Tuesday, 17 February 2015

Almarhum TGNA - Permata Yang Hilang

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ulama` rabbani.

Detik Khamis malam ketika sedang berada di Sumatera Barat (12.2.2015) dikejutkan dengan berita pemergian Almarhum ke Rahmatullah setelah bertarung dengan penyakit barah prostat. Berita ini menyentak hati ini membayangkan perginya ulama kesayangan ramai ini. Belum berkesempatan saya menemui beliau secara personal, hanya melihat beliau secara live sekali atau dua kali pada majlis ijtima PAS di mana beliau ketika itu pun sudah uzur. Selebihnya hanya mengikuti almarhum melalui video-video di youtube atau live streaming. 

Beliau antara figure yang saya hormati dan sanjung lantas memberikan kepercayaan kepada PAS, dan percaya konsep kepimpinan ulama merupakan suatu konsep siyasah yang bukan hanya meraih kejayaan di dunia bahkan membawa redha Ilahi. Beliau dan perjuangan PAS seakan sebati dan seiring, lebih-lebih lagi untuk orang yang lahir tahun 90an yang mana lahir-lahir beliau sedahpun menjadi menteri besar Kelantan. Mungkin boleh dipersoal tentang "pembangunan" Kelantan sepanjang beliau memerintah, tetapi bak kata naqib, jasa terbesar beliau pada landskap politik mahupun pembangunan negara ialah pada pembangunan pemikiran. Membina pemikiran selaras tuntutan syara` dan membawa visi akhirat.
Memetik kata Dr Hafidzi, saat akhir hidup seseorang itu barulah kita dapat mengerti bahawa beliau sesungguhnya seorang ulama rabbani yang disebut sebagai ulama pewaris nabi. Beliau kekal istiqamah, ilmunya setanding amalnya, hanya tertinggalkan solat tahajud hanya 2 kali yang amat dikesalinya. Menjadi contoh pemimpin Islam yang zuhud serta membawa kepada contoh politik Islam yang sedaya mencontohi kepimpinan baginda nabi Muhammmad saw. 

Sentiasa teguh mengatakan yg Haq terhadap sesiapa sahaja tanpa risau akan balasan yang akan dihambur manusia kepadanya. Walaupun tidak pernah muncul di TV, melainkan muncul untuk dipersenda dan difitnah media.. Namun, di penghujung hayatnya diberi pula liputan penuh pengkebumiannya dan dibongkarkan segala kebaikannya sekaligus memadamkan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan. Kebaikannya tidak henti-henti disebut, pemergiannya ditangisini segenap manusia. 

Disingkap pula sisi romantis beliau oleh isterinya. Sabda Nabi, Orang yang paling beriman di antara kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. MasyaAllah rupanya begitu hebat kasih dan cinta beliau pada isterinya. Cerita lain yang membuatkan bertakung air mata saya ialah cerita daripada adik Muhammad yang dahulu pernah mewarnai pertandingan akademi quran dan mari mengaji.






Kehilangan ulama ini adalah suatu bencana, bencana pada diri kita yang jahil lagi berdosa ini. Namun, marilah sedaya kita meneladani akhlak beliau. Akan aku kenang keberuntungan dapat hidup sezaman dengan beliau. Selamat jalan bertemu Allah yang engkau cintai wahai Sang Murabbi setelah mewakafkan seluruh kehidupan untuk Islam.

Monday, 16 February 2015

Anwar Ibrahim dipenjara lagi (cerita DNA)



     Agak terlambat untuk menulis berkenaan hal ini. Tetapi agak rugi untuk tidak menukilkan sesuatu tentang peristiwa Anwar Ibrahim dipenjara lagi buat kali kedua setelah disabitkan bersalah dalam tuduhan melakukan sodomi terhadap bekas pembantunya , Saiful Bukhari. Nama Anwar Ibrahim merupakan nama yang sangat besar dalam politik, dan saya kira dalam jangka masa kedepan samada beliau akan terus disanjung oleh pendokongnya ataupun dihina oleh musuh-musuhnya, satu perkara yang pasti, sejarah tidak akan lupa untuk mencatat nama beliau dalam persada politik negara.

