Saturday 31 January 2015

Malaysia Best Blog 2015




Malaysia Best Blog 2015 ialah pertandingan yang dianjurkan oleh admin OhDuit.com. Dalam waktu malap Platform blogger yang telah pun melepasi zaman kegemilangannya sekitar tahun 2007 hingga 2011, inisiatif seperti ini sangatlah perlu disambut baik khususnya bagi mereka yang masih berpendapat blog sebagai suatu platform penulisan yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Keunikan inilah yang memberi nafas pada platform blog, kerana walaupun sudah melepasi zaman puncaknya tetap sahaja blog terus hidup dan tidak ditinggalkan  sebagaimana orang meninggalkan Friendster dan My Space. Blog kekal hidup !


Untuk mendefinisi "Best Blog" masing-masing mempunyai sudut pandang dalam menilai, samada melalui penulisan yang catchy, paparan yang kemas dan menarik ataupun kerana peribadi penulis itu sendiri (yela sebab penulis cun atau sado ke...). Saya juga punya pandangan sendiri dalam menilai sesuatu blog untuk diiktiraf sebagai "Malaysia Best Blog 2015". Pada saya, saya berpendapat untuk mengiktiraf sesuatu blog tersebut ialah pada sejauh mana tulisan di blog tersebut memberi kesan kepada pemikiran pembaca ataupun memberi informatif yang berguna yang boleh dimanfaatkan. Berikut merupakan Top 10 blog pilihan saya untuk diletakkan sebagai "Malaysia Best Blog 2015". 




Pertama mungkin saya perlu bodek  ucapkan penghargaan kepada penganjur yang berbesar hati menganjurkan pertandingan ini. Inisiatif oleh tuan punya blog memang sangat bagus dan terbaik.! Sekurangnya memberikan semangat kepada blogger untuk terus blogging serta memperkemas kembali hubungan networking antara blogger. Inisiatif ini akan memberi nafas kepada platform blogger untuk tempoh masa beberapa tahun lagi. Selain itu, blog Oh Duit ini walaupun baru beberapa kali berkunjung memang ada ciri-ciri yang saya suka. Paparan page yang sangat kemas serta perkongsian berkenaan web, online marketing strategy dan lain-lain perihal pendapatan melalui internet sangat berguna dan boleh kekal dirujuk oleh sesiapa yang ingin menjana pendapat melalui internet!
   


Blog yang saya sebelum ini tak pernah baca , tetapi tetap menyenaraikannya kerana pengaruhnya yang sangat kuat terutama dalam kalangan blogger. Blog yang update berkenaan isu-isu semasa yang menyentuh pelbagai isu ini memang saya tidak nafikan kehebatannya. 3 anugerah yang diperoleh blog ini iaitu Best of best blog 2012, Most Creative Blog 2013 dan Best Personal Blog 2013 menjadi sebab untuk sesiapa tidak perlu berfikir panjang untuk menyenaraikan blog ini sebagai "Malaysia Best Blog 2015.



Blog yang diuruskan blogger kontroversi Obe ini tersangatlah sempoi untuk melepaskan seketika stress sambil mendapatkan info secara ringkas dan santai. Pernah admin dia claim blog ini sudah mencapai 100 Juta viewer ke 10 Juta, tapi saya pasti blog ini masih mempunyai ramai pengunjung setia dan pada tahap tersendiri.



Langit Ilahi ialah blog kelolaan Hilal Asyraf. Bermula dengan blogspot semasa zaman belajarnya di Jordan, sedikit demi sedikit Hilal Asyraf membina pengaruhnya. Beliau mula melonjak naik dengan beberapa buku tulisannya yang mana buku pertamanya mengambil tajuk sempena nama blognya sendiri iaitu Langit Ilahi. Langit Ilahi kemudiannya terus bergembang dengan gabungan beberapa penulis, memperluaskan skop blog kepada beberapa jenis penulisan yang merangkumi penulisan bahasa Inggeris, lukisan komik serta termasuklah aplikasi smartphone ! Selain itu, melalui permulaan blog ini jugalah Hilal membina syarikat consultant & training nya sendiri yang mana kemuncaknya setakat ini ialah pengajuran Youth Race (bakal masuk siri ke-2) yang berjaya menarik ribuan anak muda untuk turut serta ke arah pembinaan diri yang lebih baik. Misi "Mari Menjadi Hamba" (tagline blog ini) nampaknya semakin membumi menyentuh masyarakat. Saya doakan team Langit Ilahi ini terus sukses !



Pilihan ini bersifat peribadi, obviously bias. Ini merupakan blog seorang sahabat saya (Qamarul Iqmal) yang bagi saya sangat menarik dan layak untuk diangkat sebagai Malaysia Best Blog. Pertama, beliau yang mengheret saya ke kancah blog ini. Tertarik dengan tulisannya yang cukup santai dan bagi saya, mempunyai seni yang tersendiri. Cara penyampaian cerita yang tersendiri membuatkan cerita rasa begitu dekat di hati dan kerap kali tersenyum sendiri =). Beliau sudah lama tidak upate blognya mungkin kerana sibuk dengan pelajarannya (final year student). Saya sentiasa menantikan update terbaru daripada beliau. Doakan untuk kejayaan hidup beliau.  



