Friday 17 August 2012

Event : Selamat Hari Raya


Ucapan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin
Dari Kami Sekeluarga . =) 

تقبل الله منا ومنكم
كل عام وأنتم بخير



Dikesempatan ini saya memohon seinfiniti keampunan (*takut seribu tak cukup) hingga terampun segala dosa yang saya telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak . Saya akui banyak sangat kelemahan diri yang memungkinkan saya berbuat khilaf pada diri anda semua . Moga di medium kecil ini dapat menyelesaikan segala urusan saya dengan mana-mana insan yang tidak mungkin saya jumpa satu per satu untuk diziarah dan meminta ampun . 

Madrasah ramadhan yang berlalu mudah-mudahan dapat meninggalkan kesan dan mendidik jiwa dalam  mengharungi bulan-bulan yang mendatang . Moga segala amalan kita semua dapat diterima di sisiNya . Syawal menjemput penuh keriangan dan kegembiraan tanda kemenangan melawan hawa nafsu , namun beringat kegembiraan yang abadi ialah apabila bertemu dengan Allah kelak dan Allah redha dengan kita .


*********************************************************************************

Sedikit Perkongsian :-

Apa yang mahu dilakukan pada malam & hari Raya nanti? 


•••► Ini antara amalan² sunnah;


 Disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya).

► Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil).

► Memakai pakaian yg paling bagus, walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan    nikmat.

► Bertakbir selepas masuknya waktu maghrib & berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.


► Pergi awal ke musolla bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untuk lewat sedikit sehingga tiba waktu untuk solat.


► Disunatkan berjalan dan melalui jalan yg berbeza ketika pergi & ketika pulang.


► Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur).


► Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa & istighfar.


► Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya).


► Sunat mengucapkan tahniah sempena Hari Raya seumpama ucapan تقبل الله منا ومنك "Taqabbalallahu minna wa minka" yg bermaksud, "Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu."




~ Diringkaskan dari artikel tulisan Ustaz Ahmad Fahmi Che' Nordin; penuntut Universiti Al-Azhar. Sila baca maklumat detail di sini; https://www.facebook.com/notes/ahmad-fahmi-c-nordin/sunat-sunat-dan-adab-adab-pada-hari-raya/10150765523835411




2 comments:

Qamarul Iqmal said...

nice sharing. terima kasih dekwan. taqabbalallahu minna wa minkum :) salam lebaran

Unknown said...

selamat hari raya maro =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...