Malaysia Best Blog 2015 ialah pertandingan yang dianjurkan oleh admin OhDuit.com. Dalam waktu malap Platform blogger yang telah pun melepasi zaman kegemilangannya sekitar tahun 2007 hingga 2011, inisiatif seperti ini sangatlah perlu disambut baik khususnya bagi mereka yang masih berpendapat blog sebagai suatu platform penulisan yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Keunikan inilah yang memberi nafas pada platform blog, kerana walaupun sudah melepasi zaman puncaknya tetap sahaja blog terus hidup dan tidak ditinggalkan sebagaimana orang meninggalkan Friendster dan My Space. Blog kekal hidup !
Saturday, 31 January 2015
Malaysia Best Blog 2015
Malaysia Best Blog 2015 ialah pertandingan yang dianjurkan oleh admin OhDuit.com. Dalam waktu malap Platform blogger yang telah pun melepasi zaman kegemilangannya sekitar tahun 2007 hingga 2011, inisiatif seperti ini sangatlah perlu disambut baik khususnya bagi mereka yang masih berpendapat blog sebagai suatu platform penulisan yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Keunikan inilah yang memberi nafas pada platform blog, kerana walaupun sudah melepasi zaman puncaknya tetap sahaja blog terus hidup dan tidak ditinggalkan sebagaimana orang meninggalkan Friendster dan My Space. Blog kekal hidup !
Saturday, 24 January 2015
Monolog pasal Melayu
Topik ni tercetus dalam kepala sebagai memberi respons kepada isu "kpop" yang mana viral, perempuan bertudung dipeluk di atas stage. Tapi sebab bertangguh-tanggung untuk menulis, rasanya topik tu dah pon senyap dan sejuk. Penyelesaiannya apa entah... macam tak ada. Keluar isu, hentam KPOP, hentam perempuan tu, kemudian datang isu lain. beralih lah semua ke isu lain... penyelesaian? tak ada. Tapi sebagai stand awal, aku bersetuju untuk menyalahkan perilaku gadis dan artis tersebut di atas pentas tu, tapi banyak lagi aspek kena tengok, dan paling utama aku nak highlight, perkara itu bukanlah salah budaya KPOP tapi ada suatu punca yang jauh lebih mendalam dalam masyarakat kita harini.
Pendapat aku, punca utamanya dalam masyarakat kita khususnya remaja, ialah kita krisis identiti adat budaya. Aku mungkin satu sample anak-anak muda masakini yang sesuai untuk mengetengahkan isu celaru budaya ni. Aku ingat lagi dulu bila sentuh perihal budaya, adat, kaum dan sama waktu dengan, entah kenapa aku rasa perkara tersebut sangatlah tidak menarik, nampak dull . Ye la, dalam orang lain sibuk mendengar musik-musik genre baru seperti ballad, metal, techno kenapa kita perlu menghargai irama Malaysia ? Orang dah beralih ke rap kenapa kita masih perlu belajar syair, sajak yang membosankan itu? *(pada masa tersebut). Perasan tak masalah dia dekat sini, kita (*dengan mengambil diri sendiri sebagai sample) merasakan perkara yang berkaitan adat budaya kita sesuatu yang sangat lame dan tak cool langsung. Kenapa ?
Perkara ni bersarang dalam kepala aku. Lepas aku baca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck , Kenang-kenang hidup (masih dalam pembacaan) serta Peribadi (masih dalam pembacaan) tulisan Hamka ni baru aku semacam disedarkan akan peri pentingnya memahami dan menghargai adat budaya dan sejarah bangsa kerana hal ini berkadar terus dengan jati diri seseorang.
*cuba baca, aku jugak masih dalam proses nak fahami dengan lebih lanjut. tengah hendak belek-belek tulisan Prof Emeratus Shahrir Mohd Zain.
Kenapa jati diri penting? kerana di situlah letaknya maruah dan harga diri bangsa. Kalau di amati bangsa-bangsa dunia yang berjaya (Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis) semacam ada satu persamaan besar iaitu mereka gagah memacu kejayaan mereka dengan bahasa mereka sendiri, di samping masih berpegang dan menghargai adat budaya mereka. Satu kekuatan yang saya fikir tidak ada lagi dalam masyarakat kita. Manakan tidaknya, melihat Amerika gah sibuk hendak mengikut Amerika. Lihat Jepun maju, mula mahu menjadi seperti Jepun. Tempo yang sama terjadi pada remaja, harini mungkin KPOP, semalam sudah Skinhead, HipHop dan mungkin esok akan ada lagi.. tunggu saja.
Maka kemudiannya barulah saya memahami mengapa pembelajaran Sains dan Matematik itu di tentang habis-habisan daripada terus dipelajari dalam bahasa Inggeris, lalu fahamlah saya kenapa UKM yang gah itu menggunakan bahasa Melayu dalam tulisan thesisnya !
Friday, 9 January 2015
Banjir , Politician, Marhaen
Penghujung 2014 ditutup dengan tragedi yang cukup meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia apabila berlakunya banjir terburuk selepas beberapa dekad yang menjejaskan negeri-negeri pantai timur khususnya Kelantan, Pahang dan Terengganu. Banjir yang seteruk ini berlaku di luar jangkaan mana-mana pihak termasuk masyarakat dan kerajaan. Keadaan menimbulkan panik pada awalnya kerana bantuan yang lambat tiba.
