Thursday, 29 December 2011

Terpaksa meninggalkan semua.



"Eh, 2011 dah nak habis? biar betul, kata Aliff memulakan bicara.

"Haah la,takkan kalender tu nak bohong pulak" jawab si Afiq tegas.

"Tapi memang tak sedarla masa berlalu,macam cepat sangat" nada Aliff sedikit mengeluh.

"Manada cepat, dah hang tu dok makan tidoq fb ja mana nak sedor" balas Afiq dengan slang kedahnya. 

"hehehe,betul jugak. cakap orang, habes kau tu ?" Aliff mula menyerang Afiq.

"aku selain makan tidoq , aku selalu fikir masa depan, sebab tu aku peka tentang peredaran masa ni " bicara Afiq penuh yakin.

"hmm. . .ye la, orangg yang dah katam buku  Pemilik CINTA Selepas Allah dan Rasul, Trilogi Aku terima Nikahnya dengan Men From Mars Women from Venus memang "peka" pasal masa depan. kata Aliff berseloroh.

Ceh! hang perli aku na... Afiq akur, kehabisan hujah.


Umur  menjelang 21.

Bagi yang belum sedar, ya tinggal beberapa hari lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011 kerana mahu tidak mahu, 2012 tetap juga akan mengambil giliran mengikut aturan Sunnatullah.

Walaupun masih terasa sambutan hari lahir saya ke 20 yang disambut Oktober lepas, namun setiap kali tahun baru menjelang pasti terasa peningkatan usia. InsyaAllah pada tahun 2012, umur saya akan menginjak 21 tahun. Ya,dalam tidak sedar sudah mencecah 21 tahun. Usia yang menurut mak cik-mak cik di kampung, sudah layak untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi bukan isu itu yang hendak saya highlight kan tetapi berkenaan isu tanggungjawab.    

Pada usia 21 tahun ini , masyarakat sudah mengharapkan kematangan pada diri seseorang individu itu. Contoh mudah , genap usia 21 tahun ,anda sudah diyakini cukup matang dan bijaksana untuk  membuang undi pada pilihan raya. Secara tersiratnya, masyarakat sudah yakin pemikiran seseorang yang berusia 21 tahun sudah boleh memikirkan sesuatu yang besar dan serius seperti pembentukan sebuah kerajaan mahupun negara.  

"Tapi baru 21 kot,,, muda lagi".

Owh benar 21 masih lagi dikategorikan sebagai muda.Tahukah kamu penulis Hilal Asyraf dalm umurnya sekarang sudah menulis 15 buah buku? atau lupakah kamu dengan sejarah Sultan Muhammad Al Fateh?

 Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Maka Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Namun semuanya menemui kegagalan , sehinggalah 800 tahun kemudian akhirnya Islam yang ketika itu berjumlah 150 000 orang tenteranya di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh yang ketika itu berusia 21 tahun berjaya menawan Konstantinopel.


2012 menanti penuh liku dan cabaran.

Pada 2012, sudah ada ura-ura mengatakan akan berlangsungnya pilihan raya umum. Bagi rakan-rakan yang sudah layak mengundi, selepas 50 tahun kemerdekaan, mari kita lihat kembali di mana letakkan ketinggian agama Islam dalam negara ini. Sudahkah ia diletakkan di tempat yang selayaknya oleh pemimpin negara? ingat hatta undi  nanti akan dipersoal di akhirat kelak.

Di peringkat global, zionis dan sekutu-sekutunya sedang galak mengalih pandangan masyarakat tentang "Kiamat 2012". Apapon agenda disebaliknya, kita perlulah sentiasa bersedia dengan memantapkan hubungan dengan Allah. tiada langsung disebut dalam quran mahupun hadis berkenaan tarikh sebenar kiamat, namun Ingatlah ada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: 

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)

Bagai sudah terasa pada waktu ini, benar kan? (taraf hadis saya tidak tahu. maaf )
Akhirnya,  tiadalah terlalu muda untuk mencipta suatu kejayaan. Usah kerana mudanya kita, kita selesa dan  merasakan ajal itu belum mahu menjemput kita. Mari kita mengorak langkah 2012 dengan penuh rasa tanggungjawab  , rasa tanggungjawab bahawa ummah perlukan kita untuk melihat Islam kembali gemilang  seperti gemilangnya cahaya Islam menembusi kota Konstantinopel di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh sedikit masa dahulu. Suatu lipatan sejarah yang masih menunggu masa untuk kembali terulang .







