Monday, 28 December 2015

Laskar pelangi kami

Cerita bermula bilamana aku habis kontrak GRA master. Habis kontrak bermakna tiada lagi duit masuk tiap bulan dengan bergoyang kaki di bilik post grad (kena datang fakulti 8-5). Tapi satu kelebihan lepas habis kontrak ni ialah BEBAS! Bebas untuk datang fakulti atau tidak. Datang mengikut keperluan.

Jadi untuk mencari income baru, aku cubalah untuk buat hometuition bawah satu agen ni. Banyak perkara yang aku kurang senang dengan current practice hiometuition yang ada. Satu, memang tujuannya untuk mengaut seberapa banyak untung yang boleh, untuk tujuan ini kawasan orang-orang kaya yang akan diberi tumpuan. Kedua, sikap agen yang sama sekali aku fikir memang fokus kepada keuntungan. Bayangkan jumlah bayaran akan dibahagi 50-50 antara tenaga pengajar dengan agen, walaupun bulan kemudiannya percent tersebut berkurangan bergantung kepada tamaknya seseorang agen tersebut. Sebagai seorang yang bersetuju dengan pemahaman tulisan Zulfikri Zamir (Sekolah bukan penjara, Universiti bukan kilang) dan betapa saya kagum akan keikhlasan watak Cikgu Muslimah (Laskar Pelangi), practice ini sangat bertentangan dan menyalahi pegangan aku terhadap ilmu dalam sekian banyak aspek. Dipendekkan cerita, mujur deal tu gagal.

Lalu, aku pun ambil keputusan untuk bina aku punya platform sendiri. Tuisyen yang berkonsep untuk bring back to societ yang tidak memfokuskan kepada keuntungan semata. lebih-lebih lagi tempat fokus ialah kawasan kampung aku sendiri. aku pernah melihat betapa susahnya ibu ayah sendiri terpaksa berkira-kira untuk menghantar ke pusat tuisyen. Area rumah aku ni majoriti kasar ialah golongan pekerja bukan professional. Sijangkang yang terletak di salah satu pusat perindustrian bebas cukai yang mana terletaknya banyak kilang-kilang yang menjadi mata pencarian bagi penduduk sekitar. Tidak setaraf pendapatan penduduk sini dengan kawasan golongan professional seperti Bangi mahupun Shah Alam. Hal ini aku terangkan dan pengaruhi beberapa rakan dan Alhamdulillah respon sangat positif. Beberapa masa kemudiannya, rakan-rakan inilah yang memperingatkan kembali akan asas tujuaan kelas ini iaitu untuk memberi!

Kelas kami selama sebulan yang melibatkan 5 subjek SPM (Biologi, Kimia, Add Math dan Matematik) berjalan lancar dan sangat memuaskan. Bukan sahaja respon pelajar-pelajar baik, tetapi respon rakan-rakan yang masing-masing merupakan pengalaman pertama kali mengajar juga sangat baik. Masing-masing teruja dengan pengalaman mengajar yang diperoleh. Mudah mudahan kami dapat membina laskar pelangi kami sendiri.

Bagi aku sendiri, pengalaman mengajar memang sangat unik, berpeluang mengajar Biologi, kimia, sains (darjah 4), English (darjah 5 dan 3), math (tingkatan 3), selain subjek SPM, merupakan permintaan ibubapa untuk hantar anak mereka untuk hometuition. Pengalaman baru ialah untuk handle budak-budak sekolah rendah bukan mudah, dan untuk  prepare kelas SPM pun sangat challenging, nak study balik. I double my respect to all my previous teachers on this! Terima kasih guru. Pengalaman berdiri di platform sendiri juga sangat menarik, pertama kali dapat menukarkan idea kepada penyelesaian dan praktikal. Perkara ini akan jadi asas untuk platform lain di masa-masa akan datang, dan moga lebih banyak idea dapat diterjemahkan. Cabaran diri sendiri untuk tahun mendatang!



 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...