Wednesday, 26 September 2012

berbeza kena gaduh ?



Sekarang tengah sibuk pilihan raya kampus , UKM baru habis semalam . Masing-masing telah pun memilih calon yang mereka rasa layak untuk menjadi pemimpin mereka atas ruang demokrasi yang cuba dididik di peringkat Universiti ini . Walaupun masing-masing  berbeza dari cara bagaimana mereka menilai tetapi sekurang-kurangnya masing-masing sedar akan tanggungjawab untuk membuang undi .

Menuju Pilihan Raya Kampus merupakan suatu tempoh yang sedikit tegang khususnya jika ada dalam kalangan rakan yang berlainan ideologi parti yang mereka sokong . Bagi golongan yang cintakan "keamanan" dan "kedamaian" mereka akan sedaya upaya akan memastikan diri mereka kelihatan neutral kerana ingin menjaga hati rakan masing-masing . Namun ada juga golongan yang selesa mengisytiharkan parti apa yang mereka sokong .

Teringat cerita rakan saya bagaimana dia dan rakan kos sehingga tidak bertegur sapa dan dingin dalam suatu tempoh masa kerana hal berlainan ideologi ini , ini cerita sewaktu kami tahun satu dahulu , zaman pertama kali merasai kehangatan pilihan raya kampus . Saya sendiri sewaktu tahun pertama hanya banyak memerhati dan tidak berani mengisytihar terang-terangan pihak mana yang saya sebelahi disebabkan banyak kebimbangan yang difikirkan , hubungan dengan rakan , ugutan buang kolej dan lain-lain .

Semakin saya paham berkenaan "Politik" dan pilihan raya kampus itu sendiri , maka tiada lagi ragu untuk menyatakan pendirian saya . Ruang pilihan raya kampus sepatutnya dilihat semudah dua "parti" yang mempunyai  ideologi yang berbeza , tawaran manifesto yang tidak sama serta kredibiliti dan personaliti calon yang berlainan untuk diteliti , dianalisa dan dipilih . Lucu sebenarnya jika kita bertengkar , bermasam muka dan hingga bergaduh atas faktor perbezaan kecenderungan terhadap suatu pihak yang berlainan .

Hal ini tidak lain adalah kerana pelbagai "sentimen" dan "label" yang berjaya diapi-apikan oleh sesetengah pihak , dan perkara ini tidak akan berlaku melainkan tempias daripada politik semasa negara Malaysia . Politik yang memburuk-buruk , mencaci maki , fitnah-memfitnah , ugut mengugut sehingga ke tahap mempergunakan bangsa dan agama untuk kepentingan masing-masing . Secara tidak langsung ia "mengajar" kita bahawa orang yang berlainan ideologi dengan kita itu sebagai pihak yang salah dan harus ditentang ! Tidak hairan jika ada yang menganggap politik itu  kotor .

Sebagai akhirnya , perbezaan itu suatu lumrah yang kita perlu terima . Besar hikmah kita dapat lihat pada penciptaan lelaki dan perempuan , siang dan malam , kaum dan bangsa berlainan serta pelbagai ciptaanNya yang penuh variasi . Jadi apa masalah kita tidak boleh terima PEMIKIRAN yang berbeza dan pelbagai ?(yang tidak bertentangan dengan akidah dan syariat)



P/S :- yang tak mengundi tu gua tak tau nak kata ape la  



Tuesday, 11 September 2012

refleksi : sem baru



"Jangan pernah mengeluh jika diri dalam keadaan sibuk tapi bersyukurlah 
Kerana Allah telah hindarkan diri dari berbuat maksiat
 dan membuka pula pintu-pintu pahala ....... "

Sem baru sudah dibuka ,  jika tiada aral yang melintang saya sudah berada di tahun akhir pengajian yang hanya tinggal berbaki dua sem . Sangat pantas masa berlalu kerana bagai baru semalam menjejakkan kaki ke bumi UKM . Banyak perkara yang belum lagi dapat digapai untuk usia pengajian "setua" ini. 

