Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Monday, 22 December 2014

Belajar Dengan Bijak

Assalamualaikum, 

Menjelang minggu peperiksaan ini mulalah persiapan galak dilakukan. Masuk universiti, kita semua tahu tugas kita sebagai pelajar untuk belajar. Tapi kita kurang persoalkan bagaimana cara untuk belajar ? Kita selalunya menganggap kita akan tahu belajar dengan secara semula jadinya . Jarang kita hendak, berfikir adakah benar atau efektif cara kita belajar. Baru-baru ini saya ada menonton suatu video clip di youtube yang bertajuk "Study Less Study Smart" oleh Marty Lobdell,  Pensyarah Psikologi. Penerangan yang diberikan membuka mata saya mengapa saya tidak berjaya dengan cemerlang pada zaman undergraduate dulu.

1) Berapa Lama Waktu Untuk Belajar ?

1 jam, 2 jam, 3 jam, 15 minit ataupun 30 minit ? Bagaimana hendak menjadikan waktu yang kita peruntukkan itu berbaloi dengan kefahaman yang kita dapat. Hal ini kerana, kadang-kadang seseorang memperuntukkan masa hingga 3,4 jam dalam satu sesi. Namun apabila disoal apa yang kamu faham ? Ternyata hanya lelah semata. Dalam kajian yang didedahkan manusia mampu memberi tumpuan penuh dalam masa 30 minit, kemudian perlu rehat seketika dalam masa 5 minit. 5 minit ini bolehlah digunakan untuk mendengar musik seketika sebelum menyambung menelaah pelajaran semula 30 minit, dan berhenti seketika semua dalam 5 minit sehinggalah beberapa waktu yang diingini. 5 minit rehat ini memberikan waktu untuk otak recharge dan mengekalkan momentum otak untuk kekal segar. Tanpa rehat seketika ini otak akan mudah letih.

2) Rancang Waktu belajar dengan baik.

Pembentang memberitahu untuk memulakan pembelajaran pada awal masa dan bukannya diletakkan di akhir masa. Sebagai contoh, hujung minggu. Selalunya pelajar lebih gemar untuk bersuka ria di awal pagi dan meletakkan waktu belajar pada waktu malam ketika badan sudahpun letih. Badan yang letih pastinya bukanlah waktu yang optimum untuk melakukan pembelajaran. Saranan beliau adalah dengan belajar terlebih dahulu di awal waktu , habiskan dan kemudiannya barulah menerima reward diakhirnya. Terpulang samada melakukan apa-apa yang menggembirakan hati, menonton wayang sebagai contoh. Reward pada diri juga penting dalam proses pembelajaran.

3) Pilihan tempat belajar.

Perasan atau tidak, kebanyakan bilik/dorm di universiti di sekalikan dengan tempat belajar. Pendek kata, di situlah kita belajar, di situlah kita tidur. Kajian mendapati otak kita akan memberi reaksi spontan terhadap suatu suasana. Bilik tidur sebagai contoh, akan memberi rangsangan untuk baring, rehat dan tentunya tidur. Jadi apabila tempat tidur dan tempat belajar di dalam suatu tempat, perlunya kita untuk create suasana belajar agar otak kita boleh fokus. Sebagai saranan adalah meletakkan tabir pada tempat belajar, atau membeli lampu meja khas untuk meja belajar. Jika hendak belajar gunakan lampu itu. Kerana itu, saya fikir belajar di perpustakaan jauh lebih efektif.

4) Persiapan Alatan / Waktu tidur

Adalah digalakkan untuk kita terlebih dahulu mempersiapkan peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk belajar selengkapnya supaya masa belajar tidak dibuang mencari itu dan ini. Waktu tidur adalah amat penting, otak perlu mendapatkan rehat yang cukup, rata-rata meletakkan tempoh 8 jam sebagai optimum. Hal ini kerana dalam tempoh tidur inilah penyimpanan maklumat ke bahagian yang lebih kekal dilakukan oleh otak. Tanpa tidur yang cukup, proses ini tidak berlaku dan mengakibatkan kita akan mudah lupa apa yang kita pelajari. Selain akan blackout jika dilakukan malam sebelum peperiksaan.