*watak tiada kena mngena dengan yang hidup mahupun meninggal dunia, kalau ada maaf , tidak disengajakan sangat =D
















Saturday, 10 December 2011

RE : Haruman Kasturi

Sebenarnya lama hendak memberitahu nama disebalik blog ini iaitu "haruman kasturi".
 bunyi  mcm jiwang pon ada, apa yg harum sgt? .
hakikatnya sy dan haruman kasturi mmg tidak dpt dipisahkan 
hatta nyawa telah terpisah sekalipon.
keranaaa...........
shazwan membawa erti "haruman kasturi"


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Doakan saya menjadi si penjual minyak wangi yang mana orang akan mendapat tempias  harumannya.
kesan haruman kasturi =)


Sekian ~

Final Exam!!!

Saya pasti rmai diantara rakan-rakan di mana-mana IPTA/IPTS sedang sibuk bertungkus lumus ke arah peperiksaan akhir semesta yg bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Perpustakaan yg dulunya sepi , kini melimpah-limpah dikunjungi para mahasiswa merebut "barakah" last minute study.

beberapa minggu lepas kita baru sahaja menyambut awal muharram, yg mana diambil sempena peristiwa hijrah. Jadi dalam menghadapi peperiksaan yg akn menjelang tiba mari kita jejak kembali formulasi yg ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah yg mana  cukup cantek untuk diaplikasikan dalam peperiksaan yg akan menjelang tiba.

1. MAS`ULIYAH (TANGGUNGJAWAB)

-berlakunya peristiwa hijrah setelah turunnya perintah Allah yg disebut dlm surah al isra`: 76 dan an nisa`: 97
-muhajirin makkah yg berhijrah adalah semata-mata kerana perintah Allah dan RasulullahNya dengan  keadaan sehelai sepinggang demi tanggungjawab mereka meninggikan agama Allah S.W.T.


2.ITQAN (STRATEGI)

-Perjalanan hijrah penuh dgn liku dan duri. Jadi untuk memastikan kejayaan hijrah ini pelbagai strategi dan taktik telah diatur. Bermula dari penggantian tempat tidur Rasullulah oleh saidina Ali, Melalui jalan yang asing dengan pertolongan Abdullah bin Urayqat (orang bukan Islam) ,Asma' bint Abu Bakr r.a. pula berperanan untuk menyediakan makanan semasa Rasulullah s.a.w. dan bapanya bersembunyi dalam gua Thawr,Amir bin Fuhayrah r.a. pula berperanan untuk menghilangkan jejak-jejak kaki Abdullah dan Asma' bint Abu Bakr yang berulang alik di sekitar tempat persembunyian Rasulullah dan banyak lagi strategi yang cukup terperinci.

3.UBUDIYYAH (RASA KEHAMBAAN)
-semasa nabi Muhammad S.A.W bersama Abu Bakar di dalam gua Thawr bersembunyi daripada kafir Quraisy Makkah yang bertebaran mencari mereka , Nabi meneguhkan hati Abu Bakar dengan firman Allah


La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita


-Peringatan bahawa kita hanya hamba dan segala kekuasaan dan ketentuan hanya dengan milik Allah.






Senario Peperiksaan .


Ada dalam kalangan pelajar yang terlalu yakin dengan usahanya. yakin segala usaha yang dilakukan tanpa menyandarkan pada Allah. hal ini bukanlah berada dalam landasan aqidah yang sebenar. natijahnya penyesalan yang amat mendalam jika mereka gagal.


Adapun ada dalam kalangan kita yang cukup hanya ber"tawakal" tanpa usaha dan strategi yang mengiringi.


