Sunday 27 May 2012

Seindah Semalam


Alhamdulillah hujung minggu ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik lagi memberi manfaat. mungkin inilah kesan bersama dengan rakan-rakan yang masing-masing dahagakan redha dan syurga Ilahi. Mula pada malam sabtu, dengan bersama-sama rakan fakulti pergi ke putrajaya, tertanya-tanya akan apakah aktiviti yang menanti. Ceritanya, kami cuma diajak berkumpul di masjid Putra tanpa tahu apa aktiviti yang akan dilakukan. Hairan juga, kerana pada malam berkenaan sedang berlangsungnya konsert WOnder Girl di PICC sempena Himpunan Sejuta Belia yang mnyebabkan majlis ilmu kuliah UAI terpaksa beralah. takkan nak ajak kami semua tengok konsert kot ... hmmmm.

masih tak tahu nak buat apa, tangkap gamba dulu 



Selepas sampai barulah kami diberitahu, rupanya malam itu kami ditugaskan untuk "mencuri" hati-hati mad`u. turun lihat keadaan dan bertanya sendiri kepada orang ramai tentang apa pendapat mereka berkenaan Himpunan Sejuta Belia ini. Well, secara pemerhatian.. memang bagus pengajuran himpunan ini. banyak booth-booth yang menawarkan peluang pekerjaan dan pendidikan. Tapi, nun di hadapan sana, terbina satu pentas yang bingit dengan konsert-konsert . bukan satu dua , tentatif menunjukkan tiap-tiap malam akan dihidangkan dengan konsert yang  cukup melalaikan dan membunuh roh-roh agama dalam jiwa remaja . Didikan pemerintah salah satu faktor kepada pembinaan diri, selain didikan ibubapa dan guru. Jika inilah didikan yang diberi, semoga dihadapan Allah kelak penganjur lancar menjawab dihadapan Allah tentang maksud program-program ini.

artis=Konsert=pengisian rohani??? 
remaja berseronok, yang tak pakai baju pon ada "=.=



Pada responden yang diterima, ramai yang setuju bahawa program-program yang disajikan tidak membawa kepada perkembangan jiwa remaja. Tapi tetap ada juga yang mempertahankan bahawa kerajaan sehabis baik buat untuk remaja dengan perkumpulan besar-besaran ini yang menurutnya boleh mencungkil bakat-bakat dalam kalangan remaja melalui aktiviti berbasikal , sukan extreme dan lain-lain. Tak kurang yang berpendapat program ini jauh lebih baik kerana aman dan tenteram tidak seperti perhimpunan duduk secara "aman" yang dilakukan pihak lagi satu. Untuk ini saya pulangkan kepada anda semua untuk menilai sendiri.
Yang pasti saya seronok mendengar pendapat masing-masing, banyak yang boleh dipelajari melalui pendapat-pendapat mereka.Soal kita meletakkan diri kita sama seperti orang lain dalam mendekati mereka.Kalau anda terus-terusan sibuk pasal fikir untuk diri sendiri sahaja,cuba fikir sejenak berapa ramai diluar sana "perlu"kan anda.  Malam itu diakhiri dengan sedikit pengisian.




 Zero To Success

Belum pon habis letih, terus bersama dalam program "Zero to Success" . Bermula dengan bermalam di masjid UKM sebelum pergi sekali lagi ke Putrajaya, kalini di Taman Warisan Pertanian. Cantik tempat ni. =)

Tempat Program.
Slot pertama bersama dengan Ustaz Mohd Hakim untuk  "No One for Success". Pengisian santai yang mengupas tentang rahsia kejayaan. Setiap masakan tertentu mempunyai perencah, dan perencah utama bagi masakan ialah ATTITUDE! . Menurutnya "Every problem have a solution,every solution have a choice,every choice is MY choice! " . Cukup jangan sesekali menyalahkan orang lain untuk sesuatu hal, kerana kitalah penentu utama sebab itu berlaku. Bermula dengan mengenali diri sendiri, kongsi matlamat dan cita-cita dan seterusnya focus dengan attitude yang betol. memandu "TAHU kepada MAHU dalam mencapai MAMPU!"


