Sunday, 24 June 2012

Kalaulah tak mengapa

Pernah dulu golongan kita (Melayu) tidak punya beza dengan bangsa arab , turki , rusia ,
apatah lagi bangsa sedekat Indonesia mahupun Pattani . Percaya ?
Sejarah membuktikan suatu masa dahulu tanpa sempadan bangsa mahupun agama kita bersama disatukan atas kalimah "La Ilaha Illah Muhammadar Rasullah " , atas nama Islam di suatu payung yang dinamakan sistem khilafah sebelum detik 3 Mac 1924 yang menyaksikan sistem yang menyatupadukan seluruh umat Islam itu hancur dek tangan-tangan musuh-musuh Islam .  

Lalu bermulalah era kemunduran umat Islam , dengan perancangan yang cukup rapi dari musuh-musuh Islam tadi maka berpecah belahlah umat Islam atas nama sempadan , negara dan bangsa .

Bukanlah mahu mengulas lanjut mengenai sejarah berkenaan, tetapi sekadar memetik untuk kita bersama merenung seketika. Isunya di sini ialah sejauh mana kita umat Islam merasakan kita semua bersaudara melangkaui sempadan garisan pena yang memisah , melangkaui negara dan juga bangsa .

Gambar demo Rohinga di KL
Polimik  kita hari ini kurang peduli berkenaan umat Islam lain di dunia , bersikap aku hal negara aku mereka hal negara mereka atau itu hal bangsa mereka bukan bangsa aku , lagi parah hingga ada yang berfikir "Argh itu hal orang lain , takde kene mengena dengan diri aku pon.... buat apa nak kisah

Pada akhir-akhir ini banyak timbul isu-isu yang melanda umat Islam khususnya . Isu pembunuhan yang tidak henti-henti di Syria kemudiaan isu umat Islam Rohinga di Myamar dan seterusnya isu pilihanraya Mesir yang akan menjadi impaknya yang sangat besar pada dunia Islam. Soalnya di sini , sejauh mana kita menganggap isu-isu umat Islam ini sebagai isu kita. Sakit mereka kita sama terasa manis tawa mereka kita gembira bersama. 

Akhbar Tempatan menjadi suara Bashar.

Sudahlah dengan situasi semasa negara kita yang menggila , kita pula terus dengan sikap tidak endah dengan apa yang berlaku dan "memenjarakan" pemikiran kita dengan sikap "buat apa sibuk nak jaga tepi kain orang " . Hal ini berbalik kepada point yang ingin dihighlight di sini , sejauh mana kita merasakan kita umat Islam itu bersaudara. 

Lalu , mari kita muhasabah bersama bagaimana kita boleh begitu "cakna" gosip-gosip artis , baik dari filem apa dia berlakon , album apa dia baru rakam dengan siapa dia dok bergaduh sekarang , serba serbi kita tahu . Sebut bola , semua tahu  pemain , pengurus , taktik permainan boleh jawab semuanya . Tapi adakah itu yang akan disoal di kubur kelak ?  atau apa jawapan kita nanti kalau Allah tanyakan apa bantuan kita terhadap saudara-saudara seIslam kita saat mereka disembelih , menangis diseksa. !





Pernah dalam satu usrah , naqib kami ada menyebut berkenaan hadith ini .  Katanya , iman seseorang itu berkadar terus dengan kecintaannya pada saudaranya sendiri . Kalau kita belum lagi kisah berkenaan hal saudara kita , saudara seagama maka kita boleh nilai kondisi iman kita . Ya kalaulah isu umat Islam itu tidak apa untuk kita tidak mahu ambil tahu, maka tidak mengapa . Tapi ini soal iman , mahu tak mahu kita harus perihatin .

Hari ini saya bersorak girang , gembira dalam kesyukuran melihat kemenangan calon Ikhwanul Muslimin Dr Muhammad Mursi dalam pilihanraya presiden Mesir . Tanda kebangkitan umat Islam sudah bermula . Hari ini marilah kita bersama dalam kebangkitan ini , meletakkan diri dalam gerakan Islam bagi memastikan Islam kembali tertegak di muka bumi ini. Amat rugilah jika kita masih  di takuk diri sendiri dengan hanya memikirkan hal diri dan tidak mencampuri hal saudara kita , hal-hal ummah .

Dr Muhammad Morsi , Presiden Mesir yang baru


Islam itu pasti menang kerana Islam itu Allah yang pelihara . Sengaja diberi peluang untuk hamba-hambaNya merebut ganjaran yang dijanjikan bagi mereka yang berjuang untuk Islam . Bagaimana mahu berjuang kalau isu umat Islam pun tidak ambil tahu , cukupkah Islam hanya pada diri sendiri ?
Mari muhasabah bersama .



Credit gambar pada sahabat : http://hijrahanakmuda.blogspot.com/



 









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...