Wednesday 19 March 2014

Kisah SPM

Sepanjang mencebur diri penulisan blog yang sudah lebih kurang tiga tahun lebih baru perasan, belum ada lagi rupanya entry berkenaan kisah SPM aku walhal enam tahun sudah peristiwa ini berlalu. SPM memang nightmare sampai ke hari ini. Kenyataan yang pahit untuk ditelan dan kenangan yang menyakitkan untuk diingat. Kisah seorang hamba Allah direntap akan egonya, diperingat betapa kerdilnya diri dan dipelajarkan erti ikhlas terhadap Ilahi dalam ujian yang ditimpakan. 

Kisah bermula selepas mendapat keputusan PMR, ketika ditingkatan 4. Alhamdulillah keputusan baik, dapat straight A`s. Di sekolah ketika itu mendapat straight A PMR bukanlah suatu kebanggaan pun kerana biasanya straight As PMR akan melebihi 100 orang. Melihat usaha yang "gila" dibayar sama dengan orang lain buat rasa diri terpana. Macam ni, aku masa tu kelas kedua, belajar memang style skema habis, stay up semua tiba-tiba ada kawan-kawan yang dari kelas akhir yang style belajar sempoi-sempoi, pulun last minute pun boleh score straight. Masatu timbul rasa dalam diri taknak jadi budak skema dah, "baik aku main-main macam diorang, last minute nanti baru belajar, aku kan pandai ! ".

Mulalah masuk form 4, mentality masatu memang "nak main-main", tak mahu dah study gila-gila sangat, ye la SPM lama lagi. Ditambah dengan sentimen kuat yang form 4 ni kan honeymoon. Dalam waktu ini, sengajalah cari alasan taknak masuk kelas sangat, caranya aktiviti luar! (kokurikulum). Ada la jugak bergiat dengan unit beruniform, sukan dan pustakawan waktu itu sebagai alasan-alasan untuk tidak hadir ke kelas. Atau kalau tak ada alasan ini, sengaja ikut van sekolah pergi klinik walaupun tak sakit. Ini sahajalah cara-cara nak ponteng kelas kalau duduk sekolah asrama. 

Yang menyedihkan bukan sahaja masa ni aku tinggal disiplin belajar waktu menegah rendah dulu, seperti benda-benda basic, fokus dalam kelas, buat kerja rumah, hafal nota tetapi aku tinggalkan jugak amalan-amalan harian sebagai seorang Islam seperti AlMathurat, solat hajat dan baca quran selepas solat. Bila ingat balik masani sombong sangat dengan Allah. Astaghfirullah..

Tingkatan 5 aku dimasukkan di dalam "kelas campur". Waktu ini, kelas pertama dan kedua sahaja ikut ranking batch yang lain random. Ini pertama kali aku "tercicir" dalam kategori random.Banyak jumpa muka muka baru yang sebelum ini tak pernah pun satu kelas sepanjang 4 tahun sebelum ini, sangat mengujakan! Kelas ini merupakan antara kelas yang akan sentiasa diingati dalam sejarah persekolahan.! waktu ini juga ramai perasan aku berubah karakter daripada seorang pendiam,serius dan susah didekati kepada seorang  yang sangat kecoh dalam kelas. Culture Shock barangkali. Mood menuju SPM memang hancur, masih terbawa bawa rentak semasa form 4 hinggalah pada keputusan pertengahan tahun dan percubaan spm dikeluarkan. Keputusan yang sangat teruk, subjek kimia waktu itu dapat "E" dan subjek Add Math "Fail". Masa depan nampak sangat gelap,SPM tinggal kurang lebih 100 hari waktu itu!

Mujur aku di dalam environment yang baik di mana rakan-rakan yang sentiasa meniupkan kata-kata semangat. Aku jadi teringat pegangan basic yang aku sentiasa pegang dahulu, kata-kata hikmah yang berbunyi
"Ilmu itu cahaya, cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam orang-orang yang berbuat maksiat".
Dikesempatan Ramadhan aku guna sebaik mungkin untuk membersihkan hati. Akhirnya SPM datang juga. Memang persediaan banyak yang tidak cukup, buat kali pertamanya aku masuk untuk peperiksaan awam dengan rasa cukup tidak bersedia. Rasa menyesal, hendak putus asa semua aku telan sahaja, hanya mengharap belas kasihan pemeriksa dan terutama pemilik hati pemeriksa.!         

