Tuesday 18 October 2016

JAM MULTIFUNGSI SOLAT (IKLAN)

JAM TANGAN YANG BUAT ANDA SENTIASA ALERT WAKTU SOLAT DAN TAK SABAR SABAR PERGI MASJID !
=====================================================
Tengah mencari jam yang menarik, multifungsi dan membuat anda kelihatan stylo ?
Mahu saya perkenalkan dengan jam yang mempunyai banyak fungsi rare yang tiada lagi di pasaran seperti fungsi auto-alert waktu solat, iqamah ? yang membuat anda peka waktu solat walau dimana jua anda berada termasuk jika berada di luar negara! (euro, arab mahupun afrika)
*wau, bagusnya jam ni boleh ingatkan waktu solat!
Turut jam ini mempunyai fungsi kalender hijri (boleh alert tarikh Islam dan sirah yang melatari setiap bulan islam), juga mempunyai penentuan darjah kiblat juga penanda baca al quran!
Menarik ? Nah baca sendiri review lengkap berkenaan jam ini.
==========================================================
Setelah saya belek-belek dan amati jam ini. Beberapa perkara yang saya dapati.
1) Reka Bentuk - 4/5 bintang! Reka bentuknya sangat sporty, kemas dan simple sesuai untuk lelaki berjiwa adventurous dan lasak. Gabungan hitam dengan lining oren sangat menarik, warna oren memberi highlight yang menampilkan meyakinkan.
2) Detail - Cop logo brand "al harameen" pada tali dan belakang jam memberikan kepuasan, class tersendiri, membezakan dengan jam tangan-jam tangan di pasaran lainnya.
3) Paparan display digital pada interface jam menunjukkan font nombor yang jelas dan mempunyai ciri khas berbanding jam-jam lain. Ciri khas tersebut ialah
i. Kalender, uniknya pengguna boleh memilih dan melihat paparan kalender Masihi ataupun kalender hijrah !
ii. Selain waktu semasa, paparan kecil di bawahnya menunjukkan waktu masuk solat yang terdekat. Contoh, jika sekarang pukul 9 pagi, waktu solat terdekat ialah waktu Zohor, maka waktu masuk Zohor akan dipaparkan. Waktu solat ini di-set secara automatik. Ciri kekuatan dan istimewa model jam ini.
==========================================================
Jam ini mempunyai pelbagai FUNGSI yang sangat hebat. Saya review satu-satu fungsi.
● WAKTU SOLAT. Fungsi paling best dan terbaik jam model ini ialah alert waktu solat! Selain memberitahu waktu solat (yang di-generate secara auto selari perubahan tarikh, negara dan bandar), jam ini juga menyediakan safety alert azan untuk memberitahu beberapa minit sebelum masuk solat yang boleh di-set sendiri.
Selain itu anda juga boleh alert waktu iqamah! Sangat sesuai dengan kaki masjid. Yang bukan kaki masjid pun InshaAllah akan tergerak ke masjid dengan fungsi ini.
● PENANDA BACA QURAN. Ini satu fungsi yang saya sangat suka. Jam ini membolehkan anda bookmark tempat berhenti membaca atau menghafal quran untuk hari tersebut.
● FUNGSI ARAH QIBLAT. Jam ini akan memberitahu darjah kiblat (0 titik perpuluhan) dan menunjukkan arah kiblat di mana-mana negara, negeri yang telah di-setkan, tertakluk kepada Utara. Kekurangannya ialah ia tiada fungsi auto-generate kiblat. Pengguna kena menentukan arah Utara sendiri.
● Penentuan negara dan negeri. Maklumat tentang darjah arah kiblat dan waktu solat boleh diubah mengikut negara, negeri dan tempat yang telah di set.
.
● FUNGSI STOP WATCH. Turut mempunyai fungsi stop watch sebagaimana jam-jam lain.
● FUNGSI ALARM. Alarm seperti biasa untuk bangun tidur turut ada.
● FUNGSI KALIS AIR. Jam ini kalis air!
=====================================================
Banyaknya fungsi, tak susah ke nak set ?
*Jangan risau, ada buku panduan akan disertakan.
Ada warranty ke ?
*Ada, dua tahun lagi.
========================================================
Tertarik? click LIKE jika suka, Jika anda pertanyaan boleh
SMS/ WHATS APP "JAM SOLAT" HANTAR KE 0164557785
SMS/ WHATS APP "JAM SOLAT" HANTAR KE 0164557785
ATAU PM saya di PAGE INI https://www.facebook.com/multifunctionislamicwatch/








Tuesday 11 October 2016

Ada kebenaran dakwaan Darwin ?

Ada kebenaran dakwaan Darwin ?



