Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ,
Rasanya terlambat sedikit hendak post entry berkenaan Ramadhan maklumlah sedang "busy" dengan short sem . Alhamdulillah kalini merupakan kali ketiga saya berpeluang menjalani ibadah puasa di bumi UKM . Melainkan nikmat berbuka dengan keluarga , rasanya banyak nikmat berpuasa di sini yang serba lebih , terutamanya part berbuka.Kebanyakan masjid di sini menyediakan juadah berbuka , siap boleh gilir-gilir masjid mana nak . yang penting FREE =)
Puasa dulu dan Kini .
Berkenaan puasa , teringat masa kecil dulu , sewaktu mula-mula belajar puasa . Ingat tak bagaimana ibubapa kita dahulu mengajar kita dalam ibadah puasa ini . Mula-mula mereka latih kita dengan puasa setengah hari , agak-agak dah tahan siket , dipujuknya pula kita untuk puasa sepanjang hari . Dan tentunya ganjaran yang ditawarkan ketika itu berupa wang ringgit yang akan diperoleh di akhir ramadhan . Maka pahamlah kita waktu itu , " kalau aku puasa aku akan dapat duit , nak puasalah macam ni... " .
Naik sekolah rendah , kita dulu pun belajar pasal malaikat , syurga , neraka , rukun iman , rukun Islam . Maka waktu itu fahamlah kita "Owh kena puasa , kalau tak masuk neraka , takut..." .
Dan meningkat alam sekolah menengah kita belajar lagi detail pasal syarat wajib , syarat sah , perkara membatalkan , perkara makruh puasa dan perkara sunat . Kita pun dapat paham tuntutan puasa dengan pengertian yang lebih baik .
Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah seiring dengan umur kita yang meningkat , sepatutnya ilmu kita juga patut meningkat , tak bolehlah tiap tahun datangnya puasa , ilmu masa sekolah rendah tu jugak diguna , padahal umur dah makin dewasa .Dengan ilmu ,cara kita memandang sesuatu perkara itu akan semakin berbeza dan tentunya pelaksaan ibadah kita sepatutnya akan menjadi semakin baik. Pentingnya kita sentiasa menambah ilmu sebagai suntikan dalam meningkatkan rasa Ubudiyyah pada Ilahi . Baru lazat beribadah ...
Takut-takut ramadhan kalini sekadar datang dan pergi . "ouh dah masuk bulan puasa , hmm puasalah .." , "eh raya pulak ... ok raye " .
Takwa Sebagai Matlamat .
Sekarang dah masuk pusingan kedua bulan puasa , berkata seorang ustaz dalam tazkirahnya pusingan satu ni rahmat , Allah memberikan rahmatnya kepada semua orang sebab tu pusingan pertama ni penuh surau, masjid. Pusingan kedua ialah maghfirah iaitu keampunan . Mula dah berkurang saf-saf di surau dan masjid kerana Allah memilih-milih hambaNya untuk keampunanNya . Akhirnya saat grand finale di pusingan akhir ramadhan , semakin sedikit lagi yang terpilih walhal disitulah terletaknya ganjaran yang paling ditunggu-tunggu iaitu Lailatul qadr .
Dan tentunya matlamat paling besar dan penting dari puasa Ramadhan ialah taqwa. disebut oleh Saidina Ali karramAllahu wajhah:
Taqwa itu ‘al-khauf min al-Jalil wal-amal bittanzil wal-Isti’dad li yaumirrahil warridha bilqalil‘ Maksudnya: Takut kepada Tuhan Maha Perkasa, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepada Allah (mati) dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh Allah.
Dengan meletakkan takwa sebagai matlamat , moga perspektif kita pada ramadhan kalini berbeza dan menambah semangat untuk memanfaatkan kedatangannya .
"Allahhumma Baariklana fi Ramadhan .. "

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum daripada kamu agar kamu bertaqwa”
surah al-Baqarah 183-184
Dan tentunya matlamat paling besar dan penting dari puasa Ramadhan ialah taqwa. disebut oleh Saidina Ali karramAllahu wajhah:
Taqwa itu ‘al-khauf min al-Jalil wal-amal bittanzil wal-Isti’dad li yaumirrahil warridha bilqalil‘ Maksudnya: Takut kepada Tuhan Maha Perkasa, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepada Allah (mati) dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh Allah.
Dengan meletakkan takwa sebagai matlamat , moga perspektif kita pada ramadhan kalini berbeza dan menambah semangat untuk memanfaatkan kedatangannya .
"Allahhumma Baariklana fi Ramadhan .. "
2 comments:
agree with u.meletakkan taqwa sebagai matlamat.selamat beribadah di bulan ramadhan.
selamat berpuasa jg=)
Post a Comment