Thursday, 29 December 2011

Terpaksa meninggalkan semua.



"Eh, 2011 dah nak habis? biar betul, kata Aliff memulakan bicara.

"Haah la,takkan kalender tu nak bohong pulak" jawab si Afiq tegas.

"Tapi memang tak sedarla masa berlalu,macam cepat sangat" nada Aliff sedikit mengeluh.

"Manada cepat, dah hang tu dok makan tidoq fb ja mana nak sedor" balas Afiq dengan slang kedahnya. 

"hehehe,betul jugak. cakap orang, habes kau tu ?" Aliff mula menyerang Afiq.

"aku selain makan tidoq , aku selalu fikir masa depan, sebab tu aku peka tentang peredaran masa ni " bicara Afiq penuh yakin.

"hmm. . .ye la, orangg yang dah katam buku  Pemilik CINTA Selepas Allah dan Rasul, Trilogi Aku terima Nikahnya dengan Men From Mars Women from Venus memang "peka" pasal masa depan. kata Aliff berseloroh.

Ceh! hang perli aku na... Afiq akur, kehabisan hujah.


Umur  menjelang 21.

Bagi yang belum sedar, ya tinggal beberapa hari lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011 kerana mahu tidak mahu, 2012 tetap juga akan mengambil giliran mengikut aturan Sunnatullah.

Walaupun masih terasa sambutan hari lahir saya ke 20 yang disambut Oktober lepas, namun setiap kali tahun baru menjelang pasti terasa peningkatan usia. InsyaAllah pada tahun 2012, umur saya akan menginjak 21 tahun. Ya,dalam tidak sedar sudah mencecah 21 tahun. Usia yang menurut mak cik-mak cik di kampung, sudah layak untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi bukan isu itu yang hendak saya highlight kan tetapi berkenaan isu tanggungjawab.    

Pada usia 21 tahun ini , masyarakat sudah mengharapkan kematangan pada diri seseorang individu itu. Contoh mudah , genap usia 21 tahun ,anda sudah diyakini cukup matang dan bijaksana untuk  membuang undi pada pilihan raya. Secara tersiratnya, masyarakat sudah yakin pemikiran seseorang yang berusia 21 tahun sudah boleh memikirkan sesuatu yang besar dan serius seperti pembentukan sebuah kerajaan mahupun negara.  

"Tapi baru 21 kot,,, muda lagi".

Owh benar 21 masih lagi dikategorikan sebagai muda.Tahukah kamu penulis Hilal Asyraf dalm umurnya sekarang sudah menulis 15 buah buku? atau lupakah kamu dengan sejarah Sultan Muhammad Al Fateh?

 Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Maka Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Namun semuanya menemui kegagalan , sehinggalah 800 tahun kemudian akhirnya Islam yang ketika itu berjumlah 150 000 orang tenteranya di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh yang ketika itu berusia 21 tahun berjaya menawan Konstantinopel.


2012 menanti penuh liku dan cabaran.

Pada 2012, sudah ada ura-ura mengatakan akan berlangsungnya pilihan raya umum. Bagi rakan-rakan yang sudah layak mengundi, selepas 50 tahun kemerdekaan, mari kita lihat kembali di mana letakkan ketinggian agama Islam dalam negara ini. Sudahkah ia diletakkan di tempat yang selayaknya oleh pemimpin negara? ingat hatta undi  nanti akan dipersoal di akhirat kelak.

Di peringkat global, zionis dan sekutu-sekutunya sedang galak mengalih pandangan masyarakat tentang "Kiamat 2012". Apapon agenda disebaliknya, kita perlulah sentiasa bersedia dengan memantapkan hubungan dengan Allah. tiada langsung disebut dalam quran mahupun hadis berkenaan tarikh sebenar kiamat, namun Ingatlah ada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: 

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)

Bagai sudah terasa pada waktu ini, benar kan? (taraf hadis saya tidak tahu. maaf )
Akhirnya,  tiadalah terlalu muda untuk mencipta suatu kejayaan. Usah kerana mudanya kita, kita selesa dan  merasakan ajal itu belum mahu menjemput kita. Mari kita mengorak langkah 2012 dengan penuh rasa tanggungjawab  , rasa tanggungjawab bahawa ummah perlukan kita untuk melihat Islam kembali gemilang  seperti gemilangnya cahaya Islam menembusi kota Konstantinopel di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh sedikit masa dahulu. Suatu lipatan sejarah yang masih menunggu masa untuk kembali terulang .