Pertama,saya tidak pernah lagi membaca karya Darwin. Tetapi rasanya kita semua faham secara general bagaimana teori evolusi Darwin mengatakan bahawa manusia itu adalah hasil kemuncak evolusi daripada binatang- binatang.

Darwin ialah saintis yang komited, dan tentunya pada zaman beliau banyak keterbatasan dalam kajian. Hal ini termasuklah soal "gene".

Buku The Selfish Gene karya Richard Dawkins ini telah pun genap 40 tahun penerbitannya. Buku yang dianggap "radikal" terhadap teori yang dikemukan berkenaan tuduhan bahawa gene orang-orang yang pentingkan diri yang akan kekal diwariskan dan menang berbanding dengan tidak. *(masih proses pembacaan)

Tetapi satu hal yang menarik minat saya ialah apabila Richard Dawkins membenarkan teori yang dikemukan Darwin.

Dawkin mengatakan bahawa persoalan definisi gene itu belum tuntas. *(waktu ini belum ada lagi database Genome, mahupun teknologi seperti PCR, apatah lagi Next gene sequencing. Beliau mengatakan gene yang lebih panjang jujukannya akan lebih tinggi kebarangkaliannya untuk tidak diwarisi.

Hal ini kerana proses meiosis, crossing over dan random assortment yang berlaku ketika penghasilan telur dan persenyawaan.

Harini fakta ini diketahui umum, setiap gene yang mewakili sesuatu "character" atau "trait" itu terdiri dari panjang jujukan yang berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, trait warna kulit mempunyai jujukan gene yang panjang dan kompleks sebab itu warna kulit biasa mempunyai perbezaan dengan mak ayah. Trait kumpulan darah mempunyai jujukan gene yang pendek dan lebih mudah difahami.

Jadi, hal ini bermakna gene yang pendek akan lebih tinggi kebarangkalian untuk diwarisi bukan ?

Nah, sekitar awal tahun 1990-an ditemukan jujakan gene yang pendek yang disebut sebagai miRNA. Menariknya miRNA ini sangat di-preserve dan kekal diwarisi. Dan miRNA yang sama yang ditemukan pada manusia rupanya terdapat juga pada organisma yang lain ; cacing, haiwan-haiwan dan tumbuhan.

Atas persamaan ini, walaupun ia tidak semestinya mengesahkan dakwaan Darwin bahawa memang kita adalah produk sebuah evolusi, tetapi pada pendapat saya pemerhatian Darwin sangat cermat. *(dari kaca mata saintis tulen yang tidak dipengaruhi wahyu)

miRNA harini menjadi fokus kajian untuk rawatan penyakit kompleks seperti cancer. Kajian master saya juga menjurus kepada potensi miRNA ini.














Wednesday 7 September 2016

REVIEW TRAIN TO BUSAN : Spoiler alert




Sebagai seorang yang tidak terpengaruh sangat dengan arus kpop, apatah lagi bukan penggemar filem horror dan thriller, filem bertema zombie memang bukan pilihan. Namun setelah percaya dengan review yang hebat, saya pun terdorong untuk melihat dan menilai sendiri filem Train to Busan ini sendiri.

Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak seorang pemuda lingkungan awal 30-an, seorang pengurus saham yang sedang melalui tempoh puncak dalam career beliau. Tipikal golongan prefessional sibuk ini apabila beliau mengalami konflik rumah tangga; bercerai dengan isterinya dan juga mengabaikan pembesaran anak beliau. Sempena ulang tahun anak beliau, beliau akhirnya terpaksa akur dengan permintaan anaknya yang ingin bertemu si ibu. Lalu, bermulalah perjalanan mereka menaiki kereta api.

Plot jalan cerita memang biasa dan tiada apa yang mengujakan seperti filem-filem garapan dari novel. Namun pacing, suspens dan ideologi yang disampaikan melalui filem ini sangat terbaik dan hebat. Saya akan ulas beberapa poin yang saya terkesan dan ingat. 

Secara idea besarnya filem ini pada pendapat saya ingin menonjolkan pahit realiti hari ini, tentang sifat individualisme, kapitalism serta kritik kasta sosial dalam masyarakat sekarang. Binaan watak adalah seperti berikut.

1) Watak utama cerita merupakan gambaran seorang professional berjaya, budak suruhan utama si kapitalis.

2) Watak protagonis digambarkan oleh sepasang suami isteri yang mungkin bekerja biasa-biasa seperti petani (menggelar pekerjaan fund manager si hero sebagai penghisap darah).

3) Watak yang tak kurang penting juga ialah Pengurus syarikat yang membawa ciri ketulenan sifat egois, penting diri seorang kapitalis.

4) Watak pengemis compang camping.

5) Watak pasukan baseball remaja.