Jadi untuk mendapatkan manfaat yang betul-betul dalam masa yang sesingkat ini pelbagai perkara yang bermain difikiran , antaranya :-

  1. Sudah layakkah diri untuk menempuh alam selepas graduasi nanti , dari soal kerja , rumah tangga dan sebagainya ? *ni paling rasa diri belum layak .....
  2. Bagaimana mahu memberi yang terbaik dalam semua aspek terutamanya akademik tanpa terganggu dengan kesibukan aktiviti lain terutamanya kelab-kelab ? *sebab kerapkali ini menjadi masalah , xkn tahun akhir pon masih sama ....
  3. Bagaimana mahu menikmati sisa-sisa masa yang terbaki dengan rakan-rakan Universiti ? *dah masing-masing2 sibuk sana sini ada chance ke nk "enjoy" same ...
  4. Bagaimana mahu meninggalkan  UKM bersama suatu kenangan yang tidak akan dilupa dalam hidup ?   *konklusi terhadap semuanya

Banyak perkara yang saya terlepas pandang dalam membuat keputusan sehingga menjejaskan prestasi akademik terutamanya . Selalu terburu-buru mengambil keputusan berdasarkan pilihan pertama yang ada tanpa berfikir secara panjang , serta banyak mengabaikan aspek penting yang perlu diambil kira . Sebelum ini kalau nak buat akan terus main buat saja , darah muda katakan . Kalini sudah tidak boleh , harus berubah , ada masa depan yang dipertaruhkan .  


Saturday, 8 September 2012

Kuala Selangor .

Rabu lepas saya sebenarnya dah kena balik UKM tapi saya tangguhkan atas sebab-sebab tertentu .
 *Maaf kawan-kawan UKM . 

Jadi Khamisnya saya telah nekad untuk pergi berziarah di area Kuala Selangor , maklumlah cuti dah nak habis , waktu itu dalam kepala nak ziarah akhi Qamarul dengan akhi Qayyum sahaja tapi mujur saudari nadia sudi menerima kehadiran kami . Maklumlah saya teruja melihat rakan-rakan UIA si qamarul ni yang berziarah seperti yang digambarkan di postnya yang terdahulu . Tapi pastinya bukanlah itu sebab yang utama . Mungkin antara salah satu sebabnya kerana kami sudah pon saling bertemu semasa ramadhan lepas .  

Pergi ke Kuala Selangor memang sangat mengujakan , apa tidaknya saya sendiri pernah menetap sebentar di Kuala Selangor masa zaman kecik-kecik dahulu iaitu sekitar 1 hingga 3 tahun . Selain itu , Kuala Selangor menjadi dentinasi pertama lawatan selepas habis SPM dulu , ada element nostalgia yang kuat . Walaupun kehadiran yang tergesa-gesa tapi alhamdulillah sambutan sangat mesra . Ini kali kedua saya berbuat begini (raya mengejut) selepas raya di area bangi haritu , walaupun mengejut  tapi still sambutan tip top . Mungkin inilah hasil daripada ukhuwah kami semua sepanjang 5 tahun di sekolah ~ 

Selesai beraya di 3 buah rumah tersebut , kami berjalan-jalan di tempat-tempat menarik area Kuala Selangor . Yang menariknya sepatutnya saya yang paling teruja dengan tempat-tempat yang dilawat , ye la orang luar kan (padahal telok panglima garang je pon..) , tapi tak ... dua orang qamarul dan qayyum ni yang lebih-lebih . Saya biarkan gambar berbicara dan senang maro ngan qays ni copy .
*(walaupun ku mcm segan siket nak upload tp demi korg ku upload jua =P)





























At the end of the day , saya begitu seronok dengan kunjungan ke Kuala Selangor ini . Tapi satu perkara saya sedar , Kuala Selangor itu sendiri tidaklah begitu menyeronokkan kalau hendak diukur dari nilaian materialnya dibanding tempat-tempat seperti Pavilion , Mid valley, tetapi kerana orang-orang di sisi sayalah  yang menjadikan ianya pengalaman yang menarik dan berharga . Macam mana tu ? kerana persaudaraan dan ukhwah itu yang menuntutnya ialah Allah dan RasulNya sendiri ,  sebabtu "seronok" dia lain mcm  =) 



Wednesday, 5 September 2012

ISU : Apa Masalah dengan Syiah ?



"Siapa pemimpin yang kamu kagumi pada zaman sekarang" ? soal ustaz saya pada sesi taaruf di matrikulasi dahulu .

"Ahmadinejad ustaz " jawab saya dengan penuh yakin . 

"Ahmadinejad ? semacam terkejut Ustaz . Apa hebatnya beliau sehingga kamu kagum ? "

"Kerana saya melihat beliau seorang pemimpin Islam yang berani bersuara terhadap kerajaan-kerajaan barat disamping personaliti beliau yang sederhana , kehidupan beliau serba serbi sederhana di samping berjaya membangunkan Iran dengan teknologi nuklear yang hebat . " hujah saya terhadap jawapan saya tadi .