Pelbagai dakwaan yang mengatakan perbicaraan Anwar ini sebagai berat sebelah dan dirancang atas tujuan politik, untuk menghancurkan terus karier politik Anwar. Wallahualam, saya sebagai orang yang jahil perkara berkaitan undang-undang berlepas diri bersetuju terus mahupun membangkang. Saya menunggu tulisan-tulisan yang membincangkan secara mendalam kenapa dan mengapa tuduhan itu boleh dijalankan,  dan tidak berminat terhadap apa-apa sentimen yang lari dari isu asal. Boleh jadi Anwar memang bersalah dan boleh jadi juga beliau sememangnya teraniaya oleh plot terancang yang mahu menjatuhkannya.

Cuma satu sudut kes yang menarik perhatian saya ialah berkenaan DNA  yang didakwa Saiful adalah milik Anwar. Kerana DNA termasuk dalam core subject yang saya pelajari maka ada sedikit idea untuk saya komen dalam perkara ini. Sejak penemuannya oleh Watson dan Crick sekitar tahun 1950an, pembuktian dengan menggunakan DNA telah menyelesaikan banyak kes-kes yang sebelum ini berpandu kepada darah yang kurang spesifik. Sebagai pelajar yang bergelumang dengan makmal biomolekul, beberapa perkara yang saya kira boleh dipersoalkan mengenai "DNA" yang dikatakan ini.

_________________________________________________________________________________

Persoalan tersebut ialah :-

1) Bagaimana selepas dua hari (menurut Saiful), sample semen Anwar masih boleh diekstrak dengan baik ?

2) Sample seperti DNA adalah sangat sensitif dengan sebarang kontaminasi yang akhirnya akan menyukarkan proses analisis. (ye la dekat dubur kot, macam-macam bakteria semua ada dekat situ).

Untuk menjawab dua soalan ini sebenarnya sangat sukar dan hanya pakar dalam bidang ini yang mampu menjawabnya. Kerana kes seperti ini tersangatlah rare.

Maka rupanya beberapa pakar telah pun disoal. Mereka terlibat dalam prosiding kes tersebut. Mereka ditanya tentang persoalan lebih kurang soalan saya di atas. Dan jawapan mereka tentunya bukan jawapan spontan begitu sahaja tetapi dibentang beberapa tulisan jurnal sebagai hujah. *(dah macam viva gayanya). Boleh baca di sini

Dan antara isi jawapan yang dikemukan :-

1)  Australian forensic expert Dr David Lawrence Noel Wells mengatakan adalah “exceedingly rare” untuk mendapat bacaan positif pada sperm cell extraction selepas lebih 20 hingga 36 jam.

2) Namun ada satu sahaja kajian yang menyatakan sel sperma masih boleh diekstrak selepas 60 jam. Bagaimanapun, hanya satu kajian itu yang menyatakan perkara demikian dalam tempoh masa 30 tahun.

3) Australian DNA expert Dr Brian Leslie McDonald juga bersetuju bagaimana sample pada Saiful Bukhari masih lagi utuh kerana dalam tempoh 90 jam sepatutnya sudah didigradasi oleh bakteria. Tetapi menyatakan kemungkinan keberhasilan itu masih ada tetapi sangat rare dan payah. 1 dalam 3000.

4) Kemudiaanya peguam Mohd Yusof Zainal Abiden membalas terdapat pula kajian yang dijalankan oleh UK yang berjaya mengekstrak selepas 72 jam walaupun mangsa menjalankan proses defecation.

Sangat menarik, rupanya perbicaraan di mahkamah sedetail ini hingga dibahaskan hal DNA ini secara saintifik. Soal bersetuju atau tidak, saya setuju dengan pendapat kedua pakar tersebut, ia sangat sangat sangat sangat mustahil !

_________________________________________________________________________________

Apapun, pemenjaraan Anwar Ibrahim kalini tindaklah mendapat respon yang hebat sebagaimana tahun 1998 dahulu. Apakah memang masanya Anwar untuk "bersara" dari lapangan politik ? kerana selepas bebasnya nanti Anwar sudah cukup tua untuk berpencak (dalam lingkungan umur 70an). Tetapi kerana arena politik ini digelar "The Art Of Possibles" , mungkin sahaja Anwar mampu mengulangi apa yang dilakukan oleh Nelson Mandela yang dipenjara sebelum menjadi Presiden pada umurnya lebih kurang 72 tahun. Ramai mengharapkan ada suatu karya momumental yang dihasilkan oleh Anwar dalam tempoh pemenjaraannya sebagaimana Buya Hamka menyiapkan tulisan tafsir Al Azhar dan juga Syed Qutb yang menyelesaikan tafsir Fi Zilal Quran di dalam penjara. Semoga akhirnya kita ditunjukkan akan kebenaran dan kebatilan yang sebenar. 