5) Penting membaca buku text/ tulis nota

Buku text sebenarnya sangat berguna , penting dan membantu dalam pembelajaran kepada para pelajar. Hal ini kerana buku text memang ditulis mengikut pedagogi pembelajaran yang memudahkan kefahaman. Lecture slide sahaja memang tidak mencukupi. Catatan nota adalah penting, tetapi pastikan nota yang ditulis segera dirujuk semula. Sebagai contoh jika nota itu ditulis pada kelas waktu pagi, teruslah dilihat semula pada waktu petang. Nota yang dibiar tanpa dilihat pada waktu terdekat akan sia-sia.

6) Bagaimana memastikan kita sudah faham

Menurut professor ini, perkara utama dalam pemikiran pensyarah ialah untuk memastikan para pelajarnya memahami "konsep" sesuatu pembelajaran, "fakta " adalah perkara kedua. Konsep akan memberi faham kepada pelajar sepanjang hayat, fakta sebaliknya boleh dicari kembali di internet ataupun buku. Beza konsep dan fakta ialah sebagai contoh apabila mendengar sebuah lagu. Kita sebagai orang dewasa akan faham apa intipati sesebuah lagu tersebut, tetapi mungkin kita tidak ingat setiap bait perkataannya. Sedangkan adik kecil kita tahu/hafal setiap bait perkataan tetapi pabila ditanya maksud lagu, mereka tidak faham. Jadi selepas pembacaan, untuk memastikan kita telah betul-betul faham apabila kita boleh menceritakan semula apa yang kita telah baca menggunakan perkataan kita sendiri. Menggajarkan kepada kawan ataupun kerusi! , menulis semula dengan perkataan sendiri akan menguatkan lagi ingatan kita.

Sangat penting untuk ditekankan ialah untuk kita menghayati dan menghargai segala benda yang diajarkan. Salah satu tugas pensyarah ialah untuk menyampaikan perkara ini kepada pelajarnya namun kadang kala maksud tersebut tidak sampai pada pelajar. Inilah pentingnya pula Study group, dari sini, perkongsian dan perbincangan daripada rakan-rakan yang lebih dekat dengan kita akan menyebabkan lebih mudah untuk memahami dan menghargai sesuatu yang kita pelajari. 

7) Bagaimana ingin pula menghafal fakta

Ya dalam peperiksaan kita perlu untuk memahami konsep dan tidak dapat pula lari untuk turut mengahafal fakta. Bagaimana caranya ? Professor ini memberi 3 cara untuk menghafal fakta iaitu melalui : 
i) Akronim ii) Ayat-ayat biasa iii) Guna imej.

Contoh akronim ialah sebagaimana dahulu kita mengafal warna pelangi, planet yang gunakan istilah yang lucu. Namun yang paling berkuasa ialah imej. Otak suka pada imej. Untuk memahami cara otak berfikir melalui imej, sila menonton pula video youtube : how to become memory master oleh Idriz Zogaj atau Joshua Foer. Perbincangan yang menarik.

Untuk tips versi Islamik boleh rujuk entry ini.

Selamat maju jaya :)

Sumber asal : youtube 

Friday, 13 September 2013

Tamat satu perjalanan.

Sekian lama tak update blog, otak kering idea menulis dan celaru hala tuju penulisan. Mungkin hanya topik ringan yang ingin diulas berkenaan perkara yang dilakukan dalam senggang masa beberapa bulan lepas.

Cabaran Menyiapkan Thesis.

Dua, tiga bulan lepas merupakan tempoh yang sangat mencabar selama aku bergelar seorang pelajar. Hal ini kerana ia merupakan tempoh-tempoh terakhir dalam tiga tahun aku sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda. Tempoh masa yang menghimpit untuk menyiapkan thesis yang bermasalah disamping memanfaatkan masa yang ada untuk mencipta sebarapa banyak kenangan bersama rakan sekeliling.

Berada di tahun akhir, satu perkara yang akan anda hadapi ialah penulisan thesis, pengalaman yang tidak mudah sama sekali, syarat wajib untuk bergelar seorang graduan. Berbanding rakan yang lain yang mengikut timeframe yang ditetapkan, penulisan thesis aku bermasalah. Satu tahap dikala rakan yang lain sudahpun membentangkan hasil kajian mereka atau istilahnya VIVA, aku masih disuruh masuk kedalam makmal untuk meneruskan kerja-kerja makmal.