Ustaz hanya tersenyum sinis sambil membelai-belai janggutnya .

Saya kehairanan dengan telatah ustaz , kenapa dengan Ahmadinejad ? bisik saya sendirian .

...................................................................................................................................................................

Pernah satu ketika Iran dilihat begitu hebat bersuara saat umat-umat Islam lain lesu , hingga ada yang menggelar Ahmadinejad sebagai "Singa baru dunia Islam" . Iran dilihat sebagai wakil umat Islam yang paling lantang terhadap barat . Lebih hebat lagi Iran membangunkan teknologi nuklear yang memberi perspektif bahawa "inilah negara yang akan menjadi harapan umat Islam " untuk menentang barat . Namun hingga kini langsung tiada serangan daripada tentera barat yang selalunya begitu tegas terhadap mana-mana musuhnya. Turut digambarkan pemimpin Iran iaitu Ahmadinejad sebagai seorang yang sangat sederhana dan menjaga agama , banyak video-video seumpama ini yang dimuat turun di internet yang menyebabkan saya sendiri terpengaruh terhadapnya .

Apa yang buruk tentang Ahmadinejad ini ?
kerana beliau ialah pemimpin kerajaan Iran Syiah !
Apa masalah dengan fahaman Syiah ?
bukankah mereka juga Islam ..........?

...................................................................................................................................................................

Fahaman Syiah melibatkan suatu sejarah yang sangat panjang , bermula dari zaman Rasulullah lagi hinggalah ke zaman khulafa` Ar Rayidin seterusnya ke zaman pemimpinan Kerajaan Abasiyyah , Umayyah dan seterusnya . Sepanjang pengembangan fahaman Syiah ini berbagai-bagai pembaharuan terhadap asas agama Islam itu sendiri sehingga fahaman ini dilihat menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar .

Sejarah fahaman Syiah ini dimulakan oleh seorang individu yang berbangsa Yahudi bernama Abdullah bin Saba` yang menganut Islam untuk merosakkan Islam . Pada zaman Rasulullah , Syiah asalnya hanyalah pengikut saidina Ali yang biasa atau bahasa lainnya Pro Saidina Ali . Atas rasa hasad dengki melihat kegemilangan Islam yang semakin berkembang pada zaman khulafa` Ar-Rasyidin , golongan yahudi yang berselindung atas nama Islam cuba merosakkan Islam dari dalam .

Abdullah bin Saba` berjaya  menanamkan akidah yahudi terhadap kaum muslimin , terutama akidah wasiat dan imamah yang tidak pernah disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih . Dia mencipta dalil bahawa Ali bin Abu Thalib mendapat wasiat dari Rasulullah s.a.w. untuk menjadi khalifah sebagai pengganti bagainda dan menuduh sahabat-sahabat lain sebagai tidak amanah kerana menyembunyikan hadith ini daripada pengetahuan Saidina Ali . Hal Ini jelas kebohongan dan kepalsuan . Namun mereka berbuat demikian  untuk menyalakan api perang sesama muslimin hingga tercetusnya perang saudara yang menyebabkan kematian Saidina Umar , Uthman dan Saidina Ali sendiri . 

Sejarah lebih lanjut boleh rujuk di sini http://www.ismaweb.net/v4/2012/05/syiah-hakikat-sejarah-siri-1/ (tapi saya bukan orang isma =D )

...................................................................................................................................................................







Mukadimah ucapan Dr Mursi menjadi perhatian baru-baru ini apabila mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta seluruh para sahabat Rasulullah SAW di hadapan tetamu yang turut disertai para ulamak tertinggi Syiah yang dikenali sikap mencela dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW. Berikutan merupakan kesesatan lain oleh golongan Syiah :-



1.    Khalifah diwasiatkan secara nas 
- Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya    

2.    Imam-imam mereka adalah maksum
- Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi

3.    Ilmu-ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku pada manusia. (albada`)
-Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi.

4.    Berpura-pura (al-Taqiyyah)
- Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya.

5.    Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah S.A.W kecuali sedikit
- Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar.

