Minggu ni merupakan minggu yang mencabar jiwa dan minda. Puncanya akibat cuti mid sem lepas di mana segala assignment dibiarkan begitu sahaja tanpa diusik walhal due date semuanya minggu ni. Poster tesis dan proposal tesis bukanlah perkara yang boleh disiapkan dalam jangka waktu last minute , tetapi itulah pilihan yang terpaksa dipilih.
Dalam kekalutan dan keserabuatan yang mencengkam jiwa , dalam
segala kemustahilan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, aku masih
percaya ada yang mampu untuk keluarkanku dari semua ini iaitu Allahu rabbul
alamin.
Saat bila kita lemah , susah dan berada di bawah masa inilah rasa
betapa kerdil dan lemahnya diri dan pengharapan kepadaNya tinggi. Bersungguh
aku kembali meniliti amalan-amalan yang kejap buat kejap tinggal dalam usaha
menawan pertolongan Allah.
Meneliti kembali atas apa yang terjadi menyedari bahawa diri
begitu pentingkan diri , bila susah baru bersungguh mencariNya. Umpama kata
sahabat seorang ni , "beribadah mengikut nafsu" , bilamana
sakit , berkepentingan atau memerlukan baru mahu mencari-cari Allah , baru
teringat amalan,sejadah , al-quran dan masjid.
Ibadah hanya dilakukan bilamana
hadirnya semangat. Namun sebaliknya, bilamana kita dalam kesenangan , mengingatiNya
saja juga sudah satu kemustahilan. Sedang Allah masih sentiasa memberi
rahmatNya tiada putus-putus baik dalam kita kesusahan atau senang.
Aku bersyukur atas rasa kesusahan dan kekalutan yang menimpa diri
, suatu nikmat yang diperolehi dalam kesusahan yang menimpa . Nikmat untuk
bertaqarrub denganMu yang sudah lama tidak dirasai . Sekian lama tenggelam
dalam nikmat "kesenangan" , kesusahan kali ini yang mendidik .
Moga nanti bila kesenangan dikembalikan , "nafsu" untuk beribadat
masih tetap sama.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Hidup untuk bersyukur ~
No comments:
Post a Comment