Habis exam, aku memang dapat rasa "tidak puas" dalam menjawab, tetapi "redha" sahajalah. Sepanjang tempoh masa menunggu keputusan SPM, sentiasa aku terfikir apekah nasib aku nanti. Perjalanan cantik diawalan, hancur di pengakhiran, adakah begitu ? Cita-cita aku letak waktu awal belajar tinggi, untuk belajar di seberang laut!  

Hari yang ditunggu akhirnya tiba, ingat hendak datang sendirian kerana mengenangkan apa yang mungkin akan berlaku tetapi ibu dan ayah berkeras juga mahu mengikut sama. Sepanjang perjalan ibu ayah yang teruja, aku membeku. Sampai ke sekolah sudah agak lambat waktu itu, wajah girang rakan-rakan satu satu aku tatap. Aku cuba memberanikan diri menanyakan keputusan mereka , yang aku tanya ni budak-budak kaki study dan mereka mendapat apa yang mereka layak. Maka pergilah aku menggagah diri berjumpa guru kelas untuk ambil slip.Yang tak boleh blah, beliau terus sebut result "==

"Hah, Shazwan ... 6A.... "

BM-A1
BI-B3
MATH-A1
SEJARAH-A1
PAI-A2
FIZIK-A1
KIMIA-A2
BIO-B3
ADD MATH-B3

Waktu itu perasaan bercampur baur, satu tak sangka sebab tengok kimia dengan fizik dapat A. Tapi terkejut sebab dua subjek BI dan Add Math yang agak yakin boleh dapat A tapi dapat B, dalam masa sama ada perasaan hampa jugak sebab merasakan 6A rasa sikit sangat, selain rasa kecewa sebab first time exam besar tak dapat straight A serta terkilan bilamana usaha kurang lebih 2,3 bulan dapat 6A kalau dari awal mesti tak mustahil straight! Bayangkan semua perasaan ni ada dalam satu masa.

Tetapi yang aku lagi terkilan bila aku tunjuk dekat ibu ayah, mereka terdiam. Aku tahu mereka mengharap lebih, dan mereka sedaya upaya sembunyikan emosi dan cuba memberi respon positif pada anak mereka. Aku nampak. Ini part yang memang membuat aku menyesali semua kesilapan dalam kealpaan yang aku buat. Menangis dalam hati saja masatu. Lepas ambil result memang aku lari terus masuk kereta dan terus balik.

Lama jugak aku cuba telan hakikat peristiwa ini. yang pasti peristiwa ini sangat mendewasakan. Aku memuhasabah kembali erti sebenar kekuasaan Ilahi.

Baru-baru ini aku dengar kuliah Ustaz sebut perihal takwa.

"Kita hari ini perlu melihat segalanya datang dari Allah, bukan melihat pada usaha-usaha kita atau IQ kepandaian kita. Kita usaha kerana memang Allah suruh kita usaha, namun pemberian itu mutlak atas Allah. Kadang Dia bagi kita jatuh, Dia nak didik kita sabar. Kadang Dia bagi kita kesakitan, Dia nak ajar erti tawakal. Tiap ujian yang diberi ada perkara yang Allah nak didik !"

Matang sikit aku fikir, antara meraih "straight As" dengan "Redha Allah", besar sungguh perbezaannya. Tak layak pun untuk disedihkan, hidup lebih besar pengertiaanya dari sekadar straight As.

Pada umur kini, (aku SPM 2008), aku makin melupakan sudah perihal SPM ini, begitu juga rakan-rakan yang lain. Masing-masing melalui jalan tersendiri dan akhirnya sampai juga pada cita-cita. SPM tinggal hanya kenangan ....nasihat, jangan alpa dengan kejayaan, jangan tewas pada kekecewaan. Keduanya adalah ujian untuk menguji samada kita bersyukur jika berjaya dan bersabar dalam kegagalan yang akan mematangkan kita sebagai penuntut ilmu.

"Tundukkan hati, tawaduk dengan ilmu dan guru, dengan nama Allah, teruskan melangkah!"   




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...