6.     Menambah Syahadah .
- Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w.

7.     Penyanjungan keterlaluan kepada Saidina Ali .
-Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi.

8.    Menghalalkan Nikah Mut`ah
Nikah lelaki dan wanita untuk satu masa tertentu dengan jangka waktu terbatas , lelaki tidak perlu memberi nafkah , tidak membatasi jumlah isteri dan pernikahan tanpa perlu wali dan saksi. Ianya sudah diharamkan Nabi Muhammad S.A.W

9.     Hanya Saidina Ali dan Imam-imam mereka yang menghafaz dan menghimpun Al`quran dengan sempurna. 
- Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah . Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani.
10.       Rukun Iman yang baharu
1.KeEsaan Tuhan
2.Rasul-rasul
3.Hari Kiamat
4.Imam Dua belas
5.Keadilan

11. Hari Asyura` 
- Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain. 

maklumat lebih lanjut boleh lawat  : http://www.darulkautsar.net/article.php?page=2&ArticleID=332

......................................................................................................................................................





Iktibar daripada dua peristiwa berkaitan Syiah .

  • Revolusi Syiah Iran . 

 Revolusi Iran berlaku pada sekitar tahun 1970-an. Revolusi Iran juga dikenali sebagai Revolusi Islam yang mana kejatuhan kerajaan Shah Mohamad Reza Pahlavi digantikan dengan pimpinan oleh Ayatollah Khomeini iaitu dari sistem Monarki kerajaan Islam kepada sistem Republik Islam. Golongan Syiah al-Imamiyah telah mencadangkan supaya “Bangsa-Bangsa Bersatu” (United Nations) mentadbir kota Madinah dan Makkah . Mereka membuat tuduhan bahawa raja-raja “Wahabi” zalim dan “korap” .

Di Tehran , ibu kota Iran , masjid untuk orang Sunni tidak dibenarkan untuk dibina .
Semasa Amerika menyerang Iraq dan Afghanistan pada tahun 2005 , Negara Iran telah membantu pihak Amerika . Bekas Naib President Iran pernah berkata :

Jika tidak kerana orang-orang Iran , Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh ketangan Amerika dengan mudah” .

Di Iraq atau Iran pada dewasa ini , sesiapa yang mempunyai nama seperti Abu Bakar, Umar, Uthman atau Muawiyah akan terdedah kepada bahaya kerana ulama Syiah (Imamiyah Jaffariyah) telah mengeluarkan fatwa untuk membunuh ahli Sunnah wal-Jamaah.

Khomeini sendiri pernah mendapatkan alat-alat perang daripada Israel . Perkara ini didedahkan oleh media massa sebagai Iran Contra . Khomeini serta rombonganya juga telah dipindahkan ke ibu kota, Iran daripada Perancis (tempat buangannya) dalam kapal terbang dikawal oleh tentera Perancis untuk memulakan revolusi rampasan kuasa pada tahun 1978 .

Pada masa itu terdapat 40,000 tentera Nato di Tehran yang tidak menentang revolusi Khomeini .



  • Pemberontakan Di Syria 
Kerajaan Syria dikuasai Puak Minoriti iaitu Puak Nusairiyah . Sejak 30 tahun lalu , Syria dikuasai oleh keluarga Hafez al-Assad berlatar belakang akidah Syiah Nusairiyah yang termasuk gerakan Batiniyah Syiah ekstrim yang merupakan pecahan kepada fahaman Syiah .

Terdapat dalam kalangan ulama` Sunni di Syria yang menggesa supaya rakyat menggulingkan Hafez al-Assad kerana berpandangan beliau dan kerajaannya sudah keluar dari Islam berdasarkan pegangan akidahnya. Malangnya , Hafez bermati-matian bersumpah bahawa dia adalah Sunni akan tetapi rakyat tidak menyedari taqiyah yang digunakan oleh Hafez bagi menyembunyikan kemunafikannya.

Majalah “Ad-Dakwah” mendedahkan bagaiman Bukit Golan diserahkan kepada Israel tanpa wujud sebarang kesulitan kepada pihak Zionis untuk mendapatkannya bahkan Hafez menyerahkannya dengan begitu mudah dan murah . Hafez sendiri mengeluarkan arahan untuk menarik tenteranya dari Golan. Selain itu , turut didedahkan berlakunya perbincangan sulit yang dimeterai antara Syria dengan Israel.

