beberapa minggu lepas kita baru sahaja menyambut awal muharram, yg mana diambil sempena peristiwa hijrah. Jadi dalam menghadapi peperiksaan yg akn menjelang tiba mari kita jejak kembali formulasi yg ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah yg mana cukup cantek untuk diaplikasikan dalam peperiksaan yg akan menjelang tiba.
2.ITQAN (STRATEGI)
1. MAS`ULIYAH (TANGGUNGJAWAB)
-berlakunya peristiwa hijrah setelah turunnya perintah Allah yg disebut dlm surah al isra`: 76 dan an nisa`: 97
-muhajirin makkah yg berhijrah adalah semata-mata kerana perintah Allah dan RasulullahNya dengan keadaan sehelai sepinggang demi tanggungjawab mereka meninggikan agama Allah S.W.T.
2.ITQAN (STRATEGI)
-Perjalanan hijrah penuh dgn liku dan duri. Jadi untuk memastikan kejayaan hijrah ini pelbagai strategi dan taktik telah diatur. Bermula dari penggantian tempat tidur Rasullulah oleh saidina Ali, Melalui jalan yang asing dengan pertolongan Abdullah bin Urayqat (orang bukan Islam) ,Asma' bint Abu Bakr r.a. pula berperanan untuk menyediakan makanan semasa Rasulullah s.a.w. dan bapanya bersembunyi dalam gua Thawr,Amir bin Fuhayrah r.a. pula berperanan untuk menghilangkan jejak-jejak kaki Abdullah dan Asma' bint Abu Bakr yang berulang alik di sekitar tempat persembunyian Rasulullah dan banyak lagi strategi yang cukup terperinci.
3.UBUDIYYAH (RASA KEHAMBAAN)
-semasa nabi Muhammad S.A.W bersama Abu Bakar di dalam gua Thawr bersembunyi daripada kafir Quraisy Makkah yang bertebaran mencari mereka , Nabi meneguhkan hati Abu Bakar dengan firman Allah
-Peringatan bahawa kita hanya hamba dan segala kekuasaan dan ketentuan hanya dengan milik Allah.
Senario Peperiksaan .
Ada dalam kalangan pelajar yang terlalu yakin dengan usahanya. yakin segala usaha yang dilakukan tanpa menyandarkan pada Allah. hal ini bukanlah berada dalam landasan aqidah yang sebenar. natijahnya penyesalan yang amat mendalam jika mereka gagal.
Adapun ada dalam kalangan kita yang cukup hanya ber"tawakal" tanpa usaha dan strategi yang mengiringi.
Ikut Contoh Hijrah
Lihat saja pada seorang kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah ini. walaupon doanya pasti diperkenankan Allah, namun pengorbanan atas kebertanggungjawab (Mas` uliyah) ,strategi yang cukup teliti dan disiplin untuk melaksanakan (Itqan) serta hubungan rasa kehambaan dengan Allah (Ubudiyyah) ditunjukkan baginda dalam memperoleh suatu matlamat iaitu hijrah ke madinah,yang mana kemudiaan menjadi kerajaan pertama Islam. Untuk mencapai suatu matlamat itu, Nabi sendiri turut melalui proses-proses sebelom berjaya.
Lihat bagaimana kombinasi ketiga-tiga (Mas`uliyyah+Itqan+Ubudiyyah) ini memastikan kejayaan hijrah. Imbas kembali setiap kegagalan kamu , apa ketiga-tiga formulasi ini sudah ada pada
usaha anda? jika belum , nah usah berlengah. Jika sudah ada namun masih menempa kegagalan,pasti saja hikmah yang lebih besar sedang menanti. Bukankah Allah itu Maha Adil =)
Akhirnya saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan di dalam peperiksaaan, moga kejayaan yang anda peroleh boleh mnyumbang kepada kegemilangan Islam kelak.
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”-Peringatan bahawa kita hanya hamba dan segala kekuasaan dan ketentuan hanya dengan milik Allah.
Senario Peperiksaan .
Ada dalam kalangan pelajar yang terlalu yakin dengan usahanya. yakin segala usaha yang dilakukan tanpa menyandarkan pada Allah. hal ini bukanlah berada dalam landasan aqidah yang sebenar. natijahnya penyesalan yang amat mendalam jika mereka gagal.
Adapun ada dalam kalangan kita yang cukup hanya ber"tawakal" tanpa usaha dan strategi yang mengiringi.
Ikut Contoh Hijrah
Lihat saja pada seorang kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah ini. walaupon doanya pasti diperkenankan Allah, namun pengorbanan atas kebertanggungjawab (Mas` uliyah) ,strategi yang cukup teliti dan disiplin untuk melaksanakan (Itqan) serta hubungan rasa kehambaan dengan Allah (Ubudiyyah) ditunjukkan baginda dalam memperoleh suatu matlamat iaitu hijrah ke madinah,yang mana kemudiaan menjadi kerajaan pertama Islam. Untuk mencapai suatu matlamat itu, Nabi sendiri turut melalui proses-proses sebelom berjaya.
Lihat bagaimana kombinasi ketiga-tiga (Mas`uliyyah+Itqan+Ubudiyyah) ini memastikan kejayaan hijrah. Imbas kembali setiap kegagalan kamu , apa ketiga-tiga formulasi ini sudah ada pada
usaha anda? jika belum , nah usah berlengah. Jika sudah ada namun masih menempa kegagalan,pasti saja hikmah yang lebih besar sedang menanti. Bukankah Allah itu Maha Adil =)
Akhirnya saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan di dalam peperiksaaan, moga kejayaan yang anda peroleh boleh mnyumbang kepada kegemilangan Islam kelak.
2 comments:
allahu ma3ak ya akhi... robbuna yusahhil fil imtihan. :D
bittaufiq wal najah..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Post a Comment