Wednesday, 15 August 2012

me : warna-warni ramadhan



Bismillah ,

Tatkala tinta dikarang , beribu jiwa syahdu teresak-esak mengenangkan ramadhan yang bakal pergi . Penuh sedar , belum pasti ada lagi ramadhan menjemput dari Dia yang Maha mencintai . 


*********************************************************************************

 Ramadhan aku kalini memang ada sedikit berbeza , ceritanya variasi dan tidak statik .

Sebelum-sebelum ni , aku merupakan orang yang cukup statik dan tidak ingin bervariasi dalam sesuatu perkara termasuklah dalam hal berpuasa . Hmmm,,, apa punya ayat niii ,,,, 
Contohnya macam ni , aku selalu mengidamkan kalau boleh puasa ni full dekat rumah , hari-hari buka puasa dengan family , pukul sekian-sekian aku buat benda ini , pukul sekian-sekian tidur , teraweh dan sebagainya . Tak suka aku nak bergerak kemana-mana , tak suka diubah-ubah masa dengan tempat ,  sebab tu kalau dulu nak ajak aku keluar memang cukup liat . siap ada orang komen bosan gile hidup kau , hmm bosan ye , best je . 

Dari masa ke masa aku cuba la keluar dari kepompong ni . mula tahun lepas , sepanjang ramadhan dihabiskan di UKM dengan gerak kerja pesta konvo . Ramadhan kalini aku rasa paling banyak "bergerak@keluar dari lingkungan rumah" dengan short semnya , yang paling menarik kalini , banyak pulak aku memenuhi jemputan dari kawan-kawan samada sekolah rendah dan khususnya member sekolah menengah . Dari qiam , ceramah , program , badminton sampailah ke karaoke , semua gua redah . Sebab masa-masa ni je la ramai free ..

*********************************************************************************

Yang aku semangat nak ceritanya ialah bila tiap kali jumpa budak-budak sekolah menengah ni mesti antara topik hangatnya "KAWEN MUDA" . hmm sesuailah dengan umur korang yang dah 21 tu , aku masih 20. #lulz . 

Perbualan 1
Ahmad  : Pada pendapat kau , kalau aku suka sesorang perlu atau tak luahkan ? 
Abu       : Pada hujah yang aku yakini PERLU asalkan matlamatnya jelas , NIKAH
Ahmad  : owh perlu ea , apa hujahnya ?
Abu       : Sebelum apa-apa niat kene betul iaitu nikah , kalau takde lagi niat ni tak perlu . Benda ni macam soal rezekilah , manada rezeki jatuh dari langit tanpa diiringi ikhtiar(usaha) walaupun memang Allah dah tetapkan memang rezeki setiap orang itu sudah ada . Analoginya , kalau kau nak bukak laci , takkan kau nak pendam dan berharap laci tu akan terbukak sendiri , kena la usaha . 
Ahmad   : Ow paham-paham , sekarang jugak aku nak luah ..... (*muka penuh azam sambil genggam jari)
Abu        : Amboi , dah lepas jadi imam teraweh ke?
Ahmad   : hehe.... 
Shazwan: owhh (angguk-angguk sahaja dari awal )



Perbualan 2
Ali   : Aku sangat tertarik dengan prinsip "erti hidup pada memberi" . 
Abu : wah , macam mana tu Ali ?
Ali   : makanya bila kita mencari makna hidup dengan fokus memberi pada orang lain macam menabur segala kebaikan tanpa mengharap apa-apa dari manusia melainkan dari Allah semata . 
Ari  : macam kau la Abu selalu sangat "memberi" dekat joyah tu .... kan lepas kau memberi kau rasa semacam bahagia . 
Abu : eh , hehe . tapi aku "memberi" dengan harapan dia akan membalas tapi tak , paham tak (muka sugul..) 
Ali   : paham , memberi ni memang payah sebab akan bersama mengujinya ialah KEIKHLASAN . Aku tau cerita kau , bukan kau jugak kata kunon kau berhubung dengan si dia antara lain sebab nak dakwah ke , soal jodoh berserah  pada Allah ? 
Abu : memang betul la tu .... tapi dah letak harapan jugak dekat dia ..
Ali   : kalau betul niatnya kau "memberi" kerana dakwah kenapa nak mengharap balasan dari si dia tu. Biasalah manusia lagi insan lemah dalam menilai , tak berbaloi diharap sangat , sedangkan ikhlas itu balasan dari Allah yang maha Adil itu pasti bagi yang benar-benar ikhlas. kire kau belum ikhlas la tu der .... 
Abu : sob sob sob ...... macam mana aku nak check aku ikhlas ke tak ye ?
Ali   : ikhlas itu mesti semata-mata kerana Allah , takde mengharap balasan dari manusia melainkan Allah . sentiasa recheck niat sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara untuk ukur tahap keikhlasan . bunga bukan sekuntum bro , kih kih .
Abu : bunga memang bukan sekuntum tapi tak akan sama mekar harumannya dengan yang lain .   
Ali   : bwek muntah aku , haruman-haruman ,,,,  perfume kan ada ... kih3
Shazwan : owhh (angguk-angguk sahaja dari awal )


ok cukup dua situasi je .!

>>watak semua nama rekaan , dialog xdela reka sangat . haha
*********************************************************************************     

Falsafah cinta ada menyebut , "Siapa yang lebih mencintai dia akan lebih memberi - Pahrol Juoi" .
Nak tahu siapa yang paling mencintai anda , cuba tanya diri , siapa yang paling banyak memberi  ? siapa yang meminjamkan kepada anda bumi milikNya ? siapa yang meminjamkan anda tubuh badan yang sihat tiada cacat ? siapa yang memberikan anda ibubapa yang amat sayangkan anda ? tanya lagi siapa yang mengizinkan anda menikmati satu-satunya agama yang diredhaiNya iaitu Islam dan siapa yang memberi anda peluang berada pada ramadhan kalini . Semuanya Allah ! setinggi-tinggi , selayak-layaknya penerima cinta . 

Sebegitu banyak Allah beri pada kita , sebegitu luas cinta Allah , seharusnya sebanyak itu taat dan sujud harus kita berikan . Madrasah sebulan Ramadhan bakal berlabuh , meninggalkan seribu satu tarbiyah moga cukup berkesan untuk bertahan mengharungi 11 bulan yang mendatang . 
















  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...