Ikut Contoh Hijrah


Lihat saja pada seorang kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah ini. walaupon doanya pasti diperkenankan Allah, namun pengorbanan atas kebertanggungjawab (Mas` uliyah) ,strategi yang cukup teliti dan disiplin untuk melaksanakan (Itqan) serta hubungan rasa kehambaan dengan Allah (Ubudiyyah) ditunjukkan baginda dalam memperoleh suatu matlamat iaitu hijrah ke madinah,yang mana kemudiaan menjadi kerajaan pertama Islam. Untuk mencapai suatu matlamat itu, Nabi sendiri turut melalui proses-proses sebelom berjaya.  


Lihat bagaimana kombinasi ketiga-tiga (Mas`uliyyah+Itqan+Ubudiyyah) ini memastikan kejayaan hijrah. Imbas kembali setiap kegagalan kamu , apa ketiga-tiga formulasi ini sudah ada pada  
usaha anda? jika belum , nah usah berlengah. Jika sudah ada namun masih menempa kegagalan,pasti saja hikmah yang lebih besar sedang menanti. Bukankah Allah itu Maha Adil =)


Akhirnya saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan di dalam peperiksaaan, moga  kejayaan yang anda peroleh boleh mnyumbang kepada kegemilangan Islam kelak.


   
    







Sunday, 20 November 2011

SURAT KHUSUS UNTUK CALON AHLI SYURGA YANG AKHLAQ MEREKA DICEMBURUI BIDADARI

Dari Seorang Akhi.. 


Buat Saudariku yang dirahmati oleh Allah 


Assalamu ‘alaikum warahmatullah wabarakatuh....... 


Ukhti yang baik, 

Kecantikan adalah anugerah. Senyum manis adalah berkah. Sungguh kurnia dari Allah bahwa wanita diciptakan memiliki kecantikan yang sangat mempesona. Dan kecantikan itulah yang akan menjadi jalannya menuju surga, jika ia mampu mengimbanginya dengan akhlaq yang mulia. 

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa antara fitrah lelaki adalah menyukai kecantikan wanita. Bahkan ‘Aisyah yang merupakan salah seorang shahabiyah paling pandai di masa itu, terkenal pula karena kecantikannya. Rasulullah menjulukinya Humaira`: Gadis yang pipinya merona merah. 


Dan kerana kecantikannya itu, wanita dapat mengumpulkan pahala yang sebesar-besarnya dari Allah. Caranya? Bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan itu dan pandailah menjaga diri. Rasulullah mengajarkan cara bersyukur itu dengan membiasakan diri membaca do’a tatkala bercermin yang maknanya, 

“Ya Allah… Sebagaimana Engkau telah mengelokkan parasku, elokkan pulalah akhlaqku…” 


Ukhti yang dijaga oleh Allah… 

Tak ada yang salah dengan kecantikan, karena, seperti kata pepatah, kecantikan bukanlah suatu dosa. Tapi sungguh itu tak bererti bahawa setiap wajah yang cantik berhak dijadikan barang tontonan. Kami kaum pria sangat bersedih kerana sekarang ini banyak di antara kawan-kawan Ukhti yang gemar memapar wajah cantik mereka di profil Facebook. Juga di blog-blog yang katanya pribadi, tapi nyatanya dapat diakses oleh siapapun. 

Ini adalah satu hal yang sangat marak belakangan ini. Satu hal yang dianggap lumrah, sehingga para gadis berjilbab itu memasang pose-pose mereka di foto-foto yang kian hari kian bertambah jumlahnya. Seakan nama saja sudah tidak cukup. 


Mohon Ukhti tanyakan pada mereka, apa sesungguhnya tujuan mereka memaparkam foto tersebut di tempat-tempat publik? Yakni foto dengan gaya yang menggoda serta senyum yang memikat! 

Jika tujuan berjilbab itu adalah agar menutupi aurat dan terhindar dari pandangan-pandangan jahat, apakah itu pula yang menjadi tujuan mereka saat bergaya di depan kamera dan memamerkannya pada setiap orang? 

