Sunday 7 June 2015

Kos Biokimia (Overview)



Assalamulaikum w.b.t,

Pertama, saya perasan melalui statistik blog, beberapa kali blog saya dirujuk melalui kata kunci “Apa itu Biokimia?”. Jadi sebagai graduan Sarjana Muda Sains Biokimia UKM saya terpanggil untuk menceritakan serba sedikit tentang Biokimia yang saya tahu *(saya ambil templete UKM). Saya sendiri tercari-cari sumber untuk dirujuk pada saat saya mendapat tawaran kos Biokimia UKM dahulu kerana saya hanyalah meletakkan kos Biokimia dalam pilihan UPU secara rawak. Kebetulan, kos ini saya pernah terdengar namanya *(sound interesting), tapi tidak pula saya kaji dengan teliti sebelum memilihnya. Dan berlaku konflik dalam diri sendiri apabila apa yang saya pelajari jauh dari apa yang saya bayangkan. Selepas graduasi barulah saya Nampak gambaran (overview) tentang bidang pengajian ini. Untuk tidak mengalami nasib seperti saya, berikut merupakan perkara yang perlu anda ketahui tentang kos “Biokimia”.  

Apa itu “Biokimia” ?

Soal ini kena jelas. Dahulu saya menganggap Biokimia itu sebagai gabung jalin antara Biologi dan Kimia (merujuk kepada silibus matrikulasi). Dan saya memilih kerana meminati kedua subjek ini. Satu pertimbangan yang sangat salah! Biokimia bukan itu. Langsung bukan! Pada saya definisi yang diberi Wikipedia tentang Biokimia sangat tepat.

____________________________________________________________________
sometimes called biological chemistry, is the study of chemical processes within and relating to living organisms. By controlling information flow through biochemical signaling and the flow of chemical energy through metabolism, biochemical processes give rise to the complexity of life. Over the last 40 years, biochemistry has become so successful at explaining living processes that now almost all areas of the life sciences from botany to medicine are engaged in biochemical research. Today, the main focus of pure biochemistry is in understanding how biological molecules give rise to the processes that occur within living cells, which in turn relates greatly to the study and understanding of whole organisms.
Biochemistry is closely related to molecular biology, the study of the molecular mechanisms by which genetic information encoded inDNA is able to result in the processes of life. Depending on the exact definition of the terms used, molecular biology can be thought of as a branch of biochemistry, or biochemistry as a tool with which to investigate and study molecular biology.”
___________________________________________________________________

Secara mudah yang saya faham Biokimia ialah subjek yang sangat fundamental bagi memahami proses tindakan kimia yang berlaku dalam subjek biologi  merentasi pelbagai bidang samada botani hinggalah ke perubatan. Biokimia, fokus pelajarannya pada peringkat Biologi Molekul yang akan memahami tentang molekul yang terlibat dalam proses kehidupan (protein, DNA, RNA .. dll).

Apa yang akan dipelajari ?


Course outline mungkin berbeza mengikut Universiti. Untuk UKM berikut merupakan pecahan tajuk-tajuk besar yang akan dipelajari di dalam kos Biokimia.

1) Biologi Molekul
Anda akan belajar pelajaran-pelajaran yang berkaitan termasuklah Microbiology, Genetic, Immunology, Genetic Microbe, Biochemistry, Cell Biology, Molecular Biology, Biodiversity dll…

2) Biokimia (Tambahan)
Pelajar biokimia akan belajar extra pada Biokimia lanjutan, Biokimia lanjutan dan Cell Signaling dll..

3) Makmal
Akan terlibat dengan banyak makmal Microbiology, Genetic, Teknologi DNA Rekombinan, Biokimia dll..

4) Kimia
Turut  diajar teori kimia yang berkaitan seperti Organic Chemistry, Kaedah Pemisahan, Research Instrument …  

5) Research tool
Turut akan diajar subjek berkaitan research seperti Biometrik, dan beberapa pelajaran untuk tujuan penulisan thesis, penghasilan poster dan VIVA.


*Rujuk course content pada buku yang akan diberikan oleh fakulti pada hari pendaftaran fakulti (buku warna ungu) details ada di situ.
**UKM, thesis ialah Bahasa Melayu (tak senang..!) dan pelajaran bercampur-campur antara English dan Bahasa Melayu. Sedia je lah…

This Course will prepare you to …


1) Grasp the understanding (theoretical) of molecular biology and other related fields

2) To have good laboratory skill sets of various discipline related to molecular biology. *(This that differentiate you among the others-who are not in your course)

3) Expose and have ability to involve in research (Basically youre train to be a Scientist!)

4) know the basic technical knowledge of machines that use in research/diagnosis

Prospek lepas belajar ?


Soalan ini memang akan berlegar di fikiran siapa-siapa yang memasuki alam universiti. Berikut merupakan beberapa kerjaya yang saya tahu kawan-kawan saya atau senior terlibat.

1) Pegawai Penyelidik
Untuk lepasan degree boleh apply untuk jawatan Research Officer (RO) ataupun Science Officer (SO). Jawatan ini selalunya available di jabatan yang berkaitan dengan penyelidikan seperti MPOB, MARDI, IMR atau mana-mana Research Centre. Bidang research ni perlu explore sendiri sebab bidangnya yang luas.

2) Pegawai Biokimia
Pegawai biokimia ni jawatan yang ada di hospital, samada hospital kerajaan atau swasta. Untuk hospital kerajaan perlu melalui SPA, swasta boleh apply direct.

