Tuesday, 31 July 2012

Apa yang berbeza ?





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ,

Rasanya terlambat sedikit hendak post entry berkenaan Ramadhan maklumlah sedang "busy" dengan short sem . Alhamdulillah kalini merupakan kali ketiga saya berpeluang menjalani ibadah puasa di bumi UKM . Melainkan nikmat berbuka dengan keluarga , rasanya banyak nikmat berpuasa di sini yang serba lebih , terutamanya part berbuka.Kebanyakan masjid di sini menyediakan juadah berbuka , siap boleh gilir-gilir masjid mana nak . yang penting FREE  =) 


Puasa dulu dan Kini .
Berkenaan puasa , teringat masa kecil dulu , sewaktu mula-mula belajar puasa . Ingat tak  bagaimana ibubapa kita dahulu mengajar kita dalam ibadah puasa ini . Mula-mula mereka latih kita dengan puasa setengah hari , agak-agak dah tahan siket , dipujuknya pula kita untuk puasa sepanjang hari . Dan tentunya ganjaran yang ditawarkan ketika itu berupa wang ringgit yang akan diperoleh di akhir ramadhan . Maka pahamlah kita waktu itu , " kalau aku puasa aku akan dapat duit , nak puasalah macam ni... " . 


Naik sekolah rendah , kita dulu pun belajar pasal malaikat , syurga , neraka , rukun iman , rukun Islam . Maka waktu itu fahamlah kita "Owh kena puasa , kalau tak masuk neraka , takut..."  . 
Dan meningkat alam sekolah menengah kita belajar lagi detail pasal syarat wajib , syarat sah , perkara membatalkan , perkara makruh puasa dan perkara sunat . Kita pun dapat paham tuntutan puasa dengan pengertian yang lebih baik .


Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah seiring dengan umur kita yang meningkat , sepatutnya ilmu kita juga patut meningkat , tak bolehlah tiap tahun datangnya puasa , ilmu masa sekolah rendah tu jugak diguna , padahal umur dah makin dewasa .Dengan ilmu ,cara kita memandang sesuatu perkara itu akan semakin berbeza dan tentunya pelaksaan ibadah kita sepatutnya akan menjadi semakin baik. Pentingnya kita sentiasa menambah ilmu sebagai suntikan dalam meningkatkan rasa Ubudiyyah pada Ilahi . Baru lazat beribadah ...


Takut-takut ramadhan kalini sekadar datang dan pergi . "ouh dah masuk bulan puasa , hmm puasalah .." ,  "eh raya pulak ... ok raye " .


Takwa Sebagai Matlamat .
Sekarang dah masuk pusingan kedua bulan puasa , berkata seorang ustaz dalam tazkirahnya pusingan satu ni rahmat , Allah memberikan rahmatnya kepada semua orang sebab tu pusingan pertama ni penuh surau, masjid. Pusingan kedua ialah maghfirah iaitu keampunan . Mula dah berkurang saf-saf di surau dan masjid kerana Allah memilih-milih hambaNya untuk keampunanNya . Akhirnya saat grand finale di pusingan akhir ramadhan , semakin sedikit lagi yang terpilih walhal disitulah terletaknya ganjaran yang paling ditunggu-tunggu iaitu Lailatul qadr .

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum daripada kamu agar kamu bertaqwa”
 surah al-Baqarah 183-184

Dan tentunya matlamat paling besar dan penting dari puasa Ramadhan ialah taqwa. disebut oleh Saidina Ali karramAllahu wajhah: 


Taqwa itu ‘al-khauf min al-Jalil wal-amal bittanzil wal-Isti’dad li yaumirrahil warridha bilqalil‘  Maksudnya: Takut kepada Tuhan Maha Perkasa, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepada Allah (mati) dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh Allah.


Dengan meletakkan takwa sebagai matlamat , moga perspektif kita pada ramadhan kalini berbeza dan menambah semangat untuk memanfaatkan kedatangannya . 


"Allahhumma Baariklana fi Ramadhan .. "







Friday, 20 July 2012

Memoir Of UKM : Orientasi

Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan Hasrat Rakyat Kita
Dari Mula Untuk Semua 
Bagai Tanda Perjuangan Kita....