Jika berjilbab itu tujuannya adalah mencari ridho Allah, apakah tujuan memperlihatkan foto-foto itupun adalah ridho Allah? Apakah betul Allah akan ridho pada wanita yang melakukan hal itu? 


Ukhti yang baik, 

Kami kaum pria sangat bersedih menghadapi fenomena ini. Mengapa? Kerana mungkin saja di antara gadis-gadis yang fotonya tersebar di seantero jagad ini adalah isteri atau calon istri kami. Apakah mereka tidak tahu bahwa foto mereka tersimpan dalam komputer puluhan, ratusan atau bahkan mungkin jutaan pria lain yang tidak berhak? Yang mungkin saja dijadikan alat oleh para pendosa sebagai gelanggang bermaksiat? Apakah mereka mengizinkan pria-pria selain suami mereka itu menyimpan foto-foto tersebut? 


Ukhti, 

Kami kaum pria sangat bersedih mendapati semua ini. Mengapa? Kerana mungkin saja di antara foto yang tersebar luas itu adalah ibu atau calon ibu kami, yang seharusnya menunjukkan caranya menjaga diri, bukan dengan menunjukkan hal-hal yang seharusnya disembunyikan… 

Kami kaum pria sangat bersedih menyaksikan semua ini. Mengapa? Kerana mungkin saja di antara foto yang tersebar luas itu adalah guru atau calon guru kami, yang seharusnya mendidik dan mengajarkan Al Qur’an serta akhlaqul karimah kepada kami. 


Apakah semua ini akan dibiarkan begitu saja tanpa ada penyelesaian? Tanpa ada seorangpun yang berani menegur serta mengingatkannya, memberitahukan bahwa itu adalah sebuah kesalahan? Atau harus menunggu tangan-tangan jahat memanfaatkannya untuk merosak harga diri dan menyebarkan aib yang seharusnya ditutup rapat-rapat? 


Ukhti yang baik… 

JazakilLahu khairan… Terima kasih banyak karena Ukhti tetap pandai menjaga diri dari sekecil apapun celah-celah kealpaan. Tapi tolong sampaikan pula pada kawan-kawan Ukhti, agar merekapun mengikuti jejak ukhti dengan menghapus foto-foto mereka dari Facebook dan blog-blog mereka. Sampaikanlah pada mereka agar menahan diri dari keinginan menunjukkan eksistensi diri di hadapan pria yang tidak berhak. 

Jika mereka ingin menunjukkan kepada orang-orang bahawa mereka cantik, cukuplah tunjukkan pada suami mereka saja. Atau orang tua dan anak-anak mereka saja. Karena Allah Maha Tahu segala sesuatu. Jika mereka memerlukan sanjungan atas kecantikan yang telah dianugerahkan Allah pada mereka, biarlah Allah saja yang menyanjungnya, dengan balasan berlipat-lipat ganda di hari akhirat kelak. 


Dan jika mereka ingin kecantikan mereka dikagumi, biarkanlah suami mereka saja yang mengagumi, lalu memberikannya sejuta hadiah cinta yang tidak akan pernah ada bandingnya… 

Sementara kami, kaum pria yang tidak atau belum berhak atas itu semua, biarlah asyik masyuk tenggelam dalam do’a, agar dianugerahi isteri yang cantik dan shalehah, ibu yang baik dan bersahaja, guru yang taat dan menjaga martabatnya… 

Agar Allah mengumpulkan kita kelak di surga-Nya. Meraih ridho dan ampunan-Nya serta dihindarkan dari azab neraka… 


Atas perhatian dari Ukhti, saya ucapkan jazakillahu khairan… 


Wassalamu ‘alaikum warahmatullah wabarakatuh... 




ditulis oleh Ust. Rickyfirman (Pengajar Tahfidz di Al Hikmah) 

(www.myquran. org) 

*mari bersama2 saling mengingatkan… 
http://www.facebook.com/note.php?note_id=141897222503747&id=100000945841996

Friday, 18 November 2011

My UPSR

Semalam Upsr keluar 

Upsr meninggalkn bukan sedikit tetapi byk jg impak pd aku. Upsr ialah peperiksaan besar pertama seseorg yg bergelar pelajar akan tempuhi . mmg excited sungguhla masetu.. maklumlah "kosong" lagi masetu kn. Terimbau kenangan-kenangan mase zmn dulu-dulu kala..