3) Industri
Potensi industri boleh di-explore jugak sebab ada kawan yang bekerja untuk pharmaniaga dan Nestle. Boleh jugak tengok syarikat-syarikat berkaitan bioteknologi seperti biocorp, ataupun yang membuat servis-servis makmal/diagnosis macam Gribble pathology. Industri juga selalu terlibat dengan Sales selain perkhidmatan makmal.

4) Prospek luar bidang
Kalau rasa tak sesuai dengan kerja-kerja dalam makmal, boleh dilihat juga beberapa prospek luar. Ambil contoh senior, ada yang terlibat dengan jawatan pegawai dalam unit beruniform, kerja dengan bahagian keselamatan pekerja (NIOSH) dll.

5) Sambung belajar
Ramai juga kenalan yang menyambung pelajaran ke peringkat pasca siswazah (Master) termasuklah saya sendiri. Selain itu, terdapat juga beberapa orang yang menyambung ijazah sarjana muda perubatan khas bagi yang sudah mempunyai ijazah pertama di Perdana University.


Susah tak nak cari kerja ?


Setakat apa yang saya fahami, kukuhnya sesuatu pekerjaan itu ialah berdasarkan market. Sebagai contoh kalau anda perhatikan market Malaysia lebih tertumpu kepada hasil bumi seperti Petronas. Maka kos-kos yang menggerakkan Petronas akan mendapat untung kerana demand yang besar. Untuk bidang seperti Biokimia ini, saya kira termasuk dalam bidang RnD di mana pemacu marketnya ialah agensi-agensi/syarikat Bioteknologi atau Pharmaceutical. Di luar negara, RnD merupakan antara industry yang rancak seperti di USA, UK, juga di Singapore. Malangnya di Malaysia, market area ini sangat kecil dan perlahan pula berkembangannya. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini dasar/bajet kerana ada serba sedikit menyentuh untuk memperkasa industri ini. Dan saya optimis market ini akan berkembang pesat dalam tempoh masa tertentu.

Butiran akhbar : 
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/20/Scientist-from-Klang-does-country-proud-Biotechnologist-listed-among-top-100/?
fb_action_ids=10152795373436548&fb_action_types=og.shares&fb_source=other_multiline&action_object_map=%5B723514774441928%5D&action_type_map=%5B%22og.shares%22%5D&action_ref_map=%5B%5D

Potensi baru.


Apa yang saya perlu bersedia sebagai pelajar ?


Saya bukan pelajar cemerlang, tetapi saya beberapa perkara yang saya sedar patut saya lakukan ketika zaman belajar dahulu ialah :-

1) Bina minat yang mendalam *(samada jalan suka atau paksa). Cuba dapatkan view daripada pensyarah atau mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap subjek *(pelajar pascasiswazah/senior), rajin-rajinlah berjumpa dengan mereka.

2) Optimis dengan masa depan, jangan terlalu khuatir soal nak kerja apa, nanti ada kerja ke tak. Hargai apa yang sedang dipelajari.

3) Membina rutin membaca yang giat. Kos ini menuntut untuk bacaan yang banyak dan mendalam. Slide pensyarah sahaja tidak mencukupi, perlunya merujuk buku-buku teks berkaitan untuk lebih memahami dan mendalami. Kerajinan membaca ini yang membezakan pelajar cemerlang dengan tidak cemerlang.

4) Follow trend perkembangan apa yang berlaku dalam dunia penyelidikan. Like la page-page FB berkaitan biochemistry samada dalam dan luar negara. Sekurang-kurang bila buka fb nampaklah perkembangan bidang ini. Beberapa page menarik yang anda boleh ikuti ialah “The-Scientist” , “I fucking Love Science” , “New-scientist” dan banyak lagi. Bagus lagi, cubalah mula baca jurnal berkaitan subjek. Anda akan diberi taklimat tentang cara mengekses database universiti yang mana anda boleh access kepada pelbagai jurnal.

Berbahagia bakal Saintis


this spirit!!


Dulu saya tertanya, apalah makna aku belajar di dalam kos ni… apalah manfaat yang orang lain boleh peroleh. Saya tidak mendapat jawapan, dan saya terganggu akan hal ini. Pada saya umat Islam harini sangat kekurangan saintis yang prolifik. Kalau dilihat sejarah terdahulu, budaya mengkaji merupakan budaya yang sangat subur dan meriah dalam kalangan umat Islam hingga meletakkan Islam mendahului dalam bidang sains dan teknologi. Kita perlu mengambil semangat kesarjaan mereka. Apa yang kita pelajari ialah berkenaan keindahan aturan ciptaan Allah yang sangat kompleks dan mudah-mudahan membawa kita untuk lebih menghargai kehidupan dan lebih dekat kepada Sang Pencipta. Bidang penyelidikan boleh menjadi game changer dalam kehidupan manusia keseluruhannya. Penemuan-penemuan kajian yang akan membuka lebih banyak pengetahuan dan memberikan solusi kepada permasalahan yang melanda masyarakat merupakan satu kepuasan yang perlu ditanamkan sebagai nilai memberi pada seorang yang berjiwa saintis. Berbahgialah menjadi seorang bakal saintis, pada tanganmu ada harapan yang boleh merubah dunia.




Doakan saya dan rakan-rakan yang menempuh jalan masing-masing.


Goodluck.



4 comments:

Unknown said...

Hai. Terima kasih share

Unknown said...

Sekarang saudara dah bekerja dalam bidang biokimia? Boleh share flow?

BUDAKPALINGOHSEM99 said...

Sekarang buat ape?

Anonymous said...

awak ambil master apa lpastu? sy mcm berminat nak ambil biokimia tpi tak nak stop smpai degree shj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...