Sunday, 16 August 2015

Kerjaya : Konflik minat



 "Cita-cita kamu hendak jadi apa bila dewasa nanti ?"

Hah, soalan yang biasa ditanya oleh guru-guru ketika berada seawal bangku sekolah rendah lagi.

Doktor
Arkitek
Juruterbang
Saintis
Pemain bola sepak
Ahli perniagaan

Dan panjang lagi list pekerjaan yang saya mahu jadi. Berubah-ubah mengikut pengaruh sekeliling. Sehinggalah berada di persimpangan selepas pasca SPM. Kalini keputusan perlu diputuskan, jalan mana yang mahu dipilih. Terpinga-pinga saya mahu memutuskan jalan mana yang hendak diambil, ditambah keputusan ini merupakan keputusan saya total tanpa ada nasihat daripada ibu, ayah mahupun rakan. Atas perhitungan saya waktu itu, maka beradalah saya di atas landasan saya yang sekarang.

Ke arah menempuh alam pekerjaan yang akan saya ceburi, satu soalan timbul, "Apakah benar pilihan yang saya buat (bidang kerjaya) ?", "Apakah saya benar jujur yang saya akan gembira dengan pilihan sekarang ?". Kerana perhitungannya nampak menakutkan, ia akan memberi kesan terhadap 10,15 atau 20 tahun kedapan di alam kerjaya yang dipilih. Samada akan bahagia dalam alam kerjaya, di mana impian untuk menggunakan alam kerjaya sebagai tempat untuk memberi dan salah satu tempat perolehan pahala atau sebaliknya terseksa stress kerana tidak mampu berkompromi dengan dua soalan yang saya catatkan tadi.

Kata bijak pandai , "Jadikan minat kamu sebagai kerjaya, kamu tidak akan merasa bekerja dan terbeban". Minat.. kata kuncinya minat!

Minat, pada pandangan yang aku paham ada dua kategori :-

1) Minat yang tulen.

Passion yang lahir memang dari hati, contoh mudah, kita buat sesuatu perkara itu dengan hati. Tak sedar masa berlalu, tak kisah apa orang kata, tak kisah dibayar murah (dalam konteks kerjaya), tapi kepuasaan di hati sangat membahagiakan.

2) Minat artificial 

Minat yang terdorong kerana pengaruh sekeliling. Tidak tumbuh di dalam hati secara natural. Ditentukan oleh pemikiran orang lain dan sekeliling. Saat orang lain dan sekeliling beri pujian, memandangnya di tempat yang tinggi maka itu membahagiakannya. Saat sekeliling memandang rendah akan kerjayanya, maka runsing dan celaru hatinya. Selain itu, dapat dikenal pasti juga apabila faktor bukan insaniah yang memberinya bahagia seperti ganjaran wang dan pangkat.

Dalam cabaran pascamoden ini, saya melihat orang tidak lagi kesah atau berlaku jujur atas apa yang ada di dalam hatinya dalam soal pemilihan kerjaya ini. Kerana masa kini, apa yang dipandang penting ialah survival mengikut acuan yang telah dibina oleh sistem. Yang dihadapan ialah harta, pangkat, kemahsyuran dan seumpanya. Mengorbakan kebahagiaan insaniah dan potensi natural.

Saya cemburu benar melihat manusia akan tahu benar akan minatnya, berada di landasan yang betul untuk laluan kerjayanya. Selain, cukup tabik orang yang menempuh arus sistem kepercayaan kerana percaya akan minat yang tumbuh di hatiya. Kualiti beginilah yang ada pada orang semacam Bill gate, Mark Zuckerberg, Albert Einstein, saintis-saintis peneroka dahulu dan tentunya sarjana-sarjana Islam tersohor. Persamaan mereka, pada peringkat awalan "kerjaya" mereka bukanlah didorang dengan wang, kemahsyuran tetapi keyakinan pada minat dan apa yang ada pada diri. Orang yang memilih kerjaya dengan "minat artificial" hanya akan mengenyangkan perutnya, berkonflik dirinya dan kerjaya yang dipilih dan tidak meninggalkan apa-apa legasi.

Dan saya pun terus mencari apa kerjaya yang akan membahagiakan ... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...