Zaman pensil box magnet ,...
Darjah 1 - 5 (sekejap) aku sekolah di Sk.ACS.Klang, mase waktu ni skema je pon, siap jd Pengawas tu! tp mse darjah 4 kne lucut gara-gara tulisan buruk! ceh kejam. disebabkan tekohonan yg ada mase darjah 5 dilantik pula mnjadi Pustakawan. x sempat berkhidmat tuka skola pulak. Sekolah ni mcm "gloomy" sket sbb  skola ni satu jantina lpstu byk didominasi kaum cina dan india, melayu minor je. Disebabkan mereka meraka byk yg speaking maka aku pilih utk jd pendiam je =)

3 Biru , Cikgu Rashidah. Garang.. tp penuh sifat keibuan 


Tukar Skola.. Membawa Suatu Anjakan
Darjah 5-6 , Sk.Kg Medan. . tempat dimana pengalamn manis dan kenakaln menjadi memori . First day,xtahu knapa, aku dtg2x skola ni je trus pejabat letakkn aku di kelas hujung, yg mne ad lagi bdk2x yg x reti membaca dan menulis. hm xpe la REDHA. tp di sinila bermulanya satu transformasi merubah diri, kelas last kn, bdk nakal-nakal .. disebabkn jati diri yg kurang utuh maka terpengaruhla aku *padahal mmg nk join huhu. cyber cafe, mndi parit,  pncing ikan, maen tikam ,ponteng skola, dll. tp most of the time , aku hanya jd pemerhati dan tukang gelak je , mereka yg melakukan . SERIUS.  Yang best sbb kelas ni kelas last, senang la dpt TOP dlm kelas. =)   


Oh. UPSR.....2003
thun 2003 mnjelang. Tahun 6 aku jadi sedikit serius sbb thun ni ad UPSR .. minda umo 12 thun aku, dh set kne dptkn keputusan bagus sbb nnti bile makcik pakcik jiranjiran tanye xdela malu nk jwb.! haha. Dan satu lagi matlamat , aku nk msuk skola asrama. sbb  ibu asyik dok sebut.."Bwat UPSR btol-btol nnti bole pegi skola asrama mcm sepupu kau tu" jadi dari situ matlamat terbina. Masa skola kebangsaan fokus habis-habisan.

Lain pula cerite di skola agama , mind set dtg tidak lain hanya utk maen.. klu skola kebangsaan ad UPSR, skola agama ad PSRA . hmm PSRA? aku peduli ape..klu xde UPSR xkemana jgk *fikiran mentah masetu. hmm skola agama mmg tmpt memperaga koleksi2x mainan terkini bermula zmn digimon,pokemon,kareta dash,bay blade,crushgear, semua skola agama setia menjadi saksinya.haha. klu kau xde mainan-mainan ni xpyh dtg skolala! haha..



digimon 1.




Darjah 6 aku dan kawan laki byk komplikasi dgn perempuan,selalu gaduh..gaduh hardcore punye smpai pompuan tu menangis-nangis. mngkin kerana perbezaan kematangn antara kami. *rse bodoh fikirkn saat ini*.. yg lg best, dsbbkn mak aku guru d skola agama itu, asal ad hal-hal  x baik psl aku cpt je smpai kpd beliau. Jd utk mengelak dimarahi balik je rumah,lpas maghrib trus ke rumah kawan dgn alasn nk "study group" , blik dr study group itu trus aku tido. so selamat.hehe licik ~


