Assalamualaikum,
Menjelang minggu peperiksaan ini mulalah persiapan galak dilakukan. Masuk universiti, kita semua tahu tugas kita sebagai pelajar untuk belajar. Tapi kita kurang persoalkan bagaimana cara untuk belajar ? Kita selalunya menganggap kita akan tahu belajar dengan secara semula jadinya . Jarang kita hendak, berfikir adakah benar atau efektif cara kita belajar. Baru-baru ini saya ada menonton suatu video clip di youtube yang bertajuk "Study Less Study Smart" oleh Marty Lobdell, Pensyarah Psikologi. Penerangan yang diberikan membuka mata saya mengapa saya tidak berjaya dengan cemerlang pada zaman undergraduate dulu.
1) Berapa Lama Waktu Untuk Belajar ?
1 jam, 2 jam, 3 jam, 15 minit ataupun 30 minit ? Bagaimana hendak menjadikan waktu yang kita peruntukkan itu berbaloi dengan kefahaman yang kita dapat. Hal ini kerana, kadang-kadang seseorang memperuntukkan masa hingga 3,4 jam dalam satu sesi. Namun apabila disoal apa yang kamu faham ? Ternyata hanya lelah semata. Dalam kajian yang didedahkan manusia mampu memberi tumpuan penuh dalam masa 30 minit, kemudian perlu rehat seketika dalam masa 5 minit. 5 minit ini bolehlah digunakan untuk mendengar musik seketika sebelum menyambung menelaah pelajaran semula 30 minit, dan berhenti seketika semua dalam 5 minit sehinggalah beberapa waktu yang diingini. 5 minit rehat ini memberikan waktu untuk otak recharge dan mengekalkan momentum otak untuk kekal segar. Tanpa rehat seketika ini otak akan mudah letih.
2) Rancang Waktu belajar dengan baik.
Pembentang memberitahu untuk memulakan pembelajaran pada awal masa dan bukannya diletakkan di akhir masa. Sebagai contoh, hujung minggu. Selalunya pelajar lebih gemar untuk bersuka ria di awal pagi dan meletakkan waktu belajar pada waktu malam ketika badan sudahpun letih. Badan yang letih pastinya bukanlah waktu yang optimum untuk melakukan pembelajaran. Saranan beliau adalah dengan belajar terlebih dahulu di awal waktu , habiskan dan kemudiannya barulah menerima reward diakhirnya. Terpulang samada melakukan apa-apa yang menggembirakan hati, menonton wayang sebagai contoh. Reward pada diri juga penting dalam proses pembelajaran.
3) Pilihan tempat belajar.
Perasan atau tidak, kebanyakan bilik/dorm di universiti di sekalikan dengan tempat belajar. Pendek kata, di situlah kita belajar, di situlah kita tidur. Kajian mendapati otak kita akan memberi reaksi spontan terhadap suatu suasana. Bilik tidur sebagai contoh, akan memberi rangsangan untuk baring, rehat dan tentunya tidur. Jadi apabila tempat tidur dan tempat belajar di dalam suatu tempat, perlunya kita untuk create suasana belajar agar otak kita boleh fokus. Sebagai saranan adalah meletakkan tabir pada tempat belajar, atau membeli lampu meja khas untuk meja belajar. Jika hendak belajar gunakan lampu itu. Kerana itu, saya fikir belajar di perpustakaan jauh lebih efektif.
4) Persiapan Alatan / Waktu tidur
Adalah digalakkan untuk kita terlebih dahulu mempersiapkan peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk belajar selengkapnya supaya masa belajar tidak dibuang mencari itu dan ini. Waktu tidur adalah amat penting, otak perlu mendapatkan rehat yang cukup, rata-rata meletakkan tempoh 8 jam sebagai optimum. Hal ini kerana dalam tempoh tidur inilah penyimpanan maklumat ke bahagian yang lebih kekal dilakukan oleh otak. Tanpa tidur yang cukup, proses ini tidak berlaku dan mengakibatkan kita akan mudah lupa apa yang kita pelajari. Selain akan blackout jika dilakukan malam sebelum peperiksaan.