Ustaz Dr Zaharuddin merupakan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang juga merupakan pengerusi Mursyid ialah personaliti yang tidak asing lagi bagi pengikut rancangan "Tanyalah Ustaz". Beliau ialah pemegang Phd dalam bidang Syariah & Islamic Finance. Blog beliau seringkali menjadi rujukan berkenaan isu-isu kewangan Islam seperti masalah riba`, ASB, saham, Forex dan hal-hal berkaitan perbankan dan harta. Beliau juga turut merespon permasalahan perkara-perkara fiqh semasa, selain aktif dalam penerbitan buku. Beliau juga yang bertanggungjawab mencetuskan siri Konvension K-Fiqh.  



Minda Tajdid ialah blog peribadi Dr Muhammad Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza. Rasa tidak perlu diperkenalkan lagi siapa DR Maza ini, bekas mufti Perlis yang dikhabarkan bakal dilantik semula. Kenapa blog Minda Tajdid ? saya merasakan blog Minda Tajdid mempunyai pengaruh yang kuat kepada pembaca dalam memberikan penjelasan suatu-suatu isu agama berlaku. Hal ini boleh dilihat melalui jumlah like di Facebook Dr Maza sendiri sekiranya beliau mengeluarkan sesuatu pandangan. Pada saya pandangan Dr Maza memberikan balance antara aliran pendapat agama keras dengan golongan yang berpegang dengan hujah-hujah logik dan realistik. Kombinasi yang jarang-jarang ada pada ilmuan agama. 

  

Dr Dzulkifli Ahmad ialah bekas ahli parlimen Kuala Selangor yang merupakan CEO Pusat Penyelidikan PAS. Sudah tentunya blog ini merupakan blog politik. Sentiasa mengupdate tentang isu-isu semasa berkenaan senario politik, polisi dan ekonomi. Penerangan yang padat dengan hujah, fakta dan statistik data empirikal memberikan sisi pandang yang berbeza berbanding hujah-hujah yang typical oleh mana-mana pendapat di dalam PAS dan mungkin juga pemimpin dari parti-parti lain.    



Pemilik blog yang tidak logik kalau orang Malaysia tidak kenal, 20 tahun lebih sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ikon yang sangat dikenali. Beliau juga sebagai yang kita kenali merupakan seorang pemikir yang sangat kritis.Walaupun secara peribadi terdapat beberapa perkara yang saya tidak setuju dengan pandangan beliau. Ternyata selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri tidak mampu mendiamkan beliau dari menyepi dari landskap politik tanah air apabila beliau terus mengkritik dan memberikan idea pandang terhadap masa depan Malaysia. Tidak selesa dengan tapisan media cetak arus perdana ciptaannya sendiri dulu yang tidak akan menyiarkan mana-mana pandangan yang mengkritik kerajaan, blog ini merupakan curahan pandangan beliau yang telus, versi uncensored.     



Pengendali blog ini ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, untuk makluman usia blog ini sudahpun menginjak 17 tahun ! Sumbangan blog pada diri sangat besar. Bermula dengan visi yang dibawa penulis blog "Erti Hidup Pada Memberi", visi ini membuka mata saya untuk mencapai tahap mampu untuk memberi pada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara yang lebih besar. Artikel yang ditampilkan selalu sangat menjentik minda pembaca, penulisan yang kritikal menyentuh soal agama, sejarah dan sosial. Perkara yang menarik tentang tulisan Ustaz Hasrizal ialah kebolehan beliau untuk menampilkan pendapat yang sangat meluas mencakupi pelbagai disiplin termasuk Sains, sosial, parenting, psikologi dengan berani pula menampilkan pendapat-pendapat daripada sarjana barat untuk menguatkan lagi hujah-hujah agama. Beliau pada pendapat saya merupakan reformer terhadap pemahaman yang dibentuk Ustaz-ustaz yang hanya memandang satu-satu permasalahan itu hanya dari satu sudut (Agama semata). Penulisan beliau juga sangat tersendiri, kemas, mudah, ringkas dan menarik pula untuk dibaca.    


Demikianlah blog-blog pilihan saya untuk dinobatkan sebagai Malaysia Best Blog 2015. Mungkin banyak lagi blog yang hebat-hebat tetapi tidak tersenarai kerana terlepas pandang. 


Akhir kata, semoga ruang blog terus meriah sebagai medium untuk perkongsian idea dan artikel-artikel yang merangsang pemikiran, tindakan, dan perubahan. 


Promo penganjur :

"Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”



10 comments:

Unknown said...

Allahu. segan ana. Teruskan menulis wan. Moga Allah meredhai usaha kau menyampaikan perkara bermanfaat dgn menulis :)

ohduit.com said...

Penyertaan anda diterima :) Selamat bersaing dengan sihat dalam contest SEO ini :)

Unknown said...

tq khairol ! =)

Hasif said...

Singgah sini dari segmen sama

https://www.bajusweetmuslimah.tk/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html


https://www.blogahbar.tk/p/perancangan-kewangan.html

https://www.lenovomurah.tk/

Jemput singgah2 ye.. Dan subcribe utk promosi terbaru kami :)

Dulu Lain Sekarang Lain said...

Pilihan yg menarik. Beza sikit dgn yg lain-lain. All the best ya

Unknown said...

tq, blog kamu sgt menarik!

Admin said...

Alhamdulillah, satu senarai Malaysia Best Blog 2015 yang agak menarik, beza sikit dengan lain-lain peserta Malaysia Best Blog 2015 ni.

Unknown said...

takut jugak jadi berbeza ni. =)

Unknown said...

Terbalik susunan, tapi bagus kreatif namanya. Semoga berjaya untuk kontes Malaysia Best Blog 2015 yang hebat ini ya.

THE AUTHOR said...

Datang menjenguk
Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
Malaysia Best Blog 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...