Friday, 23 November 2012

cuba kongsi bersama


Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan bertindakbalas dengan berjaga( tidak dapat tidur) dan merasa demam lantaran reaksi tubuh” . [HR Muslim]



Pada 23 November 2011 telah diadakan demonstarasi aman di pejabat kedutaan US sebagai kecaman terhadap tindakan zionis oleh front-front anak muda . Kemudiaannya berarak ke pejabat Felda sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa secara sembunyi menjual minyak Felda kepada Israel walaupun secara zahirnya mereka kelihatan menolak kekejaman yang dilakukan oleh Israel . 






























Islam itu pasti akan menang akhirnya kerana yang menjagaNya ialah Allah sendiri sengaja dibuka seluas luasnya pintu untuk hambaNya merebut ganjaran pahala mempertahankan agamaNya .

Islam tidak perlukan kita untuk menang tetapi namun kitalah yang perlukan Islam.

Wednesday, 21 November 2012

Refleksi : Ikut Nafsu




 Minggu ni merupakan minggu yang mencabar jiwa dan minda. Puncanya akibat cuti mid sem lepas di mana segala assignment dibiarkan begitu sahaja tanpa diusik walhal due date  semuanya minggu ni. Poster tesis dan proposal tesis bukanlah perkara yang boleh disiapkan dalam jangka waktu last minute , tetapi itulah pilihan yang terpaksa dipilih.

Dalam kekalutan dan keserabuatan yang mencengkam jiwa , dalam segala kemustahilan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi,  aku masih percaya ada yang mampu untuk keluarkanku dari semua ini iaitu Allahu rabbul alamin.   

Saat bila kita lemah , susah dan berada di bawah masa inilah rasa betapa kerdil dan lemahnya diri dan pengharapan kepadaNya tinggi. Bersungguh aku kembali meniliti amalan-amalan yang kejap buat kejap tinggal dalam usaha menawan pertolongan Allah.

Meneliti kembali atas apa yang terjadi menyedari bahawa diri begitu pentingkan diri , bila susah baru bersungguh mencariNya. Umpama kata sahabat seorang ni , "beribadah mengikut nafsu" , bilamana sakit , berkepentingan atau memerlukan baru mahu mencari-cari Allah , baru teringat amalan,sejadah , al-quran dan masjid.
  
Ibadah hanya dilakukan bilamana hadirnya semangat. Namun sebaliknya,  bilamana kita dalam kesenangan , mengingatiNya saja juga sudah satu kemustahilan. Sedang Allah masih sentiasa memberi rahmatNya tiada putus-putus baik dalam kita kesusahan atau senang.

Aku bersyukur atas rasa kesusahan dan kekalutan yang menimpa diri , suatu nikmat yang diperolehi dalam kesusahan yang menimpa . Nikmat untuk bertaqarrub denganMu yang sudah lama tidak dirasai . Sekian lama tenggelam dalam nikmat "kesenangan" , kesusahan kali ini yang  mendidik . Moga nanti bila kesenangan dikembalikan , "nafsu" untuk beribadat masih tetap sama.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Hidup untuk bersyukur ~










Monday, 12 November 2012

Aku kejar benda yang salah





“Iwan dah besar nanti nak jadi apa ? "
"Nak jadi orang yang berjaya ...! "

Itu jawapan yang ibu ajar kalau ada orang tanya soalan ini . Teringat masa kanak-kanak dulu selalu orang akan  tanya perkara ini  . Mungkin niatnya sekadar mengusik .

"Belajar betul-betul , nanti dapat kerja elok , gaji banyak , hidup senang ..”

Masuk ke alam persekolahan , inilah frasa nasihat yang sering kali diulang-ulang pada aku . Faktor aku dibesarkan dalam keluarga yang cukup sederhana mungkin menjadikan ia sebagai suatu sumber motivasi untuk keluar dari "kepompong" ini .

Memperolehi kejayaan untuk mendapat kerja yang bagus dan gaji yang besar .

Inilah maksud kejayaan yang aku akan kejar  ...!

Lalu aku "terhanyut" dalam mengejar makna sebuah kejayaan . Kompetatif , berhabis-habisan untuk mencari nilaian "A" sebelum akhirnya  jatuh tersungkur , terkapai-kapai kembali mencari erti makna kejayaan .

________________________________________________________________________

Baru-baru ini ramai orang share di FB pasal kata-kata terakhir seorang doktor berbangsa cina yang merupakan seorang doktor pakar dan juga seorang jutawan .

Membaca jalan kisahnya serba sedikit aku melihat aku pada dirinya terutama bagaimana cara beliau memandang erti kejayaan iaitu dengan sudut pandangan materialistik semata cumanya beliau lebih bernasib baik untuk terus mengecapi "kejayaan demi kejayaan" sedangkan aku sudah tersungkur awal .

Ironinya sedang asyik dibuai kemewahan kejayaan itu tanpa sedar beliau sedang menghidap penyakit kanser
tahap 4 yang memungkinkan jangka hayatnya hanya tinggal beberapa ketika .

Pada masa ini barulah beliau menyedari bahawa kejayaan yang dikejar-kejarnya itu kosmetik semata , tiada nilai .

Perkara ini juga disentuh oleh Stephan Covey melalui bukunya "7 Habits of Highly Effective Peoples" . Meletakkan syarat kedua sebagai "Begins With the End In Mind" , beliau juga sedar hakikat kejayaan bukan datang dari kemewahan bahkan lebih kepada kepuasan diri dan manfaat terhadap orang lain .

_________________________________________________________________________________

Suka melihat sisi pandangan orang bukan Islam yang akhirnya sedar akan hakikat dunia yang ada sekarang . Betapa kita dipengaruhi doktrinisasi sistem kapitalis , berusaha bersungguh-sungguh untuk diterima kerja oleh  syarikat gergasi mereka dan berpuas hati dengan bayaran sedikit sedangkan manfaat besar berbalik kepada mereka , natijahnya apa syarikat yang Islam boleh banggakan ? TIADA.

Justeru erti makna kejayaan perlu dihalakan bukan untuk kesenangan diri sendiri sahaja bahkan perlu besar ertinya baik dari perspektif dunia dan akhirat agar manfaatnya dapat dikongsi bersama pada masyarakat sekeliling , negara dan Islam khususnya .  


Aku kini sedar matlamat yang besar perlu dicapai , tapi daya kesungguhan dan kompetatif dari suatu sudut khususnya akademik sangat lemah dan tak bermaya . Masih menyesuaikan diri mungkin atau aku sebenarnya berada di tempat yang salah untuk matlamat yang baharu ini ........ 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...