kurang sama . Jadi saya suspek , mungkin hal ini ada kaitan
dengan “gene” yang diwarisi . Menarik untuk diselidik .
...................................................................................................................................................................
Keluarga sebelah ayah saya masih lagi kecil , foto di atas buktinya . Bukti lain , saya cucu pertama , belum ada prokduktiviti =)) . Yang menarik keluarga ayah saya sangat rapat , adik beradik ayah tinggal di kawasan perumahan yang sama dan kampung hanya 5 minit dari rumah masing-masing . Rasanya tiap-tiap hari ada saja yang balik kampung . Alhamdulillah Atuk dan nenek pun masih lagi hidup .
Sejarah keluarga belah ayah sangat menarik . Moyang-moyang dulu berasal dari kerajaan Mataram Sumatera , Indonesia yang melarikan diri ke Johor kerana diserang kerajaan Srivijaya *(kalau tak silap lah) , sebelum berhijrah ke Selangor. Tambahnya lagi moyang dulu kira antara orang-orang istana . Kedatangan ke Johor pada abad ke 15/16 Masihi lagi sezaman dengan kerajaan Melaka lagi .
Cerita ini dikongsi oleh atuk saya semasa masih sihat dahulu , raya kalini atuk sudah menderita penyakit Alzhaimer ... =(
Sahih atau tidak saya pun tiada sumber kukuh hendak dirujuk .
...................................................................................................................................................................
Sejarah sangat penting dalam sesuatu peradaban . Peradaban yang hebat pastinya mempunyai sejarah yang cukup gemilang yang pasti akan kekal menginspirasi generasi-generasi terkemudian , contoh mudah sejarah kegemilangan empiyar khilafah Islam . Bagaimana jatuh dan ditindas umat Islam , impian untuk gemilang kembali tidak pernah padam. Begitu juga dalam institusi keluarga , sejarah keluarga yang baik akan mendorong diri untuk kekal dalam landasan yang sama .
Semalam Malaysia merdeka kali ke 55 tahun , membawa tema "Janji Ditepati" yang bagi saya sama sekali kurang relevan dan membunuh roh kemerdekaan . Biarlah satu stadium itu penuh dengan manusia berhimpun , apalah guna tweet berjuta kalau erti sebenar kemerdekaan tidak dihayati . Mana mungkin ia dihayati , bila sejarah yang dipelajari auta sana sini . Malaysia oh Malaysia ....
Still hope for a better Malaysia ~ Merdeka !
No comments:
Post a Comment