Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Monday, 12 November 2012

Aku kejar benda yang salah





“Iwan dah besar nanti nak jadi apa ? "
"Nak jadi orang yang berjaya ...! "

Itu jawapan yang ibu ajar kalau ada orang tanya soalan ini . Teringat masa kanak-kanak dulu selalu orang akan  tanya perkara ini  . Mungkin niatnya sekadar mengusik .

"Belajar betul-betul , nanti dapat kerja elok , gaji banyak , hidup senang ..”

Masuk ke alam persekolahan , inilah frasa nasihat yang sering kali diulang-ulang pada aku . Faktor aku dibesarkan dalam keluarga yang cukup sederhana mungkin menjadikan ia sebagai suatu sumber motivasi untuk keluar dari "kepompong" ini .

Memperolehi kejayaan untuk mendapat kerja yang bagus dan gaji yang besar .

Inilah maksud kejayaan yang aku akan kejar  ...!

Lalu aku "terhanyut" dalam mengejar makna sebuah kejayaan . Kompetatif , berhabis-habisan untuk mencari nilaian "A" sebelum akhirnya  jatuh tersungkur , terkapai-kapai kembali mencari erti makna kejayaan .

________________________________________________________________________

Baru-baru ini ramai orang share di FB pasal kata-kata terakhir seorang doktor berbangsa cina yang merupakan seorang doktor pakar dan juga seorang jutawan .

Membaca jalan kisahnya serba sedikit aku melihat aku pada dirinya terutama bagaimana cara beliau memandang erti kejayaan iaitu dengan sudut pandangan materialistik semata cumanya beliau lebih bernasib baik untuk terus mengecapi "kejayaan demi kejayaan" sedangkan aku sudah tersungkur awal .

Ironinya sedang asyik dibuai kemewahan kejayaan itu tanpa sedar beliau sedang menghidap penyakit kanser
tahap 4 yang memungkinkan jangka hayatnya hanya tinggal beberapa ketika .

Pada masa ini barulah beliau menyedari bahawa kejayaan yang dikejar-kejarnya itu kosmetik semata , tiada nilai .

Perkara ini juga disentuh oleh Stephan Covey melalui bukunya "7 Habits of Highly Effective Peoples" . Meletakkan syarat kedua sebagai "Begins With the End In Mind" , beliau juga sedar hakikat kejayaan bukan datang dari kemewahan bahkan lebih kepada kepuasan diri dan manfaat terhadap orang lain .

_________________________________________________________________________________

Suka melihat sisi pandangan orang bukan Islam yang akhirnya sedar akan hakikat dunia yang ada sekarang . Betapa kita dipengaruhi doktrinisasi sistem kapitalis , berusaha bersungguh-sungguh untuk diterima kerja oleh  syarikat gergasi mereka dan berpuas hati dengan bayaran sedikit sedangkan manfaat besar berbalik kepada mereka , natijahnya apa syarikat yang Islam boleh banggakan ? TIADA.

Justeru erti makna kejayaan perlu dihalakan bukan untuk kesenangan diri sendiri sahaja bahkan perlu besar ertinya baik dari perspektif dunia dan akhirat agar manfaatnya dapat dikongsi bersama pada masyarakat sekeliling , negara dan Islam khususnya .  


Aku kini sedar matlamat yang besar perlu dicapai , tapi daya kesungguhan dan kompetatif dari suatu sudut khususnya akademik sangat lemah dan tak bermaya . Masih menyesuaikan diri mungkin atau aku sebenarnya berada di tempat yang salah untuk matlamat yang baharu ini ........ 



Thursday, 24 May 2012

Sama tapi berbeza

Saya seorang yang suka memerhati, memerhati suasana yang berlaku , menganalisa dan mentafsir penuh minat. mungkin itu antara sebab saya diletakkan di kos yang bermain dengan "hidupan-hidupan" yang sangat mikro . membuka luas mata menghargai setiap "benda" yang kecil zahirnya.

Cukup itu sekadar di makmal. 
Apa yang lagi mengujakan saya ialah pada melihat "makmal" yang lebih besar iaitu kehidupan, spesik lagi ialah pada kehidupan dalam Universiti. Suka melihat gelagat-gelagat yang berbeza kawan-kawan sekeliling.

Sekali pandang nampak rambut semua sama hitam, tapi dua kali pandang bukan hati je lain, serba serbi berbeza. Jadi saya pisahkan mereka kepada 3 golongan yang setiap Universiti ada.

Golongan Pertama - Leaders/Aktivis

Kalau dengar perkataan "mahasiswa" golongan mereka-mereka inilah yang pertama terbayang. Nama-nama seperti Adam Adli, Akram Ikrami, Safwan Anang bukan sedikit impak mereka terhadap kerajaan saat mereka melontarkan pendirian mereka.