Klinik UPSR ni aku pegi kot. siap msuk paper jgk msetu :P


Tup tup tup. nk exam dh.. pensil2b , pemadam,pembaris (semua kualiti exam grade) sudah sekotak tersedia,  ok material part settle!solat, pose sunat, minta maaf dgn ibu ayah ,kawan-kawan(walaupun gelak-gelak), guru-guru *buat lepas pegi kem motivasi * rohani part settle! maka UPSR pon ditempuh. Pejam celik pejam celik mase bbrape mnggu lg nk raye keputusan kluar! Alhamdulillah dpt keputusan elok.! timing result kluar pulak sgt BAEK. sbb dh dkt nk raye msetu.. ..jd mmg penuh kocek thun tu. berbaloi-baloi.. ~ tgh sibuk-sibuk berhari raya , aku terima sepucuk surat tawaran ke skola yg pertama kali ku dgr namanya, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor..?? Hulu=hutan?? argh x kesah jnji dpt asrama.. haha..

Zaman Yang Tidak akan Berulang
Zaman kanak-kanak mmg byk memberi  suatu kenangan manis yg tidak ternilai. saat-saat innocent juga nakal meninggalkn suatu adunan memori yg ingin aku simpan sampai bila-bila. terima kasih kepada semua rakan-rakan yg terlibat menjayakan cerita kehidupan kanak-kanakku , samada kau watak utama mahupun sampingan, sekecil manapun sumbangan anda, namun ianya merentasi batas masa untukku kenang . ;)

*Buat adek bongsu, ain syahirah yang baru mendapat keputusan UPSR, apepon keputusan yg telah diperoleh tahniah diucapkan. A bukanlah segalanya, hidup bukan sekadar A B C D E F , nnti kau akan jumpa GHIJKL..........Z  yang akan lebih mendewasakanmu. 


Hidup bkn seperti peperiksaan sekolah,
Peperiksaan sekolah, kita belajar untuk UJIAN
tetapi dalm hidup, kita belajar daripada UJIAN.
Lakukanlah yg terbaik utk kedua-dua UJIAN 
Moga  mendapat keredhaan daripada Tuhan Pemberi Ujian.



Wednesday, 9 November 2011

Kerana Ku Ingin Kau Mengerti.

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?


Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka


Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.


Maka amat menyedihkan saya jika..

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.


Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.




Credit to Layar Minda

Wednesday, 2 November 2011

After a silent of time.

Salam.
Ok dah sebulan lebih x updated
quite sure somebody anywhere miss my entry. kn?
ok. perasan sudah . =P 
bz ke? hmm . sempat je on9 fb berjam-jam.
sbb mgkin diri sendiri pon bsn tgk blog sendiri kot
so i made some changes =)

pejam celik pejam celik.
sem 3 dh dipertengahn . tinggal lg separuh sem utk abes sem 3.
lps tu sem 4. then dh FINAL YEAR??
GRAD . then..kawen??? awl sgt kot. hehe





SEE... cptnye masa berlalu
 U ialah tmpt terbaek utk SEDIAkn diri sblom melangkah ke alam2x seterusnya
kerja, KAWEN, masyarakat,keluarga,agama,bangsa,negara,anak-anak,cucu-cucu..
Now time is crucial for US to made some changes .
Life d U, bknla sekadar pointer atau ijazah. 
Its a life before becoming a TRUE adult.
A leader, A khafilah at least a khalifah to your future family.


 SO lets imagine the future
HOW WORTH ARE U FOR THE UMMAH??
ASK ourselves how we can take part in contributing
or maybe we just never thought about it yet.

Tuntasnya *skema 
pepatah arab ada menyebut 
"Air yang tidak mengalir (statik) , akan merosakkan air tersebut.
Pemuda/i yang byk masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu." 
So dont be killed!!
Jom toup diri selalu =)









*byk nk crite tp skrg nk fokus cuti raye. kalini nk cr UNTA...!!










Friday, 30 September 2011

Everything to remember

22-27 September 2011 
telah berlangsung Pesta Konvo ukm ke 39.
bermula dgn sedikit provokasi



progrm dpt jg berlangsung dgn jayanya
hingga ke akhirnya.


