Thursday 28 June 2012

Sekadar Perkongsian

Pada 27 Rejab yang lalu telah berlaku peristiwa yang akan diulang-ulang ceritanya hingga hati kiamat iaitu "Peristiwa Isra` dan Mikraj ".

Sekadar mahu berkongsi rumusan pada dua kuliah yang saya ikuti dalam mentafsir Peristiwa Isra` Mikraj dalam kaca mata yang berbeza. Sebarang kesilapan mohon teguran, kerana ini sekadar apa yang saya sempat salin dan dengar untuk perkongsian bersama.

Kedua-dua kuliah ini berlangsung di Surau An Nur Bangi pada hari yag berbeza. Surau An Nur memang sentiasa mensajikan kuliah-kuliah yang sangat menarik . Ada ulama` besar disebalik pembangunannya iaitu Prof Harun Din.


Isra` Mikraj dari kaca mata perjuangan.

Nama ustaz diatas sempat saya catat kerana datang sedikit lewat. Yang saya tahu ustaz berasal dari Gombak.

Pada tahun ini merupakan tahun kesedihan yang menimpa Nabi Muhammad S.A.W. Baginda kehilangan dua orang yang sangat nabi sayangi  iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Saiditina Khadijah.Kehilangan keduanya hanya selang 35 hari.

Saiditina Khadijah sangat disayangi nabi Muhammad S.A.W , mana tidaknya Khadijah lah orang pertama yang beriman dengan dakwah baginda Nabi Muhammad S.A.W . Sebelum berkahwin dengan baginda nabi merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya , namun kekayaannya semua dihabiskan untuk Islam.

Saiditina Khadijah menjadi contoh bagaimana perjuangan seorang wanita yang bergelar isteri dibelakang Rasulullah SAW . Menenangkan baginda nabi saat dakwah nabi diperlekeh dan mendapat tentangan daripada orang lain. Saat baginda nabi menggigil menerima wahyu daripada malaikat jibril , Khadijah menyelimutkan tanpa banyak tanya atas kepercayaan yang sangat tinggi pada baginda nabi. Sehingga Nabi masih terkenang-kenangkan saat bersama Khadijah hingga menyebabkan Aishah cemburu pada Khadijah.


Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud:
“Dia beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku, dan ALLAH mengurniakan kepadaku anaknya dan menghalangku mendapat anak daripada selainnya.” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya – 6/118)


Abu Talib bapa saudara baginda , merupakan antara pembesar Makkah yang sangat membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW . Kedudukan Abu Talib yang tinggi dalam serba sedikit memberi kelebihan perlindungan dalam dakwah Nabi. Selepas kewafatan baginda nabi dikatakan orang quraisy yang lemah yang sebelum ini tidak berani menentang nabi sudah berani bersuara menentang dakwah nabi Muhammad SAW .

Kehilangan dua orang kuat yang menyokong dakwah nabi sangat memberi kesan pada baginda nabi . Selepas itu dengan perasaan sedih baginda berhijrah ke Thaif , namun mendapat tentangan yang dasyat daripada penduduk Thaif apabila dilontar dengan batu sehingga darah memenuhi kasut baginda.


Selepas Abu Talib meninggal dunia, orang Quraisy telah bertindak menyakiti Nabi s.a.w. dengan cara yang mereka tidak sanggup lakukan semasa Abu Talib masih hidup. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. yang masuk ke rumanya dalam keadaan tanah masih berada di atas kepalanya , menangis puteri baginda Fatimah melihat keadaan ini, lalu baginda bersabda “Jangan menangis anakku, sesungguhnya Allah akan mempertahankan bapamu.”


Ujian demi ujian baginda merintih pada Allah SWT mengenangkan dugaan yang dihadapi. Hinggalah akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan , Allah mengukuhkan kembali hati nabi atas perjuangan dakwahnya   . Mendapat nikmat agung iaitu melihat sendiri kekasihNya Allah SWT dan hadiah pelaksaan solat. 


Peristiwa lain yang berlaku, baginda mengimami seluruh nabi-nabi terdahulu di masjidil aqsa , Palestin . Baginda diitunjukkan kerajaan Madinah yang akan baginda peroleh suatu hari nanti. 


Ustaz mengaitkan Palestin sebagai bumi jihad umat Islam yang mana di sini bermulanya peristiwa tanda-tanda besar kiamat di mana orang Islam akan menetang Yahudi yang akhirnya akan memberi kemenangan kepada Islam. 


Akhirnya pengajaran pada apa yang disampaikan , hidup itu ialah ujian dan perjuangan . ujian itu wajib dilalui setiap manusia. Bagaimana baginda nabi yang Allah sangat kasihi itu diuji sedemikian rupa sehingga sekurang kurangnya ada 13 cubaan membunuh terhadap baginda Nabi . Lalu bandingkan dengan diri kita ini .  


Nasihat Ustaz, Yakinlah kemenangan Islam itu pasti akan menjelma jua kerana Islam itu Allah sentiasa peliharanya , lihat bagaimana kerajaan Islam Madinah dapat ditegakkan walau pada mulanya umat Islam dihina dan diseksa oleh kafir Quraisyh. Banyak minta kepada Allah kerana walau apapun yang kita usahakan , akhirnya Dialah penentu segalanya. Tetaplah pada perjuangan gerakan Islam kerana inilah kesinambungan apa yang diperjuangkan oleh baginda nabi Muhammad SAW pada saat ini , kerana menegakkan Islam dimuka bumi ini itu wajib. 


















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...