Peristiwa Hama menjadi saksi kekejaman tentera Hafez Al Asad apabila membunuh 335 orang penduduk . Mayat dibiarkan di jalan-jalan raya sebelum dibenarkan untuk dikebumikan . Turut dibunuh dengan kejam ialah pimpinan-pimpinan gerakan Ikhwanul Muslimin yang cuba menggerakkan kebangkitan rakyat bagi menjatuhkan rejim Syria Syiah Nusairi .

Era pemerintahan Bashar al-Assad , yang juga penganut fahaman Syiah Nusairi meneruskan dasar kejam tinggalan ayahnya , Hafez iaitu dengan cara memenjara rakyat , membunuh para ulama , melakukan pembunuhan beramai-ramai dan menindas rakyat bawahan .

Golongan Sunni di Syria dianaktirikan dari pelbagai sudut . Kehidupan mereka ditekan dan sentiasa berada dalam ketakutan di bawah pemerintahan Bashar al-Assad.  Diceritakan setiap keluarga mereka terdapat tali barut yang akan menyalurkan maklumat berkaitan keluarga sendiri kepada pihak berkuasa jika dilihat mampu memberi ancaman kepada kerajaan Bashar dan semestinya menutup mulut rakyat dari bercakap berkaitan politik dan pemerintahan negara.

...................................................................................................................................................................


Presiden Palestin Ismail Haniah tidak solat dibelakang syiah





Pengikut fahaman Syiah tidak pernah menganggap Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai sebahagian daripada mereka . Sedangkan para sahabat sendiri dicaci dan dimaki , maka anda nilai sendirilah pandangan mereka terhadap kita (Ahli Sunnah ) . Fahaman Syiah juga menolak sumber-sumber hukum dalam Islam iaitu Al-quran itu sendiri , hadith-hadith ahad , ijma` dan qias . 



Jelas , disini bahawa fahaman Syiah bukanlah hanya sekadar percanggahan mazhab fiqh tetapi percanggahan aqidah yang sangat berbahaya , hal ini kerana fahaman Syiah sudah jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar .  Muzakarah khas Jawantankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah di Malaysia . Muzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak serta memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam . 

*****Akhir kata , penulisan ini hanya sekadar untuk menimbulkan sedar terhadap ancaman fahaman Syiah . Sebarang kesilapan maklumat mohon teguran . 

...................................................................................................................................................................

Rujukan
1.      Sulaiman Noordin . 2011 .Sejarah Pemikiran 1 , Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia
2.      Sulaiman Noordin . 2011 .Sejarah Pemikiran 2 , Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia .
3.      Sayid Husain Al-Musawi .Mengapa Saya Keluar dari Syiah ? , Pustaka Al-Kautsar , Jakarta Timur .
4.      Dr. Musa Al-Musawi .1998 .Dedah Fahaman Syiah , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia .
5.      Dr. Ihsan Ilahi Dhahir .Viru Syi`ah Sejarah Alienisme Sekte , Penerbit Buku Islam Kaffah .
6.      Riduan Mohamad Nor .2012. Trelolog Luka Air Mata Syria , Jundi Resorces.
7.       Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman . Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu : Satu Kajian Awal. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
8.      cetusangagasanilmiyyah.blogspot.com/Syiah di Selangor , Suatu kajian dari Sudut Akidah dan Ibadah (19 Ogos 2012)
9.      islamicweb.com/beliefs/cults/shia_history.htm (21 Ogos 2012)
11.  www.ismaweb.net/v4/2012/05/syiah-hakikat-sejarah-siri-1 ( 19 Ogos 2012 )



Saturday, 1 September 2012

Me : Sejarah keluarga

keluarga sebelah ayah


Salam syawal,

Kemeriahan syawal masih lagi diteruskan , masuk waktu minggu kedua ini mulalah masing-masing sibuk dengan sambutan rumah terbuka khususnya dengan kawan-kawan bukan ? Sana-sini rancak ,, Jangan sampai ada yang rasa menyesal meninggalkan bulan syawal sebab perut makin "kedepan" . hehe

Alhamdulillah syawal saya bersama dengan keluarga memberi erti dan bukan kegembiraan kosong sahaja . Menjadi tradisi keluarga besar sebelah ibu saya untuk berkumpol beramai-ramai untuk mengadakan bacaan tahlil arwah , setiap tahun bergilir-gilir antara adik beradik ibu untuk menguruskannya , inisiatif untuk mengikat utuh tali persaudaraan memandangkan ayah dan mak kepada ibu , iaitu atuk dan nenek saya yang sudah pun meninggal dunia . Menariknya tahun ini , setiap keluarga diedarkan satu borang untuk diisi maklumat-maklumat keluarga memandangkan keluarga masing-masing sudah bercucu cicit . Saya amati butiran menunjukkan susur galur keluarga keatas hingga moyang . Tersedar , sedikit sangat yang saya tahu berkenaan asal usul diri . Mesti korang pon sama kan ? 