Sunday, 1 February 2015

(Overview) - Apa itu "Stem Cell" ?



“Kau kat mana tu ?”
Aku join seminar Stem cell ni…
“Oh, baguslah nanti boleh kerja dengan Phytoscience”
Err…..takda kena mengena kot!

*Perbualan dengan kawan yang merupakan seorang arkitek.

_________________________________________________________________________________

Akhir-akhir ini perkataan Stem Cell makin disebut dan diperkatakan oleh orang ramai, “terima kasih” kepada berbagai produk-produk yang menggunakan nama Stem Cell ini sebagai jenama produk mereka. Ternyata jenama Stem Cell ini ada suatu faktor penarik kepada pembeli, yang mana wujud anggapan bahawa produk itu akan mendatangkan manfaat berbanding produk lain kerana produk tersebut mempunyai “Stem Cell”. Namun, apakah sebenarnya Stem Cell ?

 Apakah itu Stem Cell ?


Stem Cell ialah undifferentiated cell (sel yang belum matang yang ada dalam tubuh manusia) yang mempunyai kebolehan untuk berubah menjadi pelbagai jenis sel matang (specialized cell). Sebagai contoh mudahnya, stem cell dalam kondisi tertentu boleh berubah menjadi sel otot, sel darah merah ataupun sel otak (semulajadi di kawal oleh sistem dalam badan). Stem selain itu berfungsi untuk maintain dan repair tisu. Pengetahuan ini kemudiaanya dimanfaatkan dengan cubaan untuk mengekstrak stem cell (human embryonic stem cell)  ini dan dikultur di dalam makmal secara in vitro. Dan hasilnya, pada sekitar tahun 1998, eksperimen itu berjaya ! Penerangan pada gambar di bawah. 

Kejayaan ini memberikan harapan pada dunia perubatan dengan membayangkan keupayaan penemuan teknik stem cell ini boleh menghasilkan organ berfungsi yang hidup secara makmal yang mana boleh mengurangkan kebergantungan kepada penderma organ dan juga mampu merawat kerosakan organ yang menjadi faktor penyakit seperti Parkinson dan diabetes secara lebih mudah. Sejak penemuannya, Stem Cell menjadi sensasi dalam bidang penyelidikan perubatan, namun disebalik banyak kejayaanya turut terpalit beberapa kontroversi.





Kontroversi

Penyelidikan bidang Stem cell ini mendapat perhatian meluas termasuklah oleh Presiden USA pada ketika itu George W. Bush yang menyekat penyelidikan human embryonic stem cell kerana didapati kurang etika kerana embryo kandungan terpaksa dibunuh, (kemudiannya dikemaskini oleh Barrack Obama). Namun, para penyelidik terus mencari sumber alternatif yang kemudiannya  menjumpai stem cell  yang bukan dari embryo iaitu yang  terdapat pada beberapa organ fetal seperti tali pusat, uri placenta dan sum-sum tulang juga adult stem cell pada sel adipose dan sel kulit mesenchymal. Seterusnya pula, seorang saintis dari Jepun Shinya Yamanaka menemui pulak teknik yang boleh menukarkan sel matang kembali kepada stem cell yang mana teknik ini dikenali sebagai, Induced Pluripotent Stem Cells (iPSC). Penemuan ini menobatkan Yamanaka sebagai pemenang Nobel pada tahun 2012. Terdahulu, Evans, saintis yang mengkaji genetik dan embryonic stem cell telah dinobatkan pemenang nobel bagi bidang perubatan untuk tahun 2007.


Penemuan iPSC 


Idea bagaimana iPSC mampu menyembuh 


Obama menandatangani polisi baru Stem Cell





Kemajuan penyelidikan Stem Cell

Perkembangan yang berlaku dalam bidang Stem Cell sangat pentas dan mencakupi bidang yang meluas khususnya Regenerative or Repairative Medicine. Penyelidik-penyelidik di serata dunia sedang berlumba ke arah membolehkan aplikasi Stem Cell yang dapat digunakan dalam mengubati pesakit. Tentunya untuk membolehkan hasil penyelidikan masing-masing diguna pakai dalam mengubati pesakit memerlukan beberapa fasa termasuk beberapa Clinical trial yang memakan masa dan pelaburan yang tinggi. Berikut merupakan beberapa pencapaian penyelidikan Stem Cell di serata dunia :-

1. Kajian Mengubati Penyakit buta melalui Stem Cell oleh -Euro Stem Cell


Gambar idea transplantation


Merupakan satu-satunya Terapi menggunakan Stem Cell yang terbukti berjaya dalam Trial Klinikal untuk rawatan mata. Dan penyelidikan menggunakan pesakit yang lebih besar jumlahnya sedang dijalankan. 

