Saturday, 24 January 2015

Monolog pasal Melayu


Topik ni tercetus dalam kepala sebagai memberi respons kepada isu "kpop" yang mana viral, perempuan bertudung  dipeluk di atas stage. Tapi sebab bertangguh-tanggung untuk menulis, rasanya topik tu dah pon senyap dan sejuk. Penyelesaiannya apa entah... macam tak ada. Keluar isu, hentam KPOP, hentam perempuan tu, kemudian datang isu lain. beralih lah semua ke isu lain... penyelesaian? tak ada. Tapi sebagai stand awal, aku bersetuju untuk menyalahkan perilaku gadis dan artis tersebut di atas pentas tu, tapi banyak lagi aspek kena tengok, dan paling utama aku nak highlight, perkara itu bukanlah salah budaya KPOP tapi ada suatu punca yang jauh lebih mendalam dalam masyarakat kita harini.


Pendapat aku, punca utamanya dalam masyarakat kita khususnya remaja, ialah kita krisis identiti adat budaya. Aku mungkin satu sample anak-anak muda masakini yang sesuai untuk mengetengahkan isu celaru budaya ni. Aku ingat lagi dulu bila sentuh perihal budaya, adat, kaum dan sama waktu dengan, entah kenapa aku rasa perkara tersebut sangatlah tidak menarik, nampak dull . Ye la, dalam orang lain sibuk mendengar musik-musik genre baru seperti ballad, metal, techno kenapa kita perlu menghargai irama Malaysia ? Orang dah beralih ke rap kenapa kita masih perlu belajar syair, sajak yang membosankan itu? *(pada masa tersebut). Perasan tak masalah dia dekat sini, kita (*dengan mengambil diri sendiri sebagai sample) merasakan perkara yang berkaitan adat budaya kita sesuatu yang sangat lame dan tak cool langsung. Kenapa ?


Perkara ni bersarang dalam kepala aku. Lepas aku baca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck , Kenang-kenang hidup (masih dalam pembacaan) serta Peribadi (masih dalam pembacaan) tulisan Hamka ni baru aku semacam disedarkan akan peri pentingnya memahami dan menghargai adat budaya dan sejarah bangsa kerana hal ini berkadar terus dengan jati diri seseorang.

*cuba baca, aku jugak masih dalam proses nak fahami dengan lebih lanjut. tengah hendak belek-belek tulisan Prof Emeratus Shahrir Mohd Zain.


Kenapa jati diri penting? kerana di situlah letaknya maruah dan harga diri bangsa. Kalau di amati bangsa-bangsa  dunia yang berjaya (Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis) semacam ada satu persamaan besar iaitu mereka gagah memacu kejayaan mereka dengan bahasa mereka sendiri, di samping masih berpegang dan menghargai adat budaya mereka. Satu kekuatan yang saya fikir tidak ada lagi dalam masyarakat kita. Manakan tidaknya, melihat Amerika gah sibuk hendak mengikut Amerika. Lihat Jepun maju, mula mahu menjadi seperti Jepun. Tempo yang sama terjadi pada remaja, harini mungkin KPOP, semalam sudah Skinhead, HipHop dan mungkin esok akan ada lagi.. tunggu saja.


Maka kemudiannya barulah saya memahami mengapa pembelajaran Sains dan Matematik itu di tentang habis-habisan daripada terus dipelajari dalam bahasa Inggeris, lalu fahamlah saya kenapa UKM yang gah itu menggunakan bahasa Melayu dalam tulisan thesisnya !






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...