Wednesday, 31 August 2011

Raye Raye Raye

 Aidilfitri kembali lagi...~~~
Taqabballahu minna wa mingkum
meninggalkan  seribu satu "keasyikan" barakah madrasah ramadhan.
Mudah-mudahan masih ad lg ramadhan seterusnya untuk kita.
 Mudah-mudahan "Graduan" Universiti Ramadhan  mendapat pengampunan Allah S.W.T di sepanjang "pengajian" Ramadhan dan diterima pula segala amalan.
Semoga ia menjadi bekal yang ampuh untuk menghadapi 11 bulan seterusnya.



X sempat nk edit ap2x.


Hadirnya Syawal selain memberi ruang untuk sekalian Muslimin dan Muslimat bergembira ia juga menjadi peluang terbaik untuk kita menyelesaikan urusan sesama manusia dengan bermaaf-maafaan kerana dosa dengan manusia hanya terampun melalui manusia sendiri. 
Klu dh meninggal, kenelah pula diselesaikan dgn warisnya.

Ramadhan = bersihkan diri drpd dosa dgn Allah
Syawal = bersihkan diri drpd dosa dgn  manusia
Jd smoga akhirnya kita suci bersih dr dosa. 


Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang
asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih
daripada dosa dan noda.

Jadi dikesempatan ini jg saya ingin memohon ampunan sgt-sgt kepada semua rakan-rakan khususnya yang pernah terguris hati dengan diri yang lemah ini. 

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya



* Teringat Raya masa bdk-bdk, "gembira" dy lain sgt........
Skrg, dh tua-tua ni xdpt lg "rasa"  seperti tu
Adakah sbb mse dlu-dlu msih "suci" dan skrg tidak? huhu
dan adakah benar matang= membosangkang?
fikir-fikirkn *.*


Wednesday, 24 August 2011

Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata


” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami,penyejuk matakami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.
Penulis dilahirkan pada 21 Jun. Menulis tentang pelbagai isu kemasyarakatan dalam konteks dakwah masakini. Mula menulis di Myilham.com pada 14 Jun 2011. Semoga tulisan dan artikel di sini mampu menyumbang sebagai saham akhirat kelak. InsyaAllah.

Sunday, 21 August 2011

Lailatulqadar : Ketidakpastian Yang Disengajakan






Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadan, namun setalah bulan itu habis dan dia tidak mendapat ampunan, maka jika mati dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan Amin! Aku pun mengatakan : Amin ! " (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)

Menanti sebuah malam.  Menanti atau mencari dan memburunya ? Lailatulqadar ialah malam yg pasti datang. jika menantinya itu hanya sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.

Entahlah pada malam 21 atau malam 23 atau malam-malam ganjil yang lain lailatulqadar dianugerahkan.
Sembilan Ramadan yang ditempuh Rasulullah S.A.W sepanjang hayat baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang lailatulqadar hanya tersimpul sbg suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadan itu.


"Mengapa tidak ditetapkan sahaja satu malam yang khusus bahawa itulah malam lailatulqadar?" 

Soalnya, bagaiman kalau ketidakpastian itu suatu kesengajaan ? Ia bukan kejahilan, bahkan ada rahsia besar di sebalik semuanya.?


Lebih mudah untuk kita analogikan, seorang yang makan gaji dengan seorang yang berniaga sendiri. orang yang makan gaji,pendapatannya tetap setiap hujung bulan. sama ada dirinya produktif atau tidak, hasilnya sama.Malah ramai yang mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan tidur dan pulang awal kerana hasil pendapatannya tetap sama.

Sesuatu yang tetap dan pasti, rupa-rupanya boleh menjejaskan kesungguhan dan produktiviti,seiring dengan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan.

Berbeza pula dengan berniaga sendiri. Penghasilannya bergantung pada kesungguhan,kerajinan dan produktiviti masing-masing. Kuat kerja byk hasilnya. Sedikit usaha terjejaslah pendapatannya.

Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan. Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan. itu sifirnya. Demikianlah hikmah sebuah ketidakpastian.

Islam memberitahu bahawa tingkatkan usaha mengejar lailatulqadar yg tidak pasti itu pada malam-malam yg tidak ditentukan, manusia yang ada azam untuk berjaya akan melipatgandakan usaha untuk berhasil menemuinya. Lailatulqadar.

Kesungguhan itulah pelengkap proses TAKWA.

Kesungguhan yg diperlukan utk sebuah kehidupan yg pasti ada jangka masa, tetapi persoaln bila itu dibiarkan sbg sebuah ketidakpastian. mati itu tentu, masanya tidak pasti. Antara ketentuan dan ketidakpastian ajal, seorang Mukmin memajukan sebuah kehidupan.

Nabi S.A.W jg memberi peringatan kpd kita agar mengerjakan solat dengan "SOLAT PERPISAHAN". Bayangkan setiap solat yg didirikan sbg solat terakhir, demikian jg ramadan apakah masih ada ramadan seterusnya untuk kita, kerana mati itu tidak pasti bila.


Ketidakpastian yg mendesak mendorong kepada kesungguhan dan perubahan. suatu hikmah disebalik satu ketetapan . =)






Credit to Transformasi Ramadan
Ustaz hasrizal~

Saturday, 20 August 2011

Ramadan Dan Makan Free~

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka dia akan beroleh pahala seperti mana pahala orang yang berpuasa itu tanpa pahala orang itu dikurangi sedikit pun," (riwayat Ahmad, an-Nasai, Termizi, Ibn Majah dan Darimi dan disahihkan oleh al-Albani)

 Mengharap untuk berpuasa FULL di rumah setelah sekian lama tidak mendapat peluang kenikmatan tersebut, namun akhirnya tidak kesampaian juga dek kerana  PESTA KONVO 39  namun saya berpuasa di UKM bersama rakan-rakan di UKM bukanlah sesuatu yg menyedihkan.

Untuk pertama kalinya aku berjaya mengurangkan pergantungan kepada "bazar ramadan" yang selalunya menjadi duri dalam daging terhadap duit poket ku khusus di bulan ramadan.

Bulan2x puasa ni ad saja masjid2x yg menyediakan hidangan berbuka utk orang ramai khususnya masjid2x area bangi ni. Area Bangi ni mmg terkenal dgn org kaya ttpi pemurah pula.
Makan sedap2x , klu btol timing, bole dpt kambing panggang kot .=P

Disebabkan U tgh cuti 4 bulan, maka hnya kami bdk2x PESTA yg ad . so ap2x event jemputan mmg cari kami lah. So far dpt 3 event jemputan buka pose.
Perkim UKM
  1. Buka pose PERKIM ngn TUN M
  2. Buka Pose dgn PM, Najib Razak    * x join. TERASA RUGI. bole tgk cincin. =P
  3. dgn Ketua Menteri Sabah.               * Dpt duet raya . hehe

dari dekat mmg nmpk beliau mmg sudh tua. tp otak x tua =)

Yang menarik di majlis2x berbuka pose yg dhadiri tersebut, sebaik lps azan, kami hanya mkn kurma dan kuih sket pastu solat maghrib jemaah dan lps tu hnya mknn berat dihidangkn.
abeh mkn, solat isya` berjemaah dan solat terawih. Tun M pon join taraweh. Bgusla kn ?
Nk bwat perkara baik, pastikn btol2x baek.

Yang x best, hadirin yg dtg.. mcm nk g dinner plak. *bukan majlis PERKIM ye.
x tutup aurat. seksi2x adoi...x phm2x.....!



Apepon perbanyakkanlah sedekah di bulan ramadan ini ye dan berjimat cermat =)









Sunday, 7 August 2011

Transformasikan Ramadhanmu!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
lama x update blog, kerana kegagalan mencuri masa. "=.=

Alhamdulillah  ramadhan kali ini masih lagi menjadi milik kita, banyak banyak kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana DIAlah yang memberi izin untuk kita sekali lagi sampai di bulan yang mulia ini. Kalau kita hitung kembali , siapalah kita untuk Allah jemput sebagai "tetamu"Nya di bulan yang menjanjikan pelbagai hikmah untuk direbut.




Ramadhan Bukan Masa Bermalas-malasan.

Tahukah kalian, suatu ketika ketibaan ramadan sinonim dengan kegemilangan umat. Ramadan mencatat kemenangan di medan Badar dan pembebasan Kota Makkah. Ramadan juga mengiringi ketibaan Islam di bumi Andalus. Ramadan mewarnai kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan al-Masjid al_Aqsa daripada cengkaman Tentera Salib. Malah ramadan juga menyaksikan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghul di medan 'Ain Jalut.
Nah, demikianlah ramadan dan kejayaan silamnya. Apa masih Muslim kini dan ramadan punya hubungan gilang gemilang itu? Masihkah ramadhan itu suatu latihan dan proses Rabbani, atau hanya adat semata ? Ukur pada situasi hari ini, umat Islam boleh merenung betapa kita jauh ketinggalan berbanding apa yang pernah dikecapi umat Islam dahulu. 


Ramadan Mengejar Takwa.

"Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaiman ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertakwa" (Al-Baqarah 2:183) 
Sayangnya Allah kepada kita, diberikan-Nya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai TAKWA. Bekalan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Apakah yang diajar oleh puasa, agar meningkatkan nilai takwa?
Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran.
Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan.
Ketika kita ada segalanya untuk dimakan, kita memilih untuk tidak makan kerana mentaati Allah. Itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata tidak kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingakatkan daya kawalan diri!
Itulah TAKWA, kawalan kehendak-kehendak sendiri untuk selamatkan diri dari terjerumus kepada hasutan nafsu mahupun bisikan syaitan kerana TAKUT kepada perintah Allah.


Tawaran Hebat. Apa Tunggu Lagi.

"Buy one free one" ? promosi untuk menambat hati si pembeli menjelang raya ini. Tapi pernahkah anda jumpa tawaran sehebat buy "one free 70"? beli satu ipad percuma 70???? lebih hebat lagi ada satu hari istimewa anda bole mendapat sehingga 1000 !! di mana segala macam road block sudah dikenakan terhadap "pesaing" lain untuk memberi kemudahan kepada anda untuk sampai ke pasar raya tersebut. 
Tiba-tiba anda hanya buat tak tahu,melangut terus-terusan melayan FB, menonton rancangan hiburan , membutakan mata dan memekakkan telinga daripada mendengar dan melihat kegahirahan orang lain berjalan, berlari mungkin sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan.
Maknanya anda memang tidak ada hati dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung !!
Bukankah Allah sudah menjanjikan dengan berbagai hikmah dan pahala yang berlipat-lipat kali ganda di bulan mulia ini, dipermudahkan pula dengan tertambatnya syaitan. 
Tiba-tiba buat tidak tahu sahaja. Tidak teringin menambah amal , tidak tergerak meninggalkan dosa. Dosa, pahala, syurga, neraka, memang tidak menarik langsung perhatiannya.
Maknanya orang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tidak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tidak peduli dan langsung tidak mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kene-mengena dengan Allah.


  "Jibril datang kepadaku dan berkata, "Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadan, namun setelah bulan itu habis dan tidak mendapat ampunan, maka jika mati masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan : Amin ! Aku pun mengatakan: Amin!" (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)


Ingatlah peluang bertemu "pesta ibadah" ini tiada siapa yang mampu menjamin untuk kita bertemu di tahun-tahun berikutnya. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tidak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, masih ada hari yang berbaki yang tentunya tidak pula akan menunggu kita.
Apakah ada masa berlengah?















Credit to buku Transformasi Ramadan-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...