Perasaan sangat menjengkelkan dan sudah berapa kali rasanya berada di jurang putus asa. Tetapi putus asa bererti tidak bergraduasi pada tahun ini, akal waras memaksa diri menempuh limitasi diri. Penghargaan juga kepada rakan-rakan yang sentiasa meniupkan kata-kata semangat tidak putus-putus. Akhirnya karya ilmiah pertama dapat juga disiapkan.

Latihan Industri Pula Menanti 

Dalam menyiapkan proses pengeditan thesis, sebenarnya sudah bermula latihan industri dan saya hanya membukukan thesis pada minggu ketiga latihan industri. Latihan industri ini aku tetapkan matlamat untuk satu keputusan besar samada kekal dalam bidang yang aku ceburkan ini atau beralih arah kerana hingga takat ini segalanya masih kabur! 

Alhamdulillah, latihan industri di UMBI memberikan jawapan yang sangat ditagih pada sebuah ketidakpastian. Suasana tempat kerja yang sangat kondusif, membina kefahaman dan jawapan kenapa aku belajar bidang yang aku ceburi selama tiga tahun ini. Suatu kepuasan di hujung jalan dan juga satu kesesalan.

Di Pengakhiran Masa

Tiga bulan yang sangat padat ditambah dengan kehadiran Ramadhan dan Syawal melindungkan hakikat perasaan "Aku sudah dipenghujung jalan di UKM untuk program Ijazah sarjana muda". Banyak perkara yang menjadi bekalan untuk melangkah keluar. Penghargaan dan kesyukuran buat insan-insan yang memberi makna ukhwah dan kehidupan. Moga semuanya memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

Ijazah Sarjana Muda Biokimia UKM,

TAMAT.



  





 *Pada minggu kedua latihan industri seorang lecturer biokimia yang juga mantan ketua program Dr. Amir Rabu meninggal dunia. seorang pendidik yang ikhlas mencurahkan ilmu beliau. Al Fatihah~ 



 

Monday, 12 November 2012

Aku kejar benda yang salah





“Iwan dah besar nanti nak jadi apa ? "
"Nak jadi orang yang berjaya ...! "

Itu jawapan yang ibu ajar kalau ada orang tanya soalan ini . Teringat masa kanak-kanak dulu selalu orang akan  tanya perkara ini  . Mungkin niatnya sekadar mengusik .

"Belajar betul-betul , nanti dapat kerja elok , gaji banyak , hidup senang ..”

Masuk ke alam persekolahan , inilah frasa nasihat yang sering kali diulang-ulang pada aku . Faktor aku dibesarkan dalam keluarga yang cukup sederhana mungkin menjadikan ia sebagai suatu sumber motivasi untuk keluar dari "kepompong" ini .

Memperolehi kejayaan untuk mendapat kerja yang bagus dan gaji yang besar .

Inilah maksud kejayaan yang aku akan kejar  ...!

Lalu aku "terhanyut" dalam mengejar makna sebuah kejayaan . Kompetatif , berhabis-habisan untuk mencari nilaian "A" sebelum akhirnya  jatuh tersungkur , terkapai-kapai kembali mencari erti makna kejayaan .

________________________________________________________________________

Baru-baru ini ramai orang share di FB pasal kata-kata terakhir seorang doktor berbangsa cina yang merupakan seorang doktor pakar dan juga seorang jutawan .

Membaca jalan kisahnya serba sedikit aku melihat aku pada dirinya terutama bagaimana cara beliau memandang erti kejayaan iaitu dengan sudut pandangan materialistik semata cumanya beliau lebih bernasib baik untuk terus mengecapi "kejayaan demi kejayaan" sedangkan aku sudah tersungkur awal .

Ironinya sedang asyik dibuai kemewahan kejayaan itu tanpa sedar beliau sedang menghidap penyakit kanser
tahap 4 yang memungkinkan jangka hayatnya hanya tinggal beberapa ketika .

Pada masa ini barulah beliau menyedari bahawa kejayaan yang dikejar-kejarnya itu kosmetik semata , tiada nilai .

Perkara ini juga disentuh oleh Stephan Covey melalui bukunya "7 Habits of Highly Effective Peoples" . Meletakkan syarat kedua sebagai "Begins With the End In Mind" , beliau juga sedar hakikat kejayaan bukan datang dari kemewahan bahkan lebih kepada kepuasan diri dan manfaat terhadap orang lain .