Ustaz Mohd Nazmi yang ceria.

Slot kedua bersama Ustaz Syaari yang cukup terkenal dengan karya Sultan Muhammad Al Fatih beliau yang membicangkan soal "Say No to Mungkar, Yes to Maaruf" . Penyampaian yang membangkitkan semangat berjuang dengan meletakkan Sultan Muhammad Al Fateh sebagai contoh dan penanda aras begitu sampai kedalam jiwa. Pada usia 20 tahun Sultan Muhammad Al Fatih sudah mencatatkan dirinya di dalam sejarah sebagai pembuka kota Konstantinopel. Sebaik-baik raja yang diungkap dalam hadith nabi. Lalu pada usia anda sekarang apa sejarah yang telah kamu semua catatkan? Soal si penceramah, membuat saya tertunduk malu. *Pengisian lanjut akan cuba saya kongsikan di entry seterusnya, mudah mudahan. 

Mantap!




Program tersebut juga diselangi dengan beberapa modul yang menarik. seharian jugak masa dihabiskan disini.

badminton guna kain

           
Pada hari ini saya belajar satu benda, pemilihan kawan sangat penting. Kawan akan sangat mempengaruhi suasana anda. Suasana samada kepada kebaikan ataupun keburukan. Hari ini, saya dipertembung dengan pilihan konsert-konsert penuh kelalaian, saya tidak menolak kemungkinan kalau ada suasana yang mengajak belom tentu saya gagah menolak. Tapi saya cukup bersyukur diletakkan dalam suasana rakan-rakan yang cintakan agama , serba sedikit saya terkena tempiasnya. Benarlah Ukhwah itu Indah jika semata kerana Allah.                           





Thursday 24 May 2012

Sama tapi berbeza

Saya seorang yang suka memerhati, memerhati suasana yang berlaku , menganalisa dan mentafsir penuh minat. mungkin itu antara sebab saya diletakkan di kos yang bermain dengan "hidupan-hidupan" yang sangat mikro . membuka luas mata menghargai setiap "benda" yang kecil zahirnya.

Cukup itu sekadar di makmal. 
Apa yang lagi mengujakan saya ialah pada melihat "makmal" yang lebih besar iaitu kehidupan, spesik lagi ialah pada kehidupan dalam Universiti. Suka melihat gelagat-gelagat yang berbeza kawan-kawan sekeliling.

Sekali pandang nampak rambut semua sama hitam, tapi dua kali pandang bukan hati je lain, serba serbi berbeza. Jadi saya pisahkan mereka kepada 3 golongan yang setiap Universiti ada.

Golongan Pertama - Leaders/Aktivis

Kalau dengar perkataan "mahasiswa" golongan mereka-mereka inilah yang pertama terbayang. Nama-nama seperti Adam Adli, Akram Ikrami, Safwan Anang bukan sedikit impak mereka terhadap kerajaan saat mereka melontarkan pendirian mereka.

Mereka ialah antara contoh golongan pemimpin-pemimpin yang memacu sesebuah organisasi besar mahasiswa. Kalau diamati kehidupan mereka tak nampak macam seorang "student" . Sibuk dengan program-program dalaman Universiti mahupun di luar Universiti, tak tahu bila mereka belajar... Aktivis adalah golongan pengikut kepada para pemimpin ini, mereka bersama menggerakkan sesuatu organinsasi.

Selalu golongan ni dilihat "cakna" isu-isu semasa, klu ada isu, tanyalah golongan ni tahu serba serbi atau setidak-tidaknya ada pandangan yang menarik daripada mereka.

"Aktivis" biokimia

Kalau di UKM ni, ramai juga kenalan yang tergolong dalam kumpulan ini. Kalau ditanya kenapa memilih untuk sibuk? kan elok tumpu saja pada pelajaran. Jawab mereka "Kami Belajar Sambil Mencabar...!" frasa yang ringkas tapi maksud yang sangat beerti.



