Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadan, namun setalah bulan itu habis dan dia tidak mendapat ampunan, maka jika mati dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan Amin! Aku pun mengatakan : Amin ! " (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)
Menanti sebuah malam. Menanti atau mencari dan memburunya ? Lailatulqadar ialah malam yg pasti datang. jika menantinya itu hanya sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.
Entahlah pada malam 21 atau malam 23 atau malam-malam ganjil yang lain lailatulqadar dianugerahkan.
Sembilan Ramadan yang ditempuh Rasulullah S.A.W sepanjang hayat baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang lailatulqadar hanya tersimpul sbg suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadan itu.

"Mengapa tidak ditetapkan sahaja satu malam yang khusus bahawa itulah malam lailatulqadar?"
Lebih mudah untuk kita analogikan, seorang yang makan gaji dengan seorang yang berniaga sendiri. orang yang makan gaji,pendapatannya tetap setiap hujung bulan. sama ada dirinya produktif atau tidak, hasilnya sama.Malah ramai yang mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan tidur dan pulang awal kerana hasil pendapatannya tetap sama.
Sesuatu yang tetap dan pasti, rupa-rupanya boleh menjejaskan kesungguhan dan produktiviti,seiring dengan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan.
Berbeza pula dengan berniaga sendiri. Penghasilannya bergantung pada kesungguhan,kerajinan dan produktiviti masing-masing. Kuat kerja byk hasilnya. Sedikit usaha terjejaslah pendapatannya.
Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan. Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan. itu sifirnya. Demikianlah hikmah sebuah ketidakpastian.
Islam memberitahu bahawa tingkatkan usaha mengejar lailatulqadar yg tidak pasti itu pada malam-malam yg tidak ditentukan, manusia yang ada azam untuk berjaya akan melipatgandakan usaha untuk berhasil menemuinya. Lailatulqadar.
Kesungguhan itulah pelengkap proses TAKWA.
Kesungguhan yg diperlukan utk sebuah kehidupan yg pasti ada jangka masa, tetapi persoaln bila itu dibiarkan sbg sebuah ketidakpastian. mati itu tentu, masanya tidak pasti. Antara ketentuan dan ketidakpastian ajal, seorang Mukmin memajukan sebuah kehidupan.
Nabi S.A.W jg memberi peringatan kpd kita agar mengerjakan solat dengan "SOLAT PERPISAHAN". Bayangkan setiap solat yg didirikan sbg solat terakhir, demikian jg ramadan apakah masih ada ramadan seterusnya untuk kita, kerana mati itu tidak pasti bila.
Ketidakpastian yg mendesak mendorong kepada kesungguhan dan perubahan. suatu hikmah disebalik satu ketetapan . =)
Credit to Transformasi Ramadan
Ustaz hasrizal~
2 comments:
terima kasih. :)
sama2x :)
Post a Comment