Cuti buruh yang lalu, setelah mempertimbangkan beberapa tempat akhirnya saya dan tiga orang rakan yang lain (Alif, Afiq dan Fazli) telah bersetuju untuk ke Krabi !
Perjalanan ke Krabi
Saya, Alif dan Fazli bergerak dari Kajang ke Kedah dengan menaiki bas ekspress, berharga dalam RM 55 seorang (bas ekstra). Perjalanan ke Kedah ambil masa 11 jam lebih kurang !
Di Kedah, Afiq menjemput kami dan kami terus bergerak menuju ke Krabi dan masuk melalui sempadan Padang Besar.
Peristiwa di Sempadan
Semasa berada di immigration Padang Besar (Sebelah Thailand) keadaan sangat menyesakkan. Pengurusan immigration sangat teruk. Berlaku tolak menolak dan kekecohan semasa mendapatkan cop. Bagai sengaja dibiarkan oleh penguasa, terdapat agen yang memainkan peranan menawarkan cop awal (tak perlu beratur/tolak menolak) dengan bayaran RM20 seorang! Bayaran biasa ialah RM1 seorang. Hampir sejam lebih tersangkut di sini.
Kami singgah sebentar di Hat Yai sebelum meneruskan perjalanan ke Krabi. Kami sampai dalam pukol 12 pagi waktu tempatan. Keseluruhannya hampir 24 jam di atas jalan raya !
Dapatan Menarik di Krabi/Hat Yai
1) Penduduk Thailand bukanlah mereka yang menitikberatkan bahasa Inggeris, walaupun begitu tukaran Ringgit kepada Bath adalah lebih tinggi sedikit kepada Bath. Satu situasi di kedai telifon, ketika hendak membeli sim kad, berlaku perkara yang saya rasa melucukan apabila kami berbahasa Inggeris manakala penjual berbahasa Thai. Anehnya urusan jual beli itu selesai walaupun kami bercakap seperti ayam dan itik !
2) Ramai rupanya komuniti Melayu Thai-Islam di Hat Yai dan Krabi ini. Mudah sekali untuk mendapatkan makanan halal di sini. Yang membuatkan kami tertanya ialah bagaimana dengan batasan sempadan sahaja, sudah amat berlainan Melayu kita dan Melayu mereka. Rata-rata tidak berbahasa Melayu kecuali tahu sedikit sahaja perkataan. Hanya Melayu Patani sahaja yang berbahasa Melayu loghat Klate.
3) Kami terkagum dengan prasarana jalan raya di Thailand. Jalan rayanya yang luas, rata dan tiada tol! Selain itu, pemandu Thailand tidak menjadikan jalan raya sebagai pentas perlumbaan ala-ala fast&furious bagai di Malaysia. Had kelajuan kereta hanya 90km/h, manakala motosikal rata-rata hanya berkelajuan 50km/h. Kagum dengan ketertiban mereka, saya pasti kadar kemalangan mereka adalah lebih rendah berbanding Malaysia yang mana sangat sadis lebuh raya menjadi kuburan yang terbentang luas. Banyak orang-orang besar meninggal begitu sahaja, saya kira ini amat merugikan dan sepatutnya mampu dielakkan. Kuncinya, "sikap" . Tetapi sekadar sekarang, kita tiada tanda-tanda mahu "taubat".
4) Seperkara lagi yang menarik di sini ialah tempoh pekerjaan yang berlainan dengan tempat kita. Rata-rata mereka memulakan pekerjaan (office hour) pada jam 10 pagi dan tutup dalam pukol 6 atau 7. Pada sebelah malamnya, jarang melihat orang-orang tempatan makan di luar, dan jam 11 malam kedai-kedai sudah tutup termasuklah uptown mereka! Aktiviti malam di sini sangat sunyi. Berbeza sekali dengan kita, malam kita sangat "hidup" . Saya berpendapat mereka lebih meraikan fitrah manusia dan memahami hikmah waktu siang dan malam.
5) Tempat-tempat di sini sangat bersih! Jarang nampak sampah merata-rata.
6) Pada tempat pelacongan mereka terdapat banyak restoran-restoran franchise dari pelbagai negara (Swiss, Italy, Finland..dll) Saya kira inilah contoh liberalisasi ekonomi yang diperjuangkan Wan Saiful. Menarik, kerana dengan adanya outlet-outlet ini, sekaligus tempat pelancongan ini dipromosikan ke pelbagai negara.
7) Jujur dengan pemerhatian saya, pada kecantikan gadis/wanita di sini ialah lebih sedikit skalanya berbanding tempat kita. Patut pun mereka (negara Thai) selalu mendapat tempat di pertandingan Miss Universe/World.
8) Makanan di sini kadar harganya sedikit mahal tetapi berbaloi! Sedap !
9) Kadar hotel pula sedikit murah. Kami menempah menggunakan perisian Trivago, mudah dan senang untuk membuat anggaran.
10) Banyak pelancong di Malaysia berkumpul di Pantai Aonang kerana perniagaan sekitar terdiri daripada Oranf Islam.
11) Sempadan keluar Padang Besar buka hingga jam 12 tgh malam.
Pengembaraan Meluaskan Pandangan
Kami berada di sini 2 malam 2 hari. Sempat berkayak, naik gajah, jalan uptown, makan, pergi Pulau dan Mandi di Kolam berhampiran Blue Water Pond. Nilai yang kami peruntukkan untuk semua aktiviti+makan minum+hotel+kereta+bas+ole-ole dalam sekitar RM500 sahaja. Amat berpatutan!
Namun, apa yang lebih berharga ialah pengalaman jaulah/musafir bersama sahabat-sahabat, itulah yang paling bernilai. Bak kata sahabat seorang tu, "Selagi masih bujang!"
No comments:
Post a Comment