*watak tiada kena mngena dengan yang hidup mahupun meninggal dunia, kalau ada maaf , tidak disengajakan sangat =D
















Saturday, 10 December 2011

RE : Haruman Kasturi

Sebenarnya lama hendak memberitahu nama disebalik blog ini iaitu "haruman kasturi".
 bunyi  mcm jiwang pon ada, apa yg harum sgt? .
hakikatnya sy dan haruman kasturi mmg tidak dpt dipisahkan 
hatta nyawa telah terpisah sekalipon.
keranaaa...........
shazwan membawa erti "haruman kasturi"


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Doakan saya menjadi si penjual minyak wangi yang mana orang akan mendapat tempias  harumannya.
kesan haruman kasturi =)


Sekian ~

Final Exam!!!

Saya pasti rmai diantara rakan-rakan di mana-mana IPTA/IPTS sedang sibuk bertungkus lumus ke arah peperiksaan akhir semesta yg bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Perpustakaan yg dulunya sepi , kini melimpah-limpah dikunjungi para mahasiswa merebut "barakah" last minute study.

beberapa minggu lepas kita baru sahaja menyambut awal muharram, yg mana diambil sempena peristiwa hijrah. Jadi dalam menghadapi peperiksaan yg akn menjelang tiba mari kita jejak kembali formulasi yg ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah yg mana  cukup cantek untuk diaplikasikan dalam peperiksaan yg akan menjelang tiba.

1. MAS`ULIYAH (TANGGUNGJAWAB)

-berlakunya peristiwa hijrah setelah turunnya perintah Allah yg disebut dlm surah al isra`: 76 dan an nisa`: 97
-muhajirin makkah yg berhijrah adalah semata-mata kerana perintah Allah dan RasulullahNya dengan  keadaan sehelai sepinggang demi tanggungjawab mereka meninggikan agama Allah S.W.T.


2.ITQAN (STRATEGI)

-Perjalanan hijrah penuh dgn liku dan duri. Jadi untuk memastikan kejayaan hijrah ini pelbagai strategi dan taktik telah diatur. Bermula dari penggantian tempat tidur Rasullulah oleh saidina Ali, Melalui jalan yang asing dengan pertolongan Abdullah bin Urayqat (orang bukan Islam) ,Asma' bint Abu Bakr r.a. pula berperanan untuk menyediakan makanan semasa Rasulullah s.a.w. dan bapanya bersembunyi dalam gua Thawr,Amir bin Fuhayrah r.a. pula berperanan untuk menghilangkan jejak-jejak kaki Abdullah dan Asma' bint Abu Bakr yang berulang alik di sekitar tempat persembunyian Rasulullah dan banyak lagi strategi yang cukup terperinci.

3.UBUDIYYAH (RASA KEHAMBAAN)
-semasa nabi Muhammad S.A.W bersama Abu Bakar di dalam gua Thawr bersembunyi daripada kafir Quraisy Makkah yang bertebaran mencari mereka , Nabi meneguhkan hati Abu Bakar dengan firman Allah


La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita


-Peringatan bahawa kita hanya hamba dan segala kekuasaan dan ketentuan hanya dengan milik Allah.






Senario Peperiksaan .


Ada dalam kalangan pelajar yang terlalu yakin dengan usahanya. yakin segala usaha yang dilakukan tanpa menyandarkan pada Allah. hal ini bukanlah berada dalam landasan aqidah yang sebenar. natijahnya penyesalan yang amat mendalam jika mereka gagal.


Adapun ada dalam kalangan kita yang cukup hanya ber"tawakal" tanpa usaha dan strategi yang mengiringi.


Ikut Contoh Hijrah


Lihat saja pada seorang kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah ini. walaupon doanya pasti diperkenankan Allah, namun pengorbanan atas kebertanggungjawab (Mas` uliyah) ,strategi yang cukup teliti dan disiplin untuk melaksanakan (Itqan) serta hubungan rasa kehambaan dengan Allah (Ubudiyyah) ditunjukkan baginda dalam memperoleh suatu matlamat iaitu hijrah ke madinah,yang mana kemudiaan menjadi kerajaan pertama Islam. Untuk mencapai suatu matlamat itu, Nabi sendiri turut melalui proses-proses sebelom berjaya.  


Lihat bagaimana kombinasi ketiga-tiga (Mas`uliyyah+Itqan+Ubudiyyah) ini memastikan kejayaan hijrah. Imbas kembali setiap kegagalan kamu , apa ketiga-tiga formulasi ini sudah ada pada  
usaha anda? jika belum , nah usah berlengah. Jika sudah ada namun masih menempa kegagalan,pasti saja hikmah yang lebih besar sedang menanti. Bukankah Allah itu Maha Adil =)


Akhirnya saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan di dalam peperiksaaan, moga  kejayaan yang anda peroleh boleh mnyumbang kepada kegemilangan Islam kelak.


   
    







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...