5) Penting membaca buku text/ tulis nota
Buku text sebenarnya sangat berguna , penting dan membantu dalam pembelajaran kepada para pelajar. Hal ini kerana buku text memang ditulis mengikut pedagogi pembelajaran yang memudahkan kefahaman. Lecture slide sahaja memang tidak mencukupi. Catatan nota adalah penting, tetapi pastikan nota yang ditulis segera dirujuk semula. Sebagai contoh jika nota itu ditulis pada kelas waktu pagi, teruslah dilihat semula pada waktu petang. Nota yang dibiar tanpa dilihat pada waktu terdekat akan sia-sia.
6) Bagaimana memastikan kita sudah faham
Menurut professor ini, perkara utama dalam pemikiran pensyarah ialah untuk memastikan para pelajarnya memahami "konsep" sesuatu pembelajaran, "fakta " adalah perkara kedua. Konsep akan memberi faham kepada pelajar sepanjang hayat, fakta sebaliknya boleh dicari kembali di internet ataupun buku. Beza konsep dan fakta ialah sebagai contoh apabila mendengar sebuah lagu. Kita sebagai orang dewasa akan faham apa intipati sesebuah lagu tersebut, tetapi mungkin kita tidak ingat setiap bait perkataannya. Sedangkan adik kecil kita tahu/hafal setiap bait perkataan tetapi pabila ditanya maksud lagu, mereka tidak faham. Jadi selepas pembacaan, untuk memastikan kita telah betul-betul faham apabila kita boleh menceritakan semula apa yang kita telah baca menggunakan perkataan kita sendiri. Menggajarkan kepada kawan ataupun kerusi! , menulis semula dengan perkataan sendiri akan menguatkan lagi ingatan kita.
Sangat penting untuk ditekankan ialah untuk kita menghayati dan menghargai segala benda yang diajarkan. Salah satu tugas pensyarah ialah untuk menyampaikan perkara ini kepada pelajarnya namun kadang kala maksud tersebut tidak sampai pada pelajar. Inilah pentingnya pula Study group, dari sini, perkongsian dan perbincangan daripada rakan-rakan yang lebih dekat dengan kita akan menyebabkan lebih mudah untuk memahami dan menghargai sesuatu yang kita pelajari.
Sangat penting untuk ditekankan ialah untuk kita menghayati dan menghargai segala benda yang diajarkan. Salah satu tugas pensyarah ialah untuk menyampaikan perkara ini kepada pelajarnya namun kadang kala maksud tersebut tidak sampai pada pelajar. Inilah pentingnya pula Study group, dari sini, perkongsian dan perbincangan daripada rakan-rakan yang lebih dekat dengan kita akan menyebabkan lebih mudah untuk memahami dan menghargai sesuatu yang kita pelajari.
7) Bagaimana ingin pula menghafal fakta
Ya dalam peperiksaan kita perlu untuk memahami konsep dan tidak dapat pula lari untuk turut mengahafal fakta. Bagaimana caranya ? Professor ini memberi 3 cara untuk menghafal fakta iaitu melalui :
i) Akronim ii) Ayat-ayat biasa iii) Guna imej.
Contoh akronim ialah sebagaimana dahulu kita mengafal warna pelangi, planet yang gunakan istilah yang lucu. Namun yang paling berkuasa ialah imej. Otak suka pada imej. Untuk memahami cara otak berfikir melalui imej, sila menonton pula video youtube : how to become memory master oleh Idriz Zogaj atau Joshua Foer. Perbincangan yang menarik.
Untuk tips versi Islamik boleh rujuk entry ini.
Selamat maju jaya :)
Sumber asal : youtube