Politicians Always be a Politician
Dalam suasana yang panik dan dikala mangsa-mangsa banjir bertarung nyawa menempuh tragedi, amat mengejutkan apabila terpampang di dada akhbar washington post yang menyatakan perdana menteri yang dikasihi, Najib Razak meluangkan masanya bermain golf bersama president US, Obama. Rupanya bukan beliau sahaja, beberapa menteri kerajaan termasuklah ketua pembangkang negara, Anwar Ibrahim sedang bercuti di luar negara. Apalah ertinya title sebagai "wakil rakyat" jika tidak bersama rakyat saat susah ?
Lebih menjengkelkan lagi apabila peristiwa banjir ini dijadikan isu untuk meraih mileage parti politik masing-masing. Ruang ketidakpastian (belum ada lagi fakta kukuh) mengenai sebab banjir membuka ruang persepsi seluasnya. Persepsi memanglah pentas untuk ahli politik. Siapa yang berjaya mencuri persepsi masyarakat, dialah yang berjaya menjuarai isu!
Baik dakwaan banjir sebagai sebab untuk segera menjalankan hudud ataupun kenyataan balas yang mengatakan penerokaan balaklah menjadi sebab berlakunya banjir, saya fikir kenyataan semacam ini dari kedua dua belah pihak , dengan masa yang kritikal adalah tidak cermat dan bersifat populis semata!
Marhaen Bangkit di Tengah Masyarakat.
Sepanjang pemerhatian saya warga Malaysia sangat responsif terhadap isu-isu kemanusiaan. Sebagai contoh isu-isu umat Islam seperti isu Palestin, Mesir termasuk Rohingya. Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan lembut hati. Terdetik di hati saya saat bermulanya berlaku tragedi banjir ini, "jikalau isu masyarakat luar pun begitu rakyat Malaysia bersusah payah memberikan pertolongan, sangatlah munafiknya jika isu dalam negara sendiri tidak diambil berat". Saya menantikan apa respon marhein setelah terkesima dengan respon aristokrat.
Ternyata telahan saya mengenai sifat masyarakat Malaysia yang tak betah melihat orang lain sengsara adalah benar. Tanpa mengira kaum, tiada kepentingan dan bergerak di bawah individu mahupun NGO, ramai yang kehadapan menawarkan khidmat tanpa bayaran untuk memberikan sumbangan. Pelbagai latar belakang , baik dari professional, aktivis dan pelajar mengorbankan diri menjadi sukarelawan menghulurkan sumbangan kepada mangsa.
Memetik idea pandangan Dr Maszlee Malik yang mengatakan bahawa untuk sesebuah masyarakat itu kuat, kita bukanlah hanya perlu bergantung kepada ahli-ahli politik, tetapi gerakan masyarakatlah yang perlu diperkuat dalam menerajui perubahan negara. Saya nampak kebenaran kata-kata ini dalam situasi ini. Maka muncullah beberapa orang aktivis yang nama mereka jarang kita dengar, tetapi kerana keikhlasan bakti yang mereka tumpahkan maka dikenali nama-nama seperti Raja Shamri dan Syed Azmi dan beberapa nama lain yang saya kurang tahu.
Bertalu talu bantuan masuk atas inisiatif marhaen sendiri sampai kepada mangsa. Kemudian sahaja barulah kerajaan dan orang-orang politik memainkan peranan mereka dengan sepatutnya.
Musibah Juga Satu Rahmat
Banjir yang berlaku memberi banyak pengajaran yang seharusnya dijadikan iktibar sepanjang masa. Dikala kemanusiaan seakan hilang, kehidupan sempit dengan permainan kuasa orang atasan hingga menekan para marhein. Ternyata marhein masih kaya dengan dengan rasa kemanusiaan, malahan makin pula kuat pabila melihat yang lainnya menderita. Sistem sosial yang dibina rangkaian NGO di serata Malaysia memberikan harapan kepada Malaysia baharu.
Pedulikan cakap-cakap politik yang membawa kebencian dan perpecahan, ingat sejarah kemanusiaan ini, pegang erat-erat, kerana 2015 menjanjikan tahun yang mencabar, sebelum era doktrin hitam 2016, 2017 yang akan memporak-perandakan pandangan masyarakat. InsyaAllah Kelantan dan lain-lainnya mampu bangun kembali sebagaimana Aceh.
Sebarkan kasih sayang, kebatilan akan tertunduk tersipu malu.
Saturday, 3 January 2015
Salam Maulidur Rasul. Islam kamu ikut siapa?
Baginda Nabi bukti Islam Agama Praktikal
Islam Kita sama dengan Islam Nabi ?
Baru beberapa tahun sahaja selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, saat khulafa` Ar Rasyidin masih ada, sudah ada tafsiran-tafsiran Islam yang jauh dari keaslian ajaran baginda. Persoalan yang saya ingin utarakan kepada sidang pembaca pula ialah "Apakah kalian pernah terfikir, Islam yang anda pegang, ikuti dan fahami sekarang ini, adakah ianya sama atau seiring sebagaimana dengan ajaran baginda Nabi Muhammad saw" sedangkan kita telah terpisah seribu tahun lebih dengan baginda Nabi.
Kemudiannya dalam Sunni (Ahli Sunnah) itu berlaku juga pelbagai kelompok kefahaman walaupun semua bersepakat atas penerimaan dua sumber tadi, yang mana berbeza pada bab "penafsiran" terhadap jalan dalam mencontohi Nabi. Perlu ditekankan berbeza penafsiran di sini, bukanlah hingga menatijahkan soal "kafir-mengkafir" atau jatuh menjatuhkan yang kencang di laman maya.
Thursday, 1 January 2015
2015.. Dare to dream and change...!
Hey its new year !