2. Kajian Kesan Stem Cell pada regeneration Cardiac Muscle - Emory University US.




Kajian dilakukan setelah dapat awal pada Clinical Trial mendapati kesan positif pada menyembuh myocardial dysfunction dengan menggunakan  Adult Stem Cell. 


3. Kajian Transplan Stem Cell terhadap Multiple Schlorosis - Northwestern University, US




Kajian ini berjaya membuktikan terdapat kesan positif pada myelin sheath yang rosak selepas transplan oleh Stem Sel.


4. Hidung dan Telinga daripada Stem Cell - North London Hospital





5. Liver daripada Stem CellMassachusetts General Hospital, Boston



6. Produk Sel Kulit melalui teknologi kejuruteraan tisu dan Stem cell - MyDerm, TEC UKM.


Produk Universiti tempatan, UKM yang dikenali sebagai MyDerm, bilayer 3D autograft skin subtitute yang dihasilkan melalui teknologi kejuruteraan tisu dan juga Stem Cell. Berupaya menggantikan teknik konvensional grafting yang meninggalkan parut dan kelihatan tidak elok pada tempat yang ditampal, berbeza dengan MyDerm yang tidak meninggalkan parut.


Dan sebenarnya terlalu banyak lagi kemajuan dalam bidang Stem Cell, gambar di atas sekadar beberapa contoh. Setiap minggu atau bulan ada sahaja penemuan baharu dalam bidang Stem Cell ini. Kemajuan ini memberikan sinar harapan yang cerah terhadap rawatan di masa depan.


Sekilas Pemprosesan Stem Cell

Pemprosesan Stem Cell adalah rumit dan perlu dijalankan di dalam makmal yang Sterile, kerana Stem Cell ialah sel yang hidup dan sangat sensitif kepada sebarang contamination akan menyebabkan Stem Cell ini boleh dijangkiti bakteria dan seterusnya tidak dapat membesar dan mati. 

1) Stem Cell diambil daripada penderma daripada bahagian-bahagian yang mempunyai Stem Cell seperti yang dinyatakan di atas tadi. 

Stem Cell dari Bone marrow dan Adipose tissue diambil dari pesakit


2) Kemudiannya, Stem cell ini akan di kultur di dalam makmal. Antara element penting dalam pengkulturan ini ialah nutrient cecair medium yang akan berfungsi untuk memberi "makanan" kepada stem cell serta menyediakan suasana yang khusus untuk Stem Cell berubah kepada satu-satu cell matang. Sebagai contoh, cecair nutrient untuk sel matang Endothelial berlainan dengan nutrient sel matang Cardiomyocyte.    

Cecair Nutrient Medium sedang diletakkan.

3) Seterusnya Stem Cell ini akan dieram pada suhu dan persekitaran yang tertentu untuk menggalakkan pertumbuhan. Selang beberapa hari StemCell ini akan diberikan kembali Nutrient Medium untuk terus hidup secara optimum.  





4) Untuk penyimpanan jangka masa panjang, Stem Cell ini akan disimpan di dalam peti Nitrogen sejuk beku.

 


"Stem Cell" Di Pasaran ?


Penjelasan di atas mungkin ada yang pertama kali membacanya dan mendapati ianya berbeza dengan apa yang difahami tentang Stem Cell sebelum ini. Munculnya pelbagai produk "kesihatan" yang menggunakan jenama Stem Cell, yang tidak jelas asas saintifiknya.