Perasmian






Malaysia Book Of Record
(the longest poem)






Bersama Mentor IM2 
(Ustz Izhar Arif)


Apresiasi Graduan
Bersama IM Hassan





Forum Populariti







Persiapan yang panjang bermula dari bulan 6 cuti sem lagi mmg meletihkan.
Setelah berpanas,  berhujan , berkeluh kesah  dsepanjang perjalanan 
 Rupanya ad sinar Pelangi  di penghujung hari ~
Keindahan Pelangi ukhwah yg tertaut .
Semoga kekal selamanya. =)









Sunday, 11 September 2011

Hi "awk" lama x ketemu. rindu .


"Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya."(Riwayat Abu Daud & Tirmizi).


Assalamualaikum 

Harini selamatlah sudah aku mendaftar kembali ke UKM Officially!
(*walaupn dkt 2 bln lbih jgk dh berkampung di sini)
Dan selamat jgk mendaftarkn diri di kolej Ibrahim Yaakub(KIY) instead of Zaaba. 
Terbantut hajat nk kembali ke kolej yg pernh diduduki mse zmn motivasi PMR yg punya knagan tersendiri. tp mungkin perancangn Allah membuat saya kekal di sini, dan ternyata best!
kolej dh cantek, perabot baru + ad celebriti baru KIY iaitu Imam Muda =D

Ok. Seriusly rindu pada Biokimia . * yeke .hehe ? 
Setelah hampir 4 bulan x ber"contact". bermula dari rindu kini dh jd takut pulak . Takut-takut x ingt ap2x.  
Last yr, i admit Im still not sure my feeling towards you, but now, YES
 Im finally sure , we "met" for some reasons. and it is fated.  
Plz dont ever doubt my feeling towards you. OK Miss biokimia?
=P



Pernah tgk cerita 3 idiots? hindustan, amir khan belakon tu. 
cerita psl 3 org yg perangai gila2x, skip kelas, kenekn cikgu. Last2x  2 org kwn dy tu dpt keputusan 2 plg corot. tibe2x yg amir khan ni dpt no 1.!! 
apa katanya bile kwn lain tnye nape dy dpt gitu dy kate " i LOVE machine and enginnering is my passion "
*cite psl bdk-bdkl engine.
walaupn ini crite je.. tp ad benarnya.

Bilamana Cinta sudh bertakhta, dgn menyebut namanya saja sudah suatu kelazatan.
semua perkata tentangnya bagai tiada jemu memikirkn.
semua tentang dirinya sanggup diteroka utk lbih knl
 hatta mendengar namanya saja hati  sudh menjadi gundah gelisah.
Inilah dasyatnya cinta. bila ad cinta , maka akn hadir suatu RASA yg membuatkn manusia khayal didlm permainnannya. tatkala ini pengorbanan setinggi langit pon bkn halangn demi mendaptkn Cinta.   
Bayangkn klu kita dpt aplikasikn pd ilmu, pastinya assignment segunung langit jg xde masalah kerana ada RASA cinta padanya. 
   
Ingatlah

"Jika hendak BERJAYA DI DUNIA maka hendaklah dengan ILMU, jika hendak BERJAYA DI AKHIRAT maka hendaklah dengan ILMU, jika hendak BERJAYA KEDUA-DUANYA maka hendaklah juga dengan ILMU." (Imam Syafei).

dan sandarkn niat menuntu ilmu semata-mata kerana Allah, semoga akhirnya segala ilmu yang dipelajari dpt menghadirkn rasa Cinta yang teragong yang plg didamba iaitu 
Cinta Allah.





Friday, 2 September 2011

Suatu hari di hari raya

Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan. =)  bgaimana raya thun ini?  meriah? sedih? huhu
berbagai-bagai ragam di suasana hari raya :-


Golongan kanak-kanak

menjelang hari raya golongan inilah yang plg seronok. !! sbb? mestila duet raya!!!........hmmm..tipulah klu korg x phm perasaan ni, abes yg korg dlu dok msuk rumah org x knl pastu tuan rumah hulur duet raya ja korg pakat blah, tmbh teruk korg trus check duet tu dpn dy .. aleh2x trus komen. "Lah seringgit je"?huhu 
 *pdhl pengalamn sndri. 

