Salam Syawal,
Menjelang
Ramadhan tempoh hari, saat aku membelek post-post lama, aku mendapati banyak
juga post yang aku tulis berkenaan Ramadhan. Ramadhan menjadi masa yang
produktif untuk aku menulis tanpa aku sedar. Jadi, untuk tahun ini aku mahu
merakamkan dapatan yang aku lalui dalam tempoh Ramadhan,untuk rekod rujukan
Shazwan akan datang dalam mendapatkan feeling tarbiah
Ramadhan.
Ramadhan : Penghayatan Sebuah kefarduan
Aku tak pasti
dengan Ramadhan yang orang lain lalui, tapi perjalanan Ramadhan aku setiap
tahun ada kelainan. Perasaan rohani yang dirasai menjadikan ia sangat unik,
unik dalam maksud tenteram berlapar dan dahaga, indah dalam letih dan manis
dalam penghayatan bacaan Quran dan mendengarkan bacaan imam teraweh. Ah, susah
hendak digambarkan dalam tulisan ...
Tapi dalam
beberapa tahun kebelakangan ini, khusus bermula waktu praktikal, rasa (zauk)
Ramadhan kurang terasa. Kesibukan waktu dengan bekerja menyebabkan waktu
Ramadhan begitu sepi, keghairahan hendak beribadah dikekang oleh waktu pejabat,
tidak seperti waktu-waktu belajar dahulu, banyak waktu kosong. suatu cabaran
yang baharu.
Ramadhan kalini
aku memegang pemahaman yang bersifat falsafah, memahami kefardhuan puasa dalam
dimensi yang berbeza mengikut penerangan ringkas yang diberikan oleh Sheikh
Hamza Yusuf. Sebelum ini, aku memandang Ramadhan sebagai bulan "Pesta
ibadah", amal ibadah digandakan pahala sebanyak-banyaknya. Sheikh Hamza
Yusuf memberikan penerangan yang sangat mendalam dan menyedarkan betapa hebatnya
amalan puasa ini.
Kata beliau,
ibadah puasa suatu latihan ataupun perjalanan orang-orang soleh terdahulu
termasuk para Nabi dalam mendekatkan diri kepada Allah. Bulan di mana segala
tumpuan difokuskan hanya kepada Allah. Hal ini kalau kita sedar, dalam tempoh
masa bulan puasa bagai sudah diprogram untuk sebanyak-banyaknya ingat kepada
Allah dan berada dalam taat. Pagi hari kita berpuasa, petang hari berbuka,
malamnya kita menghidupkan teraweh dan qiam, sebelum bersahur. Kitaran ini
sebenarnya menutup pintu-pintu ke arah kemaksiatan kerana sepatutnya tiada masa
kita untuk bermaksiat, melainkan kita menyimpang dari program yang telah Allah
tetapkan. Waktu ini juga ialah waktu untuk sebanyak banyaknya bermuhasabah
terhadap perkara yang kita telah lakukan sepanjang tahun dan ke mana hala tuju
kita untuk tahun mendatang. Membenihkan kembali rasa dekatnya kita dengan
Allah.
AlQuran sebagai tali perantara.
Kehebatan bulan
Ramadhan juga disinonimkan dengan AlQuran. Jadi Al Quran lah yang menjadi
medium perantara untuk mengikat hubungan dengan Allah. Kalau mendapat mesej
dari seseorang yang begitu istimewa, pastinya dibaca berulang kali. Hal
demikianlah sepatutnya disemai dengan Quran, kalamNya sepatutnya tidak jemu
kita membacanya, cuba-cuba untuk menghafalnya dan harus tanam kesungguhan untuk
memahaminya. Alhamdulillah tahun ini aku berjaya khatam setelah sekian lama
tidak sempat khatam. Sebelum ini, aku pun setuju dengan pendapat "apalah
guna banyak membaca alQuran tetapi tidak memahami maksud dan tadabur ayat".
Aku menggunakan pendapat ini untuk memperlahankan bacaan AlQuran dan seterusnya
tidak khatam.
Tetapi tahun ini
aku menyimpulkan bahawa kalaulah hendak mempraktikan pendapat berkenaan, perlu
bersungguh dalam mentadabur ayat tersebut. Baca beberapa tafsir, dengar dari
Mufassirin yang alim. Namun, jika tidak membuat hal yang ini, maka tinggalah
bacaan al Quran tak banyak, tadabur pun tidak (terjadi beberapa kali). Bukan
kah lebih baik banyak bacaan, dan turut tidak meninggalkan bab tadabur walaupun
sedikit. Lagipun, hebatnya ayat Al Quran, dengan membacanya dengan bersungguh
pasti meninggalkan kesan pada hati. Ada beza dengan saat kurang kerap membaca.
Mungkin soal terikatan hati dengan Al Quran *(merujuk pengalaman sendiri).
Tahun ini aku
berjumpa dua rancangan di youtube yang membangkitkan semangat untuk Al Quran.
1) Tafsir ayat
oleh Ustad Nouman Ali Khan *(ramai dah tahu rasanya)
2) Quran
Traveller - (lepas tengok guarantee dapat semangat nak hafal Quran)
Puasa Menuju Taqwa
Pada puasa ialah
hikmah yang besar apabila kita meletakkan Allah dalam setiap hal. Puasa melatih
kita, atas segala kudrat dan nafsu yang ada dengan jiwa untuk makan tetapi
kerana patuh akan arahan Allah kita tetap berpuasa. Latihan puasa melatih kita
pada nafsu "lapar", "seks" disamping nafsu
"amarah". Dunia pascamoden yang berlaku sekarang ialah suatu zaman
yang disifatkan kepada zaman yang dipacu oleh nafsu. Seharian kita disogok oleh
nafsu sana sini, dengan iklan, rancangan yang bersifat "brainwashing"
untuk trigger nafsu membeli disamping fenomena seksual yang
menjadi kebiasaan hingga diiktiraf LGBT kini, puasa membina program dalam minda
kita "bahawa kita ada Allah untuk kita patuh dan taat", ia menjadi
benteng yang ampuh terhadap segala perkara yang mendatang tersebut. Benteng
yang akan mengelak kita terhumban ke api neraka.
Semoga amal
ibadah kita di bulan Ramadhan di terima Allah dan dipertemukan dengan Ramadhan
yang akan datang.
*Video – Purpose
of Ramadhan (Sheikh Hamza Yusuf)
*Transformasi
Ramadhan (Ustaz Hasrizal Jamil)