Wednesday, 20 June 2012

PERCAYA DIRI



Sebuah kisah kanak-kanak dari arab.

Suatu kisah ada seekor singa yang pada saat kelahirannya ibunya serta merta meninggal dunia, membiarkannya sebatang kara melihat dunia. Kebetulan pada ketika itu, ada segerombolan kambing yang lalu di tempat berkenaan. Kasihan dengan nasib si anak bayi singa, seekor kambing betina mengutip lalu membelanya.

Hiduplah si anak singa ini dalam kawanan kambing. Dia merasakan dirinya tiada beza dengan kambing-kambing yang lain. Yelah, minum susu kambing, makan apa yang kambing makan, serba serbi sama seperti kehidupan kambing yang lain.

Suatu hari, kawanan kambing ini gempar apabila seekor serigala datang menyerang mereka. Si anak singa itu tadi pon sama ketakutan bukan kepalang bimbang dirinya diapa-apakan. Dalam keadaan penuh terdesak kambing-kambing yang lain , memarahinya . "Eh engkaukan singa, pergilah lawan serigala tu, sekali engkau mengaum mesti dia lari "

Si anak singa itu terpinga-pinga. Lalu menjawab "Tapi aku takut...". Sementara itu serigala itu terus bertindak buas, kalini menerkam "ibu" kambing kepada singa tadi. Anak singa itu mula naik angin lalu dia berlari kearah serigala .

Serigala sangat terkejut melihat ada seekor anak singa dalam kawanan kambing. Lalu dia pon cuba melarikan diri dari dikejar. Si anak singa tadi dengan bersungguh cuba menakutkan si serigala. Dengan sepenuh tenaga dia mengaum tapi bunyinya "embekkkkkkkk" ....

Serigala terkejut, baru dia tahu yang si anak singa ini memanglah singa tapi mentalitinya tidak ubah seperti kambing yang lain. Lalu serigala itu berpatah balik
dan menyerang semula si anak singa itu.
Habis tercedera si anak singa itu.

Kebetulan ada seekor singa jantan yang perkasa melihat perkara ini. Lantas dia pun mengaum dengan gagah "Aummm..." .kalini serigala itu benar-benar lari ketakutan. Pelik melihat insiden yang berlaku si singa jantan ini pergi ke si anak singa tadi. Lalu dia bertanya, "kenapa kau tidak melawan serigala tadi, engkau ialah
singa Raja haiwan... ! " . "bukan-bukan aku ini kambing" balas si anak singa.

Lalu si singa jantan ini menarik anak singa ini ke sungai. "Nah lihat, engkau singa sama seperti aku bukan kambing !" . Si anak singa kaget seketika. Dan kemudiannya barulah dia percaya dia ialah singa yang perkasa. Selepas itu, dia dibawa oleh singa jantan tersebut. Diajarnya mengaum dan menjalani hidup sebagai Raja Haiwan.

*

Sahabat-sahabat sekalian, percaya atau tidak sebenarnya setiap dari kita ada sifat singa yang perkasa, cuma lagi kita menganggap diri kita lemah dan "biasa-biasa" kerana larut dalam suasana masyarakat yang rata-rata selesa dengan minda "biasa-biasa" ini.

Marilah dengan sepenuh kudrat kita keluar dari mentaliti biasa-biasa kepada luar biasa. Percayalah diri kita sebenarnya singa perkasa bukan si kambing lemah .

Allah dalam firmannya (Ali Imran :110) memaklumkan bahawa kitalah umat terbaik di muka bumi ini. PERCAYA?

3 comments:

OREOO said...

First.




Aku orang biasa-biasa je :(




Hehe good reminder!

timon kyuri said...

“You are the best ummah singled out of all of mankind:” Why are we the best? Because, “you enjoin what is right (ma'roof), forbid what is wrong (munkar), and believe in Allah.”4

http://muslimmatters.org/2012/03/02/the-day-i-became-the-white-bull/

shazwan said...

oreoo - thax 1st commenter .....

timon - yes thts the verse !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...