1) Double Stemcell



  

Merupakan produk yang membawa jenama stem cell yang paling dikenali melalui penjualannya secara MLM. Produk ini berasal dari sebuah syarikat di Switzerland yang bernama Mibelle biochemistry. Double stemcell ini mendakwa mereka menemukan PhytoCellTec Malus Domestica, ekstrak stem cell sejenis pokok epal yang bernama   Uttwiler Spätlauber. Melalui eksperimen yang dijalankan mereka mendapati ekstrak stem cell pokok epal ini mampu melindungi stem cell pada badan manusia seterusnya mengekalkan kebolehan fungsi stem cell untuk rejuvenasi sel dalam badan manusia yang mampu memberikan kesan anti-aging. Dan dakwaan mereka itu bukan hanya dakwaan semata, turut mereka kemukakan adalah Original Article paper (tulisan saintifik) terhadap penemuan mereka itu. Berikut merupakan tulisan saintifik yang dimaksudkan :-






Tulisan saintifik ini anda boleh baca sendiri di sini. Fakta yang dikemukakan sangat saintifik dan logik. Tetapi ada beberapa kecurigaan tentang tulisan ini.

1) Artikel ini diterbitkan sendiri oleh syarikat Mibelle Biochemistry sendiri. Research Article selalunya diterbitkan oleh jurnal berdaftar yang mempunyai beberapa orang panel bebas yang akan memberi review dan  komen dan sekiranya layak baru hanya diterbitkan. Jika penerbitan seumpama ini, yang mana mereka yang membuat penyelidikan dan syarikat mereka juga yang menerbitkan tentunya akan berlaku bias, kerana kesahihan fakta tidak dapat disahkan oleh pakar penyelidik lain yang berkecuali.


2) Pada saya jika penemuan ini benar, saya kira ianya sangat hebat! maka tentunya ia mendapat respon yang reaktif daripada penyelidik-penyelidik lain di serata dunia. Kerana penemuan yang hebat selalunya akan disusuli oleh penyelidikan yang lain untuk samada penambahbaikan ataupun pengulangan. Namun, walaupun artikel ini ditulis pada tahun 2008, hingga kini artikel ini hanya mendapat satu citation. Citation ialah bilamana penyelidik lain merujuk artikel penyelidikan yang dijalankan. Research yang bagus akan menerima banyak citation.

Hanya satu citation untuk penemuan hebat ?
  

2) Kopi Stem Cell Qu Puteh






Qu Puteh juga mengeluarkan sejenis kopi stem cell yang mana mendakwa mempunyai Stem Cell Argan. Rupanya, seperti juga phytoscience di atas, idea Stem Cell dari Argan ini diambil dari cetusan mibelle biochemistry melalui produk mereka PhytoCellTec™ Argan. Kalini tiada Research paper yang ditulis oleh syarikat mibelle mengenai Stem Cell Argan ini. Hal ini meninggalkan lompong besar dari segi asas saintifiknya. Lebih meragukan lagi apabila Qu Puteh mendakwa Stem Cell Argan ini ada di dalam kopi mereka. Saya cuba untuk mencari apa-apa rujukan mengenai kopi mereka tetapi tak jumpa. Hanya soalan-soalan lazim mengenai produk mereka sahaja yang mereka paparkan web mereka.

Apa yang saya persoalkan di sini ialah pada asas saintifik produk ini. Jika hendak dipersoalkan dari aspek teknikal tentunya produk ini sangat tidak logik.  

Perdebatan tentang produk-produk Stem Cell ini sedang rancak dibualkan di facebook Pseudoscience watch.

Kesimpulan

Kemajuan Stem Cell di dalam bidang penyelidikan memberikan potensi yang sangat besar dalam dunia perubatan. Stem Cell mungkin jawapan kepada pelbagai penyakit yang masih lagi tidak dapat diubati (penyakit genetik, alzheimer, cancer) dan mungkin suatu hari nanti, kekurangan penderma organ untuk organ pesakit yang rosak bukan lagi satu kebimbangan. Namun kebimbangan tentang penyalahgunaan terma Stem Cell mungkin akan membina false perception dalam diri masyarakat, dan tak mustahil boleh menyebabkan penentangan daripada masyarakat seperti mana gerakan yang sedang popular iaitu gerakan Anti Vaksin. 




Sumber : 

1) http://stemcells.nih.gov/info/basics/pages/basics2.aspx
2) http://stemcells.nih.gov/info/basics/pages/basics1.aspx
3) http://www.newscientist.com/article/dn9982-introduction-stem-cells.html#.VM84IGiUfCd
4) http://www.newscientist.com/article/dn24970-stem-cell-timeline-the-history-of-a-medical-sensation.html#.VM84J2iUfCd
5) gambar-gambar google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...