Bagai masih terngiang-ngiang kali pertama berkumandangnya lagu "Varsiti Kita" ini . Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) menjadi saksi ribuan pelajar baru sarjana muda dari seluruh pelosok negeri  segak berdiri , penuh bangga menyanyikan lagu keramat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), salah satu universiti terbaik di Malaysia dan kalangan terbaik di Asia.


Ikhsan Gambar Google

_________________________________________________________________________________

Orientasi Titik Mula


5 Julai 2010 , tarikh ini saya melangkah masuk ke UKM walaupun dengan perasaan bercampur baur dan penuh serabut, (untuk tahu lebih lanjut ada di kupas di entry ini) . Destinasi yang pertama dituju tentulah kolej kediaman iaitu Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) , kedudukan KIY akan berada di atas kaki bukit membuatkan misi pencariaannya sangat sulit , sampai tawaf jugaklah satu UKM tu . Waktu itu timbullah satu perasaan takjub  "Besar jugak UKM ni .."  .


Kalau anda semua masih ingat 2010 ni sedang berlangsungnya world cup 2010 Afrika Selatan , dan yang sadisnya waktu kemasukan UKM ni tengah semi-final . Saya merupakan antara ribuan "penggila" bola , setiap match tak tinggal dari peringkat grouping, tiba-tiba  kene masuk Uni . Kecewa itu satu hal , tapi tak mengapa la kan , kita tinggalkan sesuatu untuk perkara yang lebih penting . Masuk Uni bermakna kita sudah berada di peringkat kehidupan yang agak tinggi , seharusnya perlu matang dalam tindakan . World cup je pon ... *nak sedapkan hati...

Waktu saya orientasi berlangsung selama 5 hari dan memang "pack" sangat dari segi masa , selalunya tido sampai pukol 2 pagi dan kena bangun seawal 5 pagi . Yang menariknya , saya ditempatkan di bilik "single room" (bilik seorang) , ditambah pula dengan kebiasaan rutin tidur waktu world cup yang berjaga sepanjang malam dan hanya tidur selepas subuh , memang menjadi masalah . Dalam 2,3 hari jugak saya bangun lewat dan pergi lambat ke vanue aktiviti . Tapi yang kelakarnya , bukan saya seorang lambat , rupanya ramai jugak  yang lambat menyesuaikan diri , nasib baik PC (Pemudah Cara) sporting . Banyak program-program orientasi melibatkan penerangan tentang struktur pengurusan Universiti yang disampaikan oleh daripada pentadbiran-pentadbiran Universiti. Di selang seli dengan aktiviti kolej bersama PC. Aktiviti kolej ini berbeza mengikut kolej. Kalau bernasib baik, dapatlah tidur awal, kalau tidak .....


Pertembungan Biru Dan Unggu


"Kepada pelajar Fakulti Sains & Teknologi (FST)
 Sila pulangkan balik risalah dan pamplet
 yang anda peroleh dari Fasi fakulti tadi. 
 Lepasni jangan ambil dah risalah yang tiada cop kelulusan! "

Hmm.. pelik jugak kenapa risalah ni kena ambil balik ? , owh mungkinlah betol sebab takde cop kelulusan . Tak tahu apa-apa pasal Universiti ni kan , ikut je lah.   

"Adik-adik pernah dengar pasal ProM , ProAspirasi ? Dalam U dikuasai 2 golongan ini . bla....
golongan yang sebelah ini ekstrimis ,mereka memang nampak macam alim , berkopiah , pakai tudung labuh tapi bla bla ....... "

Kemudian ditunjukkan video rusuhan universiti . Banyak soalan yang tertanya-tanya dalam kepala saya , yeke budak-budak berkopiah tudung labuh ni ganas ?? takkan lah ..