6) Watak orang tua.

7) Orang ramai.  

Mungkin ada yang tidak perasan, golongan seperti professional dan juga watak si pengurus itu terletak di belah hadapan gerabak (1st Class). Pengkelasan status sosial biasa perkhidmatan zaman kini. Setelah serangan zombie melanda kerata api tersebut, pengkelasan sosial tersebut pecah, semua berpusu-pusu ke gerabak hadapan yang lebih selamat.

1) Kritik individulisme pertama ditunjukkan apabila si  professional apabila menutup pintu awal menghalang pasangan suami isteri dari masuk ke gerabak yang selamat. Hal ini dijelaskan tentang pegangan pandangan beliau apabila beliau menasihati anaknya "Pada saat ini tak perlu begitu sopan santun kepada orang lain, utamakan diri sendiri."

2) Si professional sekali lagi menampilkan sifat penting dirinya apabila cuba mendapatkan keistimewaan kawalan tentera daripada kenalan anggota askar beliau, seorang Leftenan dengan menjanjikan akan diberikan akaun-akaun pelaburan yang baik sebagai habuan. Beliau berjaya.

3) Malang berlaku apabila anggota tentara di tempat tersebut juga turut terinfeksi. Huru hara berlaku, hampir sahaja si professional dan anaknya menjadi mangsa zombie tetapi diselamatkan oleh pasangan suami isteri yang beliau khianati pada awal tadi. 

4) Saat tidak keruan, si pengurus menunjukkan wibawanya untuk mendesak kapten pemandu kerata api untuk bergerak meninggalkan yang lain (masih ada yang selamat yang cuba naik gerabak, mereka akhirnya berjaya naik di gerabak lain).

5) Si Professional dan anak sepasang suami isteri tersebut, si pengemis, seorang remaja dari pasukan baseball dan seorang tua (masing-masing terpisah dengan pasangan yang berada di gerabak selamat) survivors yang berjaya naik di gerabak lain. Hikmah mereka akhirnya terpaksa membuang apa jua status diri mereka dan bersatu padu untuk selamat dalam mendepani zombie.

6) Moment WTF bila mana kelompok survivors dari gerabak belakang ini tidak dibenarkan masuk bercampur dengan gerabak depan. Si pengurus sebagaimana seorang kapitalis pandai mempengaruhi orang lain hingga mereka semua mengiyakan kempen "kami lebih bersih dari kamu".

7) Cuma sahaja pasangan remaja dan pasangan tua yang terpisah dengan pasangan masing-masing di gerabak belakang yang tersentak dengan sifat orang lain. Kritik bahawa orang lain tidak akan mempedulikan yang lain jika tidak terkena pada mereka. Akhirnya mereka berpisah gerabak. 

Pada sepanjang momen ini, penonton perlu mempertanyakan diri mereka jikalau aku di tempat mereka, sifat yang mana akan terserlah pada momen terdesak seperti yang tersebut. Setiap watak seakan mengangkat cermin kepada diri penonton untuk menanyangkan dan berkata, "Inilah sifat dalam diri kamu!"

   
Teringat momen ini pada sedikit pembacaan saya berjudul "The Selfish Gene" karya Richard Dawkins yang mencirikan manusia sebagai spesis yang mempunyai selfish gene ini yang akan menyebabkan mereka bersaing dan punyai sifat penting ini terhadap orang lain. Tapi pada pendapatnya juga terdapat golongan yang terkecuali yang disebut sebagai altruist yang sanggup mengorbankan diri untuk kepentingan orang lain.  


Perlambangan zombie saya setuju untuk menganggap ia sebagai kita-kita inilah rakyat marhean yang dikawal umpama orang-orang yang berkuasa (pekerja tegar 8am-5pm) dan diperbudak dengan konsumerisme dan sistem-sistem kapitalis. Di suruhnya kita beli, kita beli.. disuruhnya kita berhutang.. berhutang lah kita. Pahit realiti hari ini.


Suka saya filem ini bukan tipikal seperti selalu tembak menembak zombie hingga mati. Cuma saya tak puas tiada penjelasan sains yang ditampilkan apabila mengaitkan kegagalan sebuah syarikat bioteknologi sebagai punca kepada penghasilan zombie-zombie ini. Tetapi terima kasih kerana menyebut tentang bioteknologi, sebuah bidang yang menjanjikan tetapi malap lagi suram dari segi produksi. Satu lagi yang saya lihat filem asia belum lagi berani mengkritik kerajaan secara terbuka seperti barat.

Apa pun Train To Busan adalah filem yang harus anda tonton. Selamat datang filem korea ke dalam perang ideologi.

Nyahkan individulisme, erti hidup pada memberi.  


 

 
   








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...