...................................................................................................................................................................

Pertamanya ibu dan ayah saya merupakan seorang berbangsa Jawa , jadi automatiknya saya seorang Jawa jugalah kan walaupun tak berapa nak fluent cakap Jawa ni . 

Saya kongsi dahulu pasal keluarga belah ibu . Keluarga ibu sangat besar , Ibu merupakan anak yang bongsu daripada lapan orang adik beradik yang masing-masingnya sudah mempunyai cucu kecuali dua orang termasuk keluarga saya la . Sejarah belah keluarga ibu ini tak banyak yang saya tahu kerana tak sempat hendak beramah mesra dengan orang-orang tua khususnya atuk , nenek saya yang meninggal ketika saya masih kecil lagi . Tanya ibu saya pun dia tak berapa tahu sebab katanya atuk dan nenek kepada ibu pun meninggal ketika ibu masih kecil . Menurutnya  mungkin moyang punya moyang mungkin berketurunan arab sebab nama moyang kami bunyinya sangat Arab . Tapi ye la setakat clue nama memang payahlah nak percaya . Bukti lain tengok warna kulit saya ni pun takde macam arab pon , haha . 

Tapi yang menariknya keluarga belah ibu saya sangat islamic . Boleh kata kebanyakan mak cik-mak cik , sepupu saya kebanyakkannya dalam aliran agama , ustaz dan ustazah belake . Jadi , bila balik kampung tu memang tunduk je , mengenangkan diri yang  " beraliran sekular" .  Bila raya ke keluarga-keluarga  adik-beradik arwah atuk dan nenek lain pun lebih kurang sama .  Jadi saya suspek , mungkin hal ini ada kaitan dengan “gene” yang diwarisi . Menarik untuk diselidik .


...................................................................................................................................................................

Keluarga sebelah ayah saya masih lagi kecil , foto di atas buktinya . Bukti lain , saya cucu pertama , belum ada prokduktiviti =)) . Yang menarik keluarga ayah saya sangat rapat , adik beradik ayah tinggal di kawasan perumahan yang sama dan kampung hanya 5 minit dari rumah masing-masing . Rasanya tiap-tiap hari ada saja yang balik kampung . Alhamdulillah Atuk dan nenek pun masih lagi hidup . 

Sejarah keluarga belah ayah sangat menarik . Moyang-moyang dulu berasal dari kerajaan Mataram Sumatera , Indonesia yang melarikan diri ke Johor kerana diserang kerajaan Srivijaya *(kalau tak silap lah) , sebelum berhijrah ke Selangor. Tambahnya lagi moyang dulu kira antara orang-orang istana . Kedatangan ke Johor pada abad ke 15/16 Masihi lagi sezaman dengan kerajaan Melaka lagi . 

Cerita ini dikongsi oleh atuk saya semasa masih sihat dahulu , raya kalini atuk sudah menderita penyakit Alzhaimer ... =( 

Sahih atau tidak saya pun tiada sumber kukuh hendak dirujuk .

...................................................................................................................................................................

Sejarah sangat penting dalam sesuatu peradaban . Peradaban yang hebat pastinya mempunyai sejarah yang cukup gemilang yang pasti akan kekal menginspirasi generasi-generasi terkemudian , contoh mudah sejarah kegemilangan empiyar khilafah Islam . Bagaimana jatuh dan ditindas umat Islam , impian untuk gemilang kembali tidak pernah padam. Begitu juga dalam institusi keluarga , sejarah keluarga yang baik akan mendorong diri untuk kekal dalam landasan yang sama .

Semalam Malaysia merdeka kali ke 55 tahun ,  membawa tema "Janji Ditepati" yang bagi saya sama sekali kurang relevan dan membunuh roh kemerdekaan . Biarlah satu stadium itu penuh dengan manusia berhimpun , apalah guna tweet berjuta kalau erti sebenar kemerdekaan tidak dihayati . Mana mungkin ia dihayati , bila sejarah yang dipelajari auta sana sini . Malaysia oh Malaysia ....


Still hope for a better Malaysia ~ Merdeka ! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...