Mereka ialah antara contoh golongan pemimpin-pemimpin yang memacu sesebuah organisasi besar mahasiswa. Kalau diamati kehidupan mereka tak nampak macam seorang "student" . Sibuk dengan program-program dalaman Universiti mahupun di luar Universiti, tak tahu bila mereka belajar... Aktivis adalah golongan pengikut kepada para pemimpin ini, mereka bersama menggerakkan sesuatu organinsasi.

Selalu golongan ni dilihat "cakna" isu-isu semasa, klu ada isu, tanyalah golongan ni tahu serba serbi atau setidak-tidaknya ada pandangan yang menarik daripada mereka.

"Aktivis" biokimia

Kalau di UKM ni, ramai juga kenalan yang tergolong dalam kumpulan ini. Kalau ditanya kenapa memilih untuk sibuk? kan elok tumpu saja pada pelajaran. Jawab mereka "Kami Belajar Sambil Mencabar...!" frasa yang ringkas tapi maksud yang sangat beerti.



Hebatnya golongan ini walaupun mereka masih lagi belajar, masyarakat sudah merasai kehadiran mereka.Tapi golongan ini sangatlah sedikit di setiap universiti. 

Golongan Kedua - Trapped/Terperangkap

Ye golongan kedua ialah mereka yang terperangkap . Terperangkap macam mana? pertama ialah mereka yang terperangkap dengan 3K (ni paling common) - Kuliah, Kafe, Katil. selalu dilabel sebagai "nerd". tak ambil kisah langsung apa-apa yang berlaku disekeliling. Yang penting result score! thats all. tiada variasi dengan pelajar sekolah. 

Kedua, golongan yang terperangkap dalam perasaan , terkurung antara realiti dan fantasi. Golongan yang macam mana ni? senang cerita golongan yang cakap-cakap mereka berkisar tentang cinta,bf,gf,bakal suami, bakal isteri dan seumpamanya. dekat fb banyak, cari-cari. Pada saya golongan yang ini juga terperangkap dengan keasyikan yang namanya Cinta. Matlamat yang disebut-sebut hanya kawin,cinta,sayang tanpa berpijak di bumi nyata sekadar cakap angin sehingga semacam menafikan matlamat lain yang lebih besar.

Seiring dengan usia remaja, fitrah ni memang tak bole nak elak. bahkan ada yang keluar pendapat, masa inilah perasaan cinta itu meluap-luap mohon dilayan. Jadi tak hairan la lps didarab bahagi integrate golongan ni paling ramai sekali.

Dijelaskan panjang lebar psl isu ini di sini 
                                 http://saifulislam.com/?p=11224&fb_source=message#more-11224



Yang parahnya bila mereka "terperangkap" dalam perasaan ini ialah mereka seolah terasing di dunia mereka sendiri menjadikan mereka buta dan pekak terhadap apa yang berlaku sekeliling. Fokusnya hanya sekadar dia dan pasangannya. Lain-lain dia tak ambil hal. kalaupun ambil tahu,tapi tak mampu bersama berjuang, semacam ada halangan. Kadang-kadang mereka orang yang hebat, tapi kerana hal yang satu ini entah kemana menghilang potensi mereka.

Golongan Ketiga - Drunker/Mabok   

Golongan ini sangat berpegang pada kalimah "hidup sekali so kita enjoy..." 
mengangkat budaya hendonisme dengan konsert sana-sini bergaul bebas.Mereka menghayati pengertian "sebenar" remaja. Mabuk disaji hiburan yang melampau-lampau. bangga berkiblatkan ajaran barat, Jauh dari agama. 

Mungkin penjelasan ada di sini


Golongan ini kerap tidak senang melihat sesuatu perkara baik yang diusahakan pihak-pihak tertentu, cepat melatah dan mudah diperalat pihak-pihak tertentu. 

Mungkin kadang-kadang mereka Excel dlm study, tapi apalah sangat nilainya jika jiwa dalam diri kosong. Tetap tidak bermanfaat, lagi bertambah bahaya jika digunakan untuk menghancurkan yang hak.  

Di UKM rasa sangat sedikit, jadi saya pon x reti nak hurai sangat =) tapi yang pasti diluar sana sangat ramai.



Kegusaran Masa Depan
Mungkin ada fakta yang tidak tepat,sebagaimana yang dikata, sekadar pemerhatian dan pendapat peribadi sahaja.

dalam melangkah pada masa depan terpulang pada kita bagaimana mahu mencorak hidup kita. Tapi apa lagi acuan yang paling baik selain daripada acuan yang telah digariskan agama.?

"Orang Yang Terbaik Di Antara Kamu Ialah Orang Yang Paling Bermanfaat Pada Orang Lain"

So, tengok diri dan tengok sekeliling, JOM UBAH! =)




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...