_________________________________________________________________________________

Suka melihat sisi pandangan orang bukan Islam yang akhirnya sedar akan hakikat dunia yang ada sekarang . Betapa kita dipengaruhi doktrinisasi sistem kapitalis , berusaha bersungguh-sungguh untuk diterima kerja oleh  syarikat gergasi mereka dan berpuas hati dengan bayaran sedikit sedangkan manfaat besar berbalik kepada mereka , natijahnya apa syarikat yang Islam boleh banggakan ? TIADA.

Justeru erti makna kejayaan perlu dihalakan bukan untuk kesenangan diri sendiri sahaja bahkan perlu besar ertinya baik dari perspektif dunia dan akhirat agar manfaatnya dapat dikongsi bersama pada masyarakat sekeliling , negara dan Islam khususnya .  


Aku kini sedar matlamat yang besar perlu dicapai , tapi daya kesungguhan dan kompetatif dari suatu sudut khususnya akademik sangat lemah dan tak bermaya . Masih menyesuaikan diri mungkin atau aku sebenarnya berada di tempat yang salah untuk matlamat yang baharu ini ........ 



Sunday, 11 September 2011

Hi "awk" lama x ketemu. rindu .


"Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya."(Riwayat Abu Daud & Tirmizi).


Assalamualaikum 

Harini selamatlah sudah aku mendaftar kembali ke UKM Officially!
(*walaupn dkt 2 bln lbih jgk dh berkampung di sini)
Dan selamat jgk mendaftarkn diri di kolej Ibrahim Yaakub(KIY) instead of Zaaba. 
Terbantut hajat nk kembali ke kolej yg pernh diduduki mse zmn motivasi PMR yg punya knagan tersendiri. tp mungkin perancangn Allah membuat saya kekal di sini, dan ternyata best!
kolej dh cantek, perabot baru + ad celebriti baru KIY iaitu Imam Muda =D

Ok. Seriusly rindu pada Biokimia . * yeke .hehe ? 
Setelah hampir 4 bulan x ber"contact". bermula dari rindu kini dh jd takut pulak . Takut-takut x ingt ap2x.  
Last yr, i admit Im still not sure my feeling towards you, but now, YES
 Im finally sure , we "met" for some reasons. and it is fated.  
Plz dont ever doubt my feeling towards you. OK Miss biokimia?
=P



Pernah tgk cerita 3 idiots? hindustan, amir khan belakon tu. 
cerita psl 3 org yg perangai gila2x, skip kelas, kenekn cikgu. Last2x  2 org kwn dy tu dpt keputusan 2 plg corot. tibe2x yg amir khan ni dpt no 1.!! 
apa katanya bile kwn lain tnye nape dy dpt gitu dy kate " i LOVE machine and enginnering is my passion "
*cite psl bdk-bdkl engine.
walaupn ini crite je.. tp ad benarnya.

Bilamana Cinta sudh bertakhta, dgn menyebut namanya saja sudah suatu kelazatan.
semua perkata tentangnya bagai tiada jemu memikirkn.
semua tentang dirinya sanggup diteroka utk lbih knl
 hatta mendengar namanya saja hati  sudh menjadi gundah gelisah.
Inilah dasyatnya cinta. bila ad cinta , maka akn hadir suatu RASA yg membuatkn manusia khayal didlm permainnannya. tatkala ini pengorbanan setinggi langit pon bkn halangn demi mendaptkn Cinta.   
Bayangkn klu kita dpt aplikasikn pd ilmu, pastinya assignment segunung langit jg xde masalah kerana ada RASA cinta padanya. 
   
Ingatlah

"Jika hendak BERJAYA DI DUNIA maka hendaklah dengan ILMU, jika hendak BERJAYA DI AKHIRAT maka hendaklah dengan ILMU, jika hendak BERJAYA KEDUA-DUANYA maka hendaklah juga dengan ILMU." (Imam Syafei).

dan sandarkn niat menuntu ilmu semata-mata kerana Allah, semoga akhirnya segala ilmu yang dipelajari dpt menghadirkn rasa Cinta yang teragong yang plg didamba iaitu 
Cinta Allah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...