Hebatnya golongan ini walaupun mereka masih lagi belajar, masyarakat sudah merasai kehadiran mereka.Tapi golongan ini sangatlah sedikit di setiap universiti. 

Golongan Kedua - Trapped/Terperangkap

Ye golongan kedua ialah mereka yang terperangkap . Terperangkap macam mana? pertama ialah mereka yang terperangkap dengan 3K (ni paling common) - Kuliah, Kafe, Katil. selalu dilabel sebagai "nerd". tak ambil kisah langsung apa-apa yang berlaku disekeliling. Yang penting result score! thats all. tiada variasi dengan pelajar sekolah. 

Kedua, golongan yang terperangkap dalam perasaan , terkurung antara realiti dan fantasi. Golongan yang macam mana ni? senang cerita golongan yang cakap-cakap mereka berkisar tentang cinta,bf,gf,bakal suami, bakal isteri dan seumpamanya. dekat fb banyak, cari-cari. Pada saya golongan yang ini juga terperangkap dengan keasyikan yang namanya Cinta. Matlamat yang disebut-sebut hanya kawin,cinta,sayang tanpa berpijak di bumi nyata sekadar cakap angin sehingga semacam menafikan matlamat lain yang lebih besar.

Seiring dengan usia remaja, fitrah ni memang tak bole nak elak. bahkan ada yang keluar pendapat, masa inilah perasaan cinta itu meluap-luap mohon dilayan. Jadi tak hairan la lps didarab bahagi integrate golongan ni paling ramai sekali.

Dijelaskan panjang lebar psl isu ini di sini 
                                 http://saifulislam.com/?p=11224&fb_source=message#more-11224



Yang parahnya bila mereka "terperangkap" dalam perasaan ini ialah mereka seolah terasing di dunia mereka sendiri menjadikan mereka buta dan pekak terhadap apa yang berlaku sekeliling. Fokusnya hanya sekadar dia dan pasangannya. Lain-lain dia tak ambil hal. kalaupun ambil tahu,tapi tak mampu bersama berjuang, semacam ada halangan. Kadang-kadang mereka orang yang hebat, tapi kerana hal yang satu ini entah kemana menghilang potensi mereka.

Golongan Ketiga - Drunker/Mabok   

Golongan ini sangat berpegang pada kalimah "hidup sekali so kita enjoy..." 
mengangkat budaya hendonisme dengan konsert sana-sini bergaul bebas.Mereka menghayati pengertian "sebenar" remaja. Mabuk disaji hiburan yang melampau-lampau. bangga berkiblatkan ajaran barat, Jauh dari agama. 

Mungkin penjelasan ada di sini


Golongan ini kerap tidak senang melihat sesuatu perkara baik yang diusahakan pihak-pihak tertentu, cepat melatah dan mudah diperalat pihak-pihak tertentu. 

Mungkin kadang-kadang mereka Excel dlm study, tapi apalah sangat nilainya jika jiwa dalam diri kosong. Tetap tidak bermanfaat, lagi bertambah bahaya jika digunakan untuk menghancurkan yang hak.  

Di UKM rasa sangat sedikit, jadi saya pon x reti nak hurai sangat =) tapi yang pasti diluar sana sangat ramai.



Kegusaran Masa Depan
Mungkin ada fakta yang tidak tepat,sebagaimana yang dikata, sekadar pemerhatian dan pendapat peribadi sahaja.

dalam melangkah pada masa depan terpulang pada kita bagaimana mahu mencorak hidup kita. Tapi apa lagi acuan yang paling baik selain daripada acuan yang telah digariskan agama.?

"Orang Yang Terbaik Di Antara Kamu Ialah Orang Yang Paling Bermanfaat Pada Orang Lain"

So, tengok diri dan tengok sekeliling, JOM UBAH! =)




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...