"Kalau nak tahu fasi-fasi semua ni ialah ahli Aspirasi , Aspirasi ikut segala apa yang dibawa Universiti "

hmm... , itu yang dia nak cakap tu . Macam aku tak tahu pasal ProM , Pro Aspirasi ni , gumam aku sendiri  Awal kemasukan ke U ini , masing-masing dari macam-macam persatuan akan berebut meluaskan pengaruh kepada pelajar-pelajar baru ni . Bermacam-macam cara digunakan untuk memenangi hati pelajar-pelajar baru ni  tapi sebagai seorang yang matang , nilailah sesuatu perkara dengan bijak sebelum membuat keputusan .

Terdapat juga promosi-promosi dari badan beruniform seperti PALAPES, SUKSIS dan lain-lain. Nasihat saya kaji dulu, dapatkan maklumat-maklumat yang terperinci sebelum menyertai apa-apa badan atau pertubuhan.

Perang DECTAR


Sepanjang malam waktu orientasi kami kurang tidur , kebanyakkannya ialah kerana sibuk menghafal "cheers" . Rupanya tiap kolej juga begitu , masing-masing punya cheers trademark tersendiri . Mulanya saya kurang pasti , kenapalah semangat sangat belajar cheers ni sampai larut malam. Rupanya cheers ini merupakan senjata untuk satu peperangan yang dinamakan Perang Dectar .

Perang Dectar ini umpama kemuncak minggu orientasi , sejurus selepas tamat malam bakat pelajar baru , perang akan mula tercetus . Peluru dan bomnya ialah cheers . Setiap kolej kediaman akan masing-masing mempertaruhkan cheers dan sedikit sebanyak berunsur provokasi terhadap kolej kediaman yang lain . Kolej kediaman yang kurang cheers dan yang tidak dapat sokongan akan pulang meninggalkan Dectar . Bermakna kolej kediaman yang terakhir keluar , dialah pemenang !

Maka suasana Dectar menjadi riuh rendah dengan pecikan dan sorakan . Pertarungan ini lanjut sehingga semua air cond dan lampu Dectar waktu itu ditutup gelap . Daripada mula dalam lingkungan pukol 11 malam hinggalah melepasi 2 pagi barulah perang ini tamat , itupun kerana ada yang hampir pengsan kerana sesak nafas . Dan pemenangnya termasuklah KIY , dan hadiahnya ialah tekak sakit dan suara hilang . Kemasukan tahun depannya Perang Dectar diharamkan . 


Kemuncak

Orientasi ini berakhir dengan lafaz ikrar oleh wakil pelajar baru di hadapan Naib Canselor UKM , Prof Tan Sri Dato' Dr Sharifah Hapsah dan seluruh pensyarah-pensyarah di Dectar . Maka secara rasmilah perjalanan kami sebagai mahasiswa Universiti kebangsaaan Malaysia bermula.

Berada di salah satu Universiti Penyelidikan negara yang punya kedudukan membanggakan pada ranking universiti dunia merupakan suatu anugerah yang perlu dimanfaatkan. "Paduan Ilmu dan keimanan" salah satu falsafah yang dibawa UKM, lapangan ilmu akademik serta ilmu-ilmu kehidupan yterbuka luas bagi yang ingin mencari, sedang landasan kearah kegagalan juga mengintai-ngintai  mangsa yang mahu menyerahkan dirinya pada kegelapan masa depan.

Teringat saya kata Steven Covey dalam bukunya 7 habits of highly effective people, "BEGIN WITH THE END IN MIND" . Kita yang menentukan apa kita mahu jadi pada akhirnya. Kalau kejayaan yang diimpikan, maka UKM adalah platform untuk membangun diri seiring dengan cogan katanya, "Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan".             











Monday, 2 July 2012

Part time job




"Bro jom join bende ni , bole untung banyak , ramai dah berjaya dengan buat bende ni , income diorang beribu-ribu , umur muda lagi pulak tu.. baya2 kita je"




Alhamdulillah , tamat sudah pengajian tahun 2 di UKM . Tinggal berbaki satu tahun , sekiranya tiada aral melintang saya akan grad dengan jayanya. Tetapi kalau lihat senior-senior sebelum ini yang repeat , samada sangkut pada tesis atau tak habis subjek atau sebab lain , nak grad dengan pointer yang lagi gempak . Tapi harapnya saya nak grad cepat untuk masa sekarang , kerana banyak lagi nak dikejar .


Jadi , sibuklah kalangan kawan-kawan ni mula mencatur masa depan. Kalau perempuan mungkin masa ni la struggle nak memenuhi ciri-ciri perempuan melayu terakhir contoh ada yang ambik kelas menjahit , masak memang confirmlah , sapa-sapa yang tak reti masak sekarang ni mesti tengah gelabah takut takde yang berkenan . Senario sekarang  lelaki memang cari yang pandai masak , bukan apa .. air tangan seorang ibu itu kan berkat , sampai berkat itu kena juga pada si suami sebab tu ramai yang buncit  lepas kahwin.


Lelaki lain pula , masa ni lah ramai pulak yang buat kerja part time . Ye la , masing-masing sedar nak jaga anak dara orang sekarang bukan murah . Dengan demand sekarang , kalau standard yang diletakkan parents kepada anak lelaki biasanya mesti ada kereta sendiri , rumah dan kerja tetap . Jadi mungkin yang sudah berkira-kira kahwin dalam masa terdekat mereka giat mencari sumber-sumber rezeki untuk menuju kearah ini. Dan pada suatu hari , datanglah seorang rakan mempromosikan "kerja" part time dia kepada saya. Perkara pertama yang terlintas masatu " argh aku bukan nak kawen awal ...." .


Lalu tanpa mengalah , rakan saya ini terus melobi dengan berbagai-bagai testimonial kejayaan mereka yang menyertai perniagaan ini hingga akhirnya saya pergi sendiri di satu event yang diadakan oleh syarikat ini . masatu baru habis exam, pergi je lah . Malam tu , ada la beberapa slot tentang kejayaan ahli mereka . Fokus di sini ialah nilaian pendapatan yang berjaya mereka jana . Dari "serendah" RM 1000++ sebulan hinggalah RM 60000 sebulan . Sapa tak impress kan , umur pun dalam lingkungan 19-24 tahun . Timbul satu ego , "kalau budak ni boleh takkan aku tak boleh kot..." . 



Memanglah duit itu sangat penting untuk kehidupan , macam orang putih kata " Money is not everything , but everything need money " . Nafikanlah macam mana pun , yang pasti kalau takde duit masa sekarang ni susah jugak nak hidup . Perkara ini serba sedikit mempengaruhi fikiran saya , mungkin saya senang dengan biasiswa itu , mungkin juga saya belum merancang untuk kahwin awal seperti mereka mereka tapi bagaimana pula dengan masa depan ? Tapi tak salah bukan kalau kita menabung untuk persiapan masa depan yang belum menjanjikan apa-apa itu ?


Satu hal , berkenaan part time job ni , sekarang masih lagi dalam belajar kan , mesti akan ada kacau punyalah dekat komitmen study . kalau bukan kacau dekat study , mesti kacau hubungan dengan rakan-rakan . Ye lah, hujung minggu mesti nak tumpu kerja-kerja ni .


Teringat pesanan Dr Maza  , Kita selalu pinta harta , kerana kita sangka dengan harta kita akan bahagia . Allah kabulkan doa kita dengan memberi bahagia mungkin bukan dalam bentuk harta , contoh harta sedikit tetapi hidup penuh dengan barakah . Namun ,kita tetap menunggu doa kita dikabulkan untuk mendapat harta  walaupun sebenarnya Allah sudah pun mengabulkan doa kita dengan memberikan bahagia . Bersabar terhadap suatu kesusahan itu mudah ,kerana tiada apa lagi pilihan yang tinggal selain bersabar . Namun untuk bersyukur atas suatu kelebihan itu lebih payah.


Soal rezeki , bukanlah suatu yang perlu dirisaukan , semuanya sudah tertulis , tinggal lagi untuk usaha mendapatkannya . Cuma perlu waspada, kalaulah dengan berharta itu baik untuk diri maka mohon dekatkanlah , kalaulah harta itu menjauhkan rasa kehambaan dan cinta pada Ilahi , maka lebih baik dijauhkan .


Jadi kepada kawan saya tu , nanti-nantilah saya fikirkan... =)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...