Lepastu .. Bunga Api!! ni wajib ada,, hmm tau la kn, mse kecik, bile time raya mesti kne ada  bunga api klu xde mmg pening kepala  mak bapak kne tadah telinga dgr diorg menangis. 

Next, bila dh kumpol rmai-rmai dkt rumah atuk nenek, "golongn" ni lah plg riuh ...rse seronok sgt jumpe saudara-mara lg2x yg  umo sebaya.....



Golongan Aku

Golongan ni rsenye tenang je menghadapi raya ni. klu laki lg la sempoi je, semua ikut telunjuk mak/isteri je.. lg klu bab baju melayu.kdg2x mlm raye tu la bru nk cari.  perempuan lain kot, teliti habes. sebelum pose dh beli kain pastu smpai mlm raye x abes2x lg persiapn dy.

Time raya golongn ni cool jgk. semua dok main handphone masing2x kunon-kunon byk gile sms dy nk bls. saudara mara pon rse seperti sudh asing.

golongan mcm aku ni lah yg jg slalu kne bahan dek makcik-makcik mahupun nenek-nenek.

*plg tipikal
"Lah ni Ali ,mak cik ingt ape....dlu kecik skrg dh  bsr pnjg "

*Up sket. (dy geledah "rahsia" zmn muda)
" Owh ni Ali, dlu kecik-kecik kau ni naaaaangeeees je kojenye.. 
  org main mercun nanges, atuknya sembelih ayam nanges, kene kejar ayam nanges ,dgr bunyi  mesin blender pon kau nanges " kata mak peah.
   
Erk!! klu kne serang mcmni mmg xleh cover macho lgsg "=.=

*Up lagi (dy geledah masa depan kamu)
" Lah dh 20 thun ekau, elok sgt la tu.xlama dh tu..,bile nk kawen?,"dh ad ke belum" , "ad tetamu  istimewa"  ke raya ni? makcik nk tegok hehe.

Erk lg skali!!  

Golongan tua

Hm  yg aku perasan golongan tua jg antara yg gembira di hari raya. sbb msenila ank-ank , cucu cicit mereka semua berkumpul. terpancar kegirangn di wajah mereka.

Namun, golongan ini juga yg menyedarkan bahawa syawal bkn hanya kemeriahan dan kegembiraan semata-mata. Contoh sendiri, nmpk keuzuran pd atuk saya, pertama kali atuk saya sudah tidak mmpu pergi solat sunat aidilfitri serta jauh beza dgn thun-thun sebelomnya. raya kalini dy hnya byk berdiam diri dan menangis.

Dlm siri kunjungn ke sebuah rumah org tua  , beliau mengadu. "Alahhhh nak. rupanya mcmnilah dh tua,nk jalan ssh, nk solat ssh,nk msk ssh..... mata dh x nmpk .....saket sane sni.............


Kesimpulan entry, raya kalini memberi suatu pengertian yg sedikit berbeza dan tentunya bkn hanya sekadar duet raya dan bunga api. Ikatan silaturrahim terutama sesama keluarga itu perlu dipelihara dan dipererat. yela sapa lg nk kita harapkn bile ssh selain keluarga sendiri. Inilah mse terbaek utk mengunjungi dan  bermaafan . Semoga akhirnya kita kembali kepada fitrah sesuai dgn kalimah 'fitri' itu sendiri.

dan jgn lupa pose 6 kerana ia ibarat puasa setahun, sedikit perkongsian dr seorg Ustaz :-Hukum Puasa Enam.Para Ulama ada 3 pandangan. Oleh yg demikian, wanita mempunyai 3 pilihan . 1) Qadha', kemudian puasa enam. 2) Puasa sunat 6, kemudian baru qadha'. 3) Qadha' dan sunat diniatkan sekali......Pilih yang mana satu anda suka.



Candid2x raye.(bole click utk jelas)

Sekitar belah ayah ( Sepupu-sepupu)







sekitar belah ibu (mse kumpul rmai-rmai)
rmai sgt smpai kne